P. 1
Artikel Math "2P Lost Box"

Artikel Math "2P Lost Box"

|Views: 186|Likes:
Published by Zawani Ahmad

More info:

Published by: Zawani Ahmad on Dec 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/24/2015

2P LOST BOX MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Nur Zawani Bt Ahmad
montel_dot3@yahoo.com

Sheridean Bin Zakaria
sheridean@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana penglibatan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah 2P Lost Box. Kajian ini menggunakan reka bentuk Model Kurt Lewin (1940). Sampel kajian terdiri daripada 3 orang murid. Instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini ialah pemerhatian, analisis borang skor dan temu bual berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran murid-murid dalam operasi tolak lingkungan 10 dapat dipertingkatkan melalui intervensi yang dilaksanakan. Dapatan kajian juga menunjukkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dapat dipertingkatkan melalui pengaplikasian 2P Lost Box dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan 2P Lost Box bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran, malah dapat diguna pakai oleh murid normal di aliran perdana.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah saya menjalankan ujian diagnostik pada minggu pertama, saya amat terkejut kerana murid-murid di kelas Exora mempunyai pelbagai masalah dan keputusan yang amat berbeza. Hasil penilaian ujian diagnostik mereka, saya amat terkejut kerana murid-murid di kelas Exora mempunyai pelbagai masalah dan potensi yang amat berbeza. Berdasarkan penilaian diagnostik yang dijalankan, saya dapati terdapat tiga orang murid yang masih lemah kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pula, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik. Menurut Thomas P. Carpenter dan rakan-rakan (1999) terdapat empat jenis masalah asas telah dikenal pasti dalam penyelesaian masalah operasi tolak iaitu penyatuan (join), pengasingan (separate), Part-Part-Wholed dan perbandingan (compare). Hal ini jelas terbukti apabila saya telah mengenal pasti masalah yang sama berlaku pada murid untuk menyelesaikan soalan operasi tolak yang diberikan. Ternyata permasalahan yang sama dikenal pasti bagi menyatakan bahawa tiga orang murid berkenaan memerlukan intervensi penyelesaian operasi tolak. Selain itu, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid salah membuat tanggapan dalam memahami konsep dan kemahiran Matematik serta lemah dari segi mental (Shazlina Yusoff, 2009). Saya telah mengaplikasikan pelbagai kaedah seperti menolak menggunakan jari, bahan konkrit seperti pensel, guli, gula-gula, sumi serta bahan visual pada hamparan elektronik. Kesemua bahan bantu mengajar ini mudah digunakan sebagai pembilang. Tidak dinafikan murid kelihatan begitu seronok apabila diberi bahan-bahan tersebut untuk menyelesaikan operasi tolak, tetapi setelah beberapa kali pengajaran, murid masih tetap keliru dan sering kali mencampuradukkan penyelesaian operasi tambah dan tolak. Ternyata, mereka bertiga masih sukar untuk memahami konsep tolak dengan baik. Penggunaan gambar rajah tunggal dan bersiri juga saya gunakan untuk menerangkan cara penyelesaian operasi tolak dengan lebih mudah seperti dapatan kaji selidik yang dilakukan oleh Norlemi bt Amir Sharifah Norul dan Akmar bt Syed Zamri (2007) yang membuat tafsiran kanak-kanak terhadap illustrasipiktorial bagi operasi penambahan dan penolakan, namun murid masih kelihatan tidak faham bagaimana untuk memahami dan menyelesaikan operasi tolak dengan baik kerana murid akan mengira keseluruhan objek yang kelihatan pada gambar yang ditunjukkan dan akan menyebabkan berlakunya operasi penambahan bukannya penolakan.

1

Ini telah menyebabkan saya berasa kecewa dan hampir berputus asa untuk mengajar di kelas tersebut. Seterusnya saya mencuba kaedah menyelesaikan operasi tolak dengan menolak menggunakan jari, iaitu menggunakan bahan konkrit seperti kajian yang dilakukan oleh Chieng Leh Hui (2011) yang bertajuk “Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan Operasi Tolak yang Melibatkan Pengumpulan Semula”, namun murid masih sukar untuk memahami konsep tolak dengan baik serta menunjukkan sikap yang tidak berminat untuk mempelajarinya. Timbulnya pelbagai persoalan di dalam pemikiran saya untuk mencari idea atau penyelesaian bagi menarik minat murid-murid untuk meningkatkan lagi kefahaman dan minat murid dalam mempelajari kemahiran operasi tolak. 2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat empat jenis operasi, iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi tambah merupakan operasi yang paling mudah difahami dan dipelajari oleh murid-murid. Masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Punca masalah yang dapat saya kenal pasti adalah murid sering kali mencampuradukkan atau keliru dengan operasi tolak dan operasi tambah. Masalah ini perlu ditangani segera agar murid tidak tercicir dalam pelajarannya kerana operasi tolak adalah penting dalam kehidupan harian manusia seperti mengira jumlah lebihan wang sewaktu membeli barang, jumlah kek yang tinggal selepas dibahagikan kepada adik beradik dan lain-lain. Dalam kajian tindakan ini, saya menumpukan keprihatinan saya terhadap penggunaan 2P Lost Box bagi pengajaran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1990) menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan murid dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan bahan bantu mengajar adalah seperti berikut: i. ii. iii. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Turut memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

Adalah penting kepada seorang murid untuk memahami konsep terlebih dahulu sebelum berubah kepada kemahiran seterusnya. Pembinaan 2P Lost Box ini tidak memerlukan kos yang banyak kerana bahan-bahan buatannya mudah didapati di kedai. 2P Lost Box bertujuan untuk memudahkan murid memahami konsep sekali gus dapat menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik. 2P Lost Box berasal daripada perkataan put, push and lost atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai letak, tolak dan hilang. 2P Lost Box merupakan idea baharu yang diciptakan oleh saya sendiri hasil penggabungjalinan hobi saya mengumpul span serta masalah yang dihadapi dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Inovasi baharu ini merupakan idea baharu yang saya lahirkan tanpa peniruan dan tiada kajian lalu yang mirip atau persis kajian ini. Saya berasa amat yakin bahawa 2P Lost Box dapat membantu murid bermasalah pembelajaran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10. 2P Lost Box dibina untuk memudahkan kefahaman murid menyelesaikan operasi tolak. Murid akan didedahkan dengan empat aktiviti berlainan di mana setiap aktiviti akan melibatkan sepenuhnya penggunaan 2P Lost Box yang berperanan sebagai bahan bantu belajar kepada murid dalam menyelesaikan permasalahan operasi tolak. Murid perlu memasukkan bongkah span yang telah disediakan dalam 2P Lost Box. Murid akan diajar cara menggunakan 2P Lost Box oleh guru dalam aktiviti Ikut saya. 2P Lost Box mempunyai kebolehtadbiran yang tinggi kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja dan guru juga boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran operasi tolak di luar bilik darjah dengan menggunakan 2P Lost Box. bukan itu sahaja, 2P Lost Box juga boleh dijadikan bahan permainan dalam pengajaran di mana ia memudahkan kolaborasi antara guru dan murid. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam menyelesaikan soalan

2

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan kaedah inovasi baharu. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran dengan menggunakan 2P Lost Box. Diharapkan, penggunaan 2P Lost Box dapat diteruskan dan digunakan oleh guru pada masa yang akan datang dalam menangani masalah kemahiran operasi tolak dalam kalangan murid terutama murid bermasalah pembelajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan agar dapat meningkatkan tahap kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran dengan menggunakan 2P Lost Box. 4.0 SOALAN KAJIAN

Adakah 2P Lost Box dapat membantu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran? 5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian saya adalah murid-murid dari salah sebuah sekolah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang yang telah gagal menjawab soalan lima, soalan enam dan soalan tujuh pada ujian diagnostik Matematik. Seramai tiga orang murid kelas Exora dipilih sebagai subjek kajian. Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki yang mana salah seorang daripada mereka berbangsa Siam. Kriteria utama pemilihan murid ialah faktor kehadiran kerana kehadiran murid ke sekolah yang konsisten merupakan salah satu faktor pemilihan mereka sebagai murid. Sekiranya murid kerap tidak hadir ke sekolah hal ini pasti akan mengganggu proses pelaksanaan kajian ini. Setelah membuat beberapa tinjauan, sememangnya prestasi akademik ketiga-tiga orang murid ini adalah di peringkat yang sederhana. Mereka juga telah dikenal pasti tentang latar belakang serta ciri-ciri unik lain yang ada pada mereka yang mungkin mempengaruhi cara pemikiran, tingkah laku, hubungan sosial dan cara pembelajaran mereka. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Rohana Yusof (1996) menyatakan penyelidikan yang baik akan memberikan pemerhatian kepada langkah-langkah kajian yang terlibat. Kajian tindakan ini berasaskan Model Kurt Lewin (1948) atau lebih dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Terdapat empat peringkat di dalam model ini iaitu perancangan, pemerhatian, tindakan dan refleksi. 6.1 Aktiviti 1 : Ikut Saya (Memperkenalkan 2P Lost Box)

Saya memperuntukkan sebanyak 1 masa pengajaran iaitu selama 40 minit untuk memperkenalkan 2P Lost Box dan penggunaannya kepada murid. Semasa memperkenalkan 2P Lost Box, saya akan memberikan beberapa soalan kepada murid di papan putih untuk melihat sejauh mana tahap pemahaman mereka dalam operasi tolak. Murid akan diberikan seorang sebuah 2P Lost Box. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan operasi tolak dengan menggunakan 2P Lost Box. Contohnya, murid diberikan soalan, 5-3=?.

Lima bongkah span Tiga bongkah span Dua baki bongkah span diletakkan pada 2P Lost ditolak masuk Box Rajah 1 : Langkah-Langkah Penggunaan 2P Lost Box

3

6.2

Aktiviti 2 : Dadulak

Rajah 2 : Aktiviti 2 – Dadulak Dadulak merupakan singkatan daripada perkataan dadu dan tolak. Dadulak dibina berasaskan konsep lambungan dadu. Setiap permukaan dadu dibina soalan operasi tolak yang berlainan. Terdapat 5 biji dadu yang berlainan warna akan diberikan dalam aktiviti ini di dalam sebuah bekas. Murid perlu melambung dadu dan apabila dadu jatuh, murid perlu membaca soalan operasi tolak yang terpapar pada permukaan atas dadu. Murid seterusnya perlu menulis semula soalan operasi tolak pada lembaran yang disediakan dan menyelesaikan soalan dengan menggunakan 2P Lost Box sebelum bergerak ke dadu seterusnya yang berlainan warna. Masa untuk aktiviti ini diperuntukkan selama 10 minit. 6.3 Aktiviti 3 : DamOT

Rajah 3 : Aktiviti 3 – DamOT DamOT merupakan singkatan kepada Dam Operasi Tolak. Murid akan bermain DamOT bersama-sama. DamOT berkonsepkan dam ular. Murid akan diperkenalkan cara bermain DamOT. Murid perlu melambungkan dadu untuk menentukan giliran. Jumlah lambungan dadu yang paling tinggi akan menjadi pemain pertama, kedua dan seterusnya. Murid akan memilih rumah masingmasing yang berlainan warna iaitu merah, biru, dan kuning sebelum menjalankan giliran. Apabila rumah tiba pada petak yang mengandungi soalan operasi tolak, murid perlu menyalin soalan tersebut pada kertas lembaran kerja yang disediakan oleh guru. Sekiranya murid tiba pada petak ular dan anak panah berwarna kuning, murid perlu mengundur ke petak yang ditunjukkan. Manakala apabila tiba di petak tangga dan anak panah berwarna oren, murid akan maju ke hadapan mengikut arah yang ditunjukkan. Setelah menyalin soalan, murid akan menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 yang mesti dijawab oleh murid dengan menggunakan 2P Lost Box pada masa yang sama murid kedua akan meneruskan giliran. Guru akan memantau pergerakan aktiviti ini dari semasa ke semasa. 6.4 Aktiviti 4 : Pemburu yang Bijak

Murid adalah pemburu dan akan sentiasa membawa bersama 2P Lost Box dalam aktiviti ini. Pemburu yang bijak dijalankan di luar kelas di mana murid akan menjadi pemburu yang akan menjejaki soalan-soalan operasi tolak secara mendapatkan rewards atau ganjaran. Pembelajaran luar bilik darjah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi. Pembelajaran luar bilik darjah adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, dapat

4

memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui aktiviti ini, pemburu perlu mencari burung gagak hitam yang terdapat dalam kawasan yang telah ditetapkan. Apabila pemburu berjaya mencari gagak hitam, pemburu akan mengambil soalan operasi tolak daripada gagak hitam yang terdapat pada bahagian belakangnya. Pemburu akan menuju ke kawasan tempat kiraan dan mengira operasi tolak yang telah diperoleh. Pemburu akan menggunakan 2P Lost Box untuk membantunya menyelesaikan soalan operasi tolak. Sekiranya berjaya menjawab 10 soalan dengan betul dalam masa 30 minit, pemburu akan menebus jawapan yang diperoleh untuk mendapatkan ganjaran. Pemburu yang berjaya menangkap semua gagak hitam dan menjawab semua soalan dengan betul, maka akan digelarkan sebagai pemburu yang bijak. 7.0 DAPATAN KAJIAN

Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. 7.1 Data Pemerhatian

Selepas diperkenalkan 2P Lost Box, murid kelihatan telah kembali bersemangat untuk menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 yang diberikan. Strategi yang saya guna pakai dalam mengatasi masalah murid A, C dan E ialah penyelesaian operasi tolak melalui aktiviti permainan berbantukan bahan bantu yang telah saya bina untuk memudahkan kefahaman mereka. Pemerhatian dijalankan pada aktiviti Ikut saya dan Dadulak.

Rajah 3 : Murid Menjawab Soalan Latihan Ikut saya

Rajah 4 : Aktiviti 2 - Dadulak

Jadual 1 : Skor Senarai Semak Pemerhatian Ikut Saya Sesi Pertama dan Kedua Bil. 1. 2. 3. Item Adakah murid dapat meletakkan bongkah span pada 2P Lost Box dengan tepat? Adakah murid dapat menolak bongkah span dengan tepat? Adakah jawapan yang diberikan oleh murid tepat dengan jalan pengiraan? Sesi pertama C E /// / /// /// // /// Sesi kedua C E //// /// //// //// //// /////

A /

A /// /// /////

Pada sesi pertama Ikut saya, gagal menarik minat murid kerana guru beranggapan murid masih tidak memahami konsep tolak. Guru mengambil tindakan seterusnya pada sesi kedua dengan mempelbagaikan contoh-contoh yang lebih mudah serta grafik dan animasi yang lebih menarik untuk difahami agar mereka lebih memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Sesi pertama menunjukkan murid A tidak dapat menolak bongkah span dengan tepat berdasarkan kehendak soalan dan tidak

5

dapat memberikan jawapan yang betul. Namun, murid A menunjukkan peningkatan pada sesi kedua. Manakala, murid E telah menunjukkan peningkatan yang baik pada sesi kedua walaupun pada sesi pertama masih di bawah bimbingan guru. Penglibatan murid A, C dan E pada sesi pertama di tahap yang sederhana kerana mereka masih baru dalam menggunakan 2P Lost Box sebagai bahan bantu mengira mereka dan menunjukkan penglibatan yang cemerlang dengan kekerapan yang penuh pada sesi kedua. Hal ini menunjukkan mereka telah mula memahami penggunaan 2P Lost Box untuk menyelesaikan soalan operasi tolak. Jadual 2 : Skor Senarai Semak Pemerhatian Dadulak Sesi Pertama dan Kedua Bil. 1. 2. 3. Item Adakah murid dapat meletakkan bongkah span pada 2P Lost Box dengan tepat? Adakah murid dapat menolak bongkah span dengan tepat? Adakah jawapan yang diberikan oleh murid tepat dengan jalan pengiraan? Sesi pertama C E //// // /// //// // /// Sesi kedua C E //// /// //// //// //// /////

A /// / ///

A //// //// /////

Pada sesi pertama Dadulak, murid A kurang menunjukkan minat mendalam untuk menjalani aktiviti yang diadakan di dalam bilik darjah. Guru berpendapat bahawa murid bosan berada dalam suasana pembelajaran kelas yang sama pada setiap masa. Jadi, guru telah melaksanakan aktiviti Dadulak di luar bilik darjah pada sesi kedua. Ternyata, mereka kelihatan bersungguh-sungguh menggunakan masa 5 minit yang diberi untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Secara puratanya, murid telah dapat meletakkan bongkah span pada 2P Lost Box dengan tepat walaupun masih memerlukan bimbingan serta perhatian daripada guru. Namun, murid A kelihatan masih lemah untuk melakukan penolakan bongkah span dengan bilangan yang tepat, begitu juga murid C dan E. Tetapi, pada sesi kedua, rata-rata mereka telah menunjukkan peningkatan yang baik serta dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul. 7.2 Data Borang Skor

Guru akan menanda ( / ) pada borang skor, murid yang menunjukkan tahap penguasaan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Borang skor ini bertujuan untuk mengukur pencapaian murid selepas selesai aktiviti pemburu yang bijak. Murid perlu menjawab soalan yang diperoleh dengan betul untuk mendapat satu skor markah. Jadual 3 : Skor Murid Sesi Pertama dan Kedua Pemburu yang Bijak Murid A C E Peratus (%) Sesi 1 4 4 5 43 Sesi 2 7 8 9 80 Peratus Peningkatan skor (%) 30 40 40 37

Hasil dapatan borang skor pemburu yang bijak jelas menunjukkan peningkatan skor murid pada sesi pertama dan sesi kedua. Pembelajaran bilik darjah bukan sahaja membantu murid bermain sambil belajar, malah memberikan keseronokan serta persaingan untuk menjadi lebih terbaik berbanding rakan-rakan yang lain. Peningkatan sebanyak 37 peratus pada sesi kedua jelas membuktikan penggunaan 2P Lost Box berjaya digunakan dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10. 7.3 Data Temu bual Berstruktur

Kaedah temu bual merupakan salah satu aspek data yang dikumpul bagi mendapatkan keberkesanaan penggunaan 2P Lost Box. Ini adalah bertujuan untuk mengumpul data berkaitan

6

perasaan murid semasa menjalankan aktiviti Damot. Temu bual ini dilakukan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kajian tindakan tersebut. Temu bual yang dijalankan sebelum kajian menjurus kepada minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kefahaman dan operasi tolak lingkungan 10. Semasa aktiviti dijalankan, guru akan menemu bual murid sebaik sahaja selesai setiap aktiviti pada sesi kedua yang berfokus kepada penglibatan murid menggunakan 2P Lost Box semasa menyelesaikan operasi tolak dan pada akhir aktiviti. Guru akan menemu bual murid selepas kesemua pelaksanaan aktiviti dilakukan untuk menilai sejauh mana murid dapat menyelesaikan operasi tolak lingkungan 10 terhadap aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan 2P Lost Box. Berdasarkan temu bual, guru dapat membuat rumusan yang tepat berkaitan penggunaan 2P Lost Box dalam membantu murid menyelesaikan soalan kemahiran operasi tolak. Data yang diperoleh akan dikumpul dan direkodkan dalam bentuk naratif. Murid-murid sememangnya boleh menguasai kemahiran operasi tolak dengan corak pembelajaran berbentuk pertandingan. Murid saling bersaing sesama mereka dan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan operasi tolak yang diperoleh. Aktiviti ini memperlihatkan penguasaan ketigatiga orang murid ini dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dengan menggunakan 2P Lost Box. Berdasarkan hasil dapatan temu bual bersama ketiga-tiga murid menyatakan bahawa 2P Lost Box membantu mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik serta mereka ingin terus menggunakan 2P Lost Box pada masa akan datang dalam kemahiran operasi tolak. Semasa aktiviti dijalankan, saya akan menemu bual murid seorang demi seorang untuk mengetahui perasaan murid semasa melibatkan diri. Dapatan temu bual semasa aktiviti dijalankan menyatakan keseronokan penggunaan 2P Lost Box dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran operasi tolak. Kebolehtadbiran kajian ini jelas terbukti apabila murid menyatakan bahawa mereka tidak perlu menggunakan bahan konkrit untuk menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10, tetapi hanya menggunakan 2P Lost Box yang mana ia mudah dibawa. Mereka turut menyatakan rasa seronok apabila memberi maklum balas seperti berikut : “Seronok sangat cikgu.!” “Best wor.. tak payah guna guli lagi.” “Suka suka suka .. Saya suka main dam.” Murid juga telah menunjukkan kefahaman mereka menggunakan 2P Lost Box apabila berjaya mengingati langkah-langkah menyelesaikan soalan operasi tolak dengan menggunakan 2P Lost Box berdasarkan maklum balas seperti : “Saya ingat la cikgu... Mula-mula letak, pastu tolak dalam kotak, pastu dapat la jawapan!” “Tak dalam kotak, cek tolak span dalam kotak pastu kira la berapa span tu...” “Kacang ja.. cucuk span kat kotak, dah tu tolak la...hehehe..” 7.4 Dapatan Ujian Bertulis

Kemp J.E et al. (1998) menjelaskan bahawa ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua kategori mengikut bentuk soalan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Ujian bertulis yang dijalankan bertujuan menguji sejauh mana keupayaan murid menyelesaikan soalan operasi tolak lingkungan 10 dengan menggunakan 2P Lost Box. Pembinaan ujian bertulis adalah soalan tahap rendah yang bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar, iaitu pengetahuan yang mereka telah ketahui dalam menyelesaikan soalan operasi tolak menggunakan 2P Lost Box selain mengingatkan murid kepada maklumat penting yang perlu mereka ketahui. Ujian bertulis yang dijalankan telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan 2P Lost Box dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. Ketiga-tiga murid berjaya menjawab semua soalan dengan betul dalam masa yang telah ditetapkan. Hasil analisis ujian bertulis menujukkan murid telah menunjukkan penguasaan 100 peratus menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 menggunakan 2P Lost Box apabila berjaya menjawab 10 soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan selama 30 minit malah mereka dapat menyiapkan soalan sebelum masa tersebut.

7

Sesi 1 Sesi 2 Ujian Bertulis

Rajah 5 : Graf Perbandingan Skor Murid pada Sesi Pertama dan Kedua Aktiviti Pemburu yang bijak dengan Ujian Bertulis Graf menunjukkan perbandingan skor murid pada sesi pertama dan kedua aktiviti pemburu yang bijak dengan ujian bertulis. Peningkatan murid pada sesi pertama dan kedua jelas ditunjukkan pada setiap aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti pemburu yang bijak. Bagi menggalakkan penglibatan aktif murid, saya telah membuat beberapa penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti pemburu yang bijak iaitu mengenakan ganjaran kepada murid yang berjaya mendapatkan semua soalan dan menjawab dengan betul. Peningkatan yang ditunjukkan oleh murid A, C dan E, telah berjaya membuktikan dapatan kajian ini mencapai objektif yang ditetapkan di mana penggunaan 2P Lost Box berjaya membantu murid bermasalah pembelajaran menyelesaikan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik. Hal ini sekali gus menjawab kepada persoalan kajian guru iaitu adakah 2P Lost Box dapat membantu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. 8.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan dapatan kajian, saya dapati bahawa tahap penguasaan murid terhadap kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dapat dipertingkatkan melalui pengaplikasian 2P Lost Box sebagai bahan bantu belajar atau alat pembilang. Keputusan ini juga membayangkan murid menunjukkan minat yang lebih mendalam untuk menguasai kemahiran asas dan belajar Matematik. Penglibatan murid dari aspek tingkah laku, minat dan sikap turut memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid terhadap kemahiran yang diajar. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya sendiri. Hasil daripada pemerhatian tersebut, murid dilihat menunjukkan sikap dan memberi tindak balas yang positif terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan. Pembelajaran bi luar bilik darjah bukan sahaja dianggap medium yang berkesan untuk menarik minat murid terhadap sesuatu pembelajaran malah penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dengan tahap keupayaan murid juga penting dalam menangani permasalahan yang dihadapi. Berdasarkan dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan selepas intervensi, kesemua murid iaitu seramai tiga orang berjaya memperoleh pencapaian yang jauh lebih baik sebelum intervensi dijalankan. Tambahan, hasil dapatan borang skor telah menunjukkan bahawa penggunaan 2P Lost Box dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak murid berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 37 peratus. Pada akhir intervensi, hasil penilaian ujian bertulis telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan 2P Lost Box membantu murid menyelesaikan operasi tolak dengan kejayaan murid menjawab ke semua soalan dengan betul dalam ujian tersebut. Secara keseluruhan, penggunaan 2P Lost Box sebagai bahan bantu belajar terbukti berjaya membantu murid bermasalah pembelajaran meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Dapatan daripada hasil kajian ini dikuatkan lagi berdasarkan kajian Johnson & Johnson (1994), yang telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar dengan membandingkan pencapaian murid menggunakan strategi pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu mengajar dan pembelajaran tradisional. Hasil analisis kajiannya jelas membuktikan bahawa pengetahuan seseorang individu lebih tinggi berbanding belajar tanpa menggunakan bahan bantu mengajar. Kemampuan pelajar juga turut berubah sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat mengingat sesuatu konsep dalam jangka masa yang lama.

8

Menurut kajian Naim Ahmad (1989), tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. 2. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. 3. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. 4. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. 5. Menjimatkan masa pengajar. 6. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Melalui dapatan kajian yang diperoleh, saya dapati bahawa persoalan kepada kajian ini telah terjawab. Sesungguhnya, 2P Lost Box dapat membantu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. Buktinya dapat dilihat dengan peningkatan graf pada sesi kedua pemburu yang bijak oleh murid yang menunjukkan penguasaan murid dalam kemahiran ini. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa model Kurt Lewin (1948) yang diaplikasikan dalam kajian ini telah berjaya dilaksanakan bermula dengan proses perancangan iaitu mengenal pasti masalah yang dihadapi murid, seterusnya melaksanakan tindakan dengan menjalankan intervensi, membuat pemerhatian sepanjang intervensi dan membuat refleksi bagi setiap dapatan secara keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian adakah penggunaan 2P Lost Box membantu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran. 2P Lost Box merupakan medium baharu yang terbukti keberkesanannya serta dapat diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah bagi memudahkan mereka mengajar kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 kepada murid yang dikenal pasti mempunyai masalah seperti penyatuan, pengasingan, Part-Part-Wholed dan perbandingan. Dengan menjalankan intervensi awal kepada murid, hal ini dapat mengelakkan murid tercicir dalam pelajarannya di samping menarik minat mereka untuk belajar. 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan 2P Lost Box dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sememangnya berkesan dalam membantu murid menyelesaikan pengiraan operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti: i. ii. Meningkatkan cabaran dan kepuasan kerja. Mengaplikasikan penggunaan 2P Lost Box dalam mata pelajaran Matematik bukan sahaja bagi murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, malah bagi murid-murid pemulihan yang mempunyai bermasalah dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10. Menggunakan video animasi yang memaparkan animasi yang pelbagai supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Membuat nombor 1-10 pada bahagian atas setiap lubang 2P Lost Box untuk memudahkan murid yang lemah dalam mengecam nombor 1-10 agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran di samping memberi keseronokan kepada mereka. Mengaplikasikan 2P Lost Box dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10.

iii.

iv.

v.

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

9

Sebagai kesimpulan bagi kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengaplikasian 2P Lost Box sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 murid bermasalah pembelajaran, yang dikatakan sukar untuk difahami bagi murid. Justeru, adalah menjadi harapan kepada saya supaya keberkesanan pengaplikasian 2P Lost Box dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran operasi tolak ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru-guru Matematik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam usaha merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan murid berkaitan kemahiran yang dipelajari, tetapi pada masa yang sama dapat menarik minat dan menggalakkan penglibatan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Rujukan Chieng Leh Hui (2008). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, IPG Kampus Batu Lintang. Johnson, D. W., & Johnson, R. (1994). Leading the cooperative school (2nd ed.). Edina, MN: Interaction Book. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemp, J.E., Morrison, G.R. & Ross, S.M. (1998). Designing effective instruction. Upper Saddle River: Prentice Hall. Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65. Norlemi Amir dan Sharifah Norul Akmar bt Syed Zamri (2007). Tafsiran kanak-kanak terhadap ilustrasipictorial bagi penambahan dan penolakan. Jurnal Pendidikan, 27(1), (Non-ISI/NonSCOPUS Cited Publication). Nur Shazlina Binti Yusoff. Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL. Kuching, Sarawak. IPG Kampus Batu Lintang. Rohana Yusof. (1996). Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Thomas P. Carpenter, et. al. (1999). Children’s mathematics: Cognitively Guided Instruction. (Co published) Portsmouth, NH: Heinemann and Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->