You are on page 1of 1

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak: Perbezaan Individu Perbezaan Individu Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza

mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud

perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing ( Hurlock,1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di dalam persekitaran kanak-kanak tersebut ia boleh membantutkan

perkembangan kanak-kanak ini. Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran ( Hurlock, 1978). Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

Kognitif kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir

secara logik, menaakul dan mengira.

Fizikal perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan

rambut.

Sosial kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut

bersifat introvet atau ekstrovet.

Emosi kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta

sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.

Kecerdasan kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat

pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini.

You might also like