You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Oleh: Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh Fuziati Binti Misbah

PGSR (BM) 2008/2012

Pensyarah: Haji Abdullah Bin Mohd Yassin Jabatan Pengajian Melayu

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunungganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang. Ini adalah kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya. Bahasa Melayu juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba. Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat lima zaman perkembangan Bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik, Zaman Bahasa Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan klasifikasi zaman-zaman perkembangan, telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Kontek Malaysia

Menurut sejarah, Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai bermula dari sebuah kerajaan lama di tanah Andelas (lebih tepat, di Jambi). Sebuah catatan lama kerajaan Tiongkok (china) yang ditulis pada tahun 644 masihi, telah menyebut tentang satu utusan yang datanganya dari Kerajaan Mo-Lo-Yeu (Melayu) pernah menghadiahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok ketika itu. Bangsa dari Kerajaan Melayu ini dikatakan tinggal di hulu Sungai Batanghari. Kerajaan Melayu terus bertahan sehinggalah ia diserang oleh Kerajaan Sriwijaya pada abat ke 7 masihi. Biarpun dari segi pemerintahan, Kerajaan Melayu telah tewas, tapi bahasa mereka terus berkembang dan digunakan bersama-sama dengan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Ketika itu, tulisan Palawa mula berkembang menggantikan huruf-huruf rencong yang pernah digunakan dalam penulisan puisi-puisi berbahasa Melayu ketika itu.

Penyebaran agama (Hindu/Buddha) & perluasan wilayah juga turut membawa kepada penyebaran Bahasa Melayu hinggalah bahasa itu kekal digunakan sebagai bahasa rasmi di kerajaan-kerajaan lain yang muncul selepas era Sriwijaya. Beberapa batu bersurat yang dijumpai di Pulau Jawa juga memperlihatkan adanya pengaruh Melayu walaupun ditulis dalam tuilisan yang berbeza.

Selepas kedatangan Islam, tulisan huruf palawa ini diganti pula dengan tulisan Arab lebih-lebih lagi selepas munculnya beberapa kerajaan Islam di Tanah Melayu dan Sumatera. Maka bermulalah era tulisan yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi untuk tempoh yang panjang sebelum Nusantara diceroboh emperial Barat. Pencerobohan kuasa Barat memberikan impak yang besar kepada bahasa Melayu selepas mereka memperkenalkan huruf-huruf latin dan huruf Rumi.

Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga muncul sebagai empayar Melayu terakhir yang mahsyur sebelum era Kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Kekuasaan kerajaan
3

ini tersebar luas merangkumi hampir separuh kawasan Semenanjung dan sebahagian kecil Pulau Sumatera. Bagaimanapun keterlibatan dalam perang tiga segi yang panjang dengan Acheh dan Portugis di Melaka menyebabkan satu persatu jajahan takluknya melepaskan diri manakala satu kawasan di antara Sungai Segamat hingga Sungai Linggi diserahkan kepada pemerintahan kerabat Raja dari Pagaruyung. Kawasan tersebut akhirnya menerima budaya dan bahasa Minangkabau.

Biarpun empayar Johor-Riau semakin mengecil, pengaruhnya dialek JohorRiau tetap digunakan dengan luas di setiap negeri-negeri yang pernah dikuasainya hinggalah ke zaman Kolonial Inggeris. Secara tidak langsung dialek ini menjadi dialek pemersatu anatara negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu hinggalah dimerdekakan.

Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukkan Bahasa Rasmi Negara pada akhir tahun 60-an (tahun 1967 kalau tak salah). Nama Bahasa Melayu juga digantikan dengan nama Bahasa Malaysia mengikut contoh bahasa Melayu di Indonesia yang telah ditukar nama menjadi Bahasa Indonesia. Sebagai memperingati hubungan serumpun yang erat, bentuk ejaan juga telah diseragamkan mengikut ejaan di Negara jiran itu yang jauh lebih maju dan bersistematik. Akhirnya lahirlah kata-kata yang mempunyai huruf akhiran a tetapi berbunyi dalam pertuturan seharian.

Pada tahun 1988, Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan memperkenalkan sebutan baku di sekolah-sekolah dan pada semua acara rasmi negara. Biarpun ramai pihak yang lebih gemar dengan bunyi pada akhiran a, namun kempen bahasa baku berjalan dengan baik sehingga akhirnya menjadi sebati pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan generasi muda.

Pada tahun 1990, nama Bahasa Malaysia ditukar semula kepada nama asalnya, bahasa Melayu. Alasannya, bahasa Melayu turut digunakan di Singapura dan Brunei tanpa tidak diubah namanya mengikut nama negara masing-masing. Tinggallah Indonesia yang masih mengekalkan nama bahasa itu mengikut nama negaranya.
4

Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan rakyat Malaysia turut ditukar kembali menjadi sebutan asal selepas pengasasnya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat dari kabinet negara. Ada yang mengatakan ia ditukar kerana tidak mahu Bahasa Melayu Malaysia kelihatan seperti Bahasa Indonesia. Sebutan dialek Johor-Riau sekali lagi mengambil kedudukannya menjadi pengasas bahasa rasmi negara selepas penarikan itu.

Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. Zaman Bahasa Melayu Kuno Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia Bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada Zaman Kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,
5

bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju ke India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno. Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh-contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Penggunaan Bahasa Melayu Kuno Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri. Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian

telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya. Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa
7

masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, kerana menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit. Definisi Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, dan Melaka. Pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya pula dipenuhi dengan pinjaman kata-kata Sanskrit. Sejarah Bahasa Melayu Klasik Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,
8

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti tentang penyebaran Agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu AlMasail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, Feqah, Tafsir Al-Quran, Tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13, pengaruh Agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan Agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan. Tulisan berkenaan ialah tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14. Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun
10

1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis. Kemudian pada tahun 1521 Masihi, seorang pengembara Itali, Antonio Pigafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali. Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan. Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan bahan yang diakses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah Zaman Kerajaan Melaka-Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada Zaman Kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri-ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana. Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri
11

tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",sebermula "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulangulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.

12

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala,dan raja .Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat. Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering. Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa Melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. Zaman Bahasa Melayu Pramoden Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaanperpustakaan barat ini.

13

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan keadaan yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. Zaman Bahasa Melayu Moden Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negerinegeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini, dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu.

Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan sahaja.

Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bm14

net/bahasa/perkembangan_bahasa_melayu menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC - Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(19451949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950-1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah, Madinah dan Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984).

Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah


15

Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusiinstitusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam, dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.

Dari masa ke semasa, Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang beterusan. Bahasa yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada bahasa Melayu purba yang mengalami perubahan dan perkembangan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini menunjukkan bahasa Melayu sentiasa berkembang.

16

KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR) Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14 Penggunaan Kata Pangkal Ayat Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah maka. Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat maka.

Kata Mula Ayat Kata sahibuul-hikayat Shahdan Sa-telah berapa lama-nya Ada pun Maka Sa-bermula

Kata Penghubung Bahwa Karena

Kata Peredaran Masa Hatta Senyampang Telah itu Telah sudah Ada pun Demikianlah

Contoh: (a) Kata sahibubul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, namanya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada. (b) Maka kata si-penyadap, Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu? (c) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, disuroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami. (d) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada. (e) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit. (f) Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada dapat orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu, di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu. (g) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

17

Penggunaan Ayat Yang Panjang Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulangulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang buku ini. Contoh: Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyibunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang, merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak, cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah, pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang Sejarah Melayu ini. Contoh ayat: Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampung ka Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang, sida2, bentara dengan segala rayat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang, kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis
18

semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri, sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala rayat kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35, pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka berada di Majapahit. Contoh ayat: Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini. Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah. Contoh: Onya suruh tanggapana penglipur; Saben dina katon parandene duka ugi Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

19

Penggunaan Bahasa Asing Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang berupa ayat-ayat Al-Quran. Contoh: (a) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amirul Muminin Ali , karrama Ilahu wajhahu, La mauta illa bil-ajali, yani tiada mati melainkan dengan ajal. (b) WaIllahu alamu bi s-sawab,wa ilaihil-marjiu wal-maab (bahagian penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku), pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas. Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden sekarang ini. Contoh: (a) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, Siapa engkau ini dan siapa nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu? (b) Maka sahut budak itu, Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka, anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama hamba Raden Kirana Langu. (c) Maka sahut Kimas Jiwa, Baik-lah , jikalau manira jadi ratu. (d) Maka sembah Pateh, Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini, tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupanya Tuanku tiada bersuami. (e) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,Jikalau paman hendak memberi beta bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami. (f) Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami. (g) Maka sembah-nya, Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah Mada.
20

Sistem Ejaan Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya kaji ini. Contoh: EJAAN KLASIK rusak tujoh ayer kaseh kapada burok berdayong pikir masok patek menyuroh memileh besar2 memanchar berkaseh-kasehan chuchu bichara bunoh jatoh pasong Penggunaan Perkataan Klasik Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa Jawa. Contoh: PERKATAAN KLASIK senyampang sa-pala2 MAKSUD kebetulan kerana sudah terlanjur
21

EJAAN MODEN rosak tujuh air kasih kepada buruk berdayung fikir masuk patik menyuruh memilih besar-besar memancar berkasih-kasihan cucu bicara bunuh Jatuh pasung

manira chanang Bersabok biaban kadar Kemit tuboh semandarshah wilis urap ketirah pangus lamun kula penaka turus memengkis mengembari dapor2 susu perlente bergenta berlayam peseban balai larangan bersamar terala gendir berangsang bertandak mengigal berserama merakat mengidong berkekawin pakanira kepetangan sendalkan sembat tiada tersemu mufarik luroh pelindongan hajattul-baligh berkendak

aku gong kecil berikat pinggang kechuali sejenis gelang bunga cempaka biru bedak cair sejenis tumbuhan berdaun merah bagus namun patek peri tiang membentak dengan maksud menentang melawan berkelahi seorang lawan seorang dada orang yang berkeliaran (tiada pekerjaan) mempunyai loceng kecil mengayun-ngayun senjata seperti orang menari balai penghadapan balai untuk perempuan-perempuan istana tidak terang atau kabur sangat mulia alat muzik Jawa seperti harmonika sejenis alat bunyian purba yang tidak dikenal lagi sekarang menari menari mengikut cara Sunda sejenis alat permainan silat bermain tari-menari dengan topeng syair yang dinyanyikan membaca puisi Jawa kuno tuan polis rahsia curi secara diam-diam sambar, ragut tidak dapat ditipu terpisah daerah jamban bukti yang sampai bersuka-suka atau berzina

22

Kata Nama Khas dan Gelaran Khas Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya. Contoh: Watak Raden Galoh Wi Kesuma Pateh Aria Gajah Mada Raden Kirana Langu Kimas Jawa Sang Aji Jaya Ningrat Pateh Aria Di-Kara Pateh Gajah Mada Raden Galoh Chendera Kirana Sultan Mansor Shah Bendahara Paduka Raja Seri Nara Diraja Seri Bija Diraja Tun Bija Sura Seri Bijaya Tun Sabtu Tun Siak Tun Sabtu Hang Jebat Hang Kasturi Hang Lekir Hang Lekiu Hang Ali Hang Iskandar Hang Hassan Hang Hussin Hang Tuah Maharaja Merlang Sangka Ningrat Raja Merlang Raja Nara Singa Sultan Abdul Jalil Raden Kelang Raja Maha Dewi Raja Chendera Tun Nacha Tun Tahir

23

TERJEMAHAN Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan

daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi

kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu

bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi. Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Teknik Terjemahan Secara terus Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. Secara struktural Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Terjemahan dilakuka kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

24

Secara global Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan

perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

25

REFLEKSI Setelah membuat kajian yang mendalam tentang perkembangan Bahasa Melayu, kami dapat membuat kesimpulan bahasa bahasa melayu telah berkembang daripada satu peringkat ke satu peringkat untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak perubahan telah berlaku terhadap bahasa melayu dari masa ke semasa. Bahasa Melayu telah digunakan sejak sekian lama berdasarkan apa yang telah kami terangkan secara panjang lebar di dalam KKBI ini. Perkembangan bahasa Melayu telah melalui lima zaman iaitu bermula dengan Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik, Zaman Bahasa Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden. Kesemua zaman yang dilalui mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Buktibukti penemuan batu bersurat telah dapat menjelaskan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu disebabkan pada zaman itu kertas belum dihasilkan seperti sekarang. Oleh itu tulisan Zaman Bahasa Melayu Purba juga ditemui di dinding-dinding gua. Kami dapati Bahasa Melayu sentiasa mengalami perkembangan dari masa ke semasa. Buktinya ialah wujudnya perkataan dan istilah baharu pada hari ini yang menyebabkan Kamus Dewan terpaksa diperbaharui edisinya untuk memenuhi keperluan perkembangannya. Keadaan ini adalah sesuatu yang positif kerana bahasa Melayu akan bertambah moden dengan wujudnya istilah baharu walaupun terpaksa diambil daripada bahasa asing. Kajian teks klasik Sejarah Melayu bab yang ke empat belas pula telah mendedahkan betapa indahnya bahasa Melayu pada zaman dahulu digunakan untuk menceritakan sejarah yang berlaku pada zaman keagungan kerajaan Melayu. Kami dapati bahasa yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu adalah bahasa lama yang agak sukar untuk difahami jika tidak dibaca berulangkali. Sesetengah perkataan yang digunakan adalah merupakan bahasa Jawa kuno yang agak pelik bunyinya. Contohnya manira, kula, pakanira, gendir, berangsang, merdangga, peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak dan cherachap. Walaupun begitu keadaan bahasanya, Kami dapati teks ini amat menarik untuk dibaca untuk menghilangkan kebosanan. Melalui cerita yang ditulis, kami
26

dapat mengetahui betapa agungnya kerajaan Melayu pada zaman dahulukala. Namun begitu, kami masih berasa sangsi adakah cerita yang dikarang itu benarbenar berlaku ataupun sekadar dongengan sahaja. Tetapi apa yang pasti ialah teks Sejarah Melayu mempunyai nilai estetikanya tersendiri dan amat menarik untuk dibaca ataupun dibuat kajian yang mendalam tentang sejarah kerajaan Melayu dan bahasa yang klasik yang digunakan. Kami berpendapat pengarangnya sungguh bijak mengolah cerita yang sebegitu rupa seolah-oleh dialami sendiri olehnya. Ayat-ayat panjang yang digunakan menunjukkan penggunaan tanda baca tidak dipentingkan oleh pengarangnya. Kemungkinan besar, pengarang hanya tahu menulis sahaja tanpa mementingkan aspek-aspek tanda baca dan tatabahasa. Apa yang pasti ialah pada zaman itu aspek ini belum diberi perhatian lagi. Bahasa panjang seumpama ini masih kelihatan digunakan di dalam bahasa mahkamah dan undang-undang pada zaman moden ini. Sebagai kesimpulannya, kami berpendapat bahawa teks Sejarah Melayu ini sememangnya amat menarik untuk dibaca oleh semua orang yang berbangsa Melayu untuk mengetahui serba sedikit tentang peristiwa masa lampau yang kebanyakannya difokuskan terhadap keluarga diraja dan pembesar-pembesar. Kemungkinan juga Sejarah Melayu dikarang untuk mengkritik golongan istana dan pembesar-pembesar yang hidup mementingkan diri sendiri. Jika golongan

berkenaan dikritik secara terus oleh rakyat jelata disebabkan ketidakpuasan hati, maka hukuman bunuhlah yang akan diterima. Oleh itu kami berpendapat penulisan Sejarah Melayu ini dikarang untuk tujuan itu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

27

KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR) Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14 Penggunaan Kata Pangkal Ayat Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah maka. Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat maka.

Kata Mula Ayat Kata sahibuul-hikayat Shahdan Sa-telah berapa lama-nya Ada pun Maka Sa-bermula

Kata Penghubung Bahwa Karena

Kata Peredaran Masa Hatta Senyampang Telah itu Telah sudah Ada pun Demikianlah

Contoh: (h) Kata sahibubul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, namanya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada. (i) Maka kata si-penyadap, Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu? (j) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, disuroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami. (k) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada. (l) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit. (m)Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada dapat orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu, di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu. (n) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

28

Penggunaan Ayat Yang Panjang Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulangulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang buku ini. Contoh: Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyibunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang, merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak, cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah, pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang Sejarah Melayu ini. Contoh ayat: Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh berkampung ka Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang, sida2, bentara dengan segala rayat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang, kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis
29

semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri, sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala rayat kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35, pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka berada di Majapahit. Contoh ayat: Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini. Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah. Contoh: Onya suruh tanggapana penglipur; Saben dina katon parandene duka ugi Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

30

Penggunaan Bahasa Asing Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang berupa ayat-ayat Al-Quran. Contoh: (c) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amirul Muminin Ali , karrama Ilahu wajhahu, La mauta illa bil-ajali, yani tiada mati melainkan dengan ajal. (d) WaIllahu alamu bi s-sawab,wa ilaihil-marjiu wal-maab (bahagian penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku), pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas. Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden sekarang ini. Contoh: (h) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, Siapa engkau ini dan siapa nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu? (i) Maka sahut budak itu, Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka, anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama hamba Raden Kirana Langu. (j) Maka sahut Kimas Jiwa, Baik-lah , jikalau manira jadi ratu. (k) Maka sembah Pateh, Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini, tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupanya Tuanku tiada bersuami. (l) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,Jikalau paman hendak memberi beta bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami. (m)Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami. (n) Maka sembah-nya, Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah Mada.
31

Sistem Ejaan Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya kaji ini. Contoh: EJAAN KLASIK rusak tujoh ayer kaseh kapada burok berdayong pikir masok patek menyuroh memileh besar2 memanchar berkaseh-kasehan chuchu bichara bunoh jatoh pasong Penggunaan Perkataan Klasik Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa Jawa. Contoh: PERKATAAN KLASIK senyampang sa-pala2 MAKSUD kebetulan kerana sudah terlanjur
32

EJAAN MODEN rosak tujuh air kasih kepada buruk berdayung fikir masuk patik menyuruh memilih besar-besar memancar berkasih-kasihan cucu bicara bunuh Jatuh pasung

manira chanang Bersabok biaban kadar Kemit tuboh semandarshah wilis urap ketirah pangus lamun kula penaka turus memengkis mengembari dapor2 susu perlente bergenta berlayam peseban balai larangan bersamar terala gendir berangsang bertandak mengigal berserama merakat mengidong berkekawin pakanira kepetangan sendalkan sembat tiada tersemu mufarik luroh pelindongan hajattul-baligh berkendak

aku gong kecil berikat pinggang kechuali sejenis gelang bunga cempaka biru bedak cair sejenis tumbuhan berdaun merah bagus namun patek peri tiang membentak dengan maksud menentang melawan berkelahi seorang lawan seorang dada orang yang berkeliaran (tiada pekerjaan) mempunyai loceng kecil mengayun-ngayun senjata seperti orang menari balai penghadapan balai untuk perempuan-perempuan istana tidak terang atau kabur sangat mulia alat muzik Jawa seperti harmonika sejenis alat bunyian purba yang tidak dikenal lagi sekarang menari menari mengikut cara Sunda sejenis alat permainan silat bermain tari-menari dengan topeng syair yang dinyanyikan membaca puisi Jawa kuno tuan polis rahsia curi secara diam-diam sambar, ragut tidak dapat ditipu terpisah daerah jamban bukti yang sampai bersuka-suka atau berzina

33

Kata Nama Khas dan Gelaran Khas Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya. Contoh: Watak Raden Galoh Wi Kesuma Pateh Aria Gajah Mada Raden Kirana Langu Kimas Jawa Sang Aji Jaya Ningrat Pateh Aria Di-Kara Pateh Gajah Mada Raden Galoh Chendera Kirana Sultan Mansor Shah Bendahara Paduka Raja Seri Nara Diraja Seri Bija Diraja Tun Bija Sura Seri Bijaya Tun Sabtu Tun Siak Tun Sabtu Hang Jebat Hang Kasturi Hang Lekir Hang Lekiu Hang Ali Hang Iskandar Hang Hassan Hang Hussin Hang Tuah Maharaja Merlang Sangka Ningrat Raja Merlang Raja Nara Singa Sultan Abdul Jalil Raden Kelang Raja Maha Dewi Raja Chendera Tun Nacha Tun Tahir

34

35

You might also like