You are on page 1of 4

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting

di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology . Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics . Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik. Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciriciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri. Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecahpecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonemfonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggalpenggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fonologi

Fenomena

bunyi

atau

pertuturan

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu

manusia seluruhnya.

Asas kepada kajian fonologi. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dengan

morfologi dan sintaksis.

Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan peraturan spesifik. tujuan dan untuk bentuk menentukan bunyi secara

dituturkan sempurna.

oleh

manusia

You might also like