You are on page 1of 12

PERSEKITARAN FIZIKAL PINGGIR PANTAI Pinggir pantai sangat penting untuk Malaysia.

Secara langsung dan tidak langsung ia banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia terhadap ekonomi dan pelancongan. Sehingga kini masih belum terdapat satu takrifan zon pinggir pantai yang diterima pakai oleh setiap pengkaji daripada pelbagai disiplin. Secara umumnya istilah zon pinggir pantai masih didasari oleh kepentingan sesuatu bidang ilmu sama ada daripada segi kepentingan fizikalnya, kepentingan pelbagai sumberjaya yang terdapat, kepentingan ekonomi dan perdagangan, kepentingan penyelidikan dan saintifik, kepentingan arkeologi, ataupun untuk tujuan politik, dan pertahanan. Secara umumnya, zon pinggir pantai adalah merupakan pertembungan kritikal antara daratan, laut dan atmosfera. Zon tersebut dapat didefinisikan sebagai suatu jaluran daratan dan ruang laut yang bersebelahan dengannya (perairan pinggir pantai dan tanah yang tenggelam) yang saling bergantungan diantara satu dengan lain. Menurut Ketchum (1972), zon pinggir pantai terdiri daripada unsur-unsur yang terdapat pada tiga zon utama yang saling bergantungan, iaitu daratan, teteluk-muara sungai yang cetek, dan marin, ataupun ditinjau daripada sudut lain zon ini terdiri daripada dataran pinggir pantai, zon pesisir, dan zon hampir pesisir (Inman & Brush 1973).

(Sumber: PELAN PENGURUSAN PERSISIRAN PANTAI BERSEPADU (INTEGRATED SHORELINE MANAGEMENT PLAN) PULAU PINAN PELAN PENGURUSAN PERSISIRAN PANTAI BERSEPADU.2008) Jelasnya zon pinggir pantai adalah merupakan suatu zon yang paling dinamik dan juga rapuh. Kedinamikan zon pinggir pantai terletak pada kewujudan faktor-faktor fizikal daratan yang terdiri daripada batuan, pantai dan bentuk-bentuk lain yang terdiri daripada bahan yang tidak terkonsolidat, muara sungai, paya, dan terumbu karang di samping faktorfaktor fizikal lautan yang semestinya melibatkan perairan pinggir pantai dan agen-agen yang bertindak terhadap persekitaran fizikal zon pinggir pantai seperti ombak, arus, pasang surut, dan angin. Tindakan factor fizikal lautan serta tindakbalas yang diwujudkan berlaku berterusan secara semulajadi dalam rangka mewujudkan suatu keadaan keseimbangan dinamik yang boleh dikesan secara keratan rentas ataupun keratan memanjang. Zon pinggir pantai dianggap rapuh kerana apa sahaja bentuk gangguan di zon pinggir pantai mampu menyebabkan perubahan. Malahan setiap perubahan pula akan mempengaruhi tindakan yang seterusnya. Sekiranya sesuatu gangguan hanya menyebabkan perubahan yang kecil, biasanya agen agen yang bertindak mampu memulihkan keadaan secara semulajadi (Jamaluddin Md. Jahi. 1996, 2000a, 2000b). Bagaimanapun, sekiranya gangguan itu berterusan dan melampaui had kemampuan untuk pemulihan secara semulajadi oleh agenagen yang bertindak, biasanya gangguan berkenaan akan menimbulkan masalah dan menyebabkan kemerosotan kualiti persekitaran fizikal sesuatu zon pinggir pantai. Umum mengetahui bahawa masyarakat pinggir pantai bergantung pada sumber semula jadi pinggir pantai untuk sumber makanan dan kehidupan mereka. Ikan menjadi sebahagian penting keperluan protein, sementara hutan paya bakau menjadi sumber pelbagai produk. Penggunaan secara tradisional mempunyai impak yang kecil terhadap zon pinggir pantai. Bagaimanapun, pembangunan pesat dalam bidang pertanian, akuakultur, industri dan pembandaran telah bukan hanya mengganggu ekosistem zon pinggir pantai, tetapi memusnahkannya. Pembangunan bandar, industri, pertanian, pembalakan, infrastruktur dan perlombongan di kawasan pedalaman juga telah menyebabkan pemendapan dan pencemaran di zon pinggir pantai. Sebenarnya di zon pinggir pantai terdapat beberapa tempat yang menarik yang mampu menjadi tarikan pelancong dan juga untuk tujuan pembangunan pelancongan. Di seluruh dunia tarikan utama pelancong di zon pinggir pantai adalah kewujudan pantai yang cantik berserta sinaran matahari, mempunyai persekitaran yang bersih, landskap yang menarik, serta perairan pinggir pantainya yang bersih dan juga selamat. Di kawasan tropika seperti di negara ini,

tarikan pelancong bukan hanya bergantung pada pantai dan persekitarannya, tetapi juga disebabkan keunikan terumbu karang, dan paya bakau yang kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya. AGEN-AGEN YANG MEMPENGARUHI KETERUBAHAN PINGGIR PANTAI Ombak Sebahagian besar permukaan bumi diliputi oleh air iaitu 71%. Penyerapan tenaga matahari akan mewujudkan perbezaan suhu air laut dan menghasilkan arus udara. Arus ini akan bergerak sehingga ke kawasan pantai untuk membentuk ombak(wind wave). Tenaga yang dijanakan arus ini dianggarkan 1.39 megawatts per kilometer. Magnitude ini boleh bertambah sehingga 25 kali ganda sekiranya berlaku rebut. Ombak ini merupakan factor yang menyebabkan hakisan di kawasan pantai dan mengakibatkan kerosakan kepada strukturstruktur pantai. Aliran kocak dan arus rip adalah sebahagiannya berpunca daripada ombak ini. Terdapat beberapa perbezaan di antara ombak pembina dengan ombak pembinasa. Perbezaan pertama ialah proses geomorfologi. Ombak pembina, giat melakukan pemendapan di pinggir pantai manakala ombak pembinasa giat melakukan proses hakisan di pinggir pantai. Kedua-dua proses ini telah mewujudkan pelbagai bentuk muka bumi hakisa dan pemendapan di pinggir pantai. Perbezaan juga sangat nyata dari segi panjang, ketinggian dan kekerapan ombak. Ombak pembina terdiri daripada ombak yang panjang dan ketinggian yang rendah serta kekerapan damparan ombak yang sampai ke pinggir pantai yang rendah iaitu 6 hingga 8 kali seminit sahaja. Ombak pembinasa merupakan ombak yang pendek tetapi tinggi serta kekerapan damparan yang tinggi iaitu 10 hingga 12 kali seminit.

Perbezaan juga dapat dilihat dari segi kekuatan damparan berbanding unduran ombak. Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat di pinggir pantai dan sebaliknya unduran atau basuhan-baliknya lemah. Damparan yang kuat seiring dengan proses pemendapan. Ombak pembinasa pula mempunyai damparan yang lemah dan unduran ombak yang kuat. Unduran ombak yang kuat bertindak menghakis kawasan pinggir pantai. Perbezaan juga dapat dilihat dari segi kawasan pemecahan ombak di pinggir pantai. Ombak pembina yang biasa akan terbentuk di pinggir pantai yang cetek. Ia akan pecah di luar pinggir pantai apabila

ketinggian ombak melebihi kedalaman dasar laut pantai. Ombak pembinasa pula terbentuk di pinggir pantai yang dalam dan pecah di tebing pinggir pantai. Ombak merupakan salah satu daripada daya hidrolik yang bertindak keatas pantai. Ia terhasil apabila menerima tenaga daripada angin. Antara lain ilmuan mendefinisikan ombak sebagai istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan turun naik aras laut di bahagian permukaan dengan merujuk kepada suatu titik yang lazimnya adalah di daratan. Ombak oceanografi meliputi frekuensi yang meluas dan memiliki pelbagai jenis. Kebanyakan ombak di jana oleh angin dan dikenali sebagai ombak angin dan ada juga yang terhasil daripada pergerakan dasar laut (tsunami) atau apabila berlaku perubahan pada tekanan atmosfera di permukaan air tenang (seiches). Ombak angin adalah selalu digunakan oleh para jurutera pantai dalam analisis kejuruteraan. Apabila angin bertindak keatas permukaan laut, ia berada dalam keadaan yang tidak seragam dan berbeza-beza daripada segi tekanan dan kelajuan. Oleh itu, magtitud ombak adalah bergantung pada jarak dan tempoh masa angin bertiup. Lebih panjang jarak rambatan ombak dan lebih lama angin bertiup, maka lebih besar ombak akan terhasil dan mampu mengubah struktur pinggir pantai. Contohnya melalui tindakan Hidraulik. Hidrolik merupakan tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawanya. Ombak yang menghempas pantai (swash) akan memampatkanudara yang terdapat dalam rekahan batuan menyebabkan rekahan mengalami pengembangan. Apabila ombak mengundur (backwash) udara dalam rekahan menguncup maka rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuan pecah dan runtuh. Pasang Surut Pantai akan mengalami kenaikan dan penurunan aras air mengikut sela masa tertentu yang dikenali sebagai pasang dan surut. Secara umumnya, pasang surut di Malaysia di pengaruhi oleh pasang surut astronomi dan ia disebabkan oleh interaksi tarikan graviti yang melibatkan matahari-bumi-bulan. Biasanya keadaan ini di sebabkan oleh tarikan graviti bulan, matahari dan komponan astronomi yang lain.

Air pasang surut lebih di pengaruhi oleh bulan daripada matahri. Hubungan lokasi matahari dengan bulan mempunyai pengaruh yang besar kepada lingkungan pasang surut. Dalam satu bulan (30 hari), bulan mengambil masa selama 4 minggu untuk mengelilingi bumi. Dalam masa yang sama terdapat 2 kali air pasang perbani (spring tide) dan 2 kali air pasang anak (neap tide). Air pasang perbani berlaku apabila bulan baru dan apabila bulan penuh, pada keadaan ini bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan. Pada masa itu, tarikan graviti bagi matahari dabn bulan akan bergabung dan keadaan pasang surut akan mencapai linkungan yang maksimum. Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai. Contohnya melalui tindakan kikisan atau lelasan. Tindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan yg di bawa ombak dgn batuan di kakicenuram atau tanjung yg mengadap ombak. Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil,batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk mengeseldan menghauskan kaki cenuram tadi. Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi olehbahan yg dibawa oleh ombak. Tsunami Istilah tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun. Tsunami dalam erti kata lain adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa. Tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai melalui proses lagaan iaitu bahanbahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah dan melibatkan perubahan saiz bahan, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia.

Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah tidal wave Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat. Pertembungan Proses Pinggir Pantai dengan Muara Sungai Di Muara Sungai, pertemuan diantara ombak, arus, pasang surut dan aliran sungai sering kali menimbulkan konflik. Pertembungan ini kerap kali memberikan impak ketidakstabilan terhadap profil muara sungai sehingga mewujudkan hakisan yang serius di kiri dan kanan muara sungai tersebut. Walaupun di anggap sebagai zon penapisan dan pemendapan semula jadi bagi sendimen yang di angkut oleh aliran sungai (Bird 1969), sering kali isipadunya di tokok oleh kautan sedimen yang dihasilkan oleh ombak di pesisiran muara menyebabkan kawasan ini mengalami hakisan sepanjang tahun. Kajian mengenai hakisan di muara sungai mendapati proses timbal balik berlaku diantara bahan yang dihakis, diangkut dan dimendapkan ke suatu kawasan. Umpamanya, kerja penambakan laut yang dilaksanakan di Pantai Padang Temu, Melaka pada tahun 1996 telah mengakibatkan persisiran muaranya mengalami hakisan. Sendimen yang di hakis kemudiannya di mendapkan oleh aliran sungai di bahagian muka muara sungai Doyung menjadikan kawasan ini cetek danmendatangkan masalah keatas navigasi nelayan (Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka 1998).

Pengurusan Pinggir Pantai Pengurusan pinggir pantai terbahagi kepada dua iaitu dari segi perundangan dan bukan perundangan. Terdapat dua contoh pengurusan dari segi perundangan iaitu Pusat Kejuruteraan Teknikal Pinggir Pantai (CETC) dan Penilaian Ipak Alam Sekitar (EIA) dan Majlis Kawalan Hakisan Pantai Negara (MKPHN). Melalui bukan perundangan pula terdapat enam contoh pengurusan pinggir pantai iaitu pengurusan menggunakan paya bakau, benteng hakisan, blok Labuan, pemecah ombak, penyuburan semula pantai , dan lapis lindung.

Perundangan Melalui segi perundangan, perungurusan yang selalu dilakukan sebelum membuat projek atau pembinaan di pinggir pantai haruslah melalui CETC. Segala permohonan yang dibuat perlulah melalui agensi ini sebelum menjalankan sesuatu pembangunan di pinggir pantai. Setelah itu, laporan daripada EIA amat penting sebelum meluluskan permohonan yang dibuat. Pihak EIA adalah badan yang mengkaji permohonan yang dibuat oleh pemohon dan setelah itu CETC akan meluluskan setiap permohonan sekiranya permohonan spesifikasi yang ditetapkan agar tidak member impak negative kepada pinggir pantai. Kedua-dua agensi ini amat memainkan peranan yang penting dalam permohonan yang dibuat bagi menjalankan pembangunan di pinggir pantai. Selain itu, MKPHN juga memainkan peranan dalam pengurusan pinggir pantai. Majlis ini ditubuhkan di bawah unit penyelarasan (UPP) di Jabatan Perdana Menteri bagi menetapkan had piawaian kerja pengawalan persisiran pantai dan muara di Malaysia. Melalui kajian UPP, pantai di Negara ini kebanyakannya musnah akibat pembangunan yang yang menyebabkan pinggir pantai mudah terhakis. Hal ini agak sukar dikawal kerana ada segelintir pengusaha tidak mengikuti spesifikasi pembangunan pinggir pantai walaupun di atas kertas mereka mengikuti piawaian. Dengan cara ini, pengusaha dapat mengurangkan kos pengeluaran mereka. Bukan Perundangan Salah satu pengurusan pinggir pantai dari segi bukan perundangan ialah penanaman pokok paya bakau. Penanaman paya bakau ini dapat mempengaruhi pergerakan angin dari laut. Fungsinya yang menjadi benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami atau ombak kuat ke kawasan yang lebih jauh. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan angin kencang untuk sampai terus ke pinggir laut yang boleh membuatkan ombak menjadi ombak pembinasa. Seterusnya, penanaman pokok paya bakau dapat mengurangkan tekanan gelombang ombak. Selain itu, pemasangan benteng hakisan di tepi pantai. Melalui cara ini, ia dapat menstabilkan pantai semulajadi atau buatan daripada hakisan. Pemasangan benteng ini adalah untuk benteng hakisan berstruktur panjang. Biasanya pantai yang lurus dan serenjang dengan garis pantai. Oleh yang demikian, sistem benteng hakisan menghasilkan garis pantai berbentuk gerigi dalam lapangan benteng hakisan dan aras pantai. Contoh yang terdapat di negara ini ialah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Seterusnya, blok labuan. Ianya berstruktur blok jisim yang konkrit. Blok ini dibina mengikut keadaan fizikal pantai. Selain itu, ianya dibina menggunakan bahan yang terdapat di kawasan tersebut. Pengurusan seperti ini hanya menggunakan modal yang rendah dan ianya mudah dialihkan dan diangkut ke tempat lain. Ianya berfungsi melindungi hakisan pantai dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk menyerap tenaga ombak.

Sumber: Department of Irrigation & Drainage, Jalan Sultan Salahuddin,50626 Kuala Lumpur,Malaysia.

Pemecah ombak juga berfungsi untuk mengurangkan hakisan pinggir pantai. Pemecah ombak ini dibina untuk mengurangkan tindakan ombak yang kuat. Tindakan ombak dapat dikurangkan melalui gabungan pemantulan dan pelesapan tenaga ombak mendatang. Ia juga berfungsi untuk memperbaiki keadaan oleh gerakan di pintu masuk sungai. Pemecah ombak

terbahagi kepada dua jenis iaitu struktur depan cerun dan tegak.Gambar di bawah menunjukkan Pemecah ombak di Sungai Marang ,Terengganu.

Sumber: Department of Irrigation & Drainage, Jalan Sultan Salahuddin,50626 Kuala Lumpur,Malaysia. Kelima, penyuburan pantai. Ianya dikenali sebagai pengisian semula pantai, penyuapan pantai atau cas semula pantai. Penyuburan pantai ialah penyelesaian struktur lembut yang digunakan untuk pencegahan hakisan garis pantai. Sumber bahan yang digunakan ialah yang sesuai yang perlu dicari iaitu yang serasi tetapi tidak semestinya serba sama dengan bahan pantai yang akan disuburkan. Tempoh penyuburan pantai adalah lebih kurang lima hingga sepuluh tahun.

Seterusnya, lapis lindung. Lapis lindung ini dipasang terus pada pantai, benteng, atau tambakan. Ianya dibuat bagi melindungi kawasan pantai daripada tenaga ombak dan arus yang kuat. Biasanya ia dibina untuk mengekalkan penggunaan pantai yang sedia ada serta berfungsi untuk melindungi kawasan bercerun pantai. Ia dibina secara meliputi permukaan cerun secara keseluruhan bagi membenarkan air mengalir melaluinya setelah ombak dilesapkan.

Sumber Goh Chen Long. 2010. Atlas Sumber dalam Geografi Fizikal: Resource Atlas in Physical Geografi. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. M Sulaeman.2004. Lebih Dekat Dengan Alam. PT Setia Purna Inves. Jakarta Guan Hoe Teh et. Al. 2001.Geological Society of Malaysia: Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia. Cicin-Sain B. & Knecht R.W. 1998. Integrated Coastal Management -Concepts and Practices. Island Press. Washington D.C.

Annual Geological Conference.

Jamaluddin.2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai.Malaysian Journal Of Environment Management. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Jabatan Alam Sekitar. 2000. Laporan kualiti alam sekeliling 1999. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

You might also like