You are on page 1of 15

3.

TEORI SEL DAN ULTRASTRUKTUR SEL


3.0 Tajuk Kuliah Biologi Sel (BS):

a. Teori sel dan ultra struktur sel b. Komponen dan asas kimia sel c. struktur membrane sel d. Pengangkutan pasif dan aktifwalan aktiviti sel:

3.1 Pengenalan: Hidupan ialah keupayaan sesuatu entiti untuk bertindakbalas dengan persekitaran, bertumbuh dan membesar, memperbaiki, bergerak dan berupaya membiak (reproduce) dengan jayanya. 3.2 Apakah kaitan organisma hidupan dengan sel? Semua organisma, sama ada yang kecil seperti Euglena atau besar seperti gajah, terbina daripada satu atau lebih sel. Sel adalah unit terkecil organisma yang menjalankan berbagai tugas harian, terutama sekali dalam menentukan aliran tenaga yang teratur dan sempurna, supaya organisma itu dapat menjalankan aktiviti-aktiviti normal organisma hidupan. 3.3 Sel adalah berbeza dari segi saiz. Ada yang seni dan hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop (lalu dipanggil mikroorganisma atau ringkasnya, mikrob) dan ada pula yang besar, yakni organisma multisel at au majmuk (complex). Contoh mikrob unisel ialah bakteria, Euglena, Paramecium, Amoeba dan sebagainya. Contoh organisma multisel pula ialah manusia, pokok, serangga, haiwan dan sebagainya. Sama ada bersaiz besar atau seni, kesemuanya terdiri atau terbina daripada satu (atau gandaan ribuan) unit asas yang dipanggil sel. Yakni, sesuatu organisma majmuk seperti manusia, sebenarnya terbina daripada jutaan unit-unit sel, bukan terdiri daripada satu sel yang besar. Selsel yang banyak akan membentuk tisu, organ, otot, tulang dan sebagainya sehingga membentuk organisma yang sempurna. Setiap satu sel seni ini akan menjalankan tugas-tugas tertentu di bawah sistem pengawalaturan yang sempurna supaya kesemua tugas biologi sesuatu oranisma berjalan dengan lancar dan teratur. Modul kuliah ini disediakan oleh Prof. Madya Dr. Faridah Abdullah untuk pelajar-pelajar BGY 1002 sahaja. Mana-mana bahagian nota ini tidak boleh di hasilkan semula tanpa mendapat izin penulis.
1

3..1

Bagaimana dan sejak bilakah manusia mengetahui tentang wujudnya sel? Yang komponen komponen pada Amoeba adalah sama dengan yang terdapat pada sel manusia? 3.4 Perkembangan Teori Sel

Pengetahuan mengenai sel dan struktur-struktur seni hanya mula bertapak apabila terciptanya mikroskop. Pada tahun 1665, Robert Hooke telah berjaya mencipta mikroskop. Spesimen yang mula sekali dicerapnya dibawah mikroskop ialah gabus. Beliau teruja melihat yang gabus sebenarnya bukanlah satu benda yang sekata, sebaliknya terdiri daripada puluhan kotak-kotak kecil yang mengingatkannya kepada bilik tidur yang sempit rahib-rahib di biara, atau cells dalam Bahasa Inggeris. Dari itu, tercetuslah sebutan sel untuk unit paling asas sesuatu organisma. Apabila beliau membuat cerapan keatas tumbuhan hidup pula, beliau mendapati sel-sel tumbuhan berisi cairan; tetapi tiada penjelasan lanjut di sertakan mengenai hal ini. Pada era yang sama, Van Leuwenhoek pula menggunakan sampel air untuk dicerap dibawah mikroskop. Beliau menyatakan yang tedapatnya hidupan seni yang hidup dan boleh bergerak (animalcules) di mana sesetengah organisma ini adalah sel tunggal ataupun unisel. Sel-sel ini bukanlah statik, malah menjalani aktiviti hidupan dengan sempurna. Buat pertama kalinya manusia menyedari tentang wujudnya makhluk hidupan seni yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata kasar.

Mikroskop awal yang di gunakan oleh Robert Hook dan sel gabus yang di lihatnya.

3..2

Tidak terdapat perkembangan yang penting mengenai sel hinggalah 200 tahun kemudian. Pada tahun 1889, Theodore Schwann membuat cerapan keatas sel tulang rawan. Beliau merumuskan yang sel-sel haiwan adalah mirip tepat sel tumbuhan. Beliau seterusnya menyatakan yang sel adalah unit asas untuk semua tumbuhan dan haiwan. Perkembangan teori ini menjadi lebih mantap apabila Virchow membuat kesimpulan yang setiap satu organisma adalah gabungan berbilang unit sel; dan semua sel datang daripada sel sebelumnya. Pernyataan ini menjadi panduan sehingga hari ini.

Perkembangan teori sel: Tahun 1665 Ahli Sains Robert Hooke Penemuan & Teori mencipta mikroskop. Memerhati gabus, melihat struktur kotak-kotak kecil yang statik, lalu dipanggil cell. Memerhatikan struktur bergerak (animalcules) daripada sampel air. Saranan: ada struktur hidupan yang terdiri daripada sel tunggal.

Lewat 1660 an

Anton Van Leuwenhock

1830

Theodore Schwann

Memerhatikan sel rawan. Saranan: sel haiwan mempunyai asas struktur yang mirip sel tumbuhan. Setiap organisma adalah gabungan berbilang unit sel. Semua sel datang daripada sel sebelumnya.

Lewat 1800 an

Virchow

3..3

Berasaskan perkembangan diatas, prinsip mengenai teori sel moden telah dirumuskan. Terdapat 3 Prinsip Teori Sel, iaitu :

1. Setiap organisma hidup terbina daripada satu atau lebih sel 2. Organisma hidupan yang paling kecil ialah sel tunggal, dan sel adalah unit berfungsi organisma multisel. 3. Semua sel terbentuk daripada sel yang wujud sebelumnya.

3.5 Stuktur dan fungsi sel Setiap satu sel mempunyai bentuk yang tesendiri. Sel hati adalah bersegi, sel otot berbentuk panjang, sel saraf seperti seutas tali, sel kulit bahagian dalam pipi adalah leper dan sebagainya. Walau apa pun bentuknya, komponen-komponen utama yang tedapat dalam setiap unit sel tidak berbeza. Semua sel terdiri daripada : (1) membran plasma (atau disebut juga sebagai membran sel), (2) sitoplasma yang mengandungi cairan dan beberapa organel penting, dan (3) nukleus, struktur pembawa maklumat warisan. Tidak lupa juga, ada mikroorganisma yang hanya terdiri daripada satu unit sel tetapi mampu melakukan aktiviti-aktiviti biologi dengan cekap dan sempurna seperti mana dilakukan organisma multisel. Haiwan unisel juga terdiri daripada membran plasma, sitoplasma dan nukleus, sama seperti yang dinyatakan pada di atas. Anda akan mempelajari lebih lanjut mengenai membran plasma apabila mempelajari sistem pengangkutan sel, mengenai sitoplasma apabila mempelajari ultrastuktur sel (atau organel) yang memungkinkan pergerakan masuk-keluar bahan ke/dari sel dan mengenai nukleus sebagai persediaan bahagian genetik. Sebelum itu, wajar di nyatakan yang walaupun sel adalah unit asas organisma hidup, sebenarnya terdapat 2 jenis sel di muka bumi ini iaitu sel prokariot dan eukariot.

3..4

3.6 Jenis sel : Prokariot dan Eukariot Secara keseluruhan, organisma hidupan terbahagi kepada 2 kumpulan berasaskan rekabentuk selnya; yakni prokariot (sebelum nukleus) dan eukariot (nukleus sebenar). Prokariot di wakili oleh bacteria dan rumpair biru-hijau. Organisma kumpulan ini tidak mempunyai sampul (atau dinding) nukleus. Virus tidak termasuk dalam salah satu daripada 2 kumpulan diatas kerana status nya sebagai orgqanisma hidup tidak seperti yang lain kerana cirinya yang hidup hanya apabila berada dalam perumah. Eukariot di wakili oleh semua bentuk hidupan, kecuali bakteria. Sel pada organisma kumpulan ini mempunyai nukleus yang terbendung dengan kemas oleh membran/sampul/dinding nukleus. 3.7 Rumusan sel prokariot: 1. Saiz - mikroskopik (panjang <5 mikrometer atau m), diselubungi oleh dinding sel yang berstruktur dan agak keras/tegar, sesetengah bakteria mempunyai lapisan polisakarid yang mencegah sel darah putih daripada memusnahkannya; dinding sel berpori dan membenarkan pergerakan masuk keluar bahan-bahan, namun pergerakan ini dikawal oleh membran plasma yang terdapat bersebelahan dinding sel. 2. Sitoplasma sel prokariot adalah sekata dari segi rupa, mempunyai struktur dalaman yang mudah (yakni organel yang paling minima). 3. Bahan genetik (DNA, iaitu asid nukleik deoksiribos; deoxyribose nucleic acid) umumnya terapat sebagai berlingkaran (coiled), terlekat pada membran plasma dan tertumpu pada satu kawasan khusus yang dipanggil nukleod; tidak mempunyai selaput /membran yang mengasingkan nukleod daripada sitoplasma. 4. Sebilangan besar bakteria tinggal dalam persekitaran cecair/ berair: dpd kolam kepada saluran darah manusia; dengan itu dinding sel (diulang: bukan membran sel) mestilah keras supaya dapat mengawal kemasukan air persekitaran dan mencegah sel daripada dibanjiri air dan pecah. Sesetengah bakteria mempunyai satu lapisan lendir pada dinding selnya.

3..5

Gambarajah sel bakterium (3-D):

3.8 Sel eukariot Saiz lebih besar (>10 m garispusat), mempunyai berbagai organel bermembran yang memberi bentuk dan memberi sumbangan kepada fungsi organisasi bahagian dalaman sel. Bahagian dalaman sel eukariot terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Semua sel eukariot mengandungi organel-organel berikut: 1. Nukleus 2. Mitokondrion 3. Jalinan/ Retikulum endoplasma 4. kompleks Golgi 5. Vesikel 6. ribosom # walaupun terdapat organel yang sama, rupabentuk sel eukariot tidak semestinya sama. Paling ketara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Lihat gambarajah sel haiwan dibawah dan perhatikan kedudukan organel yang disebutkan diatas.

3..6

Contoh 2 organisme unisel:

1. Euglena

2. Paramecium

3..7

3.9 Nukleus: Pusat Kawalan Sel Nukleus terdiri daripada DNA, iaitu bahan genetik untuk semua sel yang hidup. Dari segi fizikal ianya terbahagi kepada 3 komponen, iaitu: 1

1. sampul nukleus 2. kromatin 3. nukleolus

nukleolus

3.9.1

Sampul nukeus - pembentuk sempadan nukleus/sitoplasma

: terdiri dari 2 lapisan membran yang dipenuhi oleh liang atau pori (lihat gambarajah diatas). Air, ion dan molekul kecil seperti ATP boleh menelusi pori secara bebas, tetapi molekul besar terutamanya protin dan RNA (ribonucleic acid atau Asid nukleik ribosa) hanya boleh telus melalui pengawalaturan tertentu. Dengan cara ini, pori membantu mengawal aliran maklumat ke/dari nukleus. Sampul nukleus mempunyai sambungan dengan retikulum endoplasma (dan seterusnya dengan membran organel-organel lain).

3..8

3.9.2

kromatin - bahan perwarisan

: keseluruhan nukleus dikenali sebagai organel yang berwarna lebih gelap daripada sitoplasma apabila di cerap melalui mikroskop cahaya. Para saintis awal menggelarnya kromatin atau bahan berwarna. Hari ini, bahan tersebut dikenalpasti sebagai kromosom, iaitu molekul DNA (deoxyribose nucleic acid atau Asid nukleik deoksiribosa) yang terikat secara kompleks dengan protin tertentu. Dalam keadaan biasa, kromosom adalah urat-urat panjang yang berlingkaran sesama sendiri. Apabila sel bersedia untuk membahagi semasa fasa tumbesaran, kromosom tersebut akan menjadi mampat dan kelihatan pendek; dan struktur padat ini dapat di lihat dengan jelas melalui mikroskop cahaya. Segala proses yang berlaku di sitoplasma sebenarnya adalah mengikut arahan yang terkod pada DNA. Oleh kerana DNA berada di nukleus sahaja, sementara kebanyakan aktiviti sel berlaku di sitoplasma; dengan itu mestilah ada molekul-molekul tertentu yang berfungsi sebagai pembawa maklumat dan yang sentiasa masuk-keluar dalam proses saling bertukar maklumat antara nukleus dan sitoplasma. Contohnya, maklumat genetik dari DNA disalin oleh molekul RNA yang bergerak ke arah sitoplasma melalui pori nucleus. Setibanya RNA di ribosom (pada sitoplasma), maklumat ini akan di gunakan oleh ribosom untuk mengarah sintesis protin. 3.9.3 nukleolus - tapak-kerja pembinaan subunit ribosom

: di bawah mikroskop, kebanyakan nukleus eukariot akan menunjukkan satu kawasan kecil yang lebih gelap daripada nukleus umum; ini ialah nukleolus atau nukleus kecil. Ia adalah tapak untuk sintesis ribosom. Ribosom ialah partikel kecil yang terdiri daripada RNA dan protin (RNA ribosom atau rRNA). Nukleolus ialah tapak-kerja dimana protin daripada sitoplasma dibawa masuk kedalam nukleus dan menuju ke nukleolus. Di sini, ia dihimpun dengan rRNA untuk membina subunit-subunit ribosom. Subunit yang baru ini akan seterusnya bergerak keluar menelusi pori membran nukleus untuk balik ke sitoplasma. Umumnya, pada nukleolus terdapat DNA (yang mengandungi gen untuk ribosom RNA),

3.9.4.

Organel dalam sitoplasma sel eukariot sila senaraikan.

3..9

3.9.4.1 retikulum endoplasma (r.e.) Retikulum atau jalinan endoplasma terdiri dari tiub berongga dan sistem terusan membran (terdiri daripada dwilapisan fosfolipid) yang saling bersambungan di dalam sitoplasma. Kebanyakan sel eukariot mempunyai 2 jenis: (i) retikulum endoplasma kasar dan (ii) retikulum endoplasma licin :masing-masing dengan tugas berlainan. Retikulum endoplasma kasar kelihatan demikian kerana kehadiran ribosom pada bahagian luar tiub dan terusannya. Ribosom pada e.r. kasar bertugas untuk mengsintesis protin, termasuklah protin membran. Retikulum endoplasma licin pula kelihatan demikian kerana tidak mempunyai ribosom pada bahagian-bahagian tiubnya. Sebaliknya, membrannya memuatkan enzim-enzim untuk sintesis lipid. Ini menyebabkan r.e. licin menjadi tapak utama dalam sintesis lipid, termasuk fosfolipid e.r. dan membran-membran lain. 3.9.4.2 Kompleks Golgi Kompleks Golgi ialah pusat pemprosesan dan pembungkusan bahan-bahan. Ia terdiri daripada satu set karung-karung membran yang tercetus daripada membran r.e. Malah, bentuknya adalah mirip r.e. licin, cuma lebih leper. Dalam menjalankan tugasnya, vesikel yang datangnya daripada r.e. akan bercantum pada satu penghujung karung Kompleks Golgi dan menghamburkan bahan dibawa kedalam ruang kompleks tersebut. Demikian juga, setelah pemprosesan berlaku di dalam ruang kompleks Golgi, bahan-bahan akan bergerak kearah penghujung karung dimana membran akan membulat dan seterusnya berpisah sebagai vesikel (sambil mengandungkan bahan tertentu) daripada induk Golgi. Kompleks ini menjalankan 3 fungsi utama: i. ii. iii. mengasingkan protin dan lipid yang diterima daripada r.e. kedalam vesikel berasingan. Melakukan modifikasi pada sesetengah molekul; contohnya, menambahkan gula kepada protin untuk membentuk glikoprotin. Membungkus bahan-bahan (seperti lipid, protin dan molekul kompleks yang lain) ke dalam vesikel, yang melaluinya, akan diangkut ke bahagian-bahagian lain sel atau ke membran plasma untuk dibawa keluar.

3. .10

3.9.4.3.

Lisosom

Lisosom ialah struktur vesikel yang mengandungi enzim penguraian, terutama enzim pencernaan yang mengurai protin, lemak dan karbohidrat menjadi subunit komponen masing-masing. Semasa di kompleks Golgi, enzim-enzim ini di bungkus kedalam vesikel bermembran yang dipanggil lisosome (badan pelerai). Bahan makanan digerakkan kedalam sitoplasma secara tersimpan dalam vakuol makanan (food vacuoles). Lisosom mengesan kehadiran vakoul makanan lalu ia bercantum dengannya. Kandungan kedua-dua vesikel bercampur, dan enzim lisosom mengurai makanan untuk menjadi unit-unit mudah seperti asid amino, monosakarid dan sebagainya. Molekul-molekul mudah ini meresap keluar dari lisosom ke sitosol (bahagian cairan sitoplasma) lalu memberi makanan kepada sel tersebut. Lisosom juga membantu sel dengan cara mencerna mikro organisma (berpotensi sebagai pembawa penyakit) dan organel yang rosak (seperti mitokondrion atau kloroplas). 3.9.4.4 vesikel Tidak semua vesikel berisi enzim. Yang mana terisi dengan bahan-bahan lain, struktur pembawa ini tetap di kenali sebagai vesikel. Lazimnya ia membawa protein berbagai. Lihat gambarajah dibawah dan kenalkan lokasi dan tugas setiap satu daripada organelorganel yang disebut diatas.

3. .11

3. 10 Terdapat beberapa organel yang hanya terdapat pada sel haiwan, tidak pada sel tumbuhan. Organe tetrsebut ialah Kloroplas dan mitokondrion

Perhatikan struktur sel tumbuhan umum (kiri) dan organel kloroplas yang dibesarkan. Perhatikan dua lapisan membran dan susunan tilakoid yang nemjadikan granum.

Di sebelah kiri adalah struktur mitokondrion. Dimanakah letaknya krista dan matriks ? Apakah tugas utama mitokondrion?

3. .12

Plastid dan vakoul

Plastid dan vakoul adalah 2 organel yang terdapat khususnya pada sel tumbuhan. Apakah tugas masing-masing?

3.11 Rangka-sito untuk memberi bentuk, sokongan dan pergerakan Perhatikan perletakan mikrotubul, mikrofilamen dan filament perantara yang memberi sokongan pada organel2 dalam sitoplasma, seperri mitokondrion.

3. .13

3.12 dinding sel tumbuhan

Dinding sel primer sitoplasma

Dinding sel sekunder

3. .14

3. .15

You might also like