You are on page 1of 17

Senarai Kandungan 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 2.

0 Konsep Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Muka surat 1 1 1 2 2 3 3 4 5 5 5 6 6 6 6 7 7 8 8 9 9 10 11 13 15

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Blueprint 2013-2025

PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 Teknologi Maklumat Pengajaran dan Pembelajaran Berpusat Pendidikan Jarak Jauh Pendidikan Modular

Mastery Learning
Tracking dan Banding

Sistem Kredit

3.0

KEMAHIRAN ABAD KE-21 3.1 3.2 3.3 Kemahiran Sains dan Teknologi Kemahiran 3M Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

4.0

GURU ABAD KE-21 4.1 4.2 4.3 4.4 Menguasai Pelbagai Bidang Mahir dalam Pedagogi (P&P) Menggunakan Teknologi Terkini Menerapkan Nilai-nilai Murni

5.0 6.0

PELAJAR ABAD KE-21 KESIMPULAN

SENARAI RUJUKAN

1.0

PENGENALAN 1.1 Konsep Pendidikan

Pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan bertaraf dunia di dalam lingkungan abad ke-21 yang menunjukkan hasrat kerajaan dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian dalam membangunkan pendidikan di Malaysia dan membuat perubahan yang dinamis untuk memplopori kemajuan dalam semua aspek pendidikan cemerlang bagi menghasilkan pendikan yang berkualiti dan efektif. 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. FPK boleh menjadi alat pendidikan yang berguna kepada guru dan guru boleh sentiasa merujuk kepadanya. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.

Guru juga mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif dan gejala sosial di sekolah. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Guru juga boleh melakukan aktiviti yang menjurus kepada matlamat FPK dengan menggunakan FPK itu sendiri. 1.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Pendidikan ICT dalam pembangunan modal insan juga dinyatakan dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu dalam teras yang ke-2. Pada abad Ke-21 negara menghadapi cabaran baru kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program

pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. 1.4 Blueprint 2013-2025

Dalam Blueprint 2013-2025 juga dinyatakan betapa pentingnya pembangunan modal insan dari segi pembangunan ICT. Kementerian juga berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan berkualiti kepada kumpulan yang kurang diberi perhatian seperti sekolah luar bandar dan sekolah kurang murid. Sehubungan itu, salah satu daripada pelaburan modal yang paling tinggi pernah dilaksanakan oleh Kementerian dalam dua dekad yang lepas ialah penyediaan infrastruktur ICT untuk sekolah. Dari tahun 1999 hingga 2010, Kementerian melabur kira-kira RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebahagian besar dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan. Jelasnya Blueprint juga amat menitikberatkan pendidikan berasaskan ICT trend pendidikan abad ke-21 kini. 3

2.0

PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21.

Dalam bahasa Arab, pendidikan diistilahkan sebagai talim, tadris, tarbiah, atau tadib iaitu mengajar, memelihara atau memberi ilmu. Pendidikan bertujuan memberi ilmu atau pengetahuan dalam bentuk teori dan praktis bagi membentuk adab dan peribadi individu. Dari sudut proses pula, pendidikan dikaitkan dengan persekolahan kerana amalan semasa, menunjukkan tugas mengajar dan mendidik telah banyak berpindah daripada ibu bapa dan keluarga di rumah kepada guru di sekolah. Sementara itu, perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus serta terkini. Oleh yang demikian, keperluan untuk menginstitusi pendidikan semakin mendesak dan sering dikaitkan dengan persekolahan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang menjadi wahana usaha membangunkan generasi abad ke-21. Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi rakan-rakan, 2002). Selain itu, menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 akan dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan untuk menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. 2.1. Teknologi Maklumat antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, 4

menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti Internet, Multimedia dan Hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke-21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Penggunaan multimedia seperti CDROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. 2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21 adalah berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar atau guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. 2.3 Pendidikan Jarak Jauh.

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke-20 ke abad ke-21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi dan bukan sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mengambil kira faktorfaktor berikut:

Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu). Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer. Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar. Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu. Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular.

Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar. 2.4 Pendekatan Modular

Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar. 2.5

Mastery Learning

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran. 2.6

'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. 2.7

Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa atau tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerjakerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan. 3.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21.

Kemahiran abad 21 merupakan kemahiran yang perlu dikuasai dan diamalkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam menghadapi cabaran dan tuntutan semasa dalam kurikulum. Selain itu, kemahiran tersebut juga perlu melibatkan kemahiran yang melebihi literasi dasar 3M iaitu yang melibatkan penaakulan. 3.1 Kemahiran Sains dan Teknologi

Pendidikan abad 21 menuntut para guru untuk mempunyai kemahiran yang pelbagai bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani dan fizikal. Oleh itu, beberapa kemahiran yang penting dan perlu ada pada seorang guru ialah kemahiran sains dan teknologi. Melalui kemajuan sains dan teknologi, guru-guru perlu menukar kaedah tradisional kepada kaedah pengajaran menggunakan ICT semasa proses Pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah dan luar darjah. 7

Disamping itu, kemudahan teknologi maklumat yang ada pada abad 21 ini perlu diberi perhatian oleh guru-guru bagi meningkatkan amalan pengajaran mereka agar bersesuaian dengan senario teknologi maklumat masa kini. Dengan adanya guru-guru yang profesional ini dapat membangunkan suatu situasi pembelajaran yang bermakna kepada pelajar-pelajar dengan menampilkan sesuatu yang tinggi daya pemikiran, kreatif dan konstruktif. (Mohd Yusof Abdullah et al,2008). 3.2 Kemahiran 3 M

Kemahiran 3 M sangat penting dikuasai dalam menghadapi abad 21. Hal ini kerana proses pendidikan negara yang semakin maju dan persaingan pendidikan dengan negara luar menuntut negara kita melahirkan generasi yang mahir dalam 3 M. Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat juga pelajar di negara kita menghadapi masalah dalam kemahiran 3 M. Contohnya, murid lemah 3M yang dikelompokkan kepada lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu. Oleh itu, bagi menghadapi cabaran abad 21, selain memantapkan penguasaan 3 M dalam kalangan generasi muda malahan nilai tambah dalam aspek literasi iaitu kebolehan menaakul maklumat adalah penting. 3.3 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga penting dalam pendidikan abad 21. Kemahiran interpersonal melibatkan kemampuan individu itu untuk berkomunikasi dengan berkesan iaitu termasuklah memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seseorang pelajar atau guru yang mempunyai kemahiran interpersonal akan membolehkan kerjasama dilakukan dalam menjalankan suatu aktiviti contohnya aktiviti pembelajaran koperatif. Manakala kemahiran Intrapersonal pula merupakan suatu kemahiran seorang individu itu untuk memahami dan menilai diri sendiri. Dengan adanya kemahiran ini seseorang individu itu boleh menentukan hala tuju kehidupan seperti mempuyai azam yang kuat serta hidup berdikari. Oleh itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal perlu dikuasai dalam era pendidikan abad 21 kerana merupakan nilai tambah dalam menghadapi cabaran pendidikan alaf baru. ( Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor) 8

4.0

GURU ABAD ke-21.

Guru merupakan individu yang berilmu pengetahuan yang menjadi pendidik kepada generasi akan datang. Guru juga dikenali sebagai penyampai ilmu (muallim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (muaddib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Peranan guru sangat besar dalam sesebuah negara kerana gurulah yang akan membentuk anak bangsa menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Dalam abad ke-21 ini, guru perlu memiliki ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapi pelajar-pelajar yang semakin advance dalam dunia teknologi. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion hal ini dinyatakan oleh Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007 dalam penulisannya yang bertajuk Ciri-ciri yang Perlu Dimiliki Oleh Seorang Guru Bagi Membantu Menghasilkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia, 2010. Oleh yang demikian, kriteria guru adalah dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya. Antara aspek lain yang perlu ditirikberatkan oleh setiap guru adalah menguasai pelbagai bidang, mahir dalam pedagogi (P&P), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni. 4.1 Menguasai Pelbagai Bidang

Pendidikan merupakan proses berterusan yang mana ianya tidak terhenti pada sesuatu tahap. Oleh itu, guru juga perlu meluaskan pengalaman dalam pelbagai bidang secara aktif. Guru tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang sudah dimilikinya, sebaliknya perlu menimba ilmu ke tahap maksima. Ini kerana, proses pengajaran dan pembelajaran kini sangat mencabar kerana pengetahuan dan maklumat boleh didapati dengan mudah walaupun tanpa tunjuk ajar daripada guru. Oleh yang demikian, guru perlu membuka minda dengan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bukan hanya mengetahui satu bidang sahaja. Penguasaan guru dalam pelbagai bidang dapat dilakukan dengan banyak membaca, mengkaji, meneroka tentang pelbagai ilmu dan sebagainya. Di samping itu, menurut Shahril @ Sharil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing dan Dr. Saedah Siraj (1993), dalam pengajarannya, guru hendaklah mengikuti perjalanan masa dan perubahan sesuatu keadaan. Ini bermaksud, guru perlu mengetahui tentang hal ehwal semasa supaya mereka 9

dapat memperbaiki amalan pengajaran mereka berdasarkan keadaan semasa seperti pengetahuan tentang hiburan, filem, sukan, teknologi dan sebagainya. Guru yang bijak mengaitkan isi pembelajaran dengan keadaan semasa adalah guru yang peka serta berpengetahuan luas. Selain itu juga, guru perlu bersosialisasi dengan orang lain di luar bidang pengkhususan mereka supaya pengetahuan mereka lebih luas. 4.2 Mahir dalam Pedagogi (P&P)

Pedagogical knowledge merupakan aspek yang amat penting dalam profesion


perguruan. Pedagogi merupakan ilmu sains dalam pengajaran. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk memahami serta menguasai kandungan mata pelajaran yang hendak diajar supaya tidak meyampaikan ilmu yang salah. Pedagogi bestari adalah satu contoh terbaik yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran mereka. Dalam hal ini, guru perlu memberi penekanan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni dan sikap bagi perkembangan yang menyeluruh, dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kepelbagaian kebolehan murid. Elemen-elemen bestari yang perlu diintegrasikan sewaktu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah meliputi gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai kompetensi kecerdasan emosi, pendekatan pembelajaran serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri guru yang mahir dalam pedagogi adalah dapat berkomunikasi dengan berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang) memiliki kreativiti dan berkeupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. 4.3 Menggunakan Teknologi Terkini

Guru perlu mempunyai pengetahuan luas dalam bidang teknologi kerana teknik pengajaran perlu disesuaikan dengan peredaran masa. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri mempelajari ICT supaya tidak ketinggalan dan dapat memanfaatkan penggunaan ICT dalam kaedah pengajaran mereka. Becker (1994) dalam Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010), berpendapat bahawa penggunaan teknologi dan pengintegrasian ICT dalam kurikulum perlu diperkembangkan dalam kalangan guru supaya profesionalisme bidang pendidikan akan terus meningkat.

10

Guru perlu merancang dengan baik setiap pengajaran mereka, bukan sekadar menggunakannya untuk aktiviti sampingan sahaja. Guru perlu menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum. Selain itu, guru perlu mahir dalam penggunaan multimedia kerana penggunaan multimedia seperti audio, video, animasi dan grafik dapat memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera. Pendekatan ini mampu menarik minat pelajar serta memberi keseronokan untuk belajar. 4.4 Menerapkan Nilai-nilai Murni

Guru merupakan idola dan contoh teladan kepada para pelajar kerana setiap kelakuan dan tindakan guru akan diikuti oleh mereka. Seorang guru perlu memiliki akhlak dan mengamalkan nilai-nilai murni sebelum menerapkan kepada anak-anak didiknya. Guru perlu memiliki budi pekerti yang bebas daripada perasaan dengki, takbur, riak, tamak, pemarah dan sebagainya. Menurut Ragbir Kaur (2007) dalam Ciri-ciri yang Perlu Dimiliki oleh Seorang Guru bagi membantu Menghasilkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia (2010), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Guru hendaklah sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas kerana keikhlasan seseorang itu sering kali jelas tergambar melalui cara ia bertindak. Apabila guru menunjukkan keikhlasan dalam mendidik pelajar, sudah tentu pelajar juga akan ikhlas menerima ajaran dariapada gurunya. Guru juga adalah sebagai pembentuk nilai serta contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Seorang guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji untuk dicontohi oleh murid-murid dengan berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, menepati masa, rajin dan sentiasa positif. Disamping itu, Guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di dalam mahupun di luar bilik darjah supaya nilai-nilai tersebut menjadi amalan tidak kira di mana sahaja mereka berada. Nilai-nilai murni dapat disemai dengan pelbagai cara antaranya melalui strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran. Fakta- fakta sejarah dan cerita-cerita dalam mata pelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. 11

5.0

PELAJAR ABAD KE-21.

Abad ke-21 sangat sinonim dengan era digital yang bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting mutakhir ini. Kepentingan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini adalah selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, dalam merealisasikan aspirasi negara untuk melahirkan pelajar abad ke-21, profesionalisme guru perlu dipertingkatkan. Ini kerana, guru adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran abad ke-21. Maka sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, kemahiran abad ke-21 merangkumi kemahiran seperti berikut:

Literasi era digital. Komunikasi efektif. Pemikiran berdaya cipta. Produktiviti tinggi. Kemahiran kognitif. Kemahiran adaptasi. Kemahiran interpersonal. Kemahiran sikap, nilai dan amalan kerja. Kemahiran teras. Penggunaan teknologi komunikasi merupakan tunjang kemahiran abad ke-21, maka

dengan itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggarap kemahiran ini dalam diri pelajar demi memenuhi kehendak masa hadapan. Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan memahami tugas dan peranan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Ini kerana mereka seharusnya mampu mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Dengan itu, antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah seperti:

Berupaya menbuat hubung kait. Bijak menyoal. 12

Yakin dalam berkomunikasi. Mengambil risiko. Dahagakan ilmu. Bersifat ingin tahu. Menjana idea. Fleksibel. Tidak mudah berputus asa. Mendengar dan membuat refleksi sendiri. Berani mencuba. Mampu berfikir sendiri. Mampu belajar dengan orang lain. Membuat perubahan. Berintegriti. Berkeperibadian tinggi. Dengan itu, selain guru, pihak kementerian dan sekolah juga memainkan peranan

dalam merealisasikan hasrat pelajar abad ke-21. Jika kita perhatikan, sistem pendidikan negara telah mengalami revolusi dalam bersaing untuk menjadikan pelajarnya standing dengan pelajar di negara-negara maju dunia. Dengan itu, pembelajaran berasaskan Epembelajaran diperkenalkan di sekolah. Pembelajaran melalui streaming video ialah pembelajaran secara elektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. Iaitu merupakan satu proses penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara bagi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN, ataupun internet. Rangkaian elektronik yang dimaksudkan ialah seperti internet, intranet, satelit, tape audio atau video, TV interaktif dan Cd-Rom. Selain itu, bahan pembelajaran dan pengajaran pula ialah merangkumi teks, animasi, grafik, simulasi, video dan audio. (Koran, 2002). Cara pembelajaran ini memudahkan individu yang mengikuti sesi pembelajaran secara tersendiri dan bebas dengan mengikut keinginan dan keupayaan sendiri. Pelajar yang berkualiti mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang berdaya saing, pelajar perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja tanpa putus asa.

13

Pelajar yang berkualiti juga mestilah mempunyai etika atau personaliti yang luhur. Ibu bapa dan pihak sekolah mempunyai peranan yang penting untuk mendidik pelajar agar menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Pelajar terbabit perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bidang agama dan moral agar membentuk sahsiah yang baik. Mereka juga seharusnya diterapkan dengan kerja amal dan melakukan kerja sosial, misalnya gotong royong, melawat rumah orang-orang tua dan sebagainya. Pelajar yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pelajar yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi namun disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Sekiranya ciri-ciri ini terdapat dalam diri pelajar, sekaligus aspirasi negara melihat pencapaian dalam pendidikan akan terlaksana. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu difahami dan dihayati untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan yang bukan sahaja kepada pendekatan pendidikan dan golongan pendidik bahkan juga golongan pelajar. Perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Selain itu, program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu di sediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. 6.0 Secara KESIMPULAN kesimpulanya, pendidikan abad ke-21 merupakan pendidikan yang dapat

menyumbang kearah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wacana usaha membangunkan generasi alaf baru. Pembangunan pendidikan abad ke-21 ini bertujuan melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi. Bagi memenuhi matlamat ini, pembangunan pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dari selaras dengan Falsafah Pendidikan 14

Kebangsaan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik dan mampu meningkatkan tahap kualiti dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Dengan ini sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia mampu menghadapi gelombang perubahan globalisasi dan ICT di seluruh dunia.

15

Senarai Rujukan Laman Web i.Isu-isu Pendidikan di Malaysia. 2009. http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-

malaysia/ Retrieved 25 november 2012. ii. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dlm http://www.moe.edu.my/btp/wpRetrieved 25 content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdf.htm. november 2012. iii.Manfaat Dasar Luar Negara Kepada Pendidikan .2011. http://suzeesuzy-

hitammanis.blogspot.com/2011/05/manfaat-dasar-luar-negara-kepada.html. Retrieved 2 Disember 2012. iv. Sistem Pendidikan Negara 21.2010. http://www.docstoc.com/docs/42030096/SPN-21adalah-singkatan-nama-bagi-Sistem-Pendidikan-Negara.htm. Retrieved 25 november 2012. v. Anon .2005. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9), http://id.scribd.com/doc/432325/RINGKASAN-PELAN-INDUK-PEMBANGUNANPENDIDIKAN.htm. Retrieved 25 november 2012. vi. Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran pendidikan Retrieved 22 November 2012. vii. Jiaozong.2009. di Malaysia, http://myais.fsktm.um.edu.my/7436/1/globalisasi_vol31_no1_%2891-101%29.pdf.

Falsafah

Pendidikan

Negara,

http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf.h tm. Retrieved 25 november 2012. viii. Losinin Johalin .2010. Pendidikan Abad ke-21 : Isu dan Cabaran,

http://id.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran.htm. Retrieved 25 november 2012. ix. Nordin Tahir .2012. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Rancangan Malaysia Ke-9

2006-2010,

IPG

Kampus

Ipoh,

http://www.amaljaya.com/guru/wp-

16

content/uploads/2012/03/pelan-induk-pempendidikan.pdf.htm. november 2012.

Retrieved

25

x. Zaki. 2011. Matlamat Pendidkan Negara, http://zakisibu.blogspot.com/2011/04/bincangkanmatlamat-pendidikan-negara.htm. Retrieved 25 november 2012. Jurnal i. Irfan Naufal Umar and Nurullizam Jamiat. 2011.Trends Of ICT Research In Teacher Education: An Analysis Of The Malaysian Instructiona Technology Proceeding. Asia

Pacific Journal of Educators and Education. Vol. 26(1): 114.


ii. Mahmud, R., Ismail, M.A. & Ibrahim, J. 2011. Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. 1(1): 5-13. iii. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Ismail, Jalalludin Ibrahim. 2011 .Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bistari. Jurnal Teknologi Pendidikan

Malaysia. 3-15 .
iv. Rossafri Mohamad dan Shabariah bt Mohamad Shariff.2011.Kesan Penggunaan Laman Sosial keatas Kaedah Perbincangan didalam Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 1(1): 75-80. v. Wan Zah Wan Ali.1998. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21: Satu Perbincangan [The concept of teaching and learning in the 21st century: a discussion]. Masalah Pendidikan, 21. Faculty of Educational Studies. 1-22. Thesis. i. Nurul Farhana Binti Jumaat. 2010. Ict Dalam Pendidikan Anak-Anak Orang Asli Di

Sekolah-Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.


ii. Rosnaini Mahmud .2006.

Kesediaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

asas

dalam pendidikan (TMKP) guru-guru sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah.


Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

You might also like