You are on page 1of 27

ELEMEN 1

Amira Nur Afiqah binti Agus Salim Puan Norzima binti Jaafar

Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 7. 8. 9.

Perkara

halaman

6.1 Maklumat Asas Produk 6.2 Latar Belakang 6.3 Kaedah/Cara Penghasilan 6.4 Perkembangan Produk

Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN
Saya, Amira Nur Afiqah binti Agus Salim ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 ini dengan sempurna. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua SMK Putrajaya Presint 8 (1) iaitu Puan Hajah Roaini binti Jaafar kerana telah memberi keizinan beliau untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Faridatul Zaihan binti Abdul Latib dan Agus Salim bin Mokhtar yang banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Pn. Fazzilah binti Haji Mahmudin dan seluruh warga kerja Fazz Enterprise kerana telah membantu saya dalam memberikan maklumat mengenai syarikat mereka. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih ini kepada Pn. Norzima binti Jaafar kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini sepanjang saya menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk : Tuntutan syarat untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Penilaian Menengah Rendah tahun 2012. Mengetahui dan mengenal pasti ciri-ciri, produk industri makanan ringan dengan lebih mendalam lagi. Menanamkan perasaan bangga dan bersyukur dalam diri apabila mengetahui bahawa produk yang dihasilkan mencerminkan identiti masyarakat tempatan dan industri ini mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mengenali dengan lebih mendalam industri makanan tempatan yang diwarisi sejak zaman dahulu. Berbangga kerana produk tempatan mampu memberikan persaingan dengan produk dari luar.

KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah yang telah saya gunakan bagi menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah ini ialah : a) Kaedah Lawatan Pada 19 Mei 2012, saya dan sekumpulan pelajar SMK Putrajaya Presint 8 (1) telah melawat Fazz Enterprise di Banting, Selangor. Tujuan kami mengikuti lawatan ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan tajuk tugasan saya. b) Kaedah Temu Ramah Dalam lawatan tersebut, saya telah berkesempatan menemu ramah Pn. Fazzilah binti Haji Mahmudin selaku penolong pengurus untuk mengumpul maklumat berkaitan produk dan operasi Syarikat FAZZ.

c) Kaedah Bacaan
Saya juga telah membaca artikel dalam Harian Kosmo bertarikh 19 September 2008 berkaitan kilang Keropok FAZZ.

d) Kaedah Melayari Internet


Saya juga telah membuka laman web syarikat Fazz Enterprise (kerepekh.blospot.com) bagi menambahkan maklumat sedia ada.

HASIL KAJIAN
1. Maklumat Asas Produk Tempatan
Pada 19 Mei 2012, saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai produk tempatan. Produk yang telah saya kaji ialah kerepek dan makanan ringan yang lebih dikenali sebagai Kerepek Fazz yang terdiri daripada kategori makanan. Perniagaan Kerepek Fazz telah diusahakan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983. Syarikat ini merupakan perusahaan perseorangan yang diberi nama Fazz Enterprise. Pusat jualan Kerepek Fazz terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ianya terletak kirakira 48 kilometer dari rumah saya.

2. Latar Belakang
Pada peringkat awal, Encik Haji Mahmudin bin Haji Abas hanya menjual kerepek secara sambilan. Ianya dijual dikantin tempat beliau bekerja iaitu di kilang sekitar kawasan Bandar Sunway. Apabila sambutan agak menggalakkan, beliau berhenti bekerja di kilang lalu memulakan perusahaan kerepek secara serius. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan ini dibantu oleh adik beradik En. Mahmudin. Tetapi sejak tahun 1996, perusahaan ini telah menjadi perusahaan perseorangan iaitu Fazz Enterprise. Pada tahun 2000, penjenamaan kedai Kerepek House ditubuhkan. Syarikat ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.

Menurut Puan Fazzilah binti Haji Mahmudin, modal awal bagi memulakan perusahaan ini cuma RM2000 sahaja. Kemudian, Encik Haji Mahmudin meminta bantuan dari Bank Pertanian tetapi niatnya diperlekehkan. Lalu, beliau memohon pinjaman peribadi atau personal loan. Dengan pinjaman yang dimohon itulah beliau memulakan perusahaan kerepek. Antara kelebihan atau keistimewaan Kerepek Fazz ialah mereka mengetengahkan identiti setempat. Pusat jualan mereka tidak hanya menjual produk buatan sendiri tetapi juga mengumpulkan produk IKS (Industri Kecil Sederhana) di sekitar Kuala Langat yang kemudiannya dijual di Kerepek House.

3. Kaedah/Cara Penghasilan i) Senarai Peralatan Berikut merupakan senarai alatan yang digunakan oleh kilang pemprosesan KEREPEK FAZZ :

No.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Alatan
Dapur menggoreng (manual) Mesin pemotong (manual) Conveyor (semi auto) Mesin Pengering Mesin Pengadun Mesin Pembungkusan (semi auto) Mesin Pembungkusan (manual)

Bilangan
5 buah 3 buah 1 buah 1 buah 1 buah 2 buah 3 buah

ii) Proses/Peringkat Penghasilan Ubi dikupas secara manual Ubi yang telah dikupas dibawah ke mesin pemotong untuk proses sayatan atau slicing

Diletakkan didalam penapis dan ditoskan sehingga kering

Ubi-ubi tersebut kemudiannya dijatuhkan kedalam kolam air untuk dibilas.

Digoreng didalam dapur segi empat sebesar 3X8 kaki

Ditapis dan ditoskan sehingga kering

Dibungkus dan dibawah ke KEREPEK HOUSE

iii) Langkah-langkah Kawalan Mutu Pihak Fazz Enterprise amat mementingkan kualiti produk. Mereka mengawal mutu produk bermula dari ladang sehinggalah proses menggoreng kerepek-kerepek tersebut. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengawal mutu produk : Menggunakan baja tanpa sebarang bahan kimia. Mengamalkan sistem tanaman bergilir bagi meningkatkan nutrien tanah dan menyuburkan tanih. Jarak antara ladang dan kilang mestilah tidak melebihi 30 KM. Perjalanan yang jauh atau melebihi 30 KM menyebabkan ubi menjadi kecut. Ubi yang sudah dipetik mestilah diproses dalam masa 24 jam agar kualiti ubi terjamin. Pihak Fazz Enterprise akan menggred ubi-ubi tersebut secara manual. Mereka mengasingkan ubi mengikuti kesesuaian cara penyediaan. Minyak yang digunakan bagi menggoreng ubi tidak digunakan melebihi 2 kali bagi mengekalkan kualiti produk. iv) Spesifikasi Produk Fazz Enterprise menghasilkan produk daripada, ubi, keledek dan pisang. Produk ubi terdiri daripada : Kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi manis, kerepek ubi tawar lemak dan kerepek jejari ubi Kerepek ubi berperisa BBQ, kerepek ubi berperisa lada hitam, kerepek ubi berperisa kari, kerepek ubi berperisa tomato, kerepek ubi berperisa balado (diperbuat menggunakan serbuk cili)

4. Perkembangan Produk
Fazz Enterprise mula beroperasi sejak Februari 1983 iaitu 29 tahun yang lepas. Selepas membuka kilang dan pusat jualan, pemborong dari Johor dan Negeri Sembilan membeli produk beliau dan menjual kembali kepada pelanggan mereka. Pada tahun 1993, Kerepek Fazz dieksport ke United Kingdom, Dubai, Hong Kong dan Singapore. Tetapi beliau berhenti mengeksport kerepek pada tahun 1996 disebabkan faktor kekurangan bahan mentah. Kemudian pada tahun 2004, sekali lagi beliau mengeksport produk ke Australia tetapi menghentikan eksport disebabkan faktor yang sama. Menurut Puan Fazzilah Mahmudin, purata pendapatan yang diperolehi hasil dari jualan produk dalam lingkungan RM300-RM350K sebulan. Dalam tempoh setahun, pendapatan Kerepek Fazz meningkat sehingga 5 kali ganda pada bulan Ramadhan sehingga mencecah 1.5 juta. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Fazz Enterprise ialah kekurangan bahan mentah disebabkan faktor cuaca. Contohnya, ketika musim hujan ladang ditimpa banjir dan memusnahkan tanaman. Selain masalah kekurangan bahan mentah, pihak Fazz Enteprise perlu bersaing dengan penduduk tempatan bagi meningkatkan jualan. Pihak Fazz Enterprise sedang dalam proses membina cawangan baru bagi menampung pelanggan yang ramai terutamanya apabila tiba bulan Ramadhan. Beliau juga merancang untuk memperbesar kilang dan menggunakan teknologi yang lebih canggih pada masa akan datang selain meluaskan pasaran ke seluruh negara.

RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam tentang industri penghasilan produk tempatan di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka terhadap produk-produk tempatan yang dihasilkan di negara kita dan telah menimbulkan rasa syukur dalam diri saya. Di samping itu, melalui kajian ini juga dapat menonjolkan masyarakat di negara kita yang kreatif, inovatif, saling menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Hal ini membuktikan bahawa produk yang dihasilkan oleh masyarakat kita mempunyai kualiti yang tinggi serta keunikannya yang tersendiri. Ia juga menunjukkan bahawa produk tempatan mampu bersaing dengan barangan import. Secara tidak langsung, perlaksanaan kerja kursus ini mengajar diri saya untuk menyokong produk tempatan agar negara kita dapat membangun maju sekaligus mendekatkan lagi kita dengan Wawasan 2020. Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan produk-produk keluaran tempatan kerana apabila produk tempatan digunakan dengan meluas berbanding barangan import, ekonomi negara akan dapat mencapai pertumbuhan positif. Hal ini mampu meningkatkan taraf hidup penduduk sekali gus mengurangkan bilangan penduduk miskin di negara kita. Oleh itu, kita hendaklah memberikan sokongan padu terhadap produk tempatan demi kebaikan semua pihak.

Carta Organisasi Kerepek House

Melawat kawasan kajian

RUJUKAN
Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah merujuk kepada beberapa bahan yang membantu saya. Antaranya ialah :

1. Orang Sumber
Nama : Mohamad Fazzly bin Haji Mahmudin Umur : 34 tahun Alamat : Lot 662, Jalan Cempaka, Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Pekerjaan : Pengusaha produk makanan tempatan

2. Internet
http://turqoiseazure.blogspot.com/2012/05/elemen-3-kerja-kursus-sejarahpmr-2012.html http://cikgurazak.blogspot.com/2012/02/kerja-kursus-sejarah-pmr2012_11.html Kerepekh.blogspot.com

3. Surat Khabar Jagatheswary Narayanan, 2008, Harian Kosmo 4. Melawat Tempat Kajian Lot 662, Jalan Cempaka,
Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

LAMPIRAN

Lesen Perniagaan Fazz Enterprise

Logo/Banner tempat kajian

ELEMEN 2
Amira Nur Afiqah binti Agus Salim 970611-01-5816

Puan Norzima binti Jaafar

SURAT KHABAR

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN n.jagatheswary@kosmo.com.my Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?

BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup. Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.

DOKUMEN

Lesen perniagaan Fazz Enterprise

GAMBAR/ FOTO

ALAMAT : Lot 662, Jln Cempaka, Kanchong Darat,


42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Banner Ferepek Fazz

SUMBER INTERNET

You might also like