You are on page 1of 31

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL


Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL


Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 1. 2. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; 3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; 4. 5. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

TAFSIRAN
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid Instrumen : : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

TAFSIRAN BAND
BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN BAND TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

BAND
1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia

Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia

Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dalam situasi tertentu dan boleh diteladani

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD B1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia

DESKRIPTOR

EVIDENS

B1D1E1 B1D1 Mengetahui nilai kepercayaan kepada Boleh memberi contoh agama atau kepercayaan Tuhan dengan meyakini kewujudan-Nya yang terdapat di Malaysia sebagai panduan hidup B1D2E1 B1D2 Mengetahui nilai amanah dalam Boleh menyenaraikan ciri amanah mewujudkan hubungan yang baik dengan keluarga dan individu lain B1D3 Mengetahui nilai harga diri menghindari amalan yang menjejaskan maruah diri B1D3E1 dengan Boleh menyatakan perbuatan boleh menjejaskan maruah diri

yang

boleh

B1D4E1 B1D4 Mengetahui nilai bertanggungjawab Boleh menyenaraikan tanggungjawab diri di di rumah atau sekolah atau dalam rumah atau di sekolah atau dalam masyarakat masyarakat B1D5 Mengetahui nilai hemah tinggi yang selaras dengan norma masyarakat B1D6 Mengetahui nilai toleransi dalam hubungan dengan orang lain B1D5E1 Boleh menyenaraikan pertuturan dan tingkah laku yang sopan B1D6E1 Boleh memberi contoh perlakuan bertolak ansur atau mengawal diri atau sabar

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B1D7 Mengetahui nilai berdikari untuk menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan

B1D7E1 Boleh menyatakan contoh aktiviti berdikari

B1D8 Mengetahui nilai kerajinan untuk mencapai kejayaan diri B1D9 Mengetahui nilai kasih sayang terhadap manusia atau flora atau fauna

B1D8E1 Boleh memberi contoh individu yang mencapai kejayaan kerana gigih berusaha B1D9E1 Boleh menyatakan cara menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna B1D10E1 Boleh menyatakan prinsip keadilan yang diamalkan di sekolah B1D11E1 Boleh menyatakan faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan

B1D10 Mengetahui nilai keadilan sebagai kunci budaya sekolah B1D11 Mengetahui nilai rasional sebagai asas pertimbangan untuk menjamin keputusan yang bijak B1D12 Mengetahui nilai kesederhanaan sebagai asas untuk kesejahteraan hidup B1D13 Mengetahui nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang dan memajukan diri dan keluarga DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B1D12E1 Boleh menyenaraikan ciri orang yang bersikap sederhana dalam hubungan dengan orang lain B1D13E1 Boleh menyatakan ciri-ciri keluarga bahagia B1D13E2 Boleh menyatakan perlakuan yang menunjukkan sikap hormat dan taat kepada ibu bapa

B1D13E3 Boleh memberi contoh tanggungjawab diri terhadap keluarga

B1D14 Mengetahui nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian B1D15 Mengetahui nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin persekitaran berkualiti B1D16 Mengetahui nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar dengan menghargai sumber air B1D17 Mengetahui nilai kemapanan alam sekitar untuk melindungi santuari hidupan B1D18 Mengetahui nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar untuk menghadapi bencana alam B1D19 Mengetahui nilai cinta akan negara dengan menggunakan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial dengan berhemah

B1D14E1 Boleh memberi contoh adat atau tradisi yang diamalkan oleh keluarga B1D15E1 Boleh memberi contoh cara memelihara atau memulihara persekitaran sekolah

B1D16E1 Boleh menyatakan cara menjaga kebersihan sumber air

B1D17E1 Boleh mengenal pasti punca pencemaran persisiran pantai B1D18E1 Boleh memberi contoh bencana alam

B1D19E1 Boleh menyatakan contoh kemudahan awam atau perkhidmatan sosial

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

10

B1D20 Mengetahui nilai taat setia kepada raja dan negara dan nilai sanggup berkorban untuk negara dengan menyertai program patriotik dan kemasyarakatan B1D21 Mengetahui nilai melindungi hak kanakkanak berkaitan dengan pendidikan dan perlindungan B1D22 Mengetahui nilai menghormati hak wanita dengan mengiktiraf hak wanita B1D23 Mengetahui nilai melindungi hak pekerja untuk menjaga kebajikan pekerja B1D24 Mengetahui nilai menghormati hak golongan kurang berupaya dengan memberi layanan dan sokongan yang baik B1D25 Mengetahui nilai melindungi hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan B1D26 Mengetahui nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk menjamin keselamatan di jalan raya DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B1D20E1 Boleh menyenaraikan aktiviti sambutan Hari Kebangsaan atau aktiviti kemasyarakatan

B1D21E1 Boleh menyatakan hak kanak-kanak yang wajar dipenuhi oleh ibu bapa atau penjaga

B1D22E1 Boleh menyatakan hak wanita

B1D23E1 Boleh menyatakan tanggungjawab majikan terhadap pekerja B1D24E1 Boleh menyatakan jenis kecacatan golongan kurang berupaya

B1D25E1 Boleh mengenal pasti hak dan tanggungjawab pengguna

B1D26E1 Boleh menyenaraikan peraturan dan undangundang jalan raya

11

B1D27 Mengetahui nilai kebebasan bersuara sebagai budaya hidup keluarga B1D28 Mengetahui nilai kebebasan beragama melalui upacara keagamaan rakyat Malaysia B1D29 Mengetahui nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara untuk menjayakan aktiviti luar sekolah B1D30 Mengetahui nilai sikap keterbukaan dalam menerima pandangan dan teguran B1D31 Mengetahui nilai hidup bersama secara aman untuk memupuk konsep kejiranan B1D32 Mengetahui nilai saling membantu dan bekerjasama untuk mewujudkan permuafakatan dalam komuniti B1D33 Mengetahui nilai saling menghormati antara negara bagi menjamin kemantapan ekonomi sejagat

B1D27E1 Boleh menyatakan cara berbincang sesama anggota keluarga B1D28E1 Boleh menyenaraikan perayaan keagamaan sendiri atau orang lain

B1D29E1 Boleh menyenaraikan aktiviti luar sekolah bersama masyarakat setempat

B1D30E1 Boleh menyatakan cara menerima pandangan dan teguran orang lain B1D31E1 Boleh menyatakan ciri-ciri jiran yang baik

B1D32E1 Boleh menamakan badan sukarela yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

B1D33E1 Boleh menyatakan contoh kerjasama antara negara

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

12

BAND

PERNYATAAN STANDARD B2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia

DESKRIPTOR

EVIDENS

2 Tahu dan Faham

B2D1 Mengetahui dan memahami nilai kepercayaan kepada Tuhan dengan meyakini kewujudan-Nya sebagai panduan hidup B2D2 Mengetahui dan memahami nilai amanah dalam mewujudkan hubungan yang baik dengan keluarga dan individu lain B2D3 Mengetahui dan memahami nilai harga diri dengan menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri

B2D1E1 Boleh menjelaskan kepentingan beragama atau berkepercayaan

B2D2E1 Boleh menjelaskan cara bersikap amanah

B2D3E1 Boleh menjelaskan perbuatan menjejaskan maruah diri

yang

boleh

B2D4E1 B2D4 Mengetahui dan memahami nilai Boleh menerangkan tanggungjawab diri di rumah bertanggungjawab di rumah atau sekolah atau di sekolah atau dalam masyarakat atau dalam masyarakat. B2D5 Mengetahui dan memahami nilai hemah tinggi yang selaras dengan norma masyarakat B2D6 Mengetahui dan memahami nilai toleransi dalam hubungan dengan orang lain B2D5E1 Boleh menjelaskan pertuturan dan tingkah laku yang sopan dalam pelbagai situasi

B2D6E1 Boleh menjelaskan perlakuan bertolak ansur atau mengawal diri atau sabar dengan orang lain

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

13

B2D7 Mengetahui dan memahami nilai berdikari untuk menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan B2D8 Mengetahui dan memahami nilai kerajinan untuk mencapai kejayaan diri B2D9 Mengetahui dan memahami nilai kasih sayang terhadap manusia atau flora atau fauna B2D10 Mengetahui dan memahami nilai keadilan sebagai kunci budaya sekolah B2D11 Mengetahui dan memahami nilai rasional sebagai asas pertimbangan untuk menjamin keputusan yang bijak B2D12 Mengetahui dan memahami nilai kesederhanaan sebagai asas untuk kesejahteraan hidup B2D13 Mengetahui dan memahami nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang, dan memajukan diri dan keluarga DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B2D7E1 Boleh menjelaskan kebaikan berdikari di rumah atau di sekolah

B2D8E1 Boleh menghuraikan perlakuan individu yang mencapai kejayaan kerana gigih berusaha B2D9E1 Boleh menjelaskan cara menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna B2D10E1 Boleh menjelaskan kepentingan melaksanakan prinsip keadilan di sekolah B2D11E1 Boleh menerangkan kebaikan membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor

B2D12E1 Boleh menghuraikan ciri orang yang bersikap sederhana dalam hubungan dengan orang lain

B2D13E1 Boleh menjelaskan ciri-ciri keluarga bahagia B2D13E2 Boleh menjelaskan perlakuan yang menunjukkan sikap hormat dan taat kepada ibu bapa mengikut agama atau kepercayaan masing-masing

14

B2D13E3 Boleh menerangkan kebaikan melaksanakan tanggungjawab diri terhadap keluarga

B2D14 Mengetahui dan memahami nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian B2D15 Mengetahui dan memahami nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin persekitaran berkualiti B2D16 Mengetahui dan memahami nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar dengan menghargai sumber air B2D17 Mengetahui dan memahami nilai kemapanan alam sekitar untuk melindungi santuari hidupan B2D18 Mengetahui dan memahami nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar untuk menghadapi bencana alam

B2D14E1 Boleh menerangkan adat atau tradisi yang diamalkan oleh keluarga

B2D15E1 Boleh menjelaskan kepentingan memelihara atau memulihara persekitaran sekolah

B2D16E1 Boleh menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan sumber air

B2D17E1 Boleh menjelaskan kepentingan menjaga persisiran pantai

B2D18E1 Boleh menjelaskan persediaan yang perlu diambil bagi menghadapi bencana alam

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

15

B2D19 Mengetahui dan memahami nilai cinta akan negara dengan menggunakan kemudahan awam atau perkhidmatan sosial secara berhemah B2D20 Mengetahui dan memahami nilai taat setia kepada raja dan negara dan nilai sanggup berkorban untuk negara dengan menyertai program patriotik dan kemasyarakatan B2D21 Mengetahui dan memahami nilai melindungi hak kanak-kanak berkaitan dengan pendidikan dan perlindungan B2D22 Mengetahui dan memahami nilai menghormati hak wanita dengan mengiktiraf hak wanita B2D23 Mengetahui dan memahami nilai melindungi hak pekerja untuk menjaga kebajikan pekerja B2D24 Mengetahui dan memahami nilai menghormati hak golongan kurang berupaya dengan memberi layanan dan sokongan yang baik

B2D19E1 Boleh menjelaskan kepentingan menjaga kemudahan awam atau perkhidmatan sosial

B2D20E1 Boleh menjelaskan kepentingan sambutan Hari Kebangsaan atau aktiviti kemasyarakatan

B2D21E1 Boleh menjelaskan kepentingan memenuhi hak kanak-kanak

B2D22E1 Boleh menjelaskan hak wanita

B2D23E1 Boleh menerangkan tanggungjawab majikan terhadap pekerja

B2D24E1 Boleh menjelaskan cara memberi layanan kepada golongan kurang berupaya

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

16

B2D25 Mengetahui dan memahami nilai melindungi hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan B2D26 Mengetahui dan memahami nilai mematuhi peraturan dan undangundang untuk menjamin keselamatan di jalan raya B2D27 Mengetahui dan memahami nilai kebebasan bersuara sebagai budaya hidup keluarga B2D28 Mengetahui dan memahami nilai kebebasan beragama melalui upacara keagamaan rakyat Malaysia B2D29 Mengetahui dan memahami nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara bagi menjayakan aktiviti luar sekolah B2D30 Mengetahui dan memahami nilai sikap keterbukaan dalam menerima pandangan dan teguran

B2D25E1 Boleh menjelaskan hak dan tanggungjawab pengguna

B2D26E1 Boleh menjelaskan kebaikan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

B2D27E1 Boleh menerangkan kebaikan berbincang sesama anggota keluarga

B2D28E1 Boleh menerangkan kepentingan menghormati perayaan keagamaan sendiri atau orang lain

B2D29E1 Boleh menjelaskan kepentingan aktiviti luar sekolah bersama masyarakat setempat

B2D30E1 Boleh menjelaskan kebaikan menerima pandangan dan teguran orang lain

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

17

B2D31 Mengetahui dan memahami nilai hidup bersama secara aman untuk memupuk konsep kejiranan B2D32 Mengetahui dan memahami nilai saling membantu dan bekerjasama untuk mewujudkan permuafakatan dalam komuniti B2D33 Mengetahui dan memahami nilai saling menghormati antara negara bagi menjamin kemantapan ekonomi sejagat

B2D31E1 Boleh menerangkan ciri-ciri jiran yang baik

B2D32E1 Boleh menerangkan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh badan sukarela

B2D33E1 Boleh menerangkan kepentingan bekerjasama antara negara

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

18

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia

DESKRIPTOR B3D1 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kepercayaan kepada Tuhan dengan meyakini kewujudan-Nya sebagai panduan hidup B3D2 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai amanah dalam mewujudkan hubungan yang baik dengan keluarga dan individu lain B3D3 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai harga diri dengan menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri B3D4 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai bertanggungjawab di rumah atau sekolah atau dalam masyarakat B3D5 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai hemah tinggi dalam masyarakat

EVIDENS B3D1E1 Boleh menunjukkan perlakuan mengikut ajaran agama atau kepercayaan

B3D2E1 Boleh menunjukkan cara bersikap amanah dengan pihak lain

B3D3E1 Boleh menunjukkan perlakuan menjaga maruah diri apabila disuruh

B3D4E1 Boleh menunjukkan perlakuan menunaikan tanggungjawab diri di rumah atau di sekolah atau dalam masyarakat

B3D5E1 Boleh menunjukkan pertuturan dan tingkah laku yang sopan dalam pelbagai situasi

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

19

B3D6 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai toleransi dalam hubungan dengan orang lain

B3D6E1 Boleh menunjukkan perlakuan bertolak ansur atau mengawal diri atau sabar dengan orang lain

B3D7 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai berdikari untuk menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan B3D8 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kerajinan untuk mencapai kejayaan diri, keluarga dan sekolah B3D9 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kasih sayang terhadap manusia atau flora atau fauna B3D10 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai keadilan sebagai kunci budaya sekolah B3D11 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kesederhanaan sebagai asas untuk kesejahteraan hidup

B3D7E1 Boleh menunjukkan sikap berdikari dalam menyelesaikan masalah

B3D8E1 Boleh menunjukkan sikap gigih untuk mencapai kejayaan diri atau keluarga atau sekolah

B3D9E1 Boleh menunjukkan cara menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna B3D10E1 Boleh menunjukkan perlakuan yang adil di sekolah

B3D11E1 Boleh menunjukkan perlakuan yang sederhana dalam hubungan dengan orang lain

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

20

B3D12 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang dan memajukan diri dan keluarga B3D13 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian B3D14 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin persekitaran berkualiti B3D15 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar dengan menghargai sumber air B3D16 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai taat setia kepada raja dan negara dan nilai sanggup berkorban untuk negara dengan menyertai program patriotik dan kemasyarakatan

B3D12E1 Boleh menunjukkan perlakuan menghormati anggota keluarga

B3D13E1 Boleh menunjukkan perlakuan adat atau tradisi yang diamalkan oleh keluarga

B3D14E1 Boleh menunjukkan perlakuan memelihara atau memulihara persekitaran sekolah

B3D15E1 Boleh menggunakan air secara berhemah apabila disuruh

B3D16E1 Boleh melibatkan diri dalam sambutan Hari Kebangsaan atau aktiviti kemasyarakatan apabila disuruh

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

21

B3D17 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai menghormati hak golongan kurang berupaya dengan memberi layanan dan sokongan yang baik B3D18 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai melindungi hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan B3D19 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk menjamin keselamatan di jalan raya B3D20 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kebebasan bersuara sebagai budaya hidup keluarga B3D21 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai kebebasan beragama melalui upacara keagamaan rakyat Malaysia B3D22 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara dengan menjayakan aktiviti luar sekolah DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B3D17E1 Boleh menunjukkan cara memberi layanan terhadap golongan kurang berupaya

B3D18E1 Boleh menunjukkan cara menjaga hak dan tanggungjawab pengguna

B3D19E1 Boleh menunjukkan perlakuan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

B3D20E1 Boleh menunjukkan perlakuan berbincang sesama anggota keluarga

B3D21E1 Boleh menunjukkan perlakuan meraikan perayaan keagamaan sendiri atau orang lain

B3D22E1 Boleh menyertai aktiviti luar sekolah bersama masyarakat setempat

22

B3D23 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai sikap keterbukaan dalam menerima pandangan dan teguran B3D24 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai hidup bersama secara aman untuk memupuk konsep kejiranan B3D25 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai saling membantu dan bekerjasama untuk mewujudkan permuafakatan dalam komuniti

B3D23E1 Boleh menunjukkan perlakuan menerima pandangan dan teguran orang lain

B3D24E1 Boleh menunjukkan interaksi dengan jiran

B3D25E1 Boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

23

BAND

PERNYATAAN STANDARD B4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang

DESKRIPTOR

EVIDENS

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai kepercayaan kepada Tuhan dengan meyakini kewujudan-Nya sebagai panduan hidup B4D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai amanah dalam mewujudkan hubungan yang baik dengan keluarga dan individu lain B4D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai harga diri dengan menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri B4D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai bertanggungjawab di rumah atau sekolah atau dalam masyarakat B4D5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai hemah tinggi dalam masyarakat

B4D1E1 Boleh melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan dengan tertib

B4D2E1 Boleh bersikap amanah dengan pihak lain

B4D3E1 Boleh menjaga maruah diri tanpa disuruh

B4D4E1 Boleh menjalankan tanggungjawab diri di rumah atau di sekolah atau dalam masyarakat dengan rela hati

B4D5E1 Boleh bertutur dan berkelakuan sopan dalam masyarakat dengan tertib

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

24

B4D6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai toleransi dalam hubungan dengan orang lain B4D7 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai berdikari untuk menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan B4D8 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai kerajinan untuk mencapai kejayaan diri atau keluarga atau sekolah. B4D9 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai kasih sayang terhadap manusia atau flora atau fauna B4D10 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang dan memajukan diri dan keluarga B4D11 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B4D6E1 Boleh bersikap bertolak ansur atau mengawal diri atau sabar secara tertib dengan orang lain

B4D7E1 Boleh bersikap berdikari dengan tertib dalam menyelesaikan masalah

B4D8E1 Boleh bersikap gigih dengan rela hati untuk mencapai kejayaan diri atau keluarga atau sekolah

B4D9E1 Boleh bersikap menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna dengan ikhlas B4D10E1 Boleh menunjukkan sikap kasih sayang atau boleh menghormati anggota keluarga atau boleh melaksanakan kewajipan terhadap keluarga dengan ikhlas

B4D11E1 Boleh melaksanakan adat atau tradisi yang diamalkan oleh keluarga dengan tertib

25

B4D12 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin kualiti persekitaran B4D13 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar dengan menghargai sumber air B4D14 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai cinta akan negara dengan menggunakan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial dengan berhemah B4D15 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai taat setia kepada raja dan negara dan nilai sanggup berkorban untuk negara dengan menyertai program patriotik dan kemasyarakatan B4D16 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai melindungi hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barang dan perkhidmatan DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

B4D12E1 Boleh memelihara atau memulihara persekitaran sekolah dengan rela hati

B4D13E1 Boleh menggunakan air secara berhemah dengan rela hati

B4D14E1 Boleh menggunakan kemudahan awam atau perkhidmatan sosial dengan tertib

B4D15E1 Boleh melibatkan diri dalam sambutan Hari Kebangsaan atau aktiviti kemasyarakatan dengan rela hati

B4D16E1 Boleh melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang bijak

26

B4D17 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai kebebasan beragama melalui upacara keagamaan rakyat Malaysia B4D18 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai sikap keterbukaan dalam menerima pandangan dan teguran B4D19 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai hidup bersama secara aman untuk memupuk konsep kejiranan B4D20 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai saling membantu dan bekerjasama untuk mewujudkan permuafakatan dalam komuniti

B4D17E1 Boleh menceritakan pengalaman selepas meraikan perayaan keagamaan sendiri atau orang lain

B4D18E1 Boleh menerima pandangan dan teguran orang lain dengan rela hati

B4D19E1 Boleh menunjukkan interaksi dengan jiran secara rela hati

B4D20E1 Boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan secara sukarela

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

27

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat

B5D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai bertanggungjawab secara tertib dan tekal di rumah atau sekolah atau dalam masyarakat dalam kehidupan seharian B5D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai hemah tinggi secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian B5D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai toleransi secara tertib dan tekal dalam hubungan dengan orang lain dalam kehidupan seharian B5D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berdikari secara tertib dan tekal untuk menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan dalam kehidupan seharian B5D5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kerajinan secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian untuk mencapai kejayaan diri, keluarga dan sekolah

B5D1E1 Boleh menjalankan tanggungjawab diri secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat

B5D2E1 Boleh bertutur dan berkelakuan sopan dalam masyarakat dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat B5D3E1 Boleh bersikap bertolak ansur atau mengawal diri atau sabar secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat

B5D4E1 Boleh bersikap berdikari dengan tertib dan tekal dalam menyelesaikan masalah serta memupuk nilai dalam kalangan rakan

B5D5E1 Boleh mengamalkan sikap gigih dengan rela hati dan tekal untuk mencapai kejayaan diri, keluarga dan sekolah serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

28

B5D6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang secara tertib dan tekal terhadap manusia, flora dan fauna dalam kehidupan seharian B5D7 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang dan memajukan diri dan keluarga secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian B5D8 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin kualiti persekitaran secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian B5D9 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai cinta akan negara dengan menggunakan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial dengan berhemah secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian

B5D6E1 Boleh mengamalkan sikap menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat B5D7E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang atau menghormati anggota keluarga atau melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga

B5D8E1 Boleh memelihara atau memulihara persekitaran sekolah dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan

B5D9E1 Boleh menggunakan kemudahan awam atau perkhidmatan sosial dengan berhemah secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

29

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

B6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dalam situasi tertentu dan boleh diteladani

B6D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai bertanggungjawab secara tertib dan tekal di rumah atau sekolah atau dalam masyarakat dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi B6D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai hemah tinggi secara tertib dan tekal dalam masyarakat dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi B6D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kerajinan secara tertib dan tekal untuk mencapai kejayaan diri, keluarga dan sekolah dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi B6D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang secara tertib dan tekal terhadap manusia, flora dan fauna dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi

B6D1E1 Boleh menjalankan tanggungjawab diri secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi

B6D2E1 Boleh bertutur dan berkelakuan sopan dalam masyarakat dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi B6D3E1 Boleh mengamalkan sikap gigih dengan rela hati dan tekal untuk mencapai kejayaan diri atau keluarga atau sekolah serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi.

B6D4E1 Boleh mengamalkan sikap menyayangi sesama manusia atau manusia dengan flora atau manusia dengan fauna secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

30

B6D5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai tanggungjawab terhadap keluarga untuk membentuk keluarga penyayang dan memajukan diri dan keluarga secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi B6D6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin kualiti persekitaran secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi B6D7 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai cinta akan negara dengan menggunakan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial dengan berhemah secara tertib dan tekal dalam kehidupan seharian serta boleh dicontohi

B6D5E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang atau menghormati anggota keluarga atau melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga dan dicontohi

B6D6E1 Boleh mengamalkan memelihara atau memulihara persekitaran sekolah dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi

B6D7E1 Boleh menggunakan kemudahan awam atau perkhidmatan sosial dengan berhemah secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi

DRAF DSPPendidikanMoralTingkatan2 28September2012

31

You might also like