You are on page 1of 15

KUALITI HIDUP MURID MASALAH PEMBELAJARAN SEMASA BERSEKOLAH Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman

Pengenalan Pendidikan Khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas samada masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (MMP). Di dalam pendidikan khas segala pendekatan , rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar adalah berbeza dan khusus kepada keadaan murid dan ianya berbeza dari aliran perdana. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992), pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa dan luar biasa daripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program di sekolah biasa. Oleh sebab itu, program pendidikan khas menegaskan kepentingan memelihara setiap murid yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Melalui program ini mereka diberi peluang bagi mengembangkan potensi mereka secara optimum dan seterusnya menjadikan mereka sebagai warganegara yang berguna, serta berupaya memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan Negara. Pendidikan Khas di Malaysia mula berkembang pesat apabila mula wujudnya kesedaran tentang keperluan pendidikan yang khusus kepada anakanak kurang upaya selaras dengan moto Pendidikan Untuk Semua yang telah diperkenalkan. Di Malaysia kementerian yang bertanggungjawab dalam pendidikan khas ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan

Kementerian Sumber Manusia, selain dari badan-badan NGO yang turut memainkan peranan penting dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkembangkan pendidikan khas di Malaysia. 1

Murid bermasalah pelajaran merupakan murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah daripada aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad. Kebolehan intelek yang terhad bermaksud, murid-murid ini adalah tergolong dalam golongan yang rendah kebolehan intelek mereka. Mengikut statistik dari Program Pendidikan Khas kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1996 sehingga 2002 jumlah murid bermasalah pelajaran meningkat dari 2,864 kepada 10,223 orang murid. Peningkatan ini menunjukkan bahawa ibubapa yang mempunyai anak di bawah kategori murid bermasalah pembelajaran mempunyai kesedaran untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti persekolahan dalam aliran pendidikan khas ekoran daripada niat mereka untuk meningkatkan kualiti hidup anak-anak mereka melalui pendidikan di sekolah aliran khas. Ibubapa mulai sedar akan pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka yang mempunyai intelek yang rendah berbanding murid biasa lalu akan mendaftarkan anak mereka di dalam aliran khas. Jika dahulu ada ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa anak mereka berbeza dari segi intelek dan sebagainya akan menghantar anak-anak mereka ke kelas arus perdana, kesannya, anak mereka sukar menerima pembelajaran setanding dengan murid normal yang lain. Mereka juga akan selalu mendapat kedudukan yang akhir dalam peperiksaan bahkan sering dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lemah, lembab dan sebagainya. Isu perlabelan ini akan memberi impak negatif dalam hidup mereka dan tidak menghairankan jika mereka bertindak agresif terhadap murid lain. Oleh itu, murid

bermasalah pelajaran diasingkan dari aliran perdana bagi tujuan memberi pendidikan khusus untuk mereka. Sememangnya untuk meningkatkan kualiti murid bermasalah pembelajaran saluran utama bagi murid bermasalah pembelajaran (MMP) ialah di sekolah sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu yang boleh meningkatkan pengurusan diri mereka, memberi pendedahan tentang persekitaran , menelaah ilmu akademik, ilmu keagamaan dan sebagainya bagi mengembangkan potensi mereka. Di sekolah pelbagai kategori perkara yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti MMP khasnya dalam kurikulum.

Penempatan Anak berkeperluan khas berhak mendapat pendidikan di sekolah samada disekolah bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah pendidikan khas, program intergrasi bermasalah pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan. Proses kemasukan diterima selepas borang Pendaftaran dan cadangan penempatan kanakkanak berkeperluan khas dilengkapi oleh pakar perubatan. Anak akan disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan penempatan sama ada ke sekolah pendidikan khas ataupun program intergrasi. Penempatan dibuat berdasarkan alamat yang terdekat dengan sekolah atau program tersebut. Sekiranya anak berkenaan mempunyai masalah yang serius dan tidak mampu mengurus diri, Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan mendidik anak tersebut. Penempatan haruslah sesuai, jika mereka berada dalam komuniti murid normal tentunya mereka akan diejek dan sering dilihat lambat dalam pelajaran. Hal ini akan timbul perasaan rendah diri dalam diri mereka. Lebih awal penempatan ke sekolah adalah lebih baik sebelum mereka membentuk interpretasi negatif dalam dirinya seperti merasakan mereka tidak sebijak murid yang lain. Kebanyakan kanak-kanak mendapat didikan awal di rumah sebelum mereka ke sekolah. Ibu bapa dan guru melihat kanak-kanak itu melalui perspektif yang berbeza. Adalah penting bagi ibu bapa melihat perbezaan yang wujud. Apabila ibu bapa dan guru berbeza dari sudut hasil penilaian mereka terhadap tingkah-laku kanak-kanak itu tidak bermakna mereka tidak bersetuju tetapi kaedah orientasi yang digunakan adalah berbeza. Sebagai contoh, penggunaan lampin pakai buang oleh ibu bapa kepada anakanak khas ini dipraktikkan, tetapi di sekolah guru menitikberatkan pengunaan tandas dengan cara yang betul agar selepas mereka mendapat ilmu tersebut, ibu bapa dapat menjimatkan kos membeli lampin pakai buang. Selain itu, sekiranya murid tidak boleh ke tandas dengan sendiri sebelum ini, tetapi melihatkan rakannya boleh pergi ke tandas secara sendiri tanpa bantuan walaupun rakannya juga seorang MMP maka implikasi sosial akan terbentuk iaitu dia aku cuba melakukannya sendiri sebagaimana rakannya. Ini adalah salah satu contoh peningkatan kualiti hidup MMP dalam amalan harian mereka. 3

Program Intervensi untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Istilah pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,

pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membantu kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Ramai pendidik percaya yang ramai pelajar yang gagal untuk menguasai konsep, kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam: a. b. c. d. e. f. kebolehan menyelesaikan masalah mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai menyusun maklumat yang telah dipelajari menjalankan proses penyelesaian masalah menghuraikan masalah untuk ketepatan membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai

Misalnya dalam mengatasi masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang mempunyai masalah pembelajaran, program intervensi hendaklah dijalankan. Program intervensi adalah satu program yang direka khusus bagi membantu mengatasi 4

masalah pembelajaran terhadap murid-murid yang lemah. Bagi menjalankan sesuatu program intervensi, guru matematik hendaklah mengenalpasti murid yang terlibat terlebih dahulu. Murid yang telah dikenal pasti lemah ini akan diberi kelas intervensi. Dalam program intervensi ini, terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh dilakukan namun ianya hendaklah selaras dengan keupayaan murid tersebut selain guru juga berusaha sedaya upaya untuk mengajar agar murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran dalam sesuatu objektif yang ditentukan. Selain itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah menekankan beberapa elemen seperti

penglibatan murid, tahap kesediaan murid, penggunaan muzik untuk merangsang dan penyusunan isi pelajaran. Ini adalah kerana penglibatan yang aktif di kalangan murid akan membuatkan kemahiran yang ingin diajarkan akan lebih mudah diingati. Program intervensi awal dikenali sebagai Recognition and Response. Program ini merupakan satu program untuk membantu ibubapa dan guru dalam mengajar murid bermasalah pembelajaran (MMP). Model The Response to Intervension (RTI) digunakan untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran di peringkat awal di mana program ini melibatkan pendedahan awal dan merupakan satu intensif berdasarkan ciriciri pembelajaran yang bersesuaian untuk mereka. Fungsi RTI adalah untuk mengenal masalah akademik bagi kanak-kanak ini. 3 komponen yang digunakan oleh RTI ialah kegunaan pelbagai cara dalam meningkatkan intervensi, pendekatan masalah melalui strategi arahan dan juga pengumpulan data bagi mengikuti perkembangan mereka. Konsep sistem Recognition and response ini dibangunkan oleh Emily Hall Tremaine Foundation yang bertujuan untuk membolehkan ibubapa dan guru mengenal pasti tanda-tanda awal bagi kanak-kanak ini dan seterusnya menyediakan cara positif yang efektif untuk kanak-kanak ini berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain di sekolah. Matlamat utama model ini adalah untuk membolehkan guru mengintegrasikan sistem arahan yang bersesuaian untuk memperbaiki rancangan pembelajaran kanakkanak ini.

Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Kurikulum yang digunakan adalah mengikut kemampuan murid tersebut dan bukan mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti murid aliran perdana. Akan tetapi murid disleksia telah dikecualikan dalam menjalani kurikulum seperti MMP yang lain kerana mereka hanya mempunyai masalah kekeliruan dalam huruf-huruf tertentu yang menyebabkan mereka dilabelkan sebagai lembab walhal perkembangan kognitif dan mental mereka sama seperti murid normal. Berbeza dengan MMP seperti sindrom down, autism, terencat, lembam dan hiperaktif yang mana kurikulum tidak dapat memenuhi keperluan MMP ekoran dari tahap pencapaian mereka yang perlahan dan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada agak tinggi, namum modifikasi dalam objektif dibuat oleh guru kerana guru lebih memahami tahap keupayaan atau kebolehan murid-murid mereka. Perancangan dan pengubalan Kurikulum pendidikan khas MP mengambil kira pelbagai keupayaan individu selaras dengan Akta pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas) 1997 bahagian II 3 (2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas boleh dididik jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan, dan pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut: i. Murid yang mengalami masalah anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan ii. Murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan atau yang sangat teruk anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas) 1997 yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, 6

masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas (sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 1997) . Kurikulum pendidikan khas MMP dirangka khas untuk diaplikasikan dalam di kelas dan diharap berfungsi dalam usaha memupuk nilai berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Model kurikulum yang dirangka bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan aliran perdana yang mana merangkumi tiga aspek iaitu: pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang bertujuan memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kedua ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk pada proses pengajaran dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat MMP terhadap pembelajaran. Suasana yang kondusif semasa di sekolah amat diperlukan agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Akhir sekali, pendidikan sepanjang hayat merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang menjana perkembangan ilmu secara berterusan dalam kehidupan seharian. Oleh kerana kurikulum yang dirangka tidak terikat dan mengikut keperluan murid yang berbeza berdasarkan pada pemilihan pengalaman pembelajaran melalui bidang-bidang berikut (Kurikulum Pendidikan Khas, 2009) : pengurusan yang terdiri dari komponen pengurusan diri, kemahiran manipulatif, pengurusan tingkah-laku, dan kemahiran hidup. Kemudian bidang akademik berfungsi seperti komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seterusnya, bidang kerohanian dan nilai-nilai murni iaitu Pendidikan Islam dan Moral serta akhir sekali bidang sosial, riadah dan kreativiti yang terdiri daripada Pendidikan Jasmani, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama dan Komponen Pendidikan Sains, Sosial, dan Alam Sekitar. Mengikut sumber daripada Bahagian Pendidikan Khas (2010) Pendaftaran MMP dari 2006 hingga 2010 meningkat dari 20,929 kepada 39,333. Ini menunjukkan Kurikulum yang digubal sedikit- sebanyak memenuhi keperluan MMP untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dengan bidang-bidang yang digariskan. 7

Selain daripada isu-isu lain yang memberikan faktor kepada ibu bapa MMP untuk meneruskan pendidikan anak-anak mereka berdasarkan kurikulum yang formal khasnya kepada MMP. Ini adalah satu langkah yang terbaik demi masa depan MMP dan bukan hanya meringankan bebanan ibu bapa kepada individu yang pakar tetapi menyerahkan sesuatu kerja kepada mereka yang pakar seperti guru-guru pendidikan khas yang terlatih serta individu-individu lain yang bertanggungjawab merangkumi kementerian-kementerian yang telah dinyatakan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Ianya sesuatu yang tidak mustahil andainya MMP berjaya dalam kehidupan mereka setelah melalui program aliran khas ini di sekolah. Sekurangkurangnya mereka mampu untuk menguruskan diri tanpa bersifat kebergantungan daripada individu lain. Di sekolah, pengurusan tingkah-laku MMP juga menjadi keutamaan, tanpa tingkah-laku yang baik maka segala pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru disekolah agak kurang Berjaya ini kerana MMP mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Jika tingkah-laku mereka dikawal, ini akan menambahkan lagi kesukaran guru untuk memberi ilmu kepada mereka. Pengurusan tingkah-laku adalah asas kepada pembentukan kualiti hidup MMP dan menurut Bear, Wolf and Risley (1968): Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu Manakala mengikut Kamus Dewan (1979) pula Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku 8

Lantaran itu, modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. Untuk menguruskan tingkah-laku MMP terdapat konsep asas pengurusan tingkah laku yang boleh digunapakai yang mana meliputi perkara-perkara seperti berikut perancangan yang rapi, tentukan individu atau kumpulan, teknik intervensi yang berkesan penilaian secara objektif. Namum tidak semua tingkah laku MMP ini wujud ekoran dari lahiriah mereka sendiri bahkan terdapat punca yang membuatkan mereka melakukan tingkah-laku negatif tersebut. Di sekolah tingkah laku mungkin dapat dikurangkan melalui aktiviti yang diwujudkan agar tingkah laku bermasalah ini menjadi tingkah laku positif. Di sekolah juga guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti tingkat laku MMP adalah positif antaranya merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat mereka, dengan penglibatan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran MMP akan turut serta dan tidak melakukan tingkah laku negatif seperti distruktif mahupun disruptif, hal ini akan lebih berkesan jika pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak menyukarkan mereka dan jika sukar akan membuatkan mereka bosan dan mula berkelakuan negatif. Guru juga sentiasa memberikan peneguhan yang bersesuaian untuk

memotivasikan MMP untuk meneruskan penglibatan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan tidak menghairankan jika MMP mempraktikkannya luar sekolah apabila di rasakan sesuatu yang baru mereka pelajari dan memenuhi tahap intelek mereka, contohnya seperti aktiviti nyanyian, tarian, dan drama. Dengan motivasi seperti ini menggalakkan MMP untuk hadir ke sekolah dan mempelajari perkara yang baru. Kurikulum yang telah dimodifikasi oleh guru yang berpengalaman akan membantu guru-guru dalam mecapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Tingkah Laku Tingkah laku bermasalah antaranya disruptif iaitu perlakuan sentiasa

mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Kebergantungan berlebihan iaitu kanakkanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. Agresif iaitu tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya. Distuktif iaitu perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. Kebimbangan iaitu perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang Pengasingan diri suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Ponteng sekolah iaitu perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. Enggan ke sekolah iaitu enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. Mencuri iaitu mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

Pembantu Pengurusan Murid Dalam hal pengurusan tingkah laku, MMP yang telah dikenalpasti akan mendapat perhatian yang khusus oleh guru-guru dengan bantuan Pembantu Pengurusan Murid dengan sentiasa memantau perbuatan mereka yang melakukan tingkah laku negatif melalui kaedah tersendiri sebagai usaha mencapai keputusan paling minima ialah sebagai contoh jika minggu pertama seorang MMP melakukan 10

perbuatan negatif sebanyak 10 kali dan menurun kepada 3 kali pada minggu yang berikutnya. Ini sudah menunjukkan perubahan dalam tingkah laku mereka yang menunjukkan kualiti tingkah laku mereka meningkat baik walaupun tidak seratus peratus berlaku. Antara tugasan Pembantu Pengurusan Murid ialah menjaga hal ehwal Murid Pendidikan Khas MP, mengawal murid semasa perubahan P&P, menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa atau penjaga semasa urusan ke hospital, membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid, bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah, menjadi contoh yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri, membantu menguruskan murid baru, membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat dan mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat. Kewujudan jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) amat penting dalam meringankan tugasan guru selain membantu MMP meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan adanya PPM, tingkah laku bermasalah MMP dapat diatasi kerana pada

kebiasaannya PPM amat memahami MMP dan berpengetahuan untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dalam memujuk atau memberi ransangan kepada MMP yang bermasalah tingkah laku. PPM juga dapat membantu guru dalam menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang mana dibina untuk menyesuaikan P&P dengan murid secara individu.

Rancangan Pendidikan Individu Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. 11

Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya. Kewujudan RPI adalah sebagai usaha di sekolah untuk meningkatkan kualiti MMP agar lebih baik dan selesa dengan kurikulum yang tersedia untuk MMP tambahan pula modifikasi dan adaptasi yang diterapkan membantu RPI digunakan sebagai kayu ukuran dalam mencapai matlamat dan objektif. Matlamat dan objektif RPI dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam

perancangan dan penyediaan perkhidmatan disertakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid. Pengukuran pencapaian murid dapat dihasilkan melalui RPI sebagai instrumen. Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid. Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak. Melalui kesepakatan ini menunjukkan bahawa MMP tidak diabaikan bahkan diberikan perhatian yang khusus semasa mereka bersekolah. Andainya MMP memahami bahawa mereka adalah istimewa pada pihak yang terlibat terutama guru mereka dalam menyediakan RPI sudah tentunya akan terkesan dengan motivasi untuk berusaha meningkatkan kualiti hidup mereka. RPI yang terdiri daripada ciri-ciri berikut iaitu: i. Komprehensif merangkumi aspek keupayaan murid, termasuk aspek

komunikasi, tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan kemahiran vokasional dan transisi, serta

12

perkhidmatan yang berkaitan penempatan yang diperlukan dalam pendidikan khas. ii. Ciri kedua iaitu spesifik dalam menentukan matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur. iii. Ciri ketiga ialah mengikut urutan yang mana perkembangan dan fungsi kemahiran. iv. Keempat ialah realistik dan sesuai yang merangkumi matlamat dan objektif yang dinyatakan dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid. v. Ciri kelima ianya mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa. Akhir sekali ianya dipersetujui ibubapa, guru, murid dan professional lain yang terlibat. Sememangnya RPI adalah satu instrumen yang dibina khas untuk MMP dengan tujuan menghubungkan pengajaran dan pembelajaran yang disertakan dengan modifikasi secara individu untuk murid berkenaan sebagai usaha peningkatan kualiti mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanpa RPI adalah sedikit menyukarkan, disebabkan itulah wujudnya matlamat dan objektif dalam RPI murid. dibentuk berdasarkan urutan

Khidmat Sokongan Murid Masalah Pembelajaran memang tidak dinafikan memerlukan khidmat sokongan, terutama untuk memenuhi keperluan persekitaran, keperluan fizikal dan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran dalam usaha meningkatkan kualiti mereka. Ketika di sekolah terdapat pelbagai khidmat sokongan yang disalurkan dan sedikit sebanyak membantu mereka untuk mengatasi kekurangan yang ada selain mendapat motivasi untuk menerus kehidupan dalam masa akan datang mereka. Jenis khidmat sokongan yang diperlukan adalah dari aspek pendidikan untuk mereka, fasiliti, perkara melibatkan kesihatan atau perubatan untuk mereka, terapi cara kerja untuk MMP yang autism, spastik dan sebagainya , kebajikan untuk mereka dalam

13

bentuk kewangan, dan khidmat bimbingan dan kaunseling yang mungkin juga boleh diberikan kepada ibu bapa MMP. Jenis khidmat sokongan adalah pelbagai tetapi dari segi terapi pertuturan untuk MMP yang sukar untuk bertutur dalam kehidupan mereka padahal mengikut pakar mereka mampu untuk bertutur Cuma gagal mengunakan koordinasi pergerakan mulut mereka walaupun maklumat dari otak telah dihantar untuk ditafsirkan melalui sebutan, atau mungkin pertuturan mereka terganggu ekoran dari kekurangan pada anggota pertuturan mereka. Terapi pertuturan mungkin boleh dilakukan oleh guru yang berpengalaman dan mahir dalam terapi pertuturan atau mungkin oleh doktor pakar pemulihan pertuturan yang datang ke sekolah atau murid dihantar oleh sekolah untuk menjalankan sesi terapi diatas peruntukan kepada mereka. Terapi jenis ini membantu MMP mengatasi masalah pertuturan melalui sesi terapi pertuturan. Semasa terapi juru pulih pertuturan akan mengadakan sesi untuk murid berkenaan membuat latihan dalam bertutur dengan betul. Ianya melibatkan istilah fonologi yang melibatkan MMP menyebut sesuatu perkataan melalui rongga badan mereka yang menghasilkan bunyi. Apabila terapi dijalankan secara terancang, masalah pertuturan mereka akan beransur pulih dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Selain itu khidmat sokongan dari segi perubatan iaitu pemeriksaan dan ubat-ubat juga penting dan diberikan kepada murid sekolah tidak terkecuali murid MMP yang mana memerlukan rawatan yang berterusan. Misalnya murid yg mengalami epilepsi yang selalu terjadi secara tiba-tiba kepada murid yang menghidapnya. Bantuan dari segi ubat-ubatan mungkin membantu mereka, terutama MMP yang terdiri dari ibu bapa berpendapatan rendah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling juga penting dalam membantu MMP dari segi motivasi bukan sahaja kepada MMP dengan cara tersendiri, juga kepada guru pendidikan khas, , ibu dan bapa MMP. Khidmat sokongan secara kaunseling dan motivasi ini haruslah secara berterusan agar MMP bermotivasi untuk belajar , ibu bapa mereka pula tidak hilang semangat untuk membesarkan MMP serta guru-guru akan lebih kreatif dan bersemangat dalam memberikan ilmu yang diperluakan oleh MMP 14

walaupun sedikit sahaja yang mereka dapat memahami sekurang-kurangnya kemahiran asas pengurusan diri berjaya dilaksanakan.

Kesimpulan Secara generalisasinya, murid bermasalah pembelajaran semasa bersekolah mendapat peluang yang begitu cerah dalam usaha untuk mereka meningkatkan kualiti hidup mereka dari segi pengurusan diri mahupun dalam bidang akademik walaupun sasaran mereka bukanlah dalam bidang untuk mencapai kejayaan akademik. Sekurang-kurangnya pendidikan yang diperolehi di sekolah sedikit sebanyak memberi mereka cara dalam menguruskan kehidupan mereka. Melalui peruntukan dalam pendidikan khas yang mana menyatakan hak-hak murid pendidikan khas dalam pendidikan. Pelbagai usaha yang melibatkan usaha ke arah mencapai objektif dalam pendidikan khas. Kaedah-kaedah terperinci dirangka untuk memastikan matlamat tercapai bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, antaranya menjalankan saringan penempatan, intervensi awal, membina RPI yang bertindak sebagai agen modifikasi kepada P&P terhadap murid. Selain itu, jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) juga adalah langkah untuk meringankan tangungjawab guru agar tidak tersasar dalam menjalankan tugasan utama mereka iaitu untuk memberi ilmu. PPM adalah salah satu cara dalam memusatkan murid. Jadi kerisauan ibu bapa tentang anak-anak mereka ketika di sekolah dapat diselesaikan. Dalam usaha meningkat kualiti MMP juga, RPI dirangka yang mana melibatkan ramai individu sebelum RPI khas untuk murid berkenaan dirangka. Hal ini mewujudkan kerjasama semua pihak dan tidak sepenuhnya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada guru yang hanya terhad semasa MMP berada di sekolah sahaja. Sesungguhnya, MMP juga merupakan insan yang memerlukan kualiti hidup yang sempurna. Melalui peruntukan yang ada inilah mereka dapat melihat akan potensi mereka dan apa yang bakal mereka sumbangkan apabila keluar dari alam persekolahan aliran pendidikan khas kelak. Sumbangan mereka di masa hadapan adalah bukti usaha kita pada masakini. 15

You might also like