You are on page 1of 3

PING PONG

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong


Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSS yang sedang
berkuatkuasa sekarang.

2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1 Perseorangan
2.2 Bergu
2.3 Perseorangan bagi pemain bukan kaum Cina

3. BAHAGIAN UMUR

3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah


3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah
3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah
3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah

4. PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara


perseorangan dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan
bawah 12 dan 18 tahun).
4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang
pemain perseorangan. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).
5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.


5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.
5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah,
tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima
permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh
Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh
perlawanan.
5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah,
tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima
permainan.
5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga
kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

6. KELEWATAN

6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit


sebelum perlawanan dimulakan.
6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat,
selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0,
11-0, 11-0.

7. PAKAIAN
7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.
7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping
pong.

8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN
8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan
dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan
oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.
8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak
dibenarkan bertanding.
8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.
8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen
pengesanan had umur.
8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu
salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru
Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.

9. ALATAN PERTANDINGAN
9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m
9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

10. BANTAHAN
10.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri.

11. JURI RAYUAN


11.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri

You might also like