You are on page 1of 1

RANGKA KARANGAN KEPERIHALAN

Latihan 1. Tulis suatu karangan keperihalan tentang pesta buku yang pernah anda kunjungi. Contoh Jawapan. Pendahuluan.. Cuti semester yang lalu mengunjungi pesta buku di bandar Melaka bersama-sama dengan dua orang rakan. Isi-Isi Penting. a) banyak pengunjung pelajar serta orang awam yang lain ibu bapa juga sudah sedar akan kepentingan buku. b) pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang banyak majalah dan bahan bacaan lain menghabiskan masa kira-kira empat jam melihat buku dan bahan bacaan dari dalam dan luar negeri. c) membeli beberapa buah buku mendapat potongan harga mendapat cenderamata menarik turut membeli beberapa naskah majalah. d) menyertai peraduan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan - bernasib baik kerana memenangi hadiah sagu hati. e) terpaksa pulang waktu kunjungan berakhir belum cukup puas berada di pameran -berasa kesal kerana tidak sampai lebih awal. Penutup. -berharap agar pesta buku ini menjadi pesta tahunan pasti akan datang lagi- seronok dikelilingi buku dan bahan-bahan bacaan. Latihan 2 Semasa cuti penggal persekolahan yang lepas anda berpeluang melawat ke suatu tempat yang menarik bersama-sama keluarga. Ceritakan pengalaman anda ke tempat tersebut. Pendahuluan. -setelah berbincang, kami bersetuju ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta. Isi-Isi Penting. a) Setelah di dalam kereta selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis, iaitu menaiki feri ke Pulau Langkawi. b) Apabila tiba, ayah menyewa sebuah kereta kemudian ke hotel. c) -waktu malam kami menikmati kesegaran udara malam selain makan malam dan membeli-belah . d) Hari kedua kami melawat ke tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam Mahsuri,Dataran Helang, Kampung Buku, Galeri Perdana dan bermandi manda di Pantai Dayang Tasik Bunting. e) Ibu tidak melepaskan peluang membeli-belah kerana ibu berpendapat barangan yang dijual begitu murah. Penutup. Suatu percutian yang menarik dan bercadang untuk pergi lagi ke Pulau Langkawi kerana masih ada lagi tempat-tempat menarik yang belum habis dikunjungi.

You might also like