You are on page 1of 23

Course ID : QGU3013 < Group Name : Group UPSI15(A121PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM Date posted

Title

Message

Full Name

FORUM 1

Salam 1 Malaysia. Kurikulum futuristik merupakan rancangan pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri kurikulum pendidikan abad ke 21 di mana ciri-ciri tersebut mampu melahirkan individu yang berkualiti dalam semua aspek bagi membolehkan individu tersebut mampu menangani cabaran arus globalisasi untuk masa depan kehidupannya. Pada pendapat saya, kurikulum futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku untuk memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek seperti aspek teknologi, pedagogi, keperluan sumber manusia dan perubahan ideology. Kurikulum futuristik merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masingmasing serta berupaya belajar sepanjang hayat. Jadi, kita sebagai seorang guru mesti menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi. Selain itu, guru juga perlu menunjukkan sikap jujur yang dapat mewujudkan interaksi dalam pelbagai hala dan memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran serta menggunakan kaedah & teknik mengajar yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Sekian.

10 Oct 2012 06:58:13 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

Salam Satu Malaysia. Ya Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kurkulum futuristik adalah satu bentuk kurikukum yang mengarah kepada kurikukum masa depan. Tujuan kurikulum futuristik ini diketengahkan adalah untuk memastikan sistem pendidikan serta kurikulum yang dilalui oleh murid-murid dalam dunia pendidikan ini dapat melengkapkan nilai modal insan yang mampu bersaing di pentas dunia. Kurikulum masa depan memerlukan aktiviti pembelajaran yang mengandungi maklumat yang dapat mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid agar ia dalam menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi

10 Oct 2012 07:30:06 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

cabaran perubahan persekitaran dan sosial dalam abad ke21.KSSR diunjur dalam memperbaiki mutu pendidikan di Malaysia. Ia dibangunkan selaras dengan kehendak semasa yang bakal mengisi keperluan masa depan. KSSR merupakan satu pendekatan yang bersepadu dalam membina perkembangan individu secara menyeluruh. Ia juga memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dalam memastikan pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan. KSSR juga disasar ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat, dasar-dasar negara, matlamat dan objektif pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FORUM 1

Salam 1 Malaysia. Saya bersetuju dengan pandangan yang telah cikgu berikan. Sememangnya kurikulum futuristik merupakan satu kurikulum yang berorientasikan masa hadapan. Kurikulum ini dibentuk bagi membolehkan murid bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan datang. Kurikulum yang berpusatkan murid ini memberikan lebih ruang dan peluang kepada murid untuk membina keyakinan serta ketrampilan diri dari pelbagai sudut.Melalu kurikulum ini juga murid akan dapat mengenalpasti kekuatan serta kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Ini akan membolehkan mereka mampu memanipulasi kekuatan yang ada bagi menghadapi masa akan datang. Oleh itu, kurikulum futuristik ini bukan sahaja merupakan kurikulum pendidikan malahan, kurikulum futuristik ini bersifat dinamik dimana ianya satu persediaan kepada diri murid untuk menghadapi masa akan datang yang semakin mencabar. Tanpa mengenali kekuatan serta kelemahan diri, maka murid akan menghadapi kecelaruan dan permasalahan untuk berhadapan dengan dunia akan datang. Sekian.

10 Oct 2012 07:09:15 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

Salam satu Malaysia. Saya bersetuju dengan cikgu. Kini merupakan zaman globalisasi yang mementingkan teknologi maklumat. Jadi, sebagai seorang pendidik, kita harus mendidik anak-anak murid kita untuk menjadikan seorang warganegara Malaysia bagi abad ke 21 yang mesti dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan

10 Oct 2012 08:16:13 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Untuk memenuhi matlamat mewujudkan warganegara Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagaibagai kemahiran iaitu :kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran keputusan membuat pilihan dan membuat dan

kemahiran mencari, mengaplikasi maklumat

menginterpretasi

kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusan

FORUM 1

Ya Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Futuristik bermaksud idea yang menuju masa hadapan. Kurikulum Futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku yang memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek antaranya aspek teknologi, pedagogi, keperluansumber manusia dan perubahanideologi. Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan

10 Oct 2012 09:05:35 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

menganalisis. Selain itu, pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristic serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan.

Oleh itu, setiap guru seharusnya lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran-kemahiran baru dan seharusnya memberikan penerapan elemen kemahiran berasaskan teknologi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan pengurusan. Impak yang dapat diperolehi secara tidak langsung dapat mengaitkan bahawa pendidikan berasaskan Kurikulum Futuristik amat menekankan tentang perkembangan di setiap sudut berasaskan keperluan dan hasrat keperluan falasah serta bagi melahirkan keseimbangan kemenjadian insan yang seimbang daripada setiap aspek luaran dan dalaman. Hal ini amatlah bertepatan dengan objektif kurikulum iaitu menjadikan dan melahirkan modal insan berteraskan standard kemahiran pembelajaran yang meliputi kreativiti dan inovasi, serta kebolehan dan kecekapan dalam berkomunikasi serta berkolaborasi.

FORUM 2 (Tarikh Akhir : 25/10/2012 (Khamis)

Salam 1 Malaysia. Sebagai seorang pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, terdapat beberapa sumbangan yang telah saya lakukan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat.Dari aspek fizikal,saya bekerjasama dan meminta bantuan daripada PIBG dengan mengadakan aktiviti yang berkala senaman kepada murid-murid dan guru dan

21 Nov 2012 10:39:14 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

penduduk setempat pada setiap pagi Ahad. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Dari aspek Kognitif pula,selepas aktiviti bersenam dijalankan, guru yang bertugas akan menyampaikan taklimat info kesihatan kepada mereka yang hadir. Antara info yang sering disampaikan ialah memastikan orang ramai mengutamakan kebersihan diri bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Dari aspek afektif,guru yang bertugas perlu menekankan kebersihan persekitaran semasa sesuatu aktiviti dijalankan. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dengan bekerjasama dengan Rukun Tetangga Kahang ,ibu bapa dan guru mengadakan aktiviti gotong-royong sekolah dan taman perumahan berhampiran sekolah. Ia bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih.
FORUM 2 (Tarikh Akhir : 25/10/2012 (Khamis)

Sebagai seorang guru pendidikan jasmani mestilah dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. Guru mendidik murid ke arah insan yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Menerapkan semangat kesukanan dan mencintai sukan itu sendiri akan menjadikan murid lebih menghargai diri dan masyarakat mahu pun negara. Semangat yang dipupuk akan memberikan murid keupayaan untuk meneruskan kejayaan dalam satu-satu bidang. Didikan penjagaan diri akan memastikan

23 Nov 2012 05:56:55 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

kehidupan murid sentiasa sihat bukan sahaja pada diri sendiri malahan kepada keluarga dan masyarakat. Guru sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada murid dalam bidang sukan agar mereka dapat meneroka satu bidang yang boleh membantu mereka di masa hadapan.
FORUM 2 (Tarikh Akhir : 25/10/2012 (Khamis)

Selamat 1 Malaysia. Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat dilihat menerusi sumbangannya ke arah membina individu yang sihat dari aspek fizikal, kognitif dan afektif. Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, saya memberi sumbangan dalam kalangan individu masyarakat. Dari aspek fizikal, saya memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluannya. Melakukan senaman, pelbagai jenis sukan, aktiviti senggang dan rekreasi pada setiap hari. Juga memberi peluang untuk mereka memilih gaya kehidupan yang cergas dan sihat, dan berupaya melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti hidup yang sempurna. Ini dapat membantu dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya, kawalan keselamatan diri dan mengelak dari mengalami kecederaan. Dari aspek kognitif, saya melatih pelajar membuat keputusan yang baik dan bijak serta berfikir secara lebih rasional dalam kehidupan seharian. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan proses pemikiran dan penyelesaian masalah. Mengadakan program untuk berupaya menyalurkan maklumat mengenai kepentingan kesihatan, pemakanan, garis panduan kesihatan dan latihan fizikal serta kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran.

22 Oct 2012 12:32:17 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Dari aspek afektif, pendidikan jasmani dan kesihatan yang beretika akan memberi peluang

kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Ini dapat mengeratkan perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan memperuntukkan nilai penghargaan ke atas status kesihatannya kerana untuk memenuhi keperluan peribadinya.
FORUM 2 (Tarikh Akhir : 25/10/2012 (Khamis)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalamanpengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Ya ,saya setuju dengan pandangan saudari. Pendidikan jasmani dan kesihatan memang memberisumbangan kepada murid-murid dari segi fizikal kogniti dan afektif. Ia juga memberi peluang kepada individu dan masyarakat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kefahaman demi melakukan aktiviti fizikal. Ia juga menimbulkan kesedaran tentang kepentingan

21 Nov 2012 11:20:44 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2 (Tarikh Akhir : 25/10/2012 (Khamis)

21 Nov 2012 10:59:02 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

pendidikan jasmani dan kesihatan dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya, kawalan keselamat diri serta mengurangkan kadar hidup yang tidak sihat. Pada peringkat rendah, ia lebih berfokus terhadap didikan dalam aspek pergerakan motor asas.Sementara peringkat pertengahan pula mengaplikasikan pergerakan asas. Masyarakat dewasa terdidik demi mencapai tahap kematangan yang sihat dan positif. Sebagai contoh, bagi seorang guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.

FORUM 3 (Tarikh Akhir : 01/11/2012 (Khamis)

Dalam Pendidikan Kesihatan guru perlulah menerapkan nilai disiplin kesihatan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah merupakan satu disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan. Murid perlu menguasai kemahiran untuk membuat keputusan selain dari meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Guru mestilah mendidik murid agar mereka sentiasa bersedia dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Anspaugh & Azell (1995) yang mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai salah satu proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang amat berguna kepada muridmurid.

09 Nov 2012 10:55:01 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Guru boleh menggunakan pelbagai seperti

memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Dalam Pendidikan Kesihatan juga penting untuk mengalakkan murid menjaga kebersihan seperti kebersihan diri, persekitaran dan sebagainya. Kesihatan diri murid dan ahli keluarga mereka perlu diajar agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka. Ini bagi mengelakkan mereka daripada menjangkiti penyakit berjangkit supaya dapat mencapai kesejahteraan hidup di sepanjang hayat. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru juga memberi peluang kepada murid untuk mengawal tekanan atau emosi dalam kehidupan, cara berkomunikasi dengan berkesan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat, cerdas, cergas dan produktif. Selain daripada itu daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. Penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, semangat berpasukan, hormat-menghormati dan sebagainya juga boleh diterapkan kepada murid agar mereka dapat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.
FORUM 3 (Tarikh Akhir : 01/11/2012 (Khamis) Salam 1 Malaysia, 09 Nov 2012 10:18:34 AM LOGES A/P SOCKALINGAM

Pendidikan Kesihatan merupakan satu displin ilmu yang membolehkan murid mendapatkan pengalaman pembelajaran secara bererusan untuk membuat keputusan,meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pendidikan kesihatan membantu murid menimbulkan kesedaran diri terhadap pengetahuan kesihatan bahawa kesihatan adalah harta yang tidak ternilai harganya. Selain itu, ia juga dapat melatih murid membuat keputusan yang positif demi mencapai taraf kesihatan yang terbaik serta mengalamakan gaya hidup yang sihat, mengawal permakanan yang baik untuk mengawalkan kesihatan untuk mencapai kesejahteraan hidup. Pendidikan kesihatan juga membolehkan

individu mengawal kesihatan diri, keluarga , masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat pangjang yang berkualiti. Kandungan pendidikan kesihatan memberikan penekanan terhadap gaya hidup sihat dengan tiga modul iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, emosi dan social serta kesihatan persekitaran.

FORUM 3 (Tarikh Akhir : 01/11/2012 (Khamis)

Saya bersetuju atas pendapat cikgu bahawa kurikulum dalam pendidikan kesihatan merupakan satu ilmu disiplin yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan. Kurikulum dalam pendidikan kesihatan berkaitan dengan kehidupan sebenar mereka. Masyarakat yang harmoni dan tenteram bergantung kepada rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan hidup diri. Masyarakat semakin moden, tetapi gaya hidup dan kualiti kehidupan manusia tidak dapat bertanding dengan masyarakat dahulu. Ini dapat dilihatkan dari aspek masalah sosial yang semakin berleluasa, malahan taraf kesihatan manusia juga semakin merosot. Makanan yang berlemak, berkolesterol, dan berminyak seperti ayam goreng, keropok menjadi makanan kegemaran orang sekarang. Generasi muda tidak mahir dalam membina hubungan mesra denagn orang lain kerana terpikat kepada alat teknologi. Masyarakat kini tidak mahir dalam menguruskan tekanan hidup, maka kes bunuh diri semkin menjadi-jadi.Remaja yang terlibat dalam kes penagihan dadah juga kerap kali berlaku. Fenomena yang membimbang tersebut berkait rapat dengan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif seseorang individu. Dengan adanya pengetahuan yang luas, pemikiran yang matang dan rasional, amalan hidup yang sihat dan peganagan hidup yang kukuh, seseorang individu akan sanggup menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan yang ada pada masa kelak. Ilmu disiplin dalam kurikulum pendidikan kesihatan dapat memanfaatkan murid sepanjang hayat dan melahirkan insan yang menyeluruh dari segi JERI. Rentetan itu, sumber tenaga yang mahir dan berdisiplin dapat membawa sumbangan kepada pembangunan negara kita. Akhir kata, guru yang mengajar pendidikan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam membentuk fizikal, afektif dan kognitif generasi muda kita agar mereka seimbang dan menyeluruh dari ketiga-tiga aspek tersebut

21 Nov 2012 10:47:54 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 3 (Tarikh Akhir : 01/11/2012 (Khamis)

Selamat 1 Malaysia. Pendidikan merupakan satu proses yang membekal atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam dari

09 Nov 2012 09:35:03 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

sikap,kefahaman dan amalan yang berhubung dengan kesihatan individu,keluarga dan masyarakat.Oleh itu,Pendidikan Kesihatan sama penting seperti mata pelajaran lain yang dilaksanakan berpandu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) kerana Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tiga tunjang pembelajaran telah diperkenalkan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu:1. 2. 3. Kesihatan diri dan keluarga; Gaya hidup sihat; Kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan,murid dapat belajar kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu yang berkaitan dengan kesihatan.Selain itu,murid dapat membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam rutin seharian.Pendidikan Kesihatan juga boleh membantu murid dalam membangunkan koordinasi fizikal dan mental ,kawalan diri dan meningkatkan keyakinan diri.Sebagai contoh,pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti seperti mencipta sudut kesihatan,pertandingan melukis poster tentang makanan seimbang dan lain-lain lagi. Akhir kata,Pendidikan Kesihatan merupakan proses berterusan yang membantu memudahkan pelajar mempelajari amalan positif ,memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu. Sekian,terima kasih.
FORUM 3 (Tarikh Akhir : 01/11/2012 (Khamis)

Pendidikan jasmani juga merupakan matapelajaran yang bertujuan mendidik pelajar untuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Selain dari itu, pelajar juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan

09 Nov 2012 09:39:53 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

mengaplikasikan gaya hidup sihat. Sasaran Pendidikan kesihatan adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang aktif. Kandungan Pendidikan Kesihatan mengandungi semua aspek penjagaan kesihatan yang melibatkan penjagaan kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Sebagai contoh, sebagai seorang guru telah mengajar teknik untuk menggosok gigi , cara pemakanan . Murid mempelajari dan mengaplikasikan ilmu kesihatan yang diajar itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kandungan pendidikan kesihatan mampu melahirkan murid yang berkaliber. Pendidikan kesihatan ini mengutamakan gaya hidup sihat yang menekankan aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran yang lebih baik. Melalui pendidikan kesihatan murid akan memahami kepentingan menjaga amalan hidup yang sihat .Untuk menjaga kesihatan, amalan gaya hidup yang sihat sangat penting seperti mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang serta mengelakkan pengambilan sebarang bahanbahan yang diharamkan oleh syarak. Untuk mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan pula aktiviti senaman yang berkala perlu dijalankan dengan penuh displin
FORUM 4 (Tarikh Akhir : 16/11/2012 (Jumaat) Salam 1 Malaysia. Ya. Betul kata cikgu, Konsep pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran alternatif. Pentaksiran tradisional berbentuk ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan untuk mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred. Tetapi ia mempunyai kelemahan yang tidak dapat menjelaskan bagaimana pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran melalui gred yang mereka perolehi. Ujian yang dijalankan tidak menyediakan maklumat tentang penambahbaikan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, pelajar dilihat seolah-olah bertanding sesama sendiri bagi memperoleh gred yang dihendaki. Manakala pentaksiran alternatif berbentuk ujian bertulis, perlakuan kemahiran, kecergasan yang melibatkan skala kadar ukuran, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dan juga beberapa bentuk pentaksiran lain. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk 'keadaan sebenar' yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran pelajar. Ia juga mampu mengukur secara langsung apa yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukan dalam situasi kehidupan sebenar serta menekankan kepada 21 Nov 2012 11:04:58 AM LOGES A/P SOCKALINGAM

proses pemikiran aras tinggi dan melibatkan aktiviti kolaboratif. Pelajar juga boleh menilai kerjanya sendiri dan memahami bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaian pembelajarannya. FORUM 4 (Tarikh Akhir : 16/11/2012 (Jumaat)

Salam 1 Malaysia. Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, oneshot , speed-based , dan rujukan norma.(Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests ) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. (Bailey,1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law & Eckes, 1995)menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatupenilaian (Begum & Farooqui, 2008). Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu.Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Jenis

09 Nov 2012 10:28:23 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bilabila masa yang berbeza dankeadaan yang berbeza. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law& Eckes, 1995).
FORUM 4 (Tarikh Akhir : 16/11/2012 (Jumaat)

Pentaksiran tradisional berbentuk ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan untuk mengkaji serta menilai pengetahuan dankemahiran dalam bentuk pemberian gred. Ujian yang dijalankan tidak menyediakan maklumat tentang penambahbaikan dalam proses pembelajaran. Pentaksiran alternatif pula mempunyai format tersendiri untuk menguji pelajar pada aras yang paling rendah sehingga paling tinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan. Ia berbentuk ujian bertulis, perlakuan kemahiran, kecergasan yang melibatkan skala kadar ukuran (rating scales), senarai semak, skoran rubik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk keadaan sebenar yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran pelajar. Pentaksiran alternatif lebih menarik dan memberi perspektif yang jelas tentang kemajuan murid. Ia dapat membantu guru mengenalpasti kebolehan dan kemajuan muridmurid.

23 Nov 2012 06:09:16 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 4 (Tarikh Akhir : 16/11/2012 (Jumaat)

Salam satu Malaysia.

21 Nov 2012 10:54:11 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Secara keseluruhannya, matlamat utama pentaksiran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan suatu proses p&p. Pentaksiran seharusnya menjadi satu kaedah yang mampu menilai kebolehan murid dengan berdasarkan kepada domain psikomotor, kognitif dan afektif secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan khususnya dalam mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan.

Pentaksiran Tradisional adalah bertujuan mengkaji serta menilai kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk pemberian gred / markah. Ia berbentuk ujian bertulis, amali dan kecergasan. Kelemahannya adalah tanpa menjelaskan bagaimana murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran melalui gred / markah yang diperolehi. Selain itu, ujian tidak menyediakan maklumat berkaitan penambahbaikan dalam proses pembelajaran murid. Maka, murid seolah-olah bertanding semasa sendiri bagi memperoleh markah ditentukan.

Pentaksiran Alternatif pula bertujuan menyelesaikan masalah dalam bentuk keadaan sebenar yang berkaitan pengalaman pembelajaran murid. Selain itu, ia boleh mengukur apa yang perlu murid tahu serta memberi penekanan dalam proses pemikiran aras tinggi dan melibatkan kolaboratif. Dengan ini, murid boleh menilai kerjaya diri dan memahami cara untuk meningkatkan tahap pencapaian masing-masing. Ia berbentuk ujian bertulis, perlakuan kemahiran, senarai semak, skala kadar dan sebagainya.

FORUM 4 (Tarikh Akhir : 16/11/2012 (Jumaat)

Salam 1 Malaysia.... Konsep pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran tradisional dan pentaksiran alternatif. Pentaksiran tradisional berbentuk ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan untuk mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred. Tetapi ia mempunyai kelemahan yang tidak dapat menjelaskan bagaimana pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran melalui gred yang mereka perolehi. Ujian yang dijalankan tidak menyediakan maklumat tentang penambahbaikan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, pelajar dilihat seolah-olah bertanding sesama sendiri bagi memperoleh gred yang dihendaki. Manakala pentaksiran alternatif berbentuk ujian bertulis, perlakuan kemahiran, kecergasan yang melibatkan skala kadar ukuran, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dan juga beberapa bentuk pentaksiran lain. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk menyelesaikan masalah dalam bentuk 'keadaan sebenar' yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran pelajar. Ia juga mampu mengukur secara langsung apa yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukan dalam situasi kehidupan sebenar serta menekankan kepada proses pemikiran aras tinggi dan melibatkan aktiviti kolaboratif. Pelajar juga boleh menilai kerjanya sendiri dan memahami bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaian pembelajarannya.

09 Nov 2012 10:45:01 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 5

Salam 1 Malaysia.

23 Nov

LOGES A/P

(Tarikh Akhir : 23/11/2012 Jumaat)

Sebagai pendidik, kita harus mendidik anak murid kita cara untuk pencegahan penyakit jangkitan konjunktivis. Muridmurid perlu mengetahui cara melakukan tindakan pencegahan seperti tidak memakai peralatan secara bersama dengan pesakit konjunktivis dan selalu mencuci tangan dengan cara betul dan bersih. Saya mencadangkan guru supaya menyediakan gambar sekali untuk menarik minat untuk mengenali dan mencapai objektif cara mengelak daripada jangkitan konjunktivis ini. Sekian, terima kasih.

2012 05:52:59 PM

SOCKALINGAM

FORUM 5 (Tarikh Akhir : 23/11/2012 Jumaat)

Modul 1 Tajuk Band 2 Deskriptor 2 Eviden 1

Kesihatan Fizikal Pemakanan Tahu dan Faham Pemakanan yang sihat dan selamat. Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan. 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat. 1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli keluarga. Bantu Lembaran Kerja, Gambar

23 Nov 2012 02:17:16 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Bahan

Pengajaran Piramid Makanan Langkah Pengajaran 1. Bersoal-jawab tentang menu diambil makanan oleh yang murid

untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

2.

Kaitkan pemakanan seimbang kepada Makanan Sehari dan yang

dengan yang merujuk Piramid Menu sesuai

untuk kanak-kanak. 3. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja. 4. Kesimpulan menekankan mengamalkan tabiat sihat pemakanan iaitu yang makan : Guru harus

makanan yang berkhasiat untuk kebaikan Bahan Pengajaran kesihatan. Bantu Piramid Makanan

Contoh Menu untuk Kanak-kanak Sarapan pagi Bihun goreng, Minuman Minuman bersusu Minum pagi Biskut, Makan Tengah Makan Hari Nasi, Ayam masak kicap, sayur campur, Malam Bubur nasi, air kosong

bersusu

air kosong

Aktiviti Murid: 1. Bulatkan makanan yang berkhasiat. telur roti coklat buahbuahan susu gula minuman tin sayur

mee maggi snek ais-krim nasi

MENGUASAI / TIDAK MENGUASAI Tarikh: ______________ T.tangan Guru : ____________ Nama Guru : ____________

FORUM 5 (Tarikh Akhir : 23/11/2012 Jumaat)

Modul 1 : Kesihatan Fizikal Tajuk :Kesihatan Diri Dan Reproduktif Standard Kandungan:1.1Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan sihat Standard Pembelajaran:1.1.5Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja, gambar rajah Langkah Pengajaran:

23 Nov 2012 07:12:47 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

1.. Guru bertanya soalan tentang kepentiangan rehat dan masa tidur murid pada setiap malam. 2.Guru menunjukkan gambar rajah bagai orang yang tidak mencukupi rehat dan memberi tahu keburukan tidak mendapat rehat yang cukup. 4.Murid menjawab soalan pada lembaran kerja.

Pentaksiran Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang betul. 1. 1. Saya tidur pada pukul 12.00 malam .( 2. 3. 4.
FORUM 5 (Tarikh Akhir : 23/11/2012 Jumaat)

2.Karan bangun pada pukul 7.00 pagi. ( ) 3.Saya menonton televisyen sampai larut malam. ( ) 4.Apabila saya merasa letih, saya rehat sekejap baru meneruskan kerja rumah saya. ( ) Salam Sejathera. Ya, saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa murid-murid akan berasa seronok dan bangga dengan kerja yang dibuat . Selain itu , mereka dapat bertukar idea dan pendapat supaya memperolehi lebih banyak maklumat untuk membuat buku lembaran kerja ini . Lagipun , mereka dapat menyesuaikan diri dalam keadaan hanya berpusat kepada murid dan guru sebagai fasilitator sahaja demi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu , murid dapat memupuk nilai murni seperti salaing bantumembantu , bekerjasama , bertanggungjawab dan sebagainya semasa menjalankan aktiviti ini. Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus
23 Nov 2012 05:42:39 PM LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 6 (Tarikh Akhir :

23 Nov 2012 05:46:53

LOGES A/P SOCKALINGAM

30/11/2012 Jumaat)

melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid- murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilainilai estetika serta sosial yang positif. Salah satu yang cara untuk memupuk nilai moral melalui aktiviti kokurikulum ialah mengadakan aktiviti perkhemahan. Perkhemahan adalah satu cara yang agak baik untuk mendisplinkan diri kerana di dalam perkhemahan kita mestilah berdikari , berani , tabah dan kuat.Biasanya murid akan dibahagikan dalam kumpulan yang baru dengan ahli yang baru. Murid dapat belajar bekerjasama dengan sekumpulan yang tidak kenali terutamanya ketua kumpulan , tanggungjawabnya lagi berat. Antaranya aktiviti yang akan sangat menyeronokkan ialah malam kebudayaan . Murid dapat menonjolkan keupayaan sendiri yang sebenarnya. Walaupun sangat penat , tetapi sangat seronok.

PM

FORUM 6 (Tarikh Akhir : 30/11/2012 Jumaat)

Pada pandangan saya ,berdasarkan Peraturan peraturan Kurikulum Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 ,peraturan-peraturan mewajibkan semua mata pelajaran wajib termasuklah pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mesti diajar kepada semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Sesetengah sekolah memandang rendah tentang mata pelajaran wajib ini hingga sanggup menggantikan matapelajaran wajib ini dengan matapelajaran teras demi memastikan murid mencapai keputusan cemerlang di dalam bidang akademik khususnya peperiksaan. Akan tetapi di sekolah saya pentadbir saya memberi sokongan penuh tentang proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan serta matapelajaran wajib

23 Nov 2012 09:27:22 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

lain. Mereka juga memberi kebebasan kepada guru yang mengajar dan mengadakan program program yang berkaitan dengan subjek yang diajar contohnya Program Standard Kecergasan Jasmani Kebangsaan (SEGAK). Pengagihan jadual waktu juga mengikut agihan yang telah ditentukan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah juga menyediakan peralatan dan bahan yang berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran agar memanfatkan semua pelajar .
FORUM 6 (Tarikh Akhir : 30/11/2012 Jumaat)

Pada pengetahuan saya , peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun 1998.Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran.Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang piawai (standard). Pendidikan Rendah yang bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang dirancanakan pada enam tahun, tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga 7 tahun (seksyen 29).Kurikulum Baru Sekolah telah dirancang untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 3M(membaca, menulis dan mengira). Pada pandangan saya, akta tersebut telah digunapakai di sekolah saya ialah semua guru perlu menggunakan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran . Selain itu, semua guru mesti terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan mengajar murid-murid dengan mengikut akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Kegiatan kokurikulum disekolah ini telah mengandungi yang berikut iaitu penyertaan dalam sukan dan permainan, penyertaan dalam persatuan dan kelab,penyertaan dalam badan beruniform dan lagi kegiatan yang sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian.Murid-murid dikehendaki menduduki peperiksaan UPSR pada tahun akhir sekolah untuk enam mata pelajaran iaitu Bahasa Cina, ,Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

23 Nov 2012 06:00:25 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 6 (Tarikh Akhir : 30/11/2012 Jumaat)

Salam 1 Malaysia , Berikut adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997Kurikulum : Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan , kemahiran , norma , nilai , unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani , rohani , mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan . Sekolah saya amat menitik beratkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kerana Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang bertujuan mendidik pelajar untuk bersukan , berekreas i, bersosial dan menjaga kesihatan . Selain dari itu , pelajar juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan mengaplikasikan gaya hidup sihat . Guru -guru di sekolah saya mengajar Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang aktif . Pendidikan Jasmani mempunyai banyak matlamat yang boleh menggalakkan para remaja melalui aktiviti fizikal , sosial , psikologikal dan perkembangan akhlak . Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam membangunkan para pelajar dari segi Jasmani , Emosi , Rohani , Intelektual dan Sahsiah (JERIS ). Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang dirancang seperti membina keyakinan , bersosialisasi , bekerjasama dan sebagainya . Mata pelajaran ini telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan apabila terpilih

23 Nov 2012 02:19:59 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

menyertai pasukan sukan .


FORUM 6 (Tarikh Akhir : 30/11/2012 Jumaat)

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewujudkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mula berkuatkuasan pada 1 Januari 1998. Salah satu kesan ialah semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama dalam proses pengajaran. Oleh itu, tidak kiranya pelajar belajar di mana dia akan membelajari sukatan pelajaran yang sama. Matlamat pendidikan jasmani diajar kepada pelajar ialah membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikaldan amalan kecergasan. Ini juga dapat mengurangkan masalah obesiti pelajar. Tetapi ramai sekolah yang menggunakan waktu yang diperuntukkan untuk pendidikan kesihatan untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan seperti bahasa melayu dan bahasa inggeris. Ini adalah tidak patut, pelajar patut diberikan peluang untuk menggerakkan badan dan bermain di padang atau gelenggang.

23 Nov 2012 08:30:12 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

You might also like