You are on page 1of 10

ACARA KANAK-KANAK (2)

Kategori Permainan: Individu Syarat & Peraturan: Semua peserta akan berada digarisan permulaan.Apabila wisel dibunyikan, peserta akan berlari ke arah gula-gula yang bertaburan di atas padang dan mengutipnya seberapa banyak yang boleh sehinggalah semua gula-gula sudah tidak ada lagi. Acara ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun. Walau bagaimanapun, pihak penganjur perlu menyediakan gula-gula dalam jumlah yang banyak kerana dikhuatiri ada peserta yang tidak mendapat gula-gula.malah kanakkanak yang mendapat sedikit gulagula sama ada menangis atau berkelahi atau berebut untuk

Cara Pengadilan: Tiada peraturan khas,Cuma hakim pelepas sahaja diperlukan. Aspek Keselamatan: Pastikan gula-gula ditaburkan menyeluruh di atas padang bagi menggelakkan kanak-kanak bertumpu ke satu kawasan dan boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran. Peralatan: Gula-gula ditaburkan di padang acara (penganjur boleh juga meletakkan alat-alat permainan,barangan yang dibalut dengan kertas hadiah,atau minuman kotak bagi membolehkan kanak-kanak ini membuat pilihan selain gula-gula)

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Setiap peserta akan dibekalkan dengan sebatang kayu hoki dan setiap pasukan akan terdiri daripada empat orang peserta. Dua orang ahli pasukan akan berada dibelakang garisan permulaan dan 2 orang lagi digarisan penamat. Apabila wisel dibunyikan, peserta akan menggunakan kayu hoki untuk menggolek dan mengawal bola hoki kepada rakan mereka yang akan mengetuk kayu hoki kawan mereka dengan perlahan dan rakan mereka akan mengulangi langkah yang sama. Kumpulan

Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas 3 orang hakim dikawasan tengah dan 3 orang hakim di garisan penamat yang akan menentukan pemenang pertama hingga ketiga. Aspek Keselamatan: Pastikan peserta diberikan peringatan bahawa mereka hanya dibenarkan menggunakan kayu hoki tersebut ketika dalam permainan sahaja bagi menggelakkan ada peserta yang bermain dengan kayu tersebut dan memukul bola hoki dengan kuat sehingga boleh mencederakan penonton. Peralatan: Kayu hoki (mengikut bilangan peserta)dan bola hoki (mengikut

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Setiap kumpulan akan terdiri daripada 8 orang kanak-kanak sepasukan. 4 orang akan berada dibelakang garisan permulaan dengan sebiji bola dan empat orang lagi akan berada digarisan penamat. Apabila wisel dibunyikan,peserta pertama di garisan permulaan akan berlari membawa bola kepada peserta pertama digarisan penamat dan peserta itu pula akan berlari menghantar bola kepada peserta seterusnya. Langkah ini akan diulangi oleh peserta-peserta lain dalam kumpulan sehingga giliran peserta terakhirnya. Peserta terakhir kumpulan akan membawa bola sepantas mungkin untuk melepasi garisan penamat. Pemenang akan

Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas, 3 orang hakim di kawasan tengah , 3 orang hakim digarisan penamat yang akan menentukan pemenang pertama hingga ketiga. Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain sesuai bagi menggelakkan berlakunya pelanggaran. Peralatan: Bola (boleh guna belon, baton atau bola yang lebih ringan)

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan:


Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang. Separuh daripada mereka akan berada di garisan permulaan dan separuh akan berada digarisan penamat. Apabila wisel dibunyikan, peserta pertama digarisan permulaan akan berlari ke tengah gelanggang dan menggambil tali skip dari dalam gelung rotan, seterusnya berlari skip ke arah peserta pertama digarisan penamat dan memberikan tali skip tersebut kepadanya.peserta tersebut pula akan berlari skip ke tengah gelanggang dan meletakkan kembali tali skip ke dalam gelung,kemudian berlari ke arah peserta seterusnya dan menepuk tangan peserta itu untuk meneruskan permainan. Peserta-peserta lain akan melakukan rutin yang sama sehingga peserta terakhir dapat berlari sepantas mungkin ke garisan penamat untuk merebut gelaran pemenang. Pemenang

Cara pengadilan: Seorang hakim dikawasan tengah dan 3 orang hakim lagi digarisan penamat untuk menentukan pemenang pertama hingga ketiga. Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain adalah selamat supaya tidak berlaku perlanggaran. Peralatan: Tali skip dan gelung rotan

Kategori Permainan: Individu Syarat & Peraturan: Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak di bawah umur 8 tahun dan berbadan kecil sahaja. Peserta akan berada digarisan permulaan. Apabila wisel dibunyikan, peserta akan berlumba skipping menggunakan gelung rotan menuju ke garisan penamat. Peserta yang berjaya sampai dahulu digarisan penamat dikira sebagai pemenang. Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas dan 3 orang hakim dikawasan tengah, manakala 3 orang hakim lagi akan berada digarisan penamat untuk

Aspek Keselamatan: Pastikan gelung rotan diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan tidak terdapat kerosakan yang boleh mencederakan peserta. Pastikan juga bahawa hanya peserta yang bersaiz kecil dan boleh melakukan skipping gelung rotan sahaja boleh mengambil bahagian. Peralatan: Gelung rotan (boleh diganti dengan kain sarung)

Kategori Permainan: Individu Syarat & Peraturan: Dalam permainan ini, peserta akan menghadapi tiga rintangan digelung 1,2,dan 3. Di gelung 1, peserta akan menyusup masuk ke dalam gelung rotan (dipegang oleh pembantu) dan kemudian, berlari melompat dari satu gelung ke gelung lain di kawasan Gelung 2. Seterusnya, peserta akan berlari dan menyusup masuk ke dalam gelung dikawasan Gelung 3 dan terus berlari ke garisan penamat. Peserta yang berjaya melepasi ketiga-tiga rintangan di kawasan gelung rotan dan sampai dahulu digarisan penamat dikira sebagai

Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas, 3 orang hakim dikawasan tengah dan tiga orang hakim digarisan penamat.Pembantu juga diperlukan untuk memegang gelung di kawasan Gelung 1 dan 3 Aspek Keselamatan: Pastikan bahawa pembantu yang memegang gelung rotan di kawasan Gelung 1 dan 3 tidak bergerak sehingga boleh mencederakan peserta. Peralatan: Gelung rotan

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan:


Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun. Apabila wisel dibunyikan, peserta pertama pasukan akan berlari membawa belon kepada peserta pertama digarisan penamat, dan peserta itu akan berlari kepada peserta yang seterusnya. Aksi ini akan diulangi sehingga giliran peserta terakhir pasukan. Acara ini biasanya amat menyeronokkan kerana apabila belon yang dibawa oleh kanak-kanak itu pecah, ia membuatkan mereka basah kuyup. Oleh itu, petugas acara hendaklah bersedia dengan belon ganti supaya kanak-kanak tidak berasa kecewa.Pemenang ditentukan

Cara Pengadilan: Seorang hakim pelepas, beberapa orang petugas dikawasan tengah yang masing-masing memegang belon tambahan sekiranya belon peserta pecah, dan tiga orang hakim digarisan penamat untuk menentukan pemenang pertama hingga ketiga. Aspek Keselamatan: Pastikan jarak antara satu kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran. Peralatan: Belon berisi air (boleh berlari menggunakan baldi penuh berisi air,membawa kuali berisi air,bawa air dalam tempurung dll)

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Permainan ini memerlukan enam orang peserta bagi setiap satu kumpulan. Ketua kumpulan (A) akan menjadi pembaling dadu yang mengandungi arahan 0(tidak bergerak)1 merah (undur 1 langkah) 2 hijau (bergerak 2 langkah ke hadapan), 3 merah (undur 3 langkah)4 hijau (bergerak 4 langkah ke hadapan) 5 merah (undur 5 langkah) dan 6 hijau (bergerak 6 langkah ke hadapan). Ketua kumpulan akan membaling dadu dan apabila nombor mereka naik,kumpulan peserta tadi akan bergerak ke hadapan atau

Cara pengadilan: Seorang hakim pemerhati nombor yang dibaling dan tiga orang hakim penamat yang akan menentukan pemenang tempat pertama hingga 3 Aspek keselamatan: Pengadil perlu memastikan bahawa tiada penipuan berlaku bagi mengelakkan pergaduhan antara kumpulan. Peralatan: Dadu besar

Kategori Permainan: Berkumpulan Syarat & Peraturan: Dalam acara ini, setiap kumpulan akan terdiri daripada tiga orang peserta. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan empat gulung tisu bagi membolehkan mereka membalut seluruh badan salah seorang ahli kumpulan menjadi mumia.apabila wisel dibunyikan, mereka akan membalut rakan mereka sepantas mungkin tanpa menampakkan sebarang kulit dalam masa 2 minit. Pemenang akan ditentukan berdasarkan balutan yang paling kemas.

Cara Pengadilan: 2 orang hakim akan mengadili pertandingan ini dengan menilai dari segi kekemasan balutan dan tidak menampakkan sebarang kulit atau anggota badan individu yang dibalut. Aspek Keselamatan: Acara ini tidak membahayakan kerana hanya menggunakan tisu gulung sahaja. Peralatan: Tisu gulung,gam dan pita pelekat

You might also like