You are on page 1of 3

Contoh kritikan karya seni

Tajuk : Corner of the Garden at Montgeron Karya: Claude Monet Tahun : 1876-1877 Alat/media : Painting - Oil on Canvas Saiz: (67-3/4x76 inches) Lokasi: State Hermitage Museum in Saint Petersburg, Russia. Aliran: Impressionism

Karya Monet yang bertajuk Corner of the Garden at Montgeron di atas dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches. Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut dapat memberi tugasan yang baru kepada Claude Monet untuk melukis empat panel hiasan untuk interior rumah grand baru, Chateau de Rottembourg di Montgeron. Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan menggunakan warna yang terang. Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara

impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut. Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Dari segi warna, beliau memberi warna harmoni yang menimbulkan suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada iaitu brushstrokes untuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut . Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam karya yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman. Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan karya lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan. Dalam unsur-unsur seni, garisan merupakan paling penting dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini mempunyai garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan ketenteraman. Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan. Terutama iaitu imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, air dan langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi. Tambahan pula, kontra ditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti bunga tersebut berwarna putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam sebagai menimbulkan kesan tersebut.

Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian. Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang. Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan kepada kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan air yang bersih pada waktu tersebut. Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang seterusnya memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

You might also like