You are on page 1of 19

PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN

HALAMAN PRAKATA BAB 1 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.1 1.2 1.3 Punca Kuasa Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dokumen Rujukan 2 4 11

1.4

15

BAB 2

PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia - Peringkat Negeri - Peringkat Daerah - Peringkat Sekolah Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Penjaminan Kualiti - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan Pengurusan Evidens Definisi Evidens Evidens Pentaksiran Sekolah Evidens Pentaksiran Pusat Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Evidens Pentaksiran Psikometrik
-

17

2.2 2.3

24 25

2.4

41

ii

BAB 3

PENTAKSIRAN SEKOLAH 3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Pentaksiran Rujukan Standard Standard Prestasi Kerangka Standard Prestasi Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah Instrumen Pentaksiran Jenis-jenis Instrumen Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran Kaedah Perekodan dan Pelaporan Perekodan Pelaporan 53

3.2 3.3 3.4 3.5

55 56 57 59

3.6

61

3.7

62

BAB 4

PENTAKSIRAN PUSAT 4.1 4.2 Objektif Pentaksiran Pusat Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah Prinsip Pentaksiran Pusat Jenis Instrumen Tugasan Pentaksiran Pusat Pelaksanaan Pentaksiran Pusat Peranan Pihak yang Terlibat 63 65

4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

67 68 69 71 73

iii

BAB 5

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran SEGAK Pentaksiran BMI Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum Borang - Borang PAJSK 75

5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 BAB 6

76 77 78 80 81

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 6.1 6.2 6.3 Komponen Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus Ujian Personaliti 85 86 87

BAB 7

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

92

AKRONIM

93

iv

LAMPIRAN LAMPIRAN 1 PINDAAN SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1 TAHUN 2011 : PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2011 KP.LP.003.07.14 (3) BERTARIKH 22 FEBRUARI 2011

LAMPIRAN 2 SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 2 TAHUN 2011 : PINDAAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN BAGI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MULAI TAHUN 2012 KP.LP.003.07.14 (2) BERTARIKH 14 FEBRUARI 2011 LAMPIRAN 3 SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 3 TAHUN 2011: PEMAKLUMAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH KP.LP.003.07.14.05 (1) BERTARIKH 29 JULAI 2011 SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 6 TAHUN 2011: PENGGUNAAN BUKU PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SEKOLAH RENDAH KP.LP.003.07.14.05 (3) BERTARIKH 15 SEPTEMBER 2011

LAMPIRAN 4

PRAKATA

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Pepriksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan. Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Terima kasih.

DR. NAIMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

vi

BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0

DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.1 Punca Kuasa Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dokumen Rujukan PUNCA KUASA

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: 1.1.1 Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

b.

c.

1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan: a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

b.

c.

d.

1.2

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK

BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Rajah 1: Komponen PBS

1.2.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

b.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 1.2.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP. 1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. 1.2.4 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).
BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Malaysia Pendidikan Seni Visual Bahasa Inggeris Pendidikan Muzik Bahasa Cina Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Tamil Bahasa Arab Matematik Bahasa Cina SK Pendidikan Jasmani Bahasa Tamil SK Pendidikan Kesihatan Bahasa Kadazandusun Pendidikan Islam Bahasa Iban Pendidikan Moral Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK Tiada

b.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

c. d.

Tiada Tiada

Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).
BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Malaysia Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual Bahasa Cina Pendidikan Islam Bahasa Tamil Pendidikan Moral Matematik Sejarah Sains Bahasa Arab Reka Bentuk dan Bahasa Cina SK Teknologi Bahasa Tamil SK Teknologi Maklumat dan Bahasa Kadazandusun Komukikasi Bahasa Iban Pendidikan Jasmani Bahasa Semai Pendidikan Kesihatan Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

b. c. d.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.


BIL a. KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Mulai tingkatan 1 tahun 2012

b.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat

c. d.

Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3

1.3

PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.3.1 Syarat Pelaksanaan


a.

Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

b.

c.

1.3.2 Pengurusan Kes Khas Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas. a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

ii.

iii. iv.

b.

Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

ii.

iii.

iv. v.

c.

Murid Orang Kurang Upaya (OKU) Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU. Kategori murid OKU adalah seperti berikut: Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain, Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD) Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut: Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

ii.

10

iv.

mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut: Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.

v.

melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

vi. vii

d.

Murid bertukar sekolah. Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.

ii.

iii.

Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. ii. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

iii.

11

e.

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri Masyarakat.

dan Jabatan Kebajikan

Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

ii. iii.

f.

Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

ii. iii.

g.

Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

ii.

12

1.4

DOKUMEN RUJUKAN

Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i. ii. iii. LP menghantar buku kepada JPN / PPD. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua.

b.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) i. ii. LP menghasilkan DSP. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua. iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

c.

Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) i. ii. LP menyediakan Manual SPPBS. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua.

13

You might also like