You are on page 1of 19

LAPORAN KAJIAN PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID DARI ASPEK FIZIKAL, KOGNITIF, SOSIO DAN EMOSI SERTA PERKAITAN

DENGAN TEORITEORI PERKEMBANGAN DAN IMPLIKASI SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Oleh : Mohd Sabri Bin A Rahman

1.0

Pengenalan

Setiap manusia dilahirkan ke dunia adalah berbeza dari pelbagai aspek samada aspek fizikal, kognitif, sosio dan emosi. Perbezaan ini, telah dikenalpasti melalui teori-teori yang telah digunapakai oleh pakar-pakar psikologi dan pakar pendidik dalam mengenal ciri-ciri murid mereka terutama untuk diaplikasikan kegunaannya dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan tentang perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Dalam bidang pendidikan ilmu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak diperlukan untuk kegunaan para pendidik untuk dipraktikkan dalam bilik darjah atau semasa sesi bimbingan dan kaunseling dari segi memberi motivasi atau mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid-murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan murid adalah perubahan yang bersifat kualitatif dan tidak dapat diukur tetapi perubahan yang berlaku memperlihatkan sifat berlainan daripada sebelumnya. Pertumbuhan murid pula

adalah proses perubahan secara biologi yang terjadi pada murid dari segi perubahan ukuran yang tidak boleh kembali ke bentuk asal. Perubahan ukuran yang terjadi semasa pertumbuhan adalah perubahan jisim dan ketinggian fizikal badan murid. Dalam konteks ini kajian akan menunjukkan bukti berlakunya proses pertumbuhan seiring dengan proses perkembangan murid. 1

2.0 Fokus Kajian : Perkembangan dan Pertumbuhan Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Proses perkembangan dan pertumbuhan murid mengikut kajian ini melibatkan murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang berbeza berbanding murid normal. Waima, trend perkembangan dan pertumbuhan mereka dari aspek fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka mungkin agak berbeza daripada murid biasa. Namun khidmat pakar dalam bidang perubatan dan psikologi dapat mengklasifikasikan perkembangan dan pertumbuhan mereka. Menurut kajian William Townsend Porter (1893) menunjukkan bahawa murid-murid normal mempunyai jisim lebih berat berbanding murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Ini menunjukkan perkembangan dan pertumbuhan murid-murid berpendidikan khas adalah berbeza berbanding murid normal. Maka dengan itu, Porter telah merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau lembab seseorang murid. Namun apabila kajian Porter disangkal oleh Franz Vaof pada lewat abad ke 19, seorang ahli Psikologi Perancis Alfred Binet (1904) membuat ujian kecerdasan akal untuk mengenalpasti kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran (kategori terencat akal) di sekolah-sekolah sekitar Paris, Perancis dengan melakukan pemerhatian dan pengukuran secara sistematik

(terkawal). Daripada hasil kajian Afred Binet, terdapat implikasi dalam bidang psikologi dari segi saintifik dan psikometrik yang mana boleh digunakan untuk kajian fisiologi yang lebih kompleks. Kaedah psikometrik ini mula digunakan di dalam kajian kecerdasan kanak-kanak dan kemudian telah dilanjutkan untuk mengkaji kebolehan serta personaliti mereka. Melalui hasil kajian ini juga membuktikan bahawa semua kategori murid boleh diukur dari segi fizikal, kognitif, sosio dan emosi termasuklah murid-murid dalam kajian saya yang berfokus kepada murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. P&P yang mencapai objektif bergantung kepada

penerimaan murid terhadap pendekatan yang digunakan oleh guru. Guru yang mengaplikasi pengetahuan psikologi mereka untuk mengajar murid pendidikan khas masalah pembelajaran akan mencapai peratus yang cemerlang jika kaedah pengajaran yang digunakan berketepatan dan menyeimbangkan pengetahuan mereka dengan teori-teori perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka sebagai murid berpendidikan khas yang bermasalah pembelajaran.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), wujud lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Dalam laporan kajian yang dibuat keatas ketigatiga murid adalah berpegang kepada kelima-lima prinsip tersebut iaitu melalui prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan (bagi murid pendidikan khas aturan berlaku tetapi agak perlahan dan terkebelakang berbanding proses perkembangan normal). Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik (kadangkala keadaan umum lewat atau tidak tercapai bagi murid aliran pendidikan khas). Ketiga, pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan (berlaku masalah terbantut kepada murid pendidikan khas) . Keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu (perbezaan jelas kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran). Kemudian kelima, perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kaedah kajian yang dilakukan oleh saya ialah dengan membuat pemerhatian secara luaran terhadap ketiga-tiga murid (rujuk lampiran maklumat responden) ketika mereka berada di dalam kelas semasa sesi P&P, ketika waktu rehat, ketika aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan aktiviti secara individu. Kemudian, saya telah merujuk kepada maklumat kesihatan ketiga-tiga murid ini termasuklah maklumat latar belakang kehidupan mereka dan maklumat pencapaian mereka selaku murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Saya juga membuat sesi temubual dengan guru-guru yang mengajar di kelas mereka dari aspek fizikal, kognitif, sosio dan emosi mereka. Daripada sesi pencarian maklumat, rata-rata menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam diri mereka. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan mereka melalui proses mengamati dan meniru perlakuan orang lain seperti mana dinyatakan dalam teori Bandura (1977) merupakan tindakan belajar. Tetapi dalam kes murid berpendidikan khas masalah pembelajaran, mereka memerlukan sedikit modifikasi agar perkembangan dari aspek, kognitif, sosio dan emosi dapat diubah atau diperbetulkan sedikit demi sedikit walaupun dari aspek fizikal sukar untuk diubah oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namum begitu, teori-teori perkembangan dapat membantu guru dalam

merancang, melaksana atau menganalisa pengajaran dan pembelajaran supaya implikasi adalah positif.

3.0

Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal lazimnya merupakan perubahan yang berlaku dari segi

bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan, motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.

Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran , keupayaan mereka mengangkat, berjalan, berlari dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Kebolehan mereka untuk menguasai aktiviti asas ini sedikit perlahan dan kanak-kanak biasa mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi pada umur yang awal berbanding kanak-kanak pendidikan khas kerana otot-otot mereka yang agak lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka tidak mampu melakukan semua itu kerana kelemahan pada otot-otot mereka dan juga kemungkinan masalah pada jantung mereka. Jadi perkembangan fizikal mereka tidak sama seperti kanak-kanak biasa yang seusia dengan mereka. Menurut Teori Gesell (1952) percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditunjukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah, ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Tetapi dalam aspek murid pendidikan khas sekuen ini tetap berlaku tetapi mungkin sedikit atau sangat lambat berbanding murid biasa. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh blueprint genetik. Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah, kemudiannya menguasai kawalan 4

terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell lagi semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik (berbeza dengan murid pendidikan khas ianya agak lambat untuk menguasai fungsi anggota badan atau deria mereka). Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama dan ini

menunjukkan setiap individu tidak sama dalam menguasai fungsi anggota badan mereka (contohnya kaki untuk berjalan) walaupun mereka dari umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman dan hal ini berketepatan dengan situasi murid (responden) yang saya kaji, dimana ketiga-tiga mereka berumur 12 tahun, namun dari segi ketinggian mereka berbeza dengan murid normal, mereka sedikit rendah berbanding murid normal berumur 12 tahun, dan jika dilihat pada sudut first impression tanpa mengetahui mereka dari aliran pendidikan khas saya akan mentafsirkan ketiga-tiga murid berkenaan dari darjah 3 atau 4 walhal mereka sudah berumur 12 tahun. Inilah perbezaan perkembangan dan pertumbuhan dari aspek

fizikal murid pendidikan khas.

4.0

Perkembangan Kognitif Keupayaan kanak-kanak mengumpul data mengumpul maklumat dan

menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Sebagai murid pendidikan khas masalah pembelajaran, perkembangan kognitif mereka adalah perlahan berbanding murid normal yang mempunyai tahap perkembangan kognitif yang tinggi dan cepat. Dari segi perkembangan kognitif pula, kanak-kanak pendidikan khas ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran,

penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Ini adalah kerana perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, Tahap pemikiran mereka rendah 5

dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Kanak-kanak seperti Pendidikan khas masalah pembelajaran contohnya didapati sukar berbahasa dan kemahiran motor halus dan motor kasar lambat berkembang pada diri mereka. Berdasarkan teori kognitif terdapat hubungan yang boleh saya kaitkan dengan teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget (1896-1980) mengenalpasti empat (4) faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu dari segi: 1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Hal ini dapat dilihat oleh responden kajian saya iaitu dia mewarisi tahap pemikiran atau kognitif daripada genetik ibunya yang juga rendah. 2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Interaksi mereka (responden) terbatas ekoran kekurangan mereka yang sukar diterima oleh murid normal. Kognitif mereka menjadi rendah kerana tidak bergaul dengan invidu sekeliling mereka yang normal. 3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Responden-responden dalam kajian ini hanya bergaul atau mendapat pengalaman sosial mereka di kelas pendidikan khas dan di rumah dan tidak dengan murid normal. Ini membataskan pengalaman sosial mereka. 4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami. Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi. Jadi murid pendidikan khas ini juga memperolehi pengalaman sama ada mereka sedar atau tidak. Mereka 6

juga mempunyai skema walaupun sedikit dan perlahan bagi mereka untuk mencapai organisasi. Skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja individu dilahirkan. Contohnya kanak-kanak pendidikan khas membina

skema dan mengkategori bahawa benda yang boleh dimakan atau tidak, samaada melalui pengamatan atau melihat kepada individu lain. Namun apabila skema-skema yang ada telah keliru mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru dan proses ini dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi yang mana asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada. Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila murid dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema yang baru. Menurut Piaget lagi, proses

mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan untuk individu mencapai keseimbangan. Jika murid pendidikan khas ini menggunakan skema baru untuk situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka keseimbangan tidak berlaku namun murid pendidikan akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi yang baru tersebut.

5.0

Perkembangan Sosial Perkembangan dari segi sosial kanak-kanak pendidikan khas ini sangat rendah

dibandingkan dengan kanak-kanak biasa, Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan, mereka belum memahami perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka dah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan serta mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa. Berdasar kajian terhadap ketiga-tiga responden dalam kajian ini. Respoden kedua iaitu adik Ashikin (rujuk lampiran maklumat responden) agak ceria berbanding murid perempuan yang lain. Adik Ashikin suka berkawan tanpa mengira jantina 7

lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan adik Ashikin sukar membezakan kategori atau batasan antara lelaki dan perempuan. Kadangkala perlakuannya bersama kawan-kawan dalam aliran pendidikan khas agak menonjol berbanding murid lelaki seusianya. Perkembangan sosialnya agak unik dan kadangkala melebihi murid lelaki. Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya. Melalui pemerhatian saya ke atas ketiga-tiga responden dalam kajian ini, aspek-aspek yang dinyatakan tadi turut terlibat terutama kepada adik Ashikin yang juga mempunyai sedikit ciri hiperaktif dalam kategori pendidikan masalah

pembelajaran. Ciri ini menyebabkan pergaulan dirinya dengan murid-murid lain agak tidak terbatas walaupun kadang-kala kehadirannya dalam kumpulan tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain ekoran dari perlakuannya yang suka mendominasi situasi, walaupun kumpulan berkenaan terdiri dari murid-murid lelaki.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.

Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan sosial yang 8

penting telah dikemukakan melalui Teori Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, maka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak (peringkat umur responden pada peringkat 4). Dalam Teori Perkembangan Psikososial Erikson peringkat 4 iaitu Rajin lawan Rendah Diri dalam lingkungan umur 6 hingga 11 tahun dimana pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya dan jika di sekolah interaksi dengan guru melalui pengajaran dan pembelajaran berlaku serta melalui galakan (pengukuhan) tambahan pula, peringkat akhir kanak-kanak yang sesuai diaplikasikan. peringkat ini merupakan

6.0

Perkembangan Emosi Dari segi emosi pula, kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini

tidak berupaya menguasai perasaan serta tidak mampu mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan dikhalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti. Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini, mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan peranan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka. Ketiga-tiga responden mempunyai emosi yang berbeza, sebagai contoh kes adik Ashikin yang keluar tanpa kebenaran ketika sesi P&P daripada pagar kelas bangunan pendidikan untuk ke blok makmal komputer berhampiran blok murid darjah 6 aliran perdana. Hal ini telah menimbul kemarahan semua guru-guru dan pembantu pengurusan murid kerana telah menimbulkan kerisauan semua pihak. Adik Ashikin menangis dengan kuatnya tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain. Tetapi kembali ceria bermain congkak ketika waktu rehat bersama rakan-rakan yang lain seolah-olah sudah melupakan apa yang terjadi sebelumnya. Hal ini menggambarkan perubahan emosi adik Ashikin berubah dalam masa yang singkat. Berbeza pula dengan Hanafi dan Suhaimi yang hanya terdiam jika 9

dimarahi guru bila melakukan kesalahan. Dari riak wajah mereka ketika dimarahi tidak menggambarkan rasa bersalah tetapi jika diamati pasti ada emosi sedih atau rasa bersalah. Ini kerana mereka mungkin tidak mampu mengawal emosi mereka kepada sedih. Ianya mungkin berkait dengan daya kekuatan akal dan fizikal mereka yang berbeza berbanding murid lain. Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan

mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Freud berpendapat bahawa

perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahagikan kepada 5 peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan ialah peringkat oral, peringkat anal, peringkat falik, peringkat latensi dan peringkat genital. Peringkat genital adalah peringkat kepada responden. Mengikut teori perkembangan sosio-emosi Sigmund Freud peringkat genital emosi mereka akan mula berfikir tentang individu yang lainan jantina. Mereka memasuki peringkat awal remaja, emosi mereka segalanya berkaitan dengan cinta. Tetapi dalam kes murid pendidikan khas masalah pembelajaran mereka tidak menunjukkan obsesi ke aras itu walaupun sudah mencapai umur 12 tahun. Mereka lambat untuk memberi respon tentang isu-isu berkaitan jantina yang berlainan. Tetapi berbeza dengan murid pendidikan khas masalah pembelajaran Sindrom Down yang dikatakan mempunyai tarikan seksual yang kuat. Walaubagaimana pun ketigatiga responden kajian ini tidak mengalami respon tersebut dan masih bersikap seperti kanak-kanak yang berumur lingkungan 8-10 tahun. Mungkin inilah dikatakan perbezaan perkembangan dan pertumbuhan murid.

7.0

Perbezaan murid biasa dengan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Perbezaan kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak Pendidikan khas masalah

pembelajaran begitu ketara sekali dari segi fizikal, kognitif , sosial dan emosi mereka. Perkembangan kanak-kanak biasa dari segi fizikal, emosi, kognitif dan sosial adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka tetapi perkembangan untuk kanak-kanak Pendidikan khas masalah pembelajaran pula adalah terkebelakang berbanding dengan umur mereka. Ini adalah disebabkan oleh kebolehan intelek kanak-kanak pendidikan 10

khas masalah pembelajaran ini rendah berbanding dengan kanak-kanak biasa. Tahap kerencatan mental kanak-kanak Pendidikan khas masalah pembelajaran inilah yang menyebabkan mereka kurang dari segi pencapaian dalam aspek-aspek fizikal, emosi. Sosial dan kognitif berbanding dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengan mereka. Kanak-kanak Pendidikan khas masalah pembelajaran perlu didedahkan dengan konsep-konsep konkrit, iaitu konsep yang boleh dilihat dan disentuh. Peneguhan adalah sangat penting dilakukan dengan serta merta apabila sesuatu tugasan telah selesai tidak kira objektif tercapai atau pun tidak tercapai.

8.0

Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya seperti murid pendidikan khas yang memerlukan layanan yang lebih berbanding murid normal. Melalui strategi dan

pendekatan yang sesuai dalam P&P dengan mengambil kira aspek perbezaan individu dan gaya pembelajaran mereka yang berketepatan. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, guru-guru hendaklah fleksibel dalam mengawal murid terutama murid pendidikan khas yang berbeza dan mereka memerlukan program pemulihan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Akhir sekali guru juga memerlukan kemahiran sosial seperti berkongsi, menerima tanggungjawab dalam pelbagai situasi dan jika tidak memenuhi kehendak mereka modifikasi boleh dilakukan.

11

RESPONDEN KAJIAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Dalam kajian kes ini, maklumat yang dikaji ialah ciri-ciri perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, sosial, dan emosi responden.

1.

Biodata Responden

GAMBAR

Nama Umur Alamat Hobi Cita-cita Sekolah Aliran Bilangan adik-beradik Pencapaian Akademik

Muhd Suhaimi Bin Mat Lazim 12 Tahun No.PPRT Kg. Teluk Bayu, Kuala Besut Bermain Bola Askar SK Kuala Besut Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) 6 Orang Tiada

Keistimewaan / Kebolehan Pandai Bermain Bola (Penjaga Gol)

2.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Fizikal

CIRI-CIRI Normal

PENERANGAN
Mempunyai Kekurangan Keupayaan Akal 12

(slow leaner) Boleh berjalan dalam usia yang awal 2 tahun Tinggi Berat Kematangan 131 cm 26 kg belum

3.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Kognitif

CIRI-CIRI Menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit

PENERANGAN
Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan tidak jelas. Penekanan bahasa terhadap perkataan-perkataan yang penting seperti cikgu, bola, makan, ayah dan ibu.

Berfikir menggunakan bentukbentuk simbol Menyelesaikan masalah yang konkrit Memahami konsep pemuliharaan Membuat pengkelasan / pengkategorian Menyelesaikan masalah yang abstrak

Tidak mampu berfikir menggunakan simbol.

Tidak mampu menyelesaikan masalah yang konkrit. Memahami konsep pemuliharaan secara amali tetapi tidak dari segi teorinya. Boleh mengelaskan sesuatu yang tidak kompleks. Tidak mampu menyelesaikan masalah yang abstrak.

4.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Sosial

CIRI-CIRI Suka berkawan dengan orang yang lebih berusia daripadanya

PENERANGAN
Boleh berkawan jika orang yang lebih berusia dahulu yang cuba mendekatinya dan berkawan dengan murid sepertinya 13

(tidak dengan murid normal) Suka berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya Kurang berinteraksi dengan orang lain Suka membantu Suka permainan intelektual berbanding fizikal Petah bercakap Kurang berinteraksi tetapi jika diransang akan menunjukkan reaksi positif. Ya. Ya. Kerap bermain congkak ketika rehat. Permainan yang ringkas dan tidak komplikated. Tidak. Ya. Terutama minat dalam bola sepak (tidak dengan murid normal).

5.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Emosi

CIRI-CIRI Mementingkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara

PENERANGAN
Tidak mementingkan kesempurnaan. Cukup sekadar apa yang ada atau mampu diperolehinya.

Sensitif Mempunyai keyakinan yang tinggi Sangat menyayangi haiwan

Tidak sensitif sekadar sedikit pemalu. Keyakinan yang rendah. Menyayangi haiwan tetapi tidak memahami. Tidak memahami konsep keadilan tetapi akan menyokong jika kawan-kawan

Sangat mementingkan keadilan

sepertinya banyak menyokong atau menerangkan tentang sesuatu keadilan atau tidak.

Bermotivasi tinggi

Tidak.Sekadar sederhana.

14

KAJIAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam kajian kes ini, maklumat yang dikaji ialah ciri-ciri perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, sosial, dan emosi responden. 1. Biodata Responden

Nama Umur Alamat Hobi Cita-cita Sekolah Aliran Bilangan adik-beradik Pencapaian Akademik Keistimewaan / Kebolehan 2.

Nurul Ashikin Binti Abdullah 12 Tahun Kg Pengkalan Atap, Kuala Besut menunggang Basikal Polis SK Kuala Besut Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tunggal Tiada Petah Bercakap

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Fizikal CIRI-CIRI

PENERANGAN

Normal

Mempunyai Kekurangan Keupayaan Akal (slow leaner, hiperaktif) Boleh berjalan dalam usia yang awal 2 tahun Tinggi 126 cm Berat 23kg Matang belum 3. Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Kognitif

CIRI-CIRI PENERANGAN Menggunakan bahasa secara sedikit Lancar berbahasa tetapi kurang jelas demi sedikit (pelat). Berfikir menggunakan bentukTidak boleh. bentuk simbol 15

Menyelesaikan masalah yang konkrit Memahami konsep pemuliharaan Membuat pengkelasan / pengkategorian Menyelesaikan masalah yang abstrak

Tidak boleh.

Memahami konsep pemuliharaan secara amali tetapi tidak dari segi teorinya. Boleh membuat pengelasan yang tidak kompleks. Tidak boleh.

4.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Sosial CIRI-CIRI

PENERANGAN
Suka berkawan. Bertindak memulakan dahulu tanpa segan silu tanpa mengira jantina. Suka berkawan dengan semua tanpa mengira jantina.

Suka berkawan dengan orang yang lebih berusia daripadanya

Suka berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya Kurang berinteraksi dengan orang lain Suka membantu Suka permainan intelektual berbanding fizikal Petah bercakap

Tidak. Aktif berinteraksi. Suka membantu walaupun tidak diminta. Suka bermain kedua-dua jenis permainan tetapi tidak menguasai sepenuhnya. Petah bercakap walaupun sesetengah perkataan tidak jelas ekoran dialek atau fizikal lidah.

5.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Emosi

CIRI-CIRI Mementingkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara Sensitif Mempunyai keyakinan yang tinggi Sangat menyayangi haiwan

PENERANGAN
Tidak mementingkan kesempurnaan. Tidak sensitif tetapi akan menangis jika didenda (dirotan secara ringan kerana kesalahahan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Keyakinan yang sangat tinggi. Tidak terlalu menyayangi haiwan. Bertindak 16

Sangat mementingkan keadilan Bermotivasi tinggi

kasar dengan haiwan. Tidak. Tinggi.

17

KAJIAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam kajian kes ini, maklumat yang dikaji ialah ciri-ciri perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, sosial, dan emosi responden. . 1. Biodata Responden

GAMBAR

Nama Umur Alamat Hobi Cita-cita Sekolah Aliran Bilangan adik-beradik Pencapaian Akademik

Muhd Hanafi bin Che Ismail 12 Tahun Kg Gertak Seratus, Kuala Besut, Terengganu Bermain Bola Askar SK Kuala Besut Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 9 Orang Tiada

Keistimewaan / Kebolehan Berenang 2. Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Fizikal CIRI-CIRI Normal (slow leaner)

PENERANGAN
Mempunyai Kekurangan Keupayaan Akal

Boleh berjalan dalam usia yang awal usia 2 tahun Tinggi Berat Matang 122 cm 22kg belum

18

3.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Kognitif

CIRI-CIRI PENERANGAN Menggunakan bahasa secara sedikit Bahasa yang jelas tetapi perlahan. demi sedikit. Berfikir menggunakan bentukTidak boleh. bentuk simbol Menyelesaikan masalah yang Tidak boleh. konkrit Memahami secara amali bukan secara Memahami konsep pemuliharaan konsep. Membuat pengkelasan / Boleh membuat pengelasan yang tidak pengkategorian kompleks. Menyelesaikan masalah yang Tidak boleh. abstrak

4.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Sosial

CIRI-CIRI Suka berkawan dengan orang yang lebih berusia daripadanya Suka berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya Kurang berinteraksi dengan orang lain Suka membantu Suka permainan intelektual berbanding fizikal Petah bercakap

PENERANGAN
Suka berkawan dengan individu sepertinya. Suka berkawan dengan individu sepertinya.

Sederhana. Suka membantu jika diminta. Suka kedua-dua tetapi permainan yang tidak kompleks. Sederhana.

5.

Ciri-ciri Perkembangan Responden Dari Segi Emosi

CIRI-CIRI Mementingkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara Sensitif Mempunyai keyakinan yang tinggi Sangat menyayangi haiwan Sangat mementingkan keadilan Bermotivasi tinggi

PENERANGAN
Tidak. Tidak. Sederhana. Sangat sayang haiwan. Tidak memahami keadilan. Tetapi menyokong mengikut suara ramai. Sederhana.

19

You might also like