You are on page 1of 7

KAJIAN ANALISIS TUGASAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS (PERKEBUNAN) Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Pengenalan Pada

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu saya telah memilih seorang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran untuk melaksanakan RPI dalam kemahiran menyiram pokok bunga yang turut diajar dalam mata pelajaran kamahiran hidup. Kemahiran ini melibatkan beberapa langkah yang boleh disesuaikan dengan pelbagai kaedah berdasarkan modifikasi murid mengikut keupayaan dan kemudahan yang pihak sekolah sediakan kepada murid-murid di kelas pendidikan khas. Berdasarkan pemerhatian ketika sesi pengalaman berasaskan sekolah, mata pelajaran kamahiran hidup tidak di aplikasikan sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas yang boleh meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar mereka. Aktiviti dalam perkebunan melibatkan banyak kemahiran seperti kemahiran membaja, kemahiran menggembur tanah, kemahiran menjaga tanaman dan

sebagainya termasuk kemahiran menyiram pokok yang merupakan kemahiran yang dipilih bagi tugasan ini.

Maklumat Responden Nama: Muhd Nor Hakimi bin Rosli Umur: 12 Tahun Alamat: Kampung Nail,Kuala Besut Terengganu Hobi: Bermain Bola Cita-cita: Pemain Bola Sepak Sekolah: SK Kuala Besut Aliran: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (tahap kognitif rendah) Bilangan adik-beradik: 3 Orang Pencapaian Akademik:Tiada Keistimewaan/Kebolehan: Penyerang dalam perlawanan bola sepak
MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 5

LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN MENYIRAM POKOK HIASAN / TANAMAN BIL 1 LANGKAH-LANGKAH Pakaian- murid mestilah bersedia dengan pakaian yang sesuai untuk berkebun bagi memudahkan murid bergerak. Pakaian yang sesuai juga dapat mengelakkan pakaian sekolah murid daripada kotor. Murid GAMBAR CATATAN Pakaian sekolah tidak sesuai digunakan. Tetapi untuk kemahiran ringan seperti menyiram pokok, pakaian sekolah dibenarkan, tetapi guru mesti mengingatkan murid agar berhati-hati dan menjaga kebersihan. alatan menyiram biasanya menggunakan paip air tetapi untuk mendidik murid agar mengamalkan penjimatan air, bekas menyiram air digunakan kerana ianya lebih ekonomik selain mengelakkan pembaziran. 3 Letak bekas (alatan) menyiramalatan yang dibawa hendaklah Bekas menyiram diletakkan berdekatan pili. Guru memerhatikan agar murid berhati-hati.

pendidikan juga adakalanya aktif ketika berada diluar maka pakaian seperti pakaian sukan dan memakai topi berkebun (bagi perkebunan di kawasan terbuka) adalah sesuai. 2 Membawa alatan- Alatan yang di bawa kadangkala ringan dan berat. Murid hendaklah dipastikan

membawa barang yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Jika alatan terlalu banyak, bantuan dari murid lain untuk menolong

hendaklah dibuat oleh guru bagi memupuk nilai tolong-menolong di kalangan mereka.

diletak di tempat yang berdekatan dengan tempat untuk melakukan aktiviti berkebun tersebut. Untuk

aktiviti menyiram pokok bunga ini, murid perlu mengisi air ke dalam bekas siraman.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 6

BIL LANGKAH-LANGKAH 4 Mengisi air ke dalam bekasBekas menyiram diisikan dengan air. Pengamatan murid semasa mengisi air membantu murid menganggarkan setakup mana air yang sesuai diisi. Guru akan memerhati agar murid tidak bermain dengan air atau

GAMBAR

CATATAN Murid boleh mengaplikasikan amalan menjimatkan air.

membazir. Paip ditutup apabila air penuh. Bekas air diangkat ke tempat pasu yang hendak disiram. 5 Membuang sampah dari pasuSebelum murid menyiram pokok. Murid sebarang mestilah bendasing memastikan yang boleh Daun kering biasanya terdapat dalam pasu. Permukaan tanah yang keras juga perlu digemburkan sebelum murid

menghalang air dari menghalang pengaliran air kepada akar tumbuhan yang hendak di siram. 6 Menggembur tanahMurid menggembur tanah untuk

Tanah yang keras digemburkan dengan serampang tiga mata.

memudahkan pengaliran air masuk dan keluar.

Menyiram Setelah selesai murid boleh mula menyiram guru hendaklah memastikan bahawa murid tidak menyiram terlalu banyak agar tidak berlaku perbaziran. Air yang ada digunakan untuk menyiram pokok yang lain.

Memastikan murid menyiram pokokpokok yang lain secara sekata dan semua pokok disiram bukan satu pokok sahaja.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 7

BIL LANGKAH-LANGKAH 8 Menyiram semua pokokMurid menyiram pokok yang lain. Apabila air habis, langkah 4 hingga 7 diulang untuk memastikan semua pokok disiram mengikut waktu yang sesuai.

GAMBAR

CATATAN Bantuan mungkin oleh murid lain

diperlukan dengan

murid

menolong mengisikan air.

Alatan menyiram disimpanSetelah selesai menyiram, murid mestilah memastikan alatan

Alatan ditempat

disimpan yang

dikhaskan agar alatan tidak sukar hilang untuk atau dicari. rak untuk

disimpan. Pastikan sekali lagi pili paip ditutup.

Biasanya digunakan

menyimpan alatan.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 8

KEBERKESANAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Pengenalan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu instrumen yang sangat penting dalam merancang aktiviti pengajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Ia adalah satu garis panduan atau alat pengurusan yang dibina bagi memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas menerima pendidikan khas dan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Smith & Luckasson, 1995). RPI ini berasal dari Amerika Syarikat yang terhasil daripada satu perundangan, iaitu Public Law 94-142 yang telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1975 (Mohd. Siraj, 1995) dan telah terbukti memberi banyak manafaat di samping memberi perlindungan kepada pihak-pihak tertentu khususnya pelajar-pelajar khas yang memerlukan perkhidmatan pendidikan yang bercorak individu (Mohd. Siraj, 1995). Namun begitu tidak seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai peruntukan perundangan bagi mewajibkan pelaksanaan RPI iaitu Public Law 94-142, negara kita masih lagi tiada perundangan yang khusus mengenai keperluan pelaksanaan RPI ini (Abdul Rahim, 2000). Sejak bermulanya pelaksanaan RPI di

negara kita sehingga kini tidak terdapat banyak maklumat yang diperolehi mengenai tahap keberkesanan dan juga masalah-masalah yang dihadapinya.

Keberkesanan RPI Yang Dilaksanakan Daripada pelaksanaan kemahiran menyiram pokok bunga salah satu dari aktiviti perkebunan saya dapati murid berjaya mengikut arahan berdasarkan penerangan yang telah dijelaskan sebelum berjaya melaksanakan sendiri setiap langkah yang betul dalam menyiram pokok. Responden dalam RPI ini ialah murid bermasalah pembelajaran yang lembam (slow learner). Perubahan dari segi pemahamannya

meningkat apabila modifikasi digunakan. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang tinggi kepada murid (Hakimi) berbanding penerangan yang kompleks yang menyukar Hakimi untuk memahaminya.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 9

Penglibatan Ibubapa Melalui data-data yang diperolehi adalah sangat jelas bahawa proses pembinaan RPI yang dirancang belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Faktor utama ialah tahap penglibatan ibu bapa, pelajar, pentadbir sekolah dan juga kumpulan sokongan semasa proses membina RPI adalah amat tidak memuaskan. Di samping itu, proses pengumpulan maklumat pelajar juga masih belum mantap dan perlu diperbaiki. RPI juga masih lagi lemah apabila kekurangan penglibatan ibu bapa adalah kerana sesi pertemuan ibu bapa dengan pihak sekolah diadakan pada waktu bekerja, kurang pendedahan kepada ibu bapa mengenai hak-hak mereka selain daripada sikap tidak ambil tahu ibu bapa itu sendiri. Situasi ini harus diperbaiki di mana pihak guru dan sekolah terutamanya haruslah bersikap proaktif bagi membina rangkaian perhubungan yang lebih efektif dengan ibu bapa di samping memberi

kesedaran kepada ibu bapa tentang hak mereka dan juga tujuan dan kepentingan pembinaan RPI terhadap proses pendidikan anak mereka. Ibu bapa seharusnya menjadi anggota yang paling penting di dalam mesyuarat RPI dengan membuat keputusan berkenaan bentuk pengajaran dan juga sebagai jurubela bagi anak mereka (Welch & Sheridan, 1995) dan bukannya sebagai pemerhati sahaja.

Penglibatan Murid Penglibatan pelajar di dalam proses pembinaan RPI amat penting kerana pelajar yang terlibat secara aktif di dalam pembinaan RPInya akan lebih berpengetahuan mengenai ketidakupayaan dirinya, haknya sebagai pelajar dari segi perundangan (Mason et. al, 2004), berkomunikasi dengan lebih baik mengenai kekuatan, keperluan, matlamat dan kemajuan mereka (Battle et. al di dalam Torgesen et. al, 2004). Selain itu, hal ini memberi peluang kepada pelajar bagi melakukan pembelaan kendiri

(Snyder, 2002). Sehubungan dengan itu, seharusnya pelajar khas ini diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif di dalam proses pembinaan RPI dan segala pandangan dan kehendak mereka haruslah diberi perhatian yang sewajarnya. Peluang penyertaan ini amat penting kerana pelajar khas juga mempunyai hak dalam menentukan arah tuju pendidikan mereka.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 10

Penilaian RPI Penilaian RPI yang sistematik dan berterusan adalah amat penting bagi memastikan perancangan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dapat

dilaksanakan terhadap pelajar. Antara beberapa sebab mengapa penilaian yang sistematik dan teratur tidak dapat dijalankan adalah kerana guru-guru kurang kemahiran untuk melakukan penilaian yang mantap dan juga sikap ambil mudah guru yang menggunakan instrumen penilaian yang kurang bersesuaian seperti

menggunakan instrumen yang sama bagi sekumpulan pelajar daripada pelbagai peringkat pencapaian dan bukan berasaskan RPI masing-masing.

PENUTUP Pada keseluruhannya didapati pelaksanaan RPI yang telah dijalankan adalah Berjaya tetapi masih belum benar-benar mantap ekoran dari beberapa kekurangan seperti aspek-aspek latihan guru, penglibatan ibu bapa, penglibatan pelajar dan sistem pemantauan yang berkesan haruslah dipertingkatkan lagi supaya program RPI ini tidak dilaksanakan umpama melepaskan batuk di tangga sahaja. Bagi memastikan keberkesanan RPI ini, semua pihak yang terlibat harus sedar tangungjawab mereka di samping memberi komitmen yang tinggi kerana RPI tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua pihak.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN

Page 11

You might also like