P. 1
Aktiviti Mentor Mentee

Aktiviti Mentor Mentee

|Views: 31|Likes:
Published by Mimie Rashid

More info:

Published by: Mimie Rashid on Dec 25, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/07/2013

pdf

text

original

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

MINGGU 1 Tahap 2 Membina Hubungan 1. Membina hubungan, mengucapkan salam atau kata-kata aluan dan menerangkan tujuan kelompok. 2. Berkenalan (mengenali butiran diri,keluarga,matlamat akademik,pilihan bidang kerjaya dan cita-cita. 3. Menamakan kelompok , logo,motto atau slogan kelompok,membentuk matlamat kelompok dan matlamat kendiri setiap ahli kelompok. MINGGU KE 2 Minggu -Pertama 1. Membina Hubungan -melayan , mendengar dan memahami rakan dalam kelompok 1. Membina hubungan, mengucapkan salam atau kata-kata aluan dan menerangkan tujuan kelompok. 2. Berkenalan (mengenali butiran diri,keluarga,matlamat akademik,pilihan bidang kerjaya dan cita-cita. 3. Menamakan kelompok , logo,motto atau slogan kelompok,membentuk matlamat kelompok dan matlamat kendiri setiap ahli kelompok. Aktiviti Penerangan

1

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

-Kedua

2 . Membina sikap menghargai perbezaan & keunikan individu Tujuan: 1. Membantu mentee mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri 2. Membantu mentee mengenalpasti perbezaan dirinya dengan individu lain sebagai unik individu

1. Mentor menjelaskan bahawa tidak ada manusia yang bersifat sempurna.Setiap orang mempunyai kelemahan.Manusia yang Berjaya mengatasi kelemahan dirinya akan Berjaya mencapai cita-cita dan impiannya. 2. Mentor menjelaskan tentang sifat-sifat kelemahan diri manusia iaitu: i.Kelemahan yang bersifat kekal atau semulajadi seperti kecacatan anggota sejak lahir atau disebabakan kemalangan,penyakit yang tiada harapan untuk sembuh,kecacatan otak seumpamanya. Di antara kelemahan diri yang mungkin disebabkan oleh kecacatan fizikal ialah rasa rendah diri,kurang daya saing,yiada keyakinan diri,memandang orang lain terlalu hebat, suka menyalahkan diri sendiri dan sebagainya. Kehidupan tersebut seharusnya diterima dan bersedia untuk hidup bersamasamanya. ii.Kelemahan peribadi disebabkan gaya asuhan,didikan ibu bapa atau amalan keluarga yang dipelajari dan diamalkan sejak kecil lagi. Contoh: adab sopan,persepsi atau tanggapan terhadap sesuatu,keeprcayaan dan amalan agama ,cara berfikir yang negative dan sebagainya.

2

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

iii.Kelemahan sikap dan sifat yang dipelajari dari persekitaran (keluarga,rakan sebaya,masyarakat).Sikap atau sifat-sifat tertentu dipelajari,diterima pakai dan dipraktikkan 3. Mentor meminta mentee menyenaraikan lima kelemahan diri mereka yang boleh dikenalpasti menjadi penghalang bagi menjadi seorang pelajar yang cemerlang. 4. Mentor meminta mentee menyenaraikan lima kekuatan diri yang ada atau perlu ada untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. 5. Di akhir sesi mentor menjelaskan bahawa stiap individu yang cemelang perlu: a. Menghormati,menyayangi dan menerima diri sendiri seadanya.Perasaan menyayangi diri sendiri bermakna sentiasa memelihara diri daripada perkara atau gejala yang boleh merosakkan fizikal,mental dan akhlak. b. Menghormati orang lain terutama ornag yang banyak memberikan jasa dan bakti seperti ibu bapa,adik beradik,guru,sanak saudara dan jiran tertangga. c. Menghormati rakan-rakan sekelas kerana sikap tersebut akan membolehkan mereka rela dan bersedia untuk membantu ketika menghadapi masalah atau kesulitan dalam pelajaran. d. Menghormati rakan-rakan pelajar yang lain,sekurang-kurangnya mereka tidak menganggu atau menimbulkan masalah 3

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

dalam pergaulan dan akan sentiasa memberikan kerjasama. Ketiga Kesediaan Belajar Membina Perancangan dan Pengurusan Masa Berkesan Tujuan : 1. Membantu mentee menilai aspek pengurusan masa 2. Membantu mentee membina perancangan masa yang berkesan. Merancang Jadual Belajar: 1. Mentor meminta mentee merujuk Perancangan Jadual Belajar dan menerangkan kepada semua mentee tentang pengisian aktiviti belajar. 2. Mentor menerangkan kepada mentee bagaimana untuk memenuhi jadual tersebut dengan aktiviti belajar 3. Mentor meminta mentee menyediakan jadual peribadi sebagai kerja rumah. 1. Mentor bercerita tentang kisah Si Tanggang.Mentor bersoal jawab dengan mentee berkaitan kisah cerita tersebut. 2. Mentor meminta mentee memberikan contoh pengorbanan ibu terhadap anak. 3. Mentor menerangkan kepada mentee tentang kepentingan ibu dan peranannya tentang anakanaknya. 4. Mentor meminta mentee membuat rumusan. Falsafah: Ibu boleh menjaga 10 anak tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Keempat

Ibu Ku Sayang Pada akhir sesi murid dapat: 1. Memahami perana Ibu terhadap mereka. 2. Menyatakan peranan Ibu terhadap mereka 3. Membuat rumusan tentang peranan ibu dalam kejayaan mereka.

4

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Kelima

Masih Ada Yang Sayang Pada akhir sesi murid dapat: 1. Menyedari kepentingan ahli keluarga dalam kehidupan mereka. 2. Menggunakan kemahiran berfikir dalam membuat pilihan. 3. Membuat rumusan berdasarkan petikan yang diberi.

1. Mentor bersoaljawab mengenai orang yang mentee sayangi. 2. Mentor menerangkan cara aktiviti yang akan dijalankan. 3. Murid diminta menyenaraikan 5 orang yang paling disayangi dalam ahli keluarga. 4. Mentoe membacakan situasi yang disediakan (imaginasi) 5. Mentee membayangkan /imaginasikan situasi yang diperdengarkan 6. Mentee menyatakan perasaan mereka berdasarkan situasi 7. Mentee membuat rumusan secara keseluruhan betapa perlunya kita menyangai orang disekeliling mereka. Falsafah : 1. Manusia memerlukan kasih saying dalam kehidupan. 2. Kita perlu kasih saying ibu bapa semasa mereka masih ada. 3. Kasih sayang perlu dinyatakan melalui tindakan.

5

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Keenam

Kawal Diri Pada akhir sesi murid dapat: 1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya terganggu 2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi yang menganggu emosinya.

1. Mentor menerangkan beberapa emosi yang biasa mentee alami . contoh “marah dan sedih” 2. Mentor mengedarkan kad lampiran yang menggambarkan situasi emosi yang dialami 3. Mentee diberikan kumpulan dan membaca kad lampiran. 4. Mentee menyatakan emosi yang dialami berdasarkan kad lembaran dan menyatakan tindakbalas terhadap emosi tersebut. 5. Mentee membentangkan tugasan . 6. Mentor membuat rumusan dalam setiap pembentangan Falsafah : 1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami. 2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita Berjaya menanganinya secara positif.

6

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Ketujuh

Pengurusan Diri /Awal Remaja Murid dapat : 1. Mengurus diri dengan baik 2. Menjaga kebersihan diri 3. Menyayangi diri sendiri 4. Menjaga penglihatan,pendengaran,sentuhan dan tutur kata.

1. Mentor menunjukkan gambar remaja yang berlainan jantina. 2. Mentor menerangkan perubahan yang berlaku dalam proses akil baligh (lelaki dan perempuan)serta menekankan kepentingan menjaga penglihatan,pendengaran,sentuhan dan tutur kata dalam pergaulan. 3. Mentee menyenarikan adab-adab dalam pergaulan dari aspek penglihatan,pendengarannnnnnnnnn,sentuhan dan tutur kata.Contoh: Penglihatan (tidak menjeling/merenung terlalu lama) Pertuturan (tidak mengejek/memaki,pujian) Sentuhan (tidak memukul,meraba,bersalaman) 4. Mentee membentangkan senarai yang telah dilengkapkan. 5. Mentor membuat rumusan dari perbincangan dan menekankan aspek pencegahan. Contoh: Pergaduhan antara murid biasanya berpunca daripada perbuatan menjeling,diikuti ejek – mengejek dan akhirnya bergaduh.Pencabulan biasanya bermula dengan renungan jahat,disusuli dengan pujukan seterusnya sentuhan. Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda

7

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Ke lapan

Asas Komunikasi Murid dapat: 1. Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan. 2. Menggunakan laras bahasa yang betul 3. Melatih diri untuk bersopan santun dalam pertuturan

1. Mentor meminta mentee melakonkan dialog dalam situasi majlis hari lahir yang pernah mereka hadiri.Contoh mentee mengucapkan tahniah semasa majlis hari lahir. 2. Mentor meminta murid lain member komen tentang dialog yang terdapat dalam lakonan tersebut 3. Mentee dan mentor berbincang tentang kepentingan berkomunikasi dengan laras bahasa yang betul dan bersopan santun. 4. Mentee diagihkan kepad kumpulan kecil untuk menulis dialog dan melakonkannya (contoh: situasi di pasar,situasi perayaan) 5. Mentor membuat rumuasan tentang kepentingan berkomunikasi dengan betul dan berkesan. Falsafah: Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia.

8

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Ke sembilan

Aku Dengar Aku Faham 1. Menyedari kepentigan komunikasi dua hala 2. Memahami betapa pentingnya berinteraksi antara satu sama lain Arahan : Lukis bentuk 1. Segitiga (1) 2. Bulat (1) 3. Segiempat sama (4) 4. Segiempat tepat (1) 5. Oval (2)

6. Mentor bertanyakan mentee sama ada minat melukis. 7. Mentor mengarahkan mentee mengeluarkan buku nota. 8. Mentor memilih seorang mentee memberi arahan untuk diikuti oleh mentee lain tanpa sebarang pertanyaan. Arahan diulangi 2 kali sahaja . 9. Selesai langkah kedua mentee diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi kali ini boleh bertanya. 10. Mentor menunjukkan lukisan yang sebenar untuk dibandingkan dengan lukisan yang dihasilkan oleh mentee 11. Mentor menggalakkan mentee berbincang aktiviti yang telah dilakukan dengan member focus kepada kesukaran komunikasi sehala. 12. Mentor mengaitkan kepentingan peranan berinteraksi Falsafah : 1. Setiap mentee perlu berinteraksi bagi mewujudkan komunikasi yang sihat dalam usaha dmembangunkan peribadi yang harmoni. 2. Mentee dapat berkomunikasi dengan baik akan meningkatkan kemesraan perhubungan sesame rakan.

9

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Kesepuluh

Semangat Cintakan Sekolah-Menghargai Harta Benda Sekolah 1. Menyanyangi dan menghargai harta benda sekolah 2. Memupuk semangat cintakan sekolah

1. Mentee menyanyikan lagu sekolah beramairamai. 2. Mentor bertanyakan perasaan mereka setelah menyanyikan lagu sekolah. 3. Mentor meminta murid menyenaraikan kemudahan yang ada di sekolah. 4. Mentor bersoal jawab apakah kesannya sekiranya perkara-perkara yang disenaraikan itu tiada di sekolah. 5. Mentor membahagikan murid mentee dalam beberapa kumpulan kecil 6. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan seberapa banyak kata-kata/slogan yang menunjukkan semangat cintakan sekolah dan ditulis di atas kertas mahjung. 7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. 8. Mentor membuat rumusan keseluruhan. Falsafah: 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya 2. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

10

KAMI ENDAH (MENTOR MENTEE) SK TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI IPOH.

Kesebelas

Aku Anak Cemerlang Murid dapat: 1. Menyedari perananya sebagai murid yang ada potensi diri untuk cemerlang. 2. Bertanggungjawab terdadap diri untuk mencapai kecemerlangan

1. Mentor meminta mentee yang pernah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan untuk dijadikan sebagai contoh murid yang cemerlang. 2. Mentor bersoaljawab secara lisan dengan mentee tentang ciri-ciri mentee cemerlang 3. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta melantik seorang pengerusi dan pencatat. Mentee diminta menyenaraikan apakah peranan dan tanggungjawab murid cemerlang terhadap diri,sekolah,keluarga guru dan rakan sebaya. 4. Pengerusi setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan. 5. Mentor merumuskan hasil perbincangan. Falsafah. Kecemerlangan membentuk keperibadian mulia

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->