You are on page 1of 15

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Pn Siti Aishah Mohamad JIP

Jenis Kaunseling
1)

2)
3) 4)

Krisis Pemulihan Pencegahan Perkembangan

Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yg timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera drpd kaunselor dan pihak atasan. Tujuan utk mengelakkan tindakan negatif

Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memfokus pd kekurangan yg dikenal pasti dr semasa ke semasa. Tujuan utk mengubah tingkah laku spt merokok, melawan guru, ponteng sekolah, dll.

Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berdasarkan persepsi bhw sesuatu masalah mungkin timbul tanpa usaha utk menghalangnya. Konsep utama mencegah lbh baik drpd mengubati. Contoh kempen, ceramah, kem jaya diri, dll.

Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini mengenalpasti kebolehan dan keperluan individu pd tahap umur tertentu. Contoh aktiviti kurikulum dan ko-k melibatkan pelajar supaya mereka mengenali diri dan berkembang.

Etika Kaunselor

1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara standard dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling. 2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. 3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. 4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).

KOD TATALAKU

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien 1.Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat (organisasi). 2. Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya. 3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. 4. Semasa perhubungan kaunseling , kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun. 5. Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

sambungan

6. KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. 7. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun. 8. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. 9. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.

sambungan

10. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. 11. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

sambungan

12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya. 13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain. 14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama. 15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan. 16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

sambungan

B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional 1. Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap kecekapan professionalisme masing-masing. 2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya. 3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

sambungan

C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat 1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat. 2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

sambungan

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip berikut:1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat. 2. Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

sambungan

3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan. 4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. 5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. 6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya kerahsiaan, perbezaan di antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti. 7. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. 8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. 9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

You might also like