You are on page 1of 29

PENGAJIAN SOSIAL (GEOGRAFI)

TAJUK PEMBENTANGAN: Pembentukan landskap di kawasan lembangan sungai

Terdapat pelbagai bentuk landskap di kawasan lembangan sungai. Antaranya ialah :


LURAH V, AIR TERJUN, TAWANAN SUNGAI, SUSUH BUKIT BERPANCA, JERAM, LURAH U, LIKUAN SUNGAI, TASIK LADAM, U LEBAR, DATARAN BANJIR, TETAMBAK DAN CABANG SAYUNG.

Bagaimanapun, bentuk-bentuk ini terbentuk pada 3 bahagian sungai iaitu HULU SUNGAI, TENGAH SUNGAI dan HILIR SUNGAI.

BENTUK MUKA BUMI DI HULU SUNGAI


LURAH V AIR TERJUN TAWANAN SUNGAI SUSUH BUKIT BERPANCA JERAM

LURAH V

BENTUK MUKA BUMI: Lurah ini bertebing sangat curam dan menjadi gaung yang sangat dalam. Wujud di kawasan hulu sungai. PROSES KEJADIAN: Hakisan menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai, menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan. Selain itu lurah V dan gaung juga terbentuk akibat proses rujuvenasi (balik muda sungai) yang berpunca daripada kejatuhan aras laut. Apabila aras laut jatuh, sungai terpaksa memperdalamkan lurahnya semula bagi mencapai tahap keseimbangan yang baru. Antara contoh gaung yang dalam ialah Grand Canyon di Amerika Utara.

AIR TERJUN

Apabila air sungai sampai ke satu lapisan lembut, hakisan menegak akan berlaku lalu dasar sungai akan didalamkan untuk membentuk satu kolam air terjun.

CIRI BENTUK MUKA BUMI: Air terjun merupakan aliran sungai setingkat yang terjun dari poin yang tinggi. PROSES PEMBENTUKAN: Dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar antara batuan keras dengan lembut. Paling atas biasanya terdiri daripada batuan yang keras seperti batuan sil. Lapisan ini amat sukar dihakis dan aliran air sungai mengalir di atasnya. Manakala lapisan lembut yang berada di bawah sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat yang lebih tinggi. Tindakan hidraulik air sungai mampu mengorek, mencungkil, dan memusnahkan lapisan batuan lembut yang berada di bawah untuk membentuk lubuk tunjam yang dalam.

TAWANAN SUNGAI

SUNGAI A menawan sungai B. Oleh itu, sungai A dipanggil sungai menawan dan sungai B dipanggil sungai ditawan. Sungai A terletak di paras yang lebih rendah darip[ada sungai B. air yang mengalir keluar di mata air sungai A akan menyebabkan hakisan unduran ke belakang sehingga sampai ke sungai B

SUSUH BUKIT BERPANCA

Sungai akan berliku mengalir antara kaki bukit.kaki bukit yang membentuk satu corak yang berselang seli antara satu sama lain dipanggil susuh bukit berpanca.

JERAM

Lapisan lembut akan lebih cepat dihakis berbanding lapisan keras. Oleh itu, lapisan keras menonjol ke atas sebagai halangan kepada aliran air sungai. Air sungai yang menemui halangan keras ini akan meloncat ke atas untuk membentuk jeram.

CIRI PEMBENTUKAN: Aliran air terjun yang tertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun yang berbeza. PROSES PEMBENTUKAN: Sekiranya struktur batuan dalam keadaan condong dan berselang seli antara batuan keras dengan lembut, maka pergerakan air terjun kelihatannya bertingkat-tingkat yang dinamakan jeram. Batuan keras amat sukar dihakis dan tertonjol di dasar sungai. Kesannya aliran air sungai akan tersekat dan terpaksa mengalir secara lompatan menuruni bonjolan batuan keras tersebut.

BENTUK MUKA BUMI DI PERINGKAT TENGAH SUNGAI


LURAH U LIKUAN SUNGAI / TEBING CENURAM / TEBING LANDAI

LURAH U

Di peringkat tengah sungai, hakisan mendatar sisi lebih giat daripada hakisan menegak. Oleh itu dasar sungai tidak didalamkan tetapi tebing sungai dilebarkan untuk membentuk lurah mementuk U.

LIKUAN SUNGAI / TEBING CENURAM / TEBING LANDAI

Aliran air sungai akan memukul tebing luar sungai dan pukulan air sungai ini akan menyebabkan hakisan di tebing lkuar sungai. Sementara di tebing dalam sungai, aliran air sungai adalah lambat lalu mengglakkan pemendapan di semua tebing sungai.

Proses hakisan dan pemendapan adalah lebih jelas diperhatikan jika satu profil rentas a-b dilukiskan di salah satu likuan sungai. Didapati bahawa tebing luar akan mengalami hakisan lalu membentuk tebingcenuram. Di tebing dalam likuan, pemendapan giat berlaku lalu membentuk tebing landai.

BENTUK MUKA BUMI DI PERINGKAT HILIR SUNGAI


PEMBENTUKAN TASIK LADAM LURAH SUNGAI BERBENTUK U LEBAR DATARAN BANJIR, TETAMBAK DAN CABANG SAYUNG.

PEMBENTUKAN TASIK LADAM

Hakisan sungai lebih kuat di tebing luar likuan sungai berbanding di tebing dalam likuansungai. Oleh itu, proses hakisan sungai berlaku di A dan B.

Dengan hakisan di A dan B yang berterusan, A akanbercantum di B. aliran sungai pula akan mengalir terus dari A ke B dan likuan yang terpotong itu dipanggil likuan terpenggal.

Dengan prjalanan masa, proses pemendapan akan berlaku di C dan D serta pemendapan di sini menghalang aliran air memasuki ke kawasan likuan sungai.

Akhirnya bahagian likuan ini terpisah daripada aliran sungai utama lalu membentuk sebuah tasik ladam. Tasik ladam ini akan menjadi satu kawasan yang berpaya.

LURAH SUNGAI BERBENTUK U LEBAR

Di peringkat hilir sungai, sungai kehilangan tenaga untuk menghakis dan juga tidak berupaya untuk mengangkut beban batuannya. Oleh itu, beban batuan ini dimendapkan di dasar sungai dengan banyaknya. Kadar pemendapan yang tinggi menyebabkan paras air sungai semakin cetek. Dasar sungai yang sangat cetek ini mudah menggalakkan kejadian banjirdan setiap kali banjir, bahan mendapan disebarkan ke keduadua tebing sungai untuk melebarkan lagi bentuk lurah U sungai ini.

DATARAN BANJIR, TETAMBAK DAN CABANG SAYUNG.

Banjir yang berterusan menyebabkan mendapan yang bertambah banyak di tebingtebing sungai. Pemendapan ini akan semakin meninggi untuk membentuk satu bukit yang memanjang yang dipanggil tetambak. Tanah mendapan yang berlebihan akan dimendapkan di teres-teres sungai untuk membentuk satu dataran banjir yang luas. Anak sungai dihalang memasuki sungai utama oleh tetambak.

Oleh itu, anak sungai ini terpaksa mengalir selari dengan tetambak untuk mencari satu tempat yang rendah sekali untuk mengalir masuk ke sungai utama. Semasa anak sungai mengalir secara selari dengan tetambak ia dipanggil CABANG SAYUNG. Pemendapan yang menonjol dari dasar sungai akan menghalang aliran sungai. Oleh itu, aliran sungai utama akan berpecahpecah kepada beberapa alur untuk membentuk satu corak sungai bersirat.

SEKIAN..

You might also like