You are on page 1of 28

Sidang Redaksi

MUKA HADAPAN

YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohamed

Penaung

Prof. Dr. Mahmood bin Nazar Mohamed

Penasihat

En. Mohd Amir Khusairi Harun

Ketua Editor

En.Mohd Saad bin Md Ani

Editor

PERKARA

M/S

Unit Media & Komunikasi Korporat

Setiausaha Kerja

DARI MEJA EDITOR GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA PUJIAN YAB PM TERHADAP AADK

1 2 4

Ustaz Mohd Zhafran Helmi bin Mokhtarudin Dr. Salina Binti Aziz

Penulis Jemputan

PUJIAN ANTARABANGSA TERRHADAP TRANSFORMASI AADK 6 CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC) 10 12 14 15 16 18 20 22 24 25

Encik Prakash A/L Rajubathy

Rekabentuk Teknikal

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADK APA KATA PAKAR? ASSIST: SEJAUH MANA KEPARAHAN ANDA? DETIK PERUBAHAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011 AADK TURUN PADANG TARIK MINAT BELIA AADK SANA SINI Alamat CCSC dan Klinik C&C 1Malaysia

Cawangan Publisiti

Jurufoto

Unit Media & Komunikasi Korporat

Percetakan & Edaran

DARI MEJA EDITOR

01

Dari Meja Editor


Alhamdulillah.. dengan izin-Nya, Majalah hadrat Allah SWT kerana merafakkan rasa syukur ke kan kepada semua pihak Terlebih dahulu saya ingin a kasih dan tahniah diucap diterbitkan sekali lagi.Terim AADK edisi 1/ 2011 dapat pada kali ini. ulis jemputan bagi keluaran libat khususnya kepada pen yang ter mudin Tun Hussein, apabila YB Dato' Seri Hisham u titik sejarah untuk AADK h 1Malaysia (SKUAD 4 Julai 2011 merupakan sat gan Sukarelawan Antidada h sudi melancarkan Gabun masih terasa, semanMenteri Dalam Negeri tela . Bahang dan kemeriahannya bangunan Ibu Pejabat AADK . Selain itu kerjasama 1Malaysia) dan merasmikan agihan dadah dalam negara bagi menangani masalah pen (NGO) perlu dipertinggat AADK semakin membara pihak badan bukan kerajaan ipada masyarakat dan juga dadah yang semakin erat dan sokongan padu dar n dengan masalah penagihan apkan persediaan berhadapa katkan lagi bagi memperlengk mencabar. lalui inisiatif Bidang Keber an yang dikecapi AADK me n terlaksana jika an sekali, ini kerana kejaya n kadar jenayah tidak aka Kenyataan ini amat signifik g pertama iaitu mengurangka Cure & Care 1Malaysia, Utama Negara (NKRA) yan hasilan pihak. Bermula dari Klinik ongan padu daripada semua itmen melalui gelomAADK tidak mendapat sok ty House(CCH) dan kini kom e (CCSC), Caring Communi mbawa kepada kejayaan Cure and Care Service Centr ala usaha berkenaan akan me 1Malaysia, AADK yakin seg dari ancaman dadah. bang kesukarelaan SKUAD an menjadikan negara bebas merealisasikan hasrat keraja dalam jalah AADK edisi 1/ 2011 kepada semua pembaca Ma pada kali ini, saya menyeru i SKUAD 1Malaysia bagi Sebelum mengakhiri nukilan agensi ini dengan menyerta ha yang dilaksanakan oleh ah.Pastikan diri anda dan agar terus menyokong usa libat dalam penagihan dad masa depan negara dari ter menyelamatkan generasi ap masa. iviti dan gaya hidup sihat seti keluarga anda melakukan akt Sekian...

02

GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA

AADK sekali lagi melakar sejarah dengan pelancaran Sukarelawan Antidadah 1Malaysia (SKUAD 1Malaysia). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri ketika Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat AADK dan Pelancaran SKUAD 1Malaysia tengah hari tadi. Majlis yang diadakan di perkarangan ibu pejabat AADK turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah binti Hj. Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dalam ucapan beliau, YB. Dato Seri Hishammuddin telah melahirkan rasa kagum terhadap AADK kerana telah berjaya

GELOMBANG KESUKARELAAN BERMULA

03

melaksanakan pelbagai transformasi yang begitu membanggakan dalam usaha membasmi masalah dadah dalam negara. Mudah-mudahan melalui gabungan seperti ini, kita akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu barisan sebagai satu pasukan untuk bersama memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Mudah-mudahan juga, kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan mangsa penagihan dapat dirawat dan dipulihkan secara lebih berkesan seterusnya membantu mereka kembali diterima ke dalam masyarakat. Saya berharap mulai hari ini, melalui gelombang yang dimulakan ini, AADK akan dapat menggerakkan satu gelombang yang lebih besar menjelang a k h ir t a h u n n an ti, da n g elombang i ni l ah yang akan ki ta m anf aat k an sepenuhnya untuk membawa kebaikan kepada negara dan bangsa, menjadikan negara bebas dari masalah penagihan dadah, ucap YB Dato Seri Hishammuddin ketika merasmikan majlis tersebut. Majlis pada tengahari tersebut turut menarik perhatian dif-dif kehormat serta para hadirin dengan gimik perasmian aksi abselling yang dilakukan oleh empat orang warga kerja ibu pejabat AADK bagi menyerahkan topi dan replika logo SKUAD 1Malaysia kepada YB Menteri Dalam Negeri untuk pelancaran SKUAD 1Malaysia

04

PUJIAN YAB PM TERHADAP AADK

PUJIAN
YAB PM TERHADAP AADK

PUJIAN YAB PM TERHADAP AADK

05

YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah berkesudian membacakan Perutusan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) 2011 di Bangunan Parlimen baru-baru ini. Dalam ucapan beliau YAB Perdana Menteri melahirkan rasa kagum diatas kejayaan yang telah dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah dalam negara. Selaras hasrat kerajaan iaitu memberikan perkhidmatan yang dirasai oleh masyarakat, AADK dilihat telah turut sama menyumbang kepada Pelan Transformasi Kerajaan. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah jalanan, AADK telah mewujudkan beberapa inisiatif yang memberikan impak positif dan gelombang baru ke arah merealisasikan negara bebas dadah dan gagasan 1Malaysia Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hasil transformasi tersebut, AADK kini menjadi sebuah agensi yang sentiasa mendapat perhatian dan penghargaan daripada dalam negara dan juga antarabangsa. Tambah YAB Dato Sri lagi. Beliau menyuarakan pujian tersebut setelah dimaklumkan bahawa AADK kini menjadi perhatian pihak antarabangsa dalam usaha menangani masalah penagihan dadah. Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak digembelingkan bersama. Justeru sempena Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini, Dato Sri Mohd Najib turut menyeru kepada seluruh masyarakat Malaysia dan badan bukan kerajaan agar sama-sama berganding bahu membantu kerajaan memerangi masalah penagihan dadah dalam negara demi memastikan Malaysia terus dapat memposisikan sebagai negara maju menjelang 2020 tanpa ancaman dadah.

G01

G02

06

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

PUJIAN TRANSFORMASI AADK ANTARABANGSA TERHADAP


Melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) yang pertama iaitu mengurangkan kadar jenayah jalanan, Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri telah menongkah perubahan dan paradigma dengan mewujudkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada penagih atau mereka yang terlibat dengan permasalahan dadah. Hasilnya AADK telah berjaya mewujudkan 8 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia bermula 1 Julai 2010 dan 29 buah Cure and Care Service Centre ( CCSC ) bermula Februari 2011. Atas kejayaan tersebut beberapa pihak di peringkat antarabangsa telah memberikan pujian kepada pihak AADK. Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya melalui laporan 'Good Practices In Asia; Effective Paradigm Shifts Towards Improved National Response To Drug & HIV/ AIDS' baru-baru ini telah menyebut bahawa Klinik Cure & Care 1Malaysia merupakan antara inisiatif terbaik kerajaan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah. Bukti tersebut jelas apabila jumlah klien yang mendapatkan perkhidmatan di 8 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia sehingga 28 Julai 2011 adalah seramai 6,555 klien. Manakala sehingga Julai 2011 seramai 237,465 orang telah mendapatkan perkhidmatan di CCSC di seluruh negara. Ia merupakan satu Big Wins yang telah dilakukan oleh AADK khusus untuk para penagih yang bergelandangan di dalam negara dalam usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Selain WHO, AADK turut menerima pujian daripada Colombo Plan di samping United Nations Office On Drugs and Crime ( UNODC ), United Nations Programme on HIV/AIDS (UNAIDS), Australian National Council on Drugs (ANCD) serta wakil daripada Jepun, Maldives dan Pakistan ketika deligasi berkenaan mengadakan lawatan kerja ke AADK. Melalui pujian yang telah disampaikan, jelas menampakkan impak positif telah berlaku hasil usaha yang digemblingkan oleh AADK di bawah pengurusan dinamik YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK.

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

07

08

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

PUJIAN ANTARABANGSA TERHADAP TRANSFORMASI AADK

09

10

CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)

CURE & CARE


SERVICE CENTRE (CCSC)
Fenomena penagihan dadah masa kini semakin kompleks dengan kewujudan dadah-dadah jenis sintetik di samping penularan dadah tradisional dalam negara. Ini menyebabkan para penagih yang telah pulih berisiko untuk kembali menagih atau relapse. Antara faktor penolakan disebabkan oleh stigma negatif masyarakat dan lebih menyedihkan, keluarga bekas penagih sendiri turut melabelkan golongan ini sebagai penjenayah. Masyarakat seharusnya turut sama memainkan peranan dalam memulihkan para penagih ini. Tanpa peranan masyarakat, mana mungkin hasrat Malaysia Bebas Dadah 2015 akan tercapai. Pengembelengan tenaga daripada pelbagai pihak, dilihat sebagai langkah yang paling berkesan untuk memulihkan penagih dan mengelakkan mereka kembali ke kancah penagihan atau relapse. Buat makluman semua, proses kepulihan penagihan dadah adalah proses kepulihan sepanjang hayat. Oleh yang demikian, AADK telah menghasilkan satu lagi transformasi dengan mewujudkan Cure & Care Service Centre (CCSC) atau turut dikenali sebagai Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin. CCSC menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat dan rujukan. Sehingga ke hari ini, sebanyak 29 buah CCSC telah beroperasi di seluruh Malaysia pada 2011, AADK akan membuka 6 buah lagi CCSC di seluruh negara. Pengwujudan Cure & Care Service Centre (CCSC) atau dulu dikenali sebagai Pusat Khidmat AADK dilihat sebagai salah satu usaha AADK untuk merawat para penagih. CCSC menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat & rujukan.

CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)

11

Perkhidmatan yang disediakan di CCSC tertumpu kepada tiga kumpulan masyarakat iaitu:
Kes-kes yang memerlu kan perkhidmatan pemulihan: (a)Kes Pengawasan (b)Kes Sukarela (c)Pengguna Dadah (d)Bekas Penagih Golongan yang memerlukan khidmat nasihat/rujukan: (a)Ibubapa (b)Keluarga Penagih (c)Pelajar sekolah/IPT (d)Kakitangan kerajaan/swasta (e)Agensi & Badan Perubatan Agensi serta badan-badan yang membantu memberikan perkhidmatan/sokongan (a)Ibubapa (b)Keluarga Penagih (c)Pelajar sekolah/IPT (d)Kakitangan kerajaan/swasta (e)Agensi & Badan Perubatan

Antara program yang disediakan di CCSC ialah:


Kebersihan Diri dan Penjagaan Kesihatan Khidmat Nasihat Perjumpaan 12 Teras Langkah Kepulihan Kaunseling dan Bimbingan Pendidikan Moral Kerohanian Terapi Muzik Pencegahan Penagihan Semula Penempatan dalam pekerjaan Integrasi Sosial Sukan dan Riadah

CCSC Merubah Stigma Masyarakat


Transformasi pendekatan merawat pulih penagih dan pengguna dadah telah berjaya menarik mereka untuk datang ke pusat ini secara sukarela. Purata kehadiran klien ke CCSC ialah 50 orang sehari dan 97% adalah lelaki. Berdasarkan statistik yang diterima, bagi tempoh Januari hingga Disember 2009, seramai 8,613 orang penagih berulang telah dikesan, manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2010, terdapat penurunan sebanyak 25.65% bilangan penagih berulang yang dikesan kepada 6,604 orang. Penurunan ini adalah hasil transformasi AADK dalam pendekatan rawatan dan pemulihan dadah yang telah dimulakan pada sepanjang tahun 2010. Ia sangat signifikan dalam membantu menurunkan kadar jenayah kerana berdasarkan pemerhatian, pengguna dan penagih dadah turut terlibat melakukan aktiviti jenayah jalanan. Mengikut rekod, pada tahun 2010 Jenayah Indeks keseluruhan telah berkurang sebanyak lima belas peratus, berbanding sasaran asal, lima peratus. Jenayah Jalanan pula berkurang sebanyak 35 peratus, jauh lebih baik berbanding sasaran asal sebanyak 20 peratus.

12

SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN

Sambutan Di luar Jangkaan


Cure & Care Service Centre (CCSC) menerima sambutan diluar jangkaan dengan kehadiran melebihi seratus ribu orang klien di CCSC seluruh negara untuk mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan kepada penagih, pengguna serta penyalahguna dadah secara sukarela AADK berusaha mencari pendekatan baru untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian lain untuk membina lebih banyak pusat seperti ini, kata YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika merasmikan CCSC Chow Kit pada 13 Mei yang lalu. Sementara itu, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK yakin l eb ih r a m ai pen ag ih aka n d atang m e n d a p a tkan rawatan dan pemulihan di pusat baru itu yang turut beroperasi pada hari minggu. Penubuhan CCSC Chow Kit dianggap strategik kerana mampu menarik minat ramai penagih sekitar Kampung Limau, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja laut, Tiong Nam dan Kampung Baru mendapatkan perkhidmatan disini secara percuma. Penubuhan CCSC di kawasan strategik itu memberi peluang kepada penagih ke tempat pemulihan paling d e k a t , t a mba h Y Bh g . P u a n Sri Dat o' Z u r a id a h m en g a kh ir i p er b u al an.

SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN

13

14

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA AADK

KERAJAANSOKONGANSEMBILAN AADK NEGERI PADU KEPADA MEMBERIKAN


YAB. Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan berharap masalah penagihan dadah terutama di Negeri Sembilan dapat dibenteras secara bersama. Perkara tersebut dinyatakan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sembilan bil 1 / 2011 di Wisma Negeri baru-baru ini. Turut hadir bersama dalam mesyuarat berkenaan ialah YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah Haji Mohamed Ketua Pengarah AADK. Bagi mencapai hasrat negara bebas dadah, kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberikan sokongan padu kepada AADK dalam menangani masalah tersebut. Tambah beliau lagi ketika menyampaikan perutusan pengerusi mesyuarat tersebut. Pada mesyuarat berkenaan YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah Haji Mohamed turut mengambil peluang membentangkan kertas makluman berkenaan Hala Tuju AADK dalam usaha membanteras dadah. Hasil daripada penyampaian kertas berkenaan, ahli mesyuarat ternyata kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh AADK. Melalui tranformasi yang dilakukan itu, AADK diharapkan dapat menyelamatkan warga negara Malaysia dari terjerumus ke kancah penagihan dadah. Setelah selesai mesyuarat berkenaan, YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah Haji Mohamed bersama YAB. Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan turut mengadakan satu sidang media bersama wartawan tempatan. Pada sidang media tersebut, YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah Haji Mohamed turut memaklumkan bahawa atas kejayaan yang dicapai di Klinik Cure & Care 1Malaysia, AADK sedang merancang untuk menambahkan bilangan klinik-klinik tersebut di beberapa buah tempat di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

APA KATA PAKAR?

15

gejala psikosis:

Apa Kata Pakar?

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengguna dadah terutama dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) akan mengalami gejala psikosis. Namun adakah kita tahu apa itu gejala psikosis? Bagaimanakah gejala ini berlaku? Dan adakah rawatan yang boleh mengubati gejala ini? Bagi merungkai persoalanpersoalan tersebut, penulis telah bertemu dengan Dr. Salina Aziz, pakar psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapat ulasan lanjut. Kemurungan, schizophrenia, bipolar, dan halusinasi adalah contoh gejala psikosis. Namun gejala-gejala ini bukan bererti penagih tersebut mengalami masalah mental (gila). Mungkin ramai antara kita keliru akan perbezaan gejala psikosis dan gila. Bagi mendapatkan kepastian, ujian urin serta sejarah hidup perlu dikaji demi memastikan sama ada gejala tersebut adalah tanda penyakit mental atau disebabkan oleh dadah, kata Dr. Salina memulakan perbualan. Jika seseorang itu mengalami gejala psikosis disebabkan oleh pengambilan dadah, mereka tergolong dalam Drug Induced Psychosis (psikosis yang disebabkan oleh pengambilan dadah). Mereka ini hanya mengalami gejala psikosis jika berterusan mengambil dadah dan gejala tersebut akan berhenti dengan sendirinya apabila mereka berhenti mengambil dadah tersebut. Namun begitu, gejala ini tidak akan menyebabkan menular serta diwariskan kepada keturunan melainkan jika seseorang itu sememangnya membawa genetik sebagai pesakit mental. Dadah jenis ATS akan mengganggu rembesan otak (neurotransmitter). Di mana dadah-dadah ini akan mengawal neurotransmitter serta mewujudkan rasa gembira, rasa bebas serta lupa akan segala-galanya. Jika pengambilan dadah berlebihan, berkemungkinan otak tidak mampu lagi mengawal tingkah laku, pemikiran serta emosi dan menyebabkan seseorang itu kelihatan seperti mengalami masalah mental. Namun rawatan dan pemulihan yang melibatkan kaunseling sahaja tidak memadai untuk merubah diri penagih yang telah mengalami gejala psikosis kerana gejala psikosis ini mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosi sedangkan kaunseling hanya boleh merubah tingkah laku sahaja. Sepatutnya emosi klien tersebut mesti distabilkan dahulu sebelum diberikan kaunseling. Sebagai contoh, jika seseorang itu menghidap penyakit kencing manis, maka doktor yang bertanggungjawab harus menstabilkan dahulu paras gula dalam darah pesakit sebelum memulakan sesi kaunseling bagi menasihati pesakit agar mengurangkan pengambilan makanan bergula, jelas Dr. Salina lagi. Justeru beliau berpendapat, pendekatan baharu yang diambil AADK dengan memperkenalkan rawatan dan pemulihan melalui perubatan adalah tepat dan berkesan. Ia dilihat sebagai pelengkap kepada rawatan dan pemulihan melalui kaunseling yang telah diamalkan AADK sejak 28 tahun yang lalu. Beliau yakin jika pendekatan ini diteruskan dan diperluaskan, matlamat mewujudkan Malaysia bebas dadah 2015 akan menjadi kenyataan. Walaupun begitu, rawatan dan pemulihan tanpa pencegahan akan sia-sia. Hal ini demikian kerana rawatan dan pemulihan adalah khusus untuk golongan yang telah terjerumus dengan penagihan dadah manakala pencegahan pula untuk golongan masyarakat lain yang belum terjerumus dengan dadah. Bagi mendapatkan hasil yang sepatutnya, AADK seharusnya menumpukan pencegahan kepada golongan yang berisiko seperti pelajar yang bermasalah, remaja yang keciciran sekolah serta yang terlibat dengan kes-kes juvana. Sebagai contoh, AADK boleh menganjurkan sesi ceramah serta kaunseling khusus buat pelajar-pelajar yang bermasalah, tegas beliau sebelum mengakhiri perbualan.

16

ASSIST

ALCOHOL,SMOKING AND SUBTANCES INVOLVEMENT SCREENING TEST

ASSIST
KEPARAHA
NA SEJAUH MA

ANDA?

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil da da h se ca r a be r s e l a (t i da k be r t e r u s an) . K e s pe n yalah g u n aan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Setiap individu atau klien yang mendapatkan rawatan adalah daripada pelbagai latarbelakang serta corak pengalaman kehidupan yang berbeza-beza. Pelbagai jenis dan cara mereka terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah, kerana dadah tidak mengira pangkat, usia, bangsa dan agama. Pelbagai pendekatan dan kaedah serta rawatan yang t e l a h di l a k s a n a k a n u n t u k m e n ga t a si m as ala h pe n yalah g u n aan dadah ini supaya terus menjadi isu dan agenda utama dalam negara. Oleh itu satu alat atau kaedah terbaru yang dihasilkan oleh kumpulan pakar penyelidik antarabangsa dan World Health Organization (WHO) membangunkan ALCOHOL, SMOKING AND SUBTANCES INVOLVEMENT SCREENING TEST (ASSIST) bagi mengenalpasti tahap kebergantungan dan risiko keparahan penggunaan bahan-bahan psikoaktif pada individu terbabit. Setelah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi AADK, inisiatif ini diperluaskan lagi ke seluruh Klinik C&C 1Malaysia, PUSPEN dan CCSC. ASSIST merupakan salah satu ujian saringan ringkas yang digunakan untuk mengenalpasti tahap risiko pengguna substans psikoaktif secara tepat yang merangkumi jenis substans seperti berikut. AMPHETAMINE TYPES STIMULANT INHALAN ALKOHOL OPIAT HALUSINOGEN KOKAIN GANJA TEMBAKAU Soalan ASSIST ini direkabentuk untuk kegunaan pekerja kesihatan di primer dan komuniti serta bersesuaian untuk digunakan kepada klien sukarela yang datang untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan di Klinik C&C 1Malaysia dan CCSC di dalam komuniti. Ia digunakan bagi mengumpulkan data berkaitan substans yang diambil oleh klien atau pelanggan dengan lebih tepat termasuklah pengambilan poly substans.

ASSIST

17

Setiap individu atau klien mempunyai tahap kebergantungan dan keparahan yang berbeza samada ia masih di tahap risiko rendah, sederhana atau tinggi. Oleh yang demikian antara sebab ujian saringan atau ASSIST ini perlu dijalankan terhadap pengguna substance atau penagih dadah adalah seperti berikut: a) Apabila pengguna substans mengetahui tahap risiko, pendidikan dan motivasi dapat diberikan kepadanya bagi mengubah tabiat penggunaan bahan seterusnya menggalakkannya untuk menerima rawatan dan pemulihan yang sepatutnya; b) Sekiranya pengguna tersebut berada di tahap rendah atau tidak berbahaya, galakan dan motivasi perlu diberikan kepada klien tersebut supaya terus mengekalkan tahap risiko rendah dan berhenti daripada penggunaan substans; c) ASSIST sangat bermanfaat jika digunakan bersama dengan Teknik Brief Motivational Intervention berdasarkan kepada bukti kukuh yang menyatakan saringan yang efektif dan intervensi yang tepat di peringkat awal mampu menggalakkan penurunan tabiat penggunaan substans klien.

Melalui penilaian berkenaan, skor ASSIST dibahagikan kepada 3 tahap keparahan seperti berikut:
Skor ASSIST Tahap Risiko
0-3 Rendah (Low)

Risiko
Pengguna substans yang mempunyai risiko rendah terhadap kesihatan dan masalah-masalah lain berkaitan substance tersebut; Pengguna substans mempunyai risiko terhadap kesihatan dan masalah berkaitan penggunaan dadah semasa Mereka yang menyuntik dadah walaupun kurang seminggu sekali dimasukkan di dalam kategori risiko sederhana dan kurang daripada 3 kali juga di dalam kategori sederhana; Pengguna substans berisiko tinggi untuk mengalami masalahmasalah serius berkaitan kesihatan, sosial, perundangan dan perhubungan akibat daripada penggunaan substans semasa dan berkemungkinan menjadi dependen; Mereka yang menyuntik dadah lebih dari 3 kali seminggu di kategori di dalam berisiko tinggi

4 - 26

Sederhana (Moderate)

27 +

Tinggi (high)

Keratan Akhbar

18

DETIK PERUBAHAN

Klinik C&C, CCSC,CCH TAK SEPATUTNYA WUJUD .


Disediakan Oleh : Ustaz Mohd Zhafran Helmi Bin Mohktarudin Cawangan Agama dan Pembangunan Insan, Bhgn Rawatan, Perubatan dan Pemulihan

DETIK PERUBAHAN:

Perubahan, hijrah atau transformasi umumnya membawa maksud melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu pada masa sekarang berbanding masa sebelum ini. Penulisan ini akan mengfokuskan kepada transformasi untuk diri seseorang insan supaya memiliki nilai modal insan yang lebih dihargai di mata keluarga, masyarakat dan negara.

DETIK PERUBAHAN

19

Umum sudah sedia maklum bahawa penyalahgunaan dadah merupakan perbuatan yang bukan sahaja salah di sisi agama, malah ia juga menyalahi undang-undang di setiap negara. Bagi mereka yang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah tidaklah bererti tiada ruang untuk mereka kembali mengamalkan kehidupan normal seperti sediakala. Kewujudan Klinik Cure & Care 1Malaysia (Klinik C&C), Cure & Care Service Centre (CCSC) serta Rumah Komuniti (CCH) yang ditubuhkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK merupakan antara kaedah atau platform untuk menangani masalah penagihan dadah yang berlaku. Hasil tinjauan penulis terhadap klien AADK, penulis mendapati kewujudan perkhidmatan seperti Klinik C&C 1Malaysia, CCSC dan CCH tidak sepatutnya wujud. Di sini penulis bermaksud, ia tidak seharusnya wujud pada masa kini. Buktinya ialah penulis mendapat maklumbalas daripada klien-klien AADK bahawa sepatutnya sejak dari dahulu lagi AADK telah mewujudkan perkhidmatan tersebut. Ini bererti perkhidmatan tersebut telah memberi impak positif yang sangat besar terhadap mereka yang sukarela memerlukan perkhidmatan rawatan dan pemulihan. Apa yang sudah sedia wujud ialah Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) seperti Pengasih dan seumpamanya yang mengenakan yuran agak tinggi dan yuran tersebut di luar kemampuan. Justeru dengan transformasi yang dilaksanakan oleh AADK bagi merealisasikan sasaran Negara Bebas Dadah Menjelang 2015 tidak mustahil mudah untuk dicapai. Cetusan idea transformasi AADK di bawah pimpinan YBhg. Puan Sri Dato` Zuraidah Binti Haji Mohamed ini membuktikan bahawa rakyat benar-benar merasai perkhidmatan yang ditawarkan. Kewujudan Klinik C&C 1Malaysia misalnya telah memberi sinar harapan baru kepada penagih-penagih dadah untuk memulihkan diri mereka. Segala kos adalah ditanggung oleh kerajaan. Keadaan ini sedikit sebanyak membuka ruang serta membantu para penagih untuk berubah menjadi modal insan yang bernilai kepada Negara.

20

PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011

Peringatan

HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011


Amat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan semua menjayakan agenda transformasi ini kerana kehendak rakyat dan persekitaran global sudah berubah serta tidak mengizinkan lagi kita bekerja menggunakan pemikiran lapuk dan jumud
Dalam memastikan rakyat Malaysia menjauhi dadah, pendekatan kesihatan telah digunapakai oleh AADK. Think Health Not Drug atau Hidup Sejahtera Tanpa Dadah telah dipilih sebagai tema bagi Sambutan Peringatan Hari Antidadah K e b a n g s a a n ba g i ta h u n 2 011. Maj l i s pe r asm ian sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohammed, Ketua Pengarah AADK di Auditorium Ibu Pejabat AADK pada 19 Februari yang lalu.

PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2011

21

Dalam perutusan sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Hj Mohamed, Ketua Pengarah mengingatkan kepada seluruh warga AADK supaya menanamkan sifat yang lebih mesra dan penyayang dalam melaksanakan program-program rawatan dan pemulihan dadah. YBhg Puan Sri Dato turut meminta agar warga AADK memberi khidmat kepada klien sebagai pesakit dan bukan sebagai penjenayah. Selain itu, YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah turut mengingatkan kepada warga AADK supaya tidak leka dengan kejayaan yang diperolehi sepanjang tahun 2010. Kejayaan tersebut seharusnya menjadi pemangkin untuk warga AADK bekerja dengan lebih bersungguhsungguh, berintegriti serta penuh keikhlasan bagi mencipta lebih banyak pembaharuan dalam AADK. Amat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan semua menjayakan agenda transformasi ini kerana kehendak rakyat dan persekitaran global sudah berubah serta tidak mengizinkan lagi kita bekerja menggunakan pemikiran lapuk dan jumud, ujar YBhg. Puan Sri Dato' Zuraidah lagi. Semoga seluruh warga AADK dapat menyahut cabaran ini demi mencipta lebih banyak kejayaan serta merealisasikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015.

22

AADK TURUN PADANG TARIK MINAT BELIA

TURUN PADANG TARIK MINAT BELIA


Bersempena Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei yang lalu, AADK telah turun padang bagi menghangatkan perhimpunan berkenaan dengan membuka gerai pameran antidadah serta kaunter pendaftaran ahli RADA. Selain itu bas pameran turut menjadi tarikan para pengunjung dengan kehadiran seramai 2296 orang sepanjang berlangsungnya program berkenaan. Hasil kempen dan pameran yang diadakan, hampir 2000 orang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) sepanjang karnival berlangsung.

AADK

AADK TURUN PADANG TARIK MINAT BELIA

23

Selain pendaftaran RADA, penggunjung booth AADK turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz ,permainan interaktif untuk ahli RADA dan banyak lagi. Bukan itu sahaja bagi melihat tahap kepuasan pelanggan, AADK turut mengedarkan borang kajian kepuasan pelanggan kepada 300 orang pengunjung yang bertuah untuk dijadikan responden kajian tersebut. Melalui komen yang diberikan, ternyata para pengunjung tertarik dengan perkhidmatan yang diberikan di samping pendekatan baru yang dilaksanakan oleh AADK melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia. Justeru melalui penyertaan program yang hebat ini, AADK dapat menjadikan ia sebagai salah satu platform terbaik bagi menyampaikan maklumat terkini agensi kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan belia yang sering terdedah kepada penagihan dadah.

24

AADK SANA SINI

PROGRAM

KEMBARA SALIKIN 2011


Cawangan Agama dan Pembangunan Insan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama AADK Negeri Johor serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah mengadakan Program Kembara Salikin 2011 pada 6 hingga 8 Mei lalu bertempat di Felda Sungai Sayong Kulaijaya Johor. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengintegrasikan diri klien AADK dalam masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA di samping menanam sikap positif ke arah kepulihan para peserta berpandukan al-Quran. Peserta yang menyertai program ini adalah seramai 141 orang yang terdiri daripada klien AADK di PUSPEN, Klinik C&C 1Malaysia dan Rumah Komuniti di sekitar negeri Johor. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Program Khidmat Masyarakat dan Tazkirah Menuju ke Pusara Damai, ceramah perdana, ceramah motivasi, karnival sukan rakyat, Qiamullail dan aktiviti gotong royong. Penduduk setempat turut menyertai aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan klien AADK yang menyertai program tersebut. Aktiviti Ceramah Perdana dan Sukan Rakyat adalah acara yang paling mendapat sokongan dan sambutan yang amat positif oleh penduduk setempat. Karnival Sukan Rakyat telah dimeriahkan dengan acara sukan futsal, tarik tali, petanque dan banyak lagi. Klien AADK telah menyertai semua acara yang dipertandingkan bersama-sama dengan penduduk FELDA. Peserta telah memberikan respon yang amat positif dalam mengintegrasikan diri mereka kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA. Penerimaan masyarakat FELDA terhadap klien AADK juga amat baik dan ini sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat bersedia menerima dan membantu klien AADK dalam menjauhkan diri dari masalah penagihan dadah.

Pelaksanaan program pendidikan pencegahan dan kesedaran dadah terutamanya terhadap pelajar yang positif saringan urin dan berisiko tinggi sangat penting dalam membentuk sahsiah murni mereka. Selaras dengan perkara tersebut satu kem intensif Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah diadakan pada 18 hingga 21 Mei yang lalu di Pusat Kokurikulum, Pulau Pinang. Program anjuran AADK Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terdiri daripada 153 pelajar dari 24 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang telah menyertai program tersebut. Antara objektif utama kem ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya kehidupan yang sihat sejahtera bagi menghadapi cabaran hidup masa hadapan dengan menjauhkan diri daripada kegiatan negatif. Seramai 40 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai AADK dan pegawai Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terlibat dalam mengendalikan kem ini. Dari maklumbalas yang diterima, pengisian program tersebut seperti ujian saringan urin, ceramah, latihan dalam kumpulan, kerohanian dan aktiviti lasak seperti abseiling, wall climbing serta flying fox telah berjaya menarik minat semua pelajar yang terlibat. Selain AADK dan Jabatan Pendidikan, kem ini turut mendapat kerjasama daripada jabatan lain seperti Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia. Semua peserta telah memberikan maklumbalas positif terhadap kem ini dan berharap supaya ianya dapat diteruskan pada masa akan datang. Pengawasan terhadap pelajar-pelajar ini akan diteruskan dengan pengukuhan sahsiah diri. Perasmian penutup pada 21 Mei 2011 telah disempurnakan oleh Tuan Hj Ahmad Tarmizi bin Kamarudin, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

SHIELDS DI PULAU MUTIARA

Jom PEKENA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, kontijen AADK turut tidak ketinggalan menyertai perarakan yang diadakan di Putrajaya. Kontijen seramai 60 orang tersebut telah diketuai oleh Ustaz Ruslan Said, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Agama AADK. Perarakan tersebut bermula di hadapan Masjid Putra, Putrajaya dan berakhir di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis di Masjid Sultan Zainal Abidin itu turut disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong serta pemimpin-pemimpin kanan kerajaan yang beragama Islam. Perarakan tersebut adalah sebagai satu simbolik perpaduan di kalangan umat Islam bersesuaian dengan tema Maulidur Rasul 1432, 1Malaysia 1Ummah. Diharapkan agar seluruh warga AADK akan lebih bersatu padu dalam memerangi

Menghayati

JOM PEKENA TEH TARIK Kuala Lumpur 1 Ogos 2011; Bertempat di Perkarangan Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, satu program santai bersama klien CCSC iaitu Program Jom Pekena Teh Tarik telah diadakan disini semalam. Program berkenaan telah dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah Haji Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan turut dihadiri oleh seramai kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada klien CCSC dan juga para pegawai Ibu Pejabat AADK dan Wilayah Persekutuan. Pada ucaptama YBhg. Puan Sri Dato Zuraidah, beliau telah merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu CCSC Chow Kit diatas inisiatif penganjuran program berkenaan. Melalui program ini, hubungan antara klien, warga kerja CCSC Chow Kit dan masyarakat dapat diperkukuhkan lagi dan juga nilai-nilai semangat kesukarelawan dapat diperluaskan lagi tambah beliau. Di samping itu beliau turut memaklumkan bahawa CCSC Chow Kit adalah merupakan fasiliti pemulihan yang pertama dilaksanakan oleh AADK di bawah program outsourcing. Penglibatan NGO iaitu Yayasan Salam dalam mengendalikan program pemulihan di CCSC Chow Kit telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana hampir 10 ribu orang telah mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan sejak ia dibuka pada Februari yang lalu. Atas kejayaan tersebut, AADK merancang akan membuka dan melaksanakan pendekatan yang sama di empat buah CCSC lain iaitu di Kampung Kerinchi, Kampung Pandan, San Peng dan Sentul tidak lama lagi. Adalah menjadi harapan saya melalui pendekatan yang lebih lembut dan humanistic ini ia akan dapat menarik lebih ramai lagi mereka yang terlibat dengan penagihan untuk tampil secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan di CCSC, ujar beliau lagi. Majlis yang berlangsung dari jam 2.00 petang itu turut diserikan dengan gimik perasmian progtram dengan YBhg. Puan Sri Dato telah membancuh teh tarik bersama-sama Pengarah AADK Wilayah Persekutuan.

TEH TARIK

ALAMAT CCSC & C&C

25

Klinik C&C 1Malaysia dan CCSC


KLINIK C&C 1 MALAYSIA
KLINIK C&C 1MALAYSIA SUNGAI BESI Batu 7,Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9056 2997/ 9056 2945/ 9057 2960 Feks: 03- 9058 7525 KLINIK C&C 1MALAYSIA BUKIT MERTAJAM Jalan Kampung Baru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel: 04-5304923/ 5376675 Feks: 04-539 4835 KLINIK C&C 1MALAYSIA TAMPOI 81200, Johor Bharu. Tel: 07-236 1711 Feks: 07-237 1799 KLINIK C&C 1MALAYSIA PAPAR Beg Berkunci No. 7, Batu 30, Jalan Papar, Beaufort, 89609, Papar, Sabah. Tel: 088-912893/ 912487 Feks: 088-915786 KLINIK C&C 1 MALAYSIA KOTA BHARU Jalan Padang Tembak, 16100, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7717350/ 7717357 Feks: 09-749816 KLINIK C&C 1MALAYSIA KUCHING Km 10, Jalan Penrissen, 93250, Kuching, Sarawak. Tel: 082-612411/ 612412 Feks: 082-612785 KLINIK C&C 1 MALAYSIA TAMPIN 73000, Tampin Pos, Pulau Sebang, Melaka Tel: 06-4411922 Feks: 06-4417858 KLINIK C&C 1MALAYSIA JERANTUT KM 4, Jalan Benta, 27000, Jerantut, Pahang Tel: 09-266 5442 / 5443 / 6525 / 5399 Feks: 09-266 6106

ALAMAT

CCSC (PKAADK)
PKAADK KANGAR Lot 2374, Persiaran Jubli Emas Simpang Tiga 01000, Kangar, Perlis. Tel: 04-9770268 Feks: 04-9770268 PKAADK SEBERANG PERAI UTARA Jln Kg Baru, Kg Selamat 13300, Tasek Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Tel: 04-5701100 Feks: 04-5701105 PKAADK BARAT DAYA Jalan Sungai Pinang 11000, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tel: 04-8691805 Feks: 04-8691801 PKAADK TELUK BAHANG Jalan balai Polis 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Tel: 04-8811444 PKAADK BATU GAJAH (PERAK TENGAH) No 509, Jalan Kelab 31000, Batu Gajah, Perak. Tel: 05-3665104 Feks: 05-3657033 PKAADK KINTA Tingkat 4, Blok A Bangunan Persekutuan (Greentown) Jalan Dato' Seri Ahmad Said 30450, Ipoh, Perak. Tel: 05-2436157 Feks: 05-2436158 PKAADK IPOH No 79A, Jln Dato Onn 30000, Ipoh, Perak. Tel/Feks: 05-2412242 PKAADK WP KUALA LUMPUR Lot 2329,Lorong Perdana 1A Kompleks Kerajaan Bukit Perdana Jalan Dato Onn 50546, Kuala Lumpur. Tel: 03-26927549 Feks: 03-26980475 PKAADK CHOW KIT No 24 A&B, Lorong Hj Taib 3 30350, Kuala Lumpur. Emel: ccsc.chowkit@gmail.com PKAADK HULU SELANGOR JKR 228, Jalan Syed Manshor 44000, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tel: 03-60642435 Feks: 09-60645496 PKAADK AMPANG No 9A, Jalan Wawasan 4/6 Bandar Baru Ampang 68000, Ampang, Selangor. Tel: 03- 4270 1393 Feks: 03- 4270 1385 PKAADK HULU LANGAT No 1/1B & 1/1F, Jalan Hentian 1B, Jalang Reko 43000, Kajang, Selangor. Tel: 03- 87337516 PKAADK SEREMBAN 630, Jalan Dato' Kelana Makmur 70200, Seremban, N.Seremban. Tel: 06-7635986 Feks: 06-7673921 PKAADK PORT DICKSON Batu 12, Kg Teluk Pelanduk 71050, Si Rusa, Port Dickson, N. Sembilan. Tel: 06-6625811 Feks: 06-6625816 PKAADK KUALA PILAH No 14, Jalan Bukit, 72000, Kuala Pilah, N.Sembilan. Tel: 06-6625811 Feks: 06-6625816 PKAADK JEMPOL Bt 38, Kg Serting Tengah 72200, Batu Kikir, N.Sembilan. Tel: 06-4982430 Feks: 06-4982431 PKAADK TAMPIN 73000 Pulau Sebang Tampin, N.Sembilan. Tel: 06-4415803 Feks: 06-4415808 PKAADK MUAR JKR 209, Jalan Timbalan 84000, Muar, Johor. Tel: 06-9535062 Feks: 06-9555061 PKAADK SEGAMAT PKR 5, Jalan Awang 85000, Segamat, Johor. Tel: 07-9324082 Feks: 07-9314103 PKAADK BATU PAHAT Aras 2, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Bakau Condong 83000 Batu Pahat, Johor. Tel: 07-4325316 Feks: 07-4339214 PKAADK KOTA TINGGI JKR 115, Jln Omar 89100 Kota Tinggi, Johor. Tel: 07-8835877 Feks: 07-8835866 PKAADK PONTIAN Lorong Surau Kg Rimba Terjun 82000, Pontian, Johor. Tel: 07-6870000 Feks: 07-6882695 PKAADK DESA DAMAI Jalan Taruka 80350, Larkin Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2381295 Feks: 07-2341003 PKAADK KUANTAN JKR 421, Jln Gambut 25000, Kuantan, Pahang. Tel: 09-5130821 Feks: 09-5735641 PKAADK JENGKA D/A Balai Raya Lama, Sri Dahlia Jengka 3, 26400, Bandar Tun Abd Razak Pahang. Tel: 09-4774052/53 ( AADK Maran) Feks: 09-4773706 ( AADK Maran) PKAADK KUALA TERENGGANU Tgkt 1, Bangunan UMNO Kuala Terengganu Jalan Gong Kapas 20200, Kuala Terengganu Terengganu. Tel: 09-6301280 Feks: 09-6301282 PKAADK HULU TERENGGANU No 2, Taman che Ngah 21820, Ajil Hulu Terengganu Terangganu. Tel: 09-6862949 Feks: 09-6862166 PKAADK BESUT No 177, Kuaters 21820, Ajil Hulu Terengganu. Terangganu. Tel: 09-6862949 Feks: 09-6862166 PKAADK KUCHING Lot 123, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui Peti Surat 2347 93300 Kuching, Sarawak. Tel: 082-426415 Feks: 082-427102

r k

eja STanpa htera

Hidup

DAH DA
MS S

88 158

Agensi Antidadah Kebangsaan National Anti-Drugs Agency

Kementerian Dalam Negeri. Jalan Maktab Perguruan Islam 43000 Kajang, Selangor Tel: 03 - 8911 2200 Fax: 03 - 8926 2055 Email: webmaster@adk.gov.my Website: www.adk.gov.my

Layari Facebook kami di:

You might also like