You are on page 1of 11

Course ID : QGJ3023 < Group Name : Group UPSI18(A121PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM Date posted

Title

Message

Full Name

FORUM 1

Kas plaster adalah sejenis simen,ia memainkan peranan yang agak penting untuk mengekalkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan supaya proses penyembuhan dapat dipercepatkan. Pesakit harus menjaga kas semasa kas masih basah (dalam masa 48 jam) supaya kas tidak menjadi lekuk dan menyebabkan tekanan kepada kulit. Jika pesakit menanggalkan kas plaster tanpa kebenaran doktor, tulangnya tidak akan sembuh sepenuhnya kerana rawan dan tisu tulang belum baik pulih. Proses penyembuhan tulang perlu mengambil masa yang agak lama kerana gangguan kepada aliran darah di tempat kecederaan, kalsium dan fosforus perlu melalui klasifikasi pemendapan secara beransur pada tulang serta pertumbuhan dan pembiakan bagi sel-sel tulang. Akibatnya tulang akan menjadi bengkok jika pesakit tersebut menanggalkan kas plaster tanpa kebenaran doktor

10 Oct 2012 08:07:32 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

Salam 1 Malaysia. Kas plater telah memainkan peranan yang amat penting dalam keberkesanan rawatan kepatahan tulang. Ia merupakan sejenis alat yang digunakan serta dikaskan supaya dapat mengekalkan dan menghadkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan akibat kemalangan. Mengikut Morgan (1989) telah menyatakan bahawa setiap pesakit dengan anggota badan yang berplaster mesti mendapatkan nasihat serta pendidikan kesihatan yang khusus untuk memahami caracara penjagaan tersebut agar konsep rawatan yang diberikan dapat berkesan dan efektif serta berkualiti. Tetapi terdapat pesakit yang enggan mendengar nasihat yang diberikan dan sudi menanggalkan kas tanpa kebenaran daripada doktor. Ini telah menjadi satu masalah yang besar dan akan menyesalkan pesakit tersebut. Salah satu faktor mungkin disebabkan pesakit berkenaan tidak mempunyai pengetahuan tentang proses baik pulih fraktur. Akibatnya tulang pesakit tidak akan sembuh dengan sepenuhnya disebabkan ketidakbetulan proses baik pulih frakturnya. Mengikut urutan baik pulih fraktur yang betul adalah seperti berikut: 1) Darah keluar daripada salur darah pecah dan membentuk hematoma. 2) Tulang spongiosa terbentuk di kawasan pembentukan salur

10 Oct 2012 07:24:25 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

darah. Serat berawan terbentuk di kawasan lain. 3) Kalus tulang mengganti rawan berserat. 4) Osteoklas menyingkir lebihan tisu tulang, struktur tulang yang baru seperti tulang asal menjadikan

FORUM 1

Ya saya bersetuju dengan pandangan cikgu.Kas plaster memainkan peranan yang agak penting untuk mengekalkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan supaya proses penyembuhan dapat dipercepatkan. Pesakit harus menjaga kas semasa kas masih basah (dalam masa 48 jam) supaya kas tidak menjadi lekuk dan menyebabkan tekanan kepada kulit. Jika pesakit menanggalkan kas plaster tanpa kebenaran doktor, tulangnya tidak akan sembuh sepenuhnya kerana rawan dan tisu tulang belum baik pulih. Proses penyembuhan tulang perlu mengambil masa yang agak lama kerana gangguan kepada aliran darah di tempat kecederaan, kalsium dan fosforus perlu melalui klasifikasi pemendapan secara beransur pada tulang serta pertumbuhan dan pembiakan bagi sel-sel tulang. Akibatnya tulang akan menjadi bengkok jika pesakit tersebut menanggalkan kas plaster tanpa kebenaran doctor. Saya setuju dengan pendapat cikgu, Kas Plaster memainkan peranan yang begitu penting untuk keberkesanan rawatan kepatahan. Kas Plaster ini adalah suatu alat yang digunakan serta dikhaskan untuk mengekalkan dan menghadkan pergerakan anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan Penjagaan pesakit dengan yang memakai kas plaster adalah satu cara rawatan bagi pesakit yang mengalami fraktur (kepatahan) terutamanya pada tulang. Selalunya tulang yang terlibat adalah tulang kaki dan tulang tangan. Saya menyarankan kepada pesakitpesakit yang memakai kas plaster ini supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga kas plaster itu dengan baik. Ia adalah sejenis simen yang dipasangkan kepada anggota yang mengalami kepatahan tulang di mana

10 Oct 2012 09:38:52 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

10 Oct 2012 07:36:10 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

bersesuaian. Ia berfungsi untuk menghadkan pergerakan di bahagian sendi supaya proses penyembuhan dapat dipercepatkan.
FORUM 1

Tujuan Kas plaster adalah untuk mengekalkan kedudukan tulang yang patah dan memberikan peluang tulang untuk pemulihan atau rehabilitasi. Rawatan secara konservatif iaitu simen atau casting dipasangkan pada anggota patah, dua sendi yang hampir dengan patah selalunya turut diimmobilisasikan untuk tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Ini menyebabkan kedua-dua sendi berhampiran kawasan patah menjadi kejang dan sukar digerakkan. Kepatahan tulang selalunya sembuh dalam tempoh empat hingga enam minggu, tetapi sesetengahnya boleh mengambil masa berbulanbulan, bergantung pada tahap kecederaan dan bagaimana arahan pemulihan atau rehabilitasi diikuti. Proses penyembuhan tulang patah berlaku serta-merta sebaik kepatahan berlaku. Badan membentuk darah beku dan tulang lembut (callus) untuk melindungi tisu tercedera. Simen atau cast selalunya ditanggalkan dari anggota patah sebelum tulang patah sembuh sepenuhnya untuk mengelak sendi anggota tercedera menjadi kaku. Tulang yang patah jika tidak diberikan pemulihan yang mencukupi boleh menyebabkan kecederaan itu berulang atau keadaan tulang yang belum cukup kuat akan patah semula. Kecederaan ini memerlukan penjagaan dan rehabilitasi yang secukupnya.

10 Oct 2012 09:12:58 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

Biasanya, kram dapat menyebabkan rasa sakit tibatiba pada otot yang terserang dan ini dapat berlangsung cukup lama. Ketidakseimbangan tingkat elektrolit (natrium, kalium, klorida, kalsium dan fosfat) dalam darah juga dapat menyebabkan kram otot.

19 Oct 2012 10:03:41 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Pencegahan harus dilakukan dengan pemanasan dan peregangan otot dengan cukup dan baik sebelum latihan dan mempertahankan hidrasi yang memadai ketika berolahraga. Minuman yang mengandung elektrolit mungkin dapat membantu mencegah ketidakseimbangan elektrolit. Yang paling penting

ialah selalu melakukan senaman setiap hari supaya kesihatan terjamin.

Kerapkan kekerapan berjumpa dengan doktor jika sering mengalami kram atau terserang kram berat yang mengakibatkan rasa sakit luar biasa, Kram tidak selalu berhubungan dengan olahraga. Kram otot pada kaki yang datang pada saat berolahraga atau tidak akan menjadi tanda kondisi yang lebih serius yang disebut klaudikasio intermiten akibat sirkulasi darah yang buruk .
FORUM 2

Salam 1 Malaysia.

19 Oct 2012 08:37:45 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Otot rangka melekat pada tulang dan berfungsi untuk menggerakkan tulang. Apabila dilihat dengan mikroskop, otot ini kelihatan berjalur-jalur. Otot ini bersifat voluntari kerana ia boleh digerakkan mengikut kehendak kita. Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur menstabilkan sendi dan menghasilkan haba.

Kesan-kesan kepada seseorang yang tidak menggunakan otot rangka tertentu secara kerap adalah seperti pergerakan tubuh badan akan menjadi perlahan, menjejaskan postur dan kedudukan tubuh, pengecutan otot dan organ dalaman badan manusia juga akan mudah mengalami kecederaan seperti usus kecil atau besar, perut, hati atau pankreas kerana ia tidak dilindungi oleh otot di abdomen badan kita. Antara cara yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini antaranya adalah rawatan pemulihan seperti terapi fizikal ataupun terapi senaman boleh dijalankan. Rawatan pemulihan dilakukan bertujuan untuk membantu pesakit agar memulihkan kecederaan yang dialaminya, meningkatkan kekuatan anggota yang tercedera serta memperbaiki keupayaan fizikal

agar pesakit dapat berdikari, memperbaiki kualiti hidup dari segi fizikal, emosi dan sosial. Terdapat pelbagai jenis terapi seperti terapi hidro, terapi cara mengurut, fisioterapi, akupuntur dan sebagainya. Selain itu senaman juga boleh dilakukan dan ianya amat penting dalam mengatasi masalah ini.

FORUM 2

Manusia direka bentuk untuk bergerak.Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot.Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.Otot juga menentukan magnitug pergerakan.Otot rangka merangkumi beberapa komponan iaitu fiber otot dan fungsi otot. Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka.Fiber otot rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal.Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang boleh dikawal secara sedar.Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat.Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat.Manakala,fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan yang lebih perlahan.Sebagai contoh,pelari pecut 100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari marathon. Jelas di sini jika otot rangka kurang digunakan akan menjejaskan pergerakan organ-organ manusia. Adakalanya ia juga akan menjejaskan kesihatan mereka. Individu tersebut mudah mengalami kekejangan otot. Senaman yang kerap digalakkan agak otot rangka dapat berfungsi dengan sebaik mungkin. Namun seseorang perlu membuat regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang senaman agar ia tidak berlakunya kekejangan otot atau Krem .

19 Oct 2012 09:39:59 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

Cara pencegahan pula adalah rajin bersenam dan

23 Nov 2012

LOGES A/P SOCKALINGAM

menjaga makanan yang seimbang. latihan daya tahan otot perlu dijalankan. Latihan yang menggunakan kumpulan otot besar yang dapat dipertahankan terus menerus dan aerobik disyorkan. Latihan ini merangkumi berjalan, berlari, joging, menari, naik tangga, berbasikal, berenang, mendayung, tarian aerobik, lompat tali dan sebagainya. Sebenarnya, senaman atau aktiviti latihan daya tahan otot ini digalakkan dalam frekuensi iaitu senaman jenis aerobik 3-5 kali seminggu. Jangka masa latihan biasanya berterusan selama 20-60 minit. Jangka masa bergantung pada intensiti latihan. Dengan demikian, lebih rendah intensiti latihan lebih lama masa dilakukan begitu juga sebaliknya. Pengambilan kalsium, fosforus dan vitamin D yang mencukupi juga mendatangkan kebaikan untuk penguatan otot rangka tubuh kita.
FORUM 2

06:14:05 PM

Fungsi otot rangka adalah seperti berikut, ia membantu menghasilkan pergerakan tubuh, mengekalkan postur dan kedudukan tubuh, menyokong tisu lembut tubuh, menjaga laluan masuk dan keluar salur pencernaan dan urinari serta mengekalkan suhu tubuh. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kurangnya kekerapan dalam penggunaan otot rangka ialah dengan lebih banyak melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kita akan sering mengalami cramp, pengecutan otot , kurang berupaya mengangkat benda yang berat dan sebagainya. Ia akan membawa kesan negatif kepada kehidupan harian kita atau berlaku kemalangan. Kita seharusnya membuat senaman setiap hari, seperti berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain lagi. Selain itu, orang yang menghadapi masalah pergerakan otot rangka, dia boleh mendapat nasihat dari doktor dan boleh menjalankan fisioterapi di hospital jika mendapat kebenaran dari doktor pakar.

19 Oct 2012 08:59:40 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 3

Salam 1 Malaysia, Pada pendapat saya, berdiet dan bersenam pada masa yang sama merupakan cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan. Ia dapat mengurangkan lemak dan menambahkan tisu tanpa lemak.Senaman bukan sahaja menyihatkan kesihatan secara menyeluruh tetapi ia dapat menguat serta menambahkan jisim

09 Nov 2012 11:03:31 AM

LOGES A/P SOCKALINGAM

tulang. Semua jenis senaman sesuai untuk kekuatan tulang seperti berenang, areobik dan sebagainya. Bagi mereka yang mengamalkan diet yang ekstrem perlu merujuk kepada pakar nutrisi makanan supaya tidak menjejaskan kesihantannya. Ini adalah kerana mereka yang mengamalkan diet ekstrem menyebabkan mereka kehilangan kalsium. Pakar nutrisi akan menyediakan menu makanan yang wajar agar bagi sesiapa yang berdiet dapat nutrisi yang sepatutnya. Pada pandangan saya,tulang memainkan peranan penting dalam menyimpan dan mengeluarkan simpanan mineral khususnya kalsium dan fasforus untuk memelihara imbangan mineral dalam tubuh dan untuk agihan kepada tubuh yang memerlukan. Manusia perlu menjaga kesihatan untuk menggelakkan risiko terhadap masalah kesihatan. Oleh itu, kekurangan kalsium dan mineral akan menyebabkan berlaku patah tulang di kalangan yang mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan berat badan tanpa bersenam.
FORUM 3

Ramai orang keinginan untuk mendapatkan tubuh langsing secara cepat, memaksa diri melakukan diet ekstrem. Walaupun hasilnya memang mudah berkesan, namun situasi ini membahayakan tubuh. Diet ekstrem yang dicadangkan dengan pola makan yang menghilangkan salah satu atau beberapa nutrisi yang diperlukan tubuh badan kita, seperti karbohidrat dan lemak. Kekurangan air, oksigen atau karbohidrat daripada makanan yang berkhasiat pergerakan yang kuat seperti mengangkat meja, memindah almari dan memanjat pokok tidak dapat dilakukan dengan sempurna oleh manusia. Akibat daripada diet , kekurangan kalsium dalam badan akan berkurangan . Diet yang mengehadkan penggunaan kalori ini mengakibatkan metabolisme anda menjadi perlahan. Menerusi diet berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang lalu membuatkan kita lemah dan lesu. Pengambilan fosfat dan kalsium yang tidak mencukupi dalam diet menjadikan proses penghasilan tulang dan tisu tulang akan terganggu. Perkembangan dan pertumbuhan

23 Nov 2012 07:16:57 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

tulang dipengaruhi oleh nutrisi, hormon, senaman dan pendedahan kulit kepada cahaya matahari. Oleh itu, apabila kita mengamalkan diet ekstrem dengan mengurangkan keperluan tubuh, maka kerencatan keperluan pada badan akan terganggu dan akan menyebabkan tulang patah apabila diberi tekanan lebih.
FORUM 3

Salam sejatera.Pada masa kini, ramai orang mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan berat badan dan ia telah menjadikan buah mulut di semua lapisan masyarakat.Namun, banyak kes patah tulang juga kerap berlaku dalam kalangan individu tersebut kerana mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan berat badan tanpa membuat senaman. Di samping itu, mengamalkan diet yang ekstrem akan menyebabkan berlakunya patah tulang dan juga osteoporosis. Tulang merupakan struktur yang kompleks dan terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terdiri daripada kalsium dan fosfat. Oleh itu, kekurangan bersenam akan menyebabkan nutrien diserap dengan tidak sempurna oleh sistem gastrousus.Tambahan pula, sekiranya seseorang individu tidak mengamalkan diet yang seimbang juga akan menyebabkannya kekurangan kalsium dan mengakibatkan tulangnya mudah rapuh. Pada pendapat saya, tubuh badan yang berbentuk mesomerf merupakan faktor asas bagi seseorang pelari pecut. Pelarian yang sempurna memerlukan kesepaduan yang betul antara panjang langkah dengan kadar melangkah.Panjang langkah seorang pelari ditentukan oleh beberapa factor.Iaitu panjangnya kaki pelari,kefleksibelan pinggul,kekuatan dan keanjalan otot-otot dan julat pergerakan. Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya berkecendurangan dalam bidang sukan sebagai atlet. Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka tidak mengalamimasalah berat badan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat badan. Mereka boleh makanapa sahaja yang diingini tanpa telalu risau mengenainya.Individu mesomorf mempunyai bentuk badan tegap semulajadi tetapi mereka perlu melakukansenaman latihan yang sewajarnya untuk mengekalkan dan menambah baik

23 Nov 2012 06:17:06 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 4

23 Nov 2012 09:24:10 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

bentuk badan mereka. Bagi atlet badan jenis mesomorf boleh memberikan tindak balas yang baik bagi sebarang bentuk latihan samada latihan kardiovaskular ataupun latihan berbentuk halangan.Seterunya mereka dapat mengekalkan tahap rendah lemak badan mereka.
FORUM 4

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Kebanyakan pelari-pelari pecut merupakan golongan mesomorph. Dari segi fizikal, Individu mesomorf mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka memiliki keistimewaan fizikal berbanding dengan individu endomorf dan ektomorf. Mereka mempunyai otot badan yang sasa dan mempunyai postur badan yang tegap atau lurus serta mudah untuk membina otot. Mereka juga mudah mengurangkan serta menambah berat badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat. Keistimewaan dan kelebihan tersebut membolehkan mereka sering mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Kaki bawah langsing serta pinggul yang kecil merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelari pecut. Dengan bentuk kaki pelari itu yang bawah langsing, ia mempengaruhi kemenangan mereka. Sebabnya, serat otot pada kaki seperti itu efisien dalam menukarkan oksigen kepada tenaga dan bersifat fleksibel. Selain itu, mereka juga memiliki keistimewaan fizikal dalam aspek keselarasan koordinasi. Kaki dan pinggul mereka juga memiliki lemak dan jisim otot yang rendah. Ini dapat membantu pelari dalam menguasai kelajuan kaki.

23 Nov 2012 09:52:57 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 4

Salam 1 Malaysia. Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya berkecendurangan dalam bidang sukan sebagai atlet. Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka tidak mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat badan. Mereka boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa telalu risau mengenainya. Kebiasaannya mereka yang mesomorf adalah terdiri di kalangan mereka yang sering bekecimpung dalam

23 Nov 2012 07:35:14 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

bidang sukan ataupun lebih dikenali sebagai atlit. Hal ini mereka memiliki keistimewaan fizikal berbanding individu endomorf dan ektomorf. Keistimewaan dan kelebihan tersebut membolehkan mereka sering mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Antara keistimewaan fizikal individu mesomorf ialah mereka mempunyai otot badan yang sasa, kelihatan matang daripada umur sebenar, kulit yang kasar dan mempunyai postur badan yang tegap atau lurus. Selain daripada mudah untuk membina otot, mereka juga mudah mengurangkan serta menambah berat badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat. Secara lazimnya, individu lelaki mesomorf memiliki bentuk badan jenis segi empat bujur manakala si wanitanya memiliki bentuk badan jenis hourglass. Dari segi fizikal, individu mesomorf mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Rangka mereka adalah sederhana besar dan skala kelebaran dan ketinggian aak sempadan. Mereka juga merupakan individu yang suka melakukan aktiviti yang dapat memberikan diri mereka sebarang cabaran. Mereka cenderung ke arah sebarang memiliki tenaga dan penguasaan terhadap sesuatu perkara. Mereka mempunyai sifat keberanian yang tinggi dalam mencuba sesuatu perkara baru. Namun begitu mereka sering tidak mengambil peduli tehadap sebarang tanggapan dan fikiran orang lain terhadap apa yang mereka lakukan. Ciri-ciri yang lain adalah seperti berikut: 1. tubuh badan yang paling ideal sekali, sederhana dan berotot. 2. postur badan lebih menarik dan perkembangan otot lebih pesat dan besar daripada ektomorf. 3. dapat membina otot dengan lebih cepat dan kulit juga akan menjadi lebih tebal. 4. mempunyai lebih kekuatan fizikal dan lebih bertenaga berbanding kategori lain. 5. tubuh badan lebih berat kerana mempunyai

simpanan jisim otot yang tinggi. 6. fizikal bahu mereka yang lebih lebar berbanding pinggang. 7. kelebihan individu mesomorf adalah kebolehan membina dan kemudian menurunkan berat badan kembali dengan efisien dan cepat. 8. kebanyakan manusia di dunia nak tubuh badan macam ni tapi tak ramai yang mampu mencapainya. 9. sukan yang sesuai: renang, gusti, bina badan, lumba lari, bola sepak

You might also like