You are on page 1of 15

TENUNAN Satu proses dimana 2 atau lebih yarn disulam berselang-seli di antara satu sama lain dalam satu

atu sudut tepat. Proses ini diulang-ulang sehingga satu kain tenunan terhasil. 2 set yarn digunakan dan dikenali sebagai; Yarn longsin (warp) Yarn pakan (weft)

Yarn longsin -yarn menegak Yarn pakan - yarn melintang

B. Yarn longsin (warp)

Yarn pakan (weft)

Jenis-jenis Mesin tenun Table loom (tenun meja) Dobby loom (tenun dobby) Jacquard loom (tenun jacquard)

Langkah-langkah asas dalam menenun kain 1. Shedding

Barisan benang longsin (warp) terbuka dan terpisah di atas dan dibawah dengan menggunakan harness/shaft untuk menghasilkan satu ruang (gap) atau dikenali sebagai shed. 2. Picking menyusup/memasukkan benang pakan (weft) melalui shed yang telah terbentuk 3. Beating memukul/memampatkan benang pakan pada satu kedudukan dengan menggunakan Reed atau Batten (Sikat). 4. Take-up menggulung kain yang telah siap ditenun pada beam

Jenis-jenis Tenunan Tenunan Biasa (Plain Weave) Tenunan Kelarai (Twill) Tenunan Satin/Sateen Tenunan Rib

Lain-lain Tenunan ( Pile, Honeycomb, Leno, dll. ) Tenunan Biasa (Plain Weave) merupakan tenunan asas dimana benang pakan (weft) disusup ke atas dan ke bawah setiap benang longsin (warp) secara berselang-seli. paling mudah dihasilkan dan kerap digunakan. Plain weave

A. Hopsack (Tenunan Bakul) Benang pakan (weft) disusup atas 2 benang longsin (warp) dan bawah 2 benang longsin.

B. Hopsack (oxford) 1 Benang pakan disusup di atas 2 benang longsin dan di bawah 2 benang lungsin

Hopsack 2/2 - basket

Hopsack 2/1- oxford

Tenunan Rib 2 atau lebih benang pakan disusup atas 1 benang longsin dan bawah 1 benang longsin. Kaedah ini dikenali sebagai Warp Rib sekiranya benang pakan disusup atas 2 benang longsin dan bawah 2 benang longsin ia dikenali sebagai Weft Rib.

arah rib

2/2 warp rib Arah rib

3/3 warp rib

2/2 weft rib

Haircord

CIRI-CIRI Kain kelihatan berjalur samada arah warp atau weft. Warp Rib jalur arah weft timbul. Weft Rib jalur arah warp timbul. Ada juga Rib fabrik dihasilkan dengan menggunakan benang pakan yang kasar dan besar dan diselang-seli dengan benang pakan halus.

Tenunan Twill/Kelarai Benang pakan disusup atas 1 atau lebih benang longsin dan bawah 1 atau benang lebih longsin, tetapi untuk barisan baru, benang pakan dianjakkan 1 benang longsin

2/2 twill (Z Twill)

1/2 twill (S Twill)

terdapat 2 arah yang berbeza iaitu dari kanan ke kiri (S Twill) dan kiri ke kanan (Z twill). Twill akan menghasilkan jalur-jalur diagonal sama ada arah Z atau S. Jalur twill yang terkecil sama ada 1/2 atau 2/1.

Gabungan Z twill dan S twill dapat membentuk beberapa jenis tenunan twill, antaranya: Pointed or Cherron twill (2/2 twill) Herringbone (2/2 twill) Diamond weave (2/2 twill) Fancy diagonal (1/3 , 3/1 twill) adakalanya kecerunan yang dihasilkan oleh twill berbeza-beza ini disebabkan oleh perbezaan nisbah warp dan weft serta bilangan warp per inch.

Tenunan Satin Sateen Sekiranya benang pakan yang lebih banyak timbul berbanding benang longsin. Ia dikenali kain sateen. Kebiasaannya di permukaan belakang kain satin adalah sateen. Untuk menambahkan kekilatan dan ketahanan kemasan akan digunakan. 8 harness sateen 5 harness sateen merupakan lanjutan tenunan twill, tetapi untuk barisan baru anjakan benang pakan 2 atau lebih benang longsin. Dalam tenunan Satin, 4 atau lebih benang longsin akan timbul, manakala benang longsin ke 5 akan disulami ke bawah benang pakan. Dalam tenunan satin benang longsin timbul meliputi hampir keseluruhan permukaan fabrik tersebut ini menjadikan kain satin licin dan berkilat (berbanding kain sateen). Ia dipanggil warp face. Sekiranya yarn filament berkilat digunakan fabrik tersebut akan lebih berkilat.

CONTOH-CONTOH FABRIK DARI TENUNAN ASAS.

Tenun Biasa Batiste Buckram Belacu Chambray Canton Kanvas Fabrik cis Gauze Georget Gingam Lawn Muslin Organdi Oxford Poplin Seersucker Voile Flanel Flanelet

Tenun Kelarai Denim Drill Gaberdin Flanel flanelet

Tenun Satin Atlas Broked Damask

Tenunan Pile Pile kesan rupa permukaan kain yang terhasil disebabkan oleh loop-loop yarn. Loop-loop yarn ini terhasil daripada extra yarn yang timbul sama ada benang warp atau benang weft dan disulam bersama-sama tenunan biasa untuk membentuk dasarnya. Contohnya kain Terry towelling Fabrik tenunan pail mempunyai yarn yang berdiri tegak dari lapisan bawah tenunan, mengakibatkan fabrik yang tebal sehingga ke inchi, dengan permukaan yang bergulung/looped atau tufted. Satu set benang pakan dan satu set benang lungsin membentuk lapisan fabrik bawah/base. Satu lagi set benang (disebut benang pail pakan atau lungsin) membentuk pail. Benangbenang pail ini di sulam ke atas lapisan bawah tenunan Permukaan fabrik pail adalah dimana yarn berdiri tegak. Biasanya benang pail ini mengarah ke satu arah akibat dari berus sewaktu proses finishing/penyudahan

Sifat fabrik Pile Penebat haba yang baik kerana lapisan yang tebal dapat memerangkap udara. Penyerap air yang baik eg. Tuala. FABRIK KAIT/KNIT 50% dpd fabrik membuat pakaian adalah dikait. Contohnya spt sweaters, t-shirt, baju golf, pakaian dalam, sarung tangan, baju renang, labih banyak dipakai oleh wanita, bayi dan kanak2. Banyak menggunakan getah elastik. Lain2 penggunaan spt carpet, alas meja, selimut dan cadar, bandage. Mesin kait pertama oleh William Lee (England) 1775 mengait stokin sutera utk Queen Elizabeth. 2 jenis kait iaitu kait melintang dan kait memanjang. Kait melintang/WEFT setiap benang weft terletak di arah mana fabrik itu dihasilkan. Benang terletak melintang. Kait memanjang/WARP setiap benang warp terletak ke arah mana fabrik itu dihasilkan. Benang terletak memanjang.

Kait memanjang/warp Lebih stabil, tidak memeri, tidak berubah bentuk dengan mudah, kurang mengikut bentuk badan, licin, keras bila dipegang, tak mudah menyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan. Cth fabrik : Tricot, Raschel, Locknit Kait melintang/weft kurang stabil, memberi, mudah berubah bentuk, mengikut bentuk badan, licin dan berbulu, gebu, lembut dipegang, mudah menyerap kelembapan, mudah dijaga, ringan dan sederhana berat. Cth fabrik :Jersey, Purl, Rib, Pique, Lacoste

FABRIK BUKAN TENUN Fabrik tanpa tenun ialah fabrik yang dibina terus daripada gentian dengan menggunakan beberapa teknik yang tertentu. Cth: Felt, Stitchbonded, Spunbonded, Needlepunching Kegunaan : Perubatan, Lampin pakai buang, Tapis minyak Dalam penghasilan atau pembinaan fabrik bukan tenun, dua langkah utama yang terlibat ialah 1. pembentukan gentian kepada jaringan (web formation) iaitu: a) Tersusun, dengan gentian berada dalam satu arah selari di sepanjang fabrik. b) Dua arah iaitu gentian disusun dalam arah melintang dan memanjang pada fabrik. c) Secara rawak dalam berbagai arah pada fabrik. 2. penstabilan jaringan (web stabilization) a) b) c) Menggunakan pelekat, Menggunakan tekanan dan haba, Kaedah mekanikal

PERBANDINGAN TENUN, KAIT DAN BUKAN TENUN Kelajuan penghasilan - Bukan tenun paling laju, Kait sederhana, Tenun perlahan. Kos penghasilan - Bukan tenun paling murah, kait sederhana, tenun mahal. Jumlah pengeluaran- Tenun paling banyak, Kait sederhana, Bukan tenun paling kurang

You might also like