You are on page 1of 3

Antara senarai tugas yg perlu/wajib ada:1 .

Menguruskan dan melaksanakan Projek Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Maklumat Berkomputer dan dipertanggungjawabkan kepada Pusat Komputer. 2. Melaksanakan pembangunan dan penyenggaraan sistem maklumat. 3. Menganalisa dan melaksanakan keperluan sistem maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan universiti di Peringkat Pusat dan Fakulti /Pejabat 4. Membantu merancang pembangunan sistem maklumat yang telah dikenalpasti oleh universiti/Pejabat 5. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan Sistem maklumat yang akan dibangunkan. 6. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem maklumat. 7. Membantu merancang program latihan kepada staf di dalam Bahagian Sistem Maklumat . 8. Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian / pakej yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan Sistem Maklumat. 9. Mengkaji semula sistem maklumat yang sedia ada bagi memperbaiki keupayaan sistem dan bagi menampung keperluan Pengguna yang bertambah/berubah dari masa ke semasa.

Aku ader senarai tugas yang disenaraikan oleh UTM!! haaaaaa ni dia:TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT(PPSM) 4.1 Penolong Pegawai Sistem Maklumat (PPSM) mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berbeza bergantung kepada jawatan iaitu PSM (F3), PPSM(F4) dan PPSM (F5) dan mengikut jabatan/unit beliau bertugas. Tugas harian F5 adalah seperti berikut: A) Bahagian Sistem Maklumat Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas : 1 Bertanggungjawab membantu menyelenggara Sistem Pendaftaran, Sistem Peperiksaan Pelajar dan /sistem Pendaftaran Mata pelajaran Ko-Kurikulum. 2 Bertanggungjawab membantu menyelenggara Sistem Maklumat Kewangan Universiti. 3 Membantu di dalam membuat kajian, analisa, merekabentuk serta membangun dan melaksanakan sistem maklumat. 4 Membuat pengaturcaraan mengikut spesifikasi yang diberikan oleh Pegawai Sistem Maklumat. 5 Menilai dan mengemaskini aturcara yang dibuat sesuai dengan teknologi dan kehendak semasa. 6 Melakukan perubahan kepda aturcara yang dibuat mengikut kesesuaian sistem berdasarkan spesifikasi yang diberikan oleh Pegawai Sistem Maklumat. 7 Melakukan debugging aturcara. 8 Membantu di dalam melaksanakan perubahan kepada sistem sedia ada atau yang baru. 9 Menyediakan dokumentasi aturcara dan membantu menyediakan dokumentasi pengguna dan sistem.

10 Membantu melatih pengguna dalam menggunakan sistem yang dibangunkan atau sistem yang telah diubahsuai. B) Bahagian Servis dan Penyenggaraan Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas: 1 Menyelia juruteknik dan helpdesk 2 Mengawasi dan mempertingkatkan mutu kerja-kerja baikpulih, pemasangan PC dan instalasi perisian. 3 Mengawasi dan mengemaskinikan Inventori peralatan dan kompenan Komputer. C) Bahagian Rangkaian dan Komunikasi Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas: 1 Menyelenggara server-server Novell dan Window NT di Pusat Komputer dan seluruh pejabat pentadbiran universiti. 2 Membantu Pegawai Sistem Maklumat merekabentuk rangkaian komputer di fakulti/bahagian dalam menentukan pemilihan jenis kabel dan jenis hub yang diperlukan. 3 Membantu Pegawai Sistem Maklumat menentukan konfigurasi alat-alat rangkaian komputer seperti Hub, Router dan lain-lain. 4 Menguji perisian baru yang berkenaan dengan server yang dapat membantu memaksimakan penggunaan server. 5 Memberi khidmat nasihat kepada pengguna-pengguna komputer di UTM mengenai perisian internet dan cara-cara menggunakan internet. 6 Menyelenggara rangkaian dan kabel komputer diseluruh UTM. 7 Memastikan peralatan rangkaian komputer seperti modem, hub, router, network card, kabel dan lain-lain dalam keadaan baik. 8 Pendawaian bagi Komputer PC baru ke hub, modem dan router. 9 Konfigurasi rangkaian untuk komputer PC dan modem dan menyelesaikan masalah yang dilaporkan oleh pengguna komputer di UTM berkaitan dengan rangkaian komputer. D) Bahagian Multi Media Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas: 1 Menyedia, mengemaskini dan menambahkan maklumat dalam homepage universiti. 2 Menyelenggarakan web server universiti dalam pembinaan homepage universiti. 3 Membuat penyelidikan perisian internet dan hompage dalam membangunkan homepagehomepage untuk universiti. 4 Membina dan mengemaskini kiosk untuk UTM bagi penyebaran maklumat universiti kepada pelajar dan pelawat ke UTM. 5 Melaksanakan segala arahan-arahan dari pegawai atasan dari masa ke semasa dalam menjalankan tugas seharian. E) Bahagian Latihan dan Perundingan Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas:

1 Melatih staf UTM di dalam penggunaan Perisian Komputer pada Kerangka Utama, Macintosh dan Komputer Peribadi (PC). 2 Membantu dalam penggunaan perisian di dalam Bengkel/Seminar. 3 Menasihat dan membantu staf UTM di dalam penyelesaian masalah penggunaan perisian. F) Bahagian Server Utama Jawatan : Penolong Pegawai Sistem Maklumat (F5) Senarai Tugas: 1 Melaksanakan dan menguji perisian dan instalasi perisian. 2 Menyediakan prosedur/panduan penggunaan sesuatu perisian. 3 Mengurus penggunaan ruang data secara berkesan. 4 Melaksanakan pengurusan data. 5 Memastikan keselamatan data/maklumat. 6 Memastikan semua perisian berfungsi dengan baik. 7 Membantu unit operasi dalam memberi khidmat kepada pengguna. 8 Menyediakan laporan /log aktiviti yang dilaksanakan. 9 Menyediakan akaun komputer untuk pengguna. 10 Menyediakan semua jenis laporan kerosakan peralatan dan perisian. 11 Melaksanakan proses backup data mengikut penjadualan yang tersusun. 12 Melaksanakan sistem pemantauan supaya sistem komputer beroperasi dengan baik. 13 Menyediakan dokumentasi laporan dan menganalisa penggunaan komputer serta bahan rujukan untuk pengguna. 14 Memantau sistem manual dan komunikasi komputer ke semua bahagian/fakulti. 15 Membantu pengguna dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. 16 Membuat laporan/log dan tindakbalas mesej atau permintaan pengguna.

You might also like