You are on page 1of 7

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK PENGENALAN Sejarah Sabah Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881, nama Sabah ditukar kepada 'Borneo Utara'. Pada 1888 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British. Hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan hingga menyertai Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai Jesselton semasa itu. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api. Kota Kinabalu hanya digunakan empat tahun selepas Sabah memperolehi kemerdekaan pada 22 December 1967 sempena nama Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di benua ASEAN. Tun Mustafa Bin Datu Harun yang merupakan Ketua menteri pada ketika itu yang mencadangkan nama Kota Kinabalu.

1.1 Peta terawal Sabah yang dicetak.

W. H. Treacher (1891). British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo. The Project Gutenberg eBook. p. 95. Retrieved 15 October 2009

Terdapat pelbagai pendapat asal-usul nama Sabah. 2 i.Sabah berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau. uga dikenali sebagai 'jaba'. ii. Berasal dari dialek melayu brunei bermaksud hulu sungai disebabkan kedudukan geografi Sabah dengan Brunei. iii. Berasal daripada perkataan Sabak yang membawa maksud tempat Gula Melaka dihasilkan. iv. Dalam bahasa arab, Sabah membawa maksud pagi, subuh, matahari terbit. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang. Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.12

1.2 Deklarasi Kemerdekaan oleh Donald Stephens pada 16 September 1963

Sebelum abad ke-16, pemerintahan terbahagi kepada tiga:i. ii. iii. sistem politik kesukuan sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.
Sistem pemerintahan Sabah terbahagi kepada tiga

Kesukuan
Terdapat di daerah pedalaman. Hidup dalam kelompok yang kecil. Setiap kelompok dipisahkan oleh banjaran, gunung, bukit dan sungai. Contohnya: o Kadazandusun o Murut o Orang Sungai

Kesultanan
Diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh kesultanan Sulu dan Brunei. Sultan Muyidin (Brunei) menyerahkan kawasan timur kepada Sultan Sulu kerana pertolongan menewaskan musuh. Ditadbir oleh dua kesultanan.

Ketua bebas

Masyarakat Sabah Terdapat 30 etnik, iaitu: o Kadazandusun o Bajau o Melayu-Brunei o Murut o Suluk o Orang Sungai o Kedayan o Bisaya

1.3 Sistem pemerintahan terawal di Sabah.

MASYARAKAT SABAH Sejarah awal menunjukkan kehadiran penduduk primitif di Tingkayu yang dipercayai didiami oleh penduduk asal Sabah.3 Manusia primitif ini menggunakan alatan daripada batu. Terdapat sebuah gua di Tingkayu yang dipanggil Gua Baturong dipercayai telah tenggelam berjuta-utaan tahun dahulu dan hanya timbul apabila Tasik Tingkayuh kering. Gua Baturong dan Gua Madai dipercayai habitat manusia primitif yang menetap di Sabah. Manusia pada zaman itu sudah pandai menggunakan alatan tembikar, tembaga dan besi.Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum, tidak kurang daripada 30 etnik. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Taburan penempatan penduduk di Sabah adalah mengikut etnik.

Kadazandusun Kaum Kadazandusun merupakan kaum yang terbesar di Sabah. Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965); Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220 Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Terdapat juga mitos bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG".Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
3

Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.14

Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazandusun membentuk 30%populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun.

Masyarakat Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi Sabah. bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku. Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Palau (Bajau Laut) dikenali sebagai gipsi laut dan Samah (Bajau Darat) dikenali koboi timur kerana kepakaran menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan persisiran pantai Semporna dan Kota Belud. Masyarakat Bajau beragama Islam dan mengamalkan adat resam seperti masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut. Tarian Brunsai dan Limabai adalah tarian tradisional masyarakat Bajau.

Murut Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, merangkumi 3% populasi Sabah. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman utara Borneo. 4 Mereka tinggal di rumah panjang yang dibina daripada buluh, rotan dan daun rumbia. Mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Pakaian tradisi mereka dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.5 Tarian Magunatip dan Langsaran adalah tarian masyarakat Murut. Masyarakat Murut masih lagi mendiami pedalaman Sabah. Kaum etnik di Sabah menerima pendidikan tidak formal dan formal. Pendidikan tidak formal yang dipelajaridaripada keluarga ataupun masyarakat. Kemahiran yang dipelajari seperti memancing, memanjat, berburu, bertukang, menyumpit, bersawah dan menternak. Pendidikan formal sangat terhad, dijalankan di surau, pondok dan rumah guru agama. Menekankan pendidikan Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi.

Rumusan Kemunculan teori-teori ini menyebabkan agak sukar untuk menentukan asal usul nama Sabah pun begitu, daripada teori teori ini bila dikaji dan diteliti asal usul nama Sabah boleh diterima pakai adalah berasal dari pisang Sabbah hal ini adalah kerana pisang ini memang banyak terdapat di negeri Sabah. Hingga kini pisang ini masih sinonim dengan negeri Sabah dan jika dilihat dari segi sejarah, kecenderungan orang zaman dahulu kala menamakan tempat berdasarkan hasil bumi atau tumbuhan yang tumbuh suburnya disuatu kawasan. Sabah sememangnya kaya dengan masyarakat pelbagai etnik yang memiliki budaya dan adat resam yang berbeza. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah
4 5

http://en.wikipedia.org/wiki/Sabah Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, 1997.An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, Kota Kinabalu:Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah,h 25

kegiatan sosioekonomi dan budaya yang dipengaruhi oleh taburan kawasan yang didiami etnik etik ini. Namun begitu masyarakat Sabah masih boleh hidup dalam suasana rukun, aman dan damai, ini kerana walaupun mempunyai pegangan hidup yang berbeza namun setiap bangsa mengamalkan budaya saling hormat menghormati dan mempunyai tujuan yang sama iaitu membina kerukunan dan kesejahteraan masyarakat. Rujukan: Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.12-16 Richard A.Lind, 2003, MY SABAH Reminiscences of a Former State Secretary,Kota Kinabalu:Natural Publications (Borneo) Sdn Bhd:h.35,8184 W. H. Treacher (1891). British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo. The Project Gutenberg eBook. p. 95. Retrieved 15 October 2009 Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, 1997.An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, Kota Kinabalu:Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah,h 25 http://en.wikipedia.org/wiki/murut

You might also like