You are on page 1of 13

GE6323 SOSIOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN

Norshihan bt Omar P66447 Rohaida bt Yusop P66489 Siti Nurliyanabt Ab Halim P66518 Tengku Fairus bt Raja Hassan P66536

TAJUK PERBINCANGAN
Pertukaran kod (code switching) adalah ciri utama dalam pertuturan bilingual. Apakah yang dimaksudkan dengan pertukaran kod (code switching) dan percampuran kod (code mixing). Berdasarkan penulisan dan kajian terdahulu, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kewujudan pertukaran kod dan percampuran kod dalam pertuturan bilingual.

Pertukaran kod (code switching)


* Kamus Linguistik (1997:8) -Penggunaan kelainan bahasa atau bergantung pada hakikat dengan siapa seseorang bercakap atau di mana dia bercakap. * Penggunaan kod yang melibatkan dua atau lebih ragam linguistik dalam perbualan atau interaksi yang sama (Carol & Ury, 1977). * Penggunaan dua bahasa secara berselang-seli (Valdes & Fallis, 1978).

Peranan Pertukaran Kod Dalam Pertuturan Guru Matematik dan Sains Di Sekolah Rendah(Razimi Zakaria : 2009)
- Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mendominasi interaksi di dalam bilik darjah dan penukaran kod merupakan satu strategi guru untuk menyampaikan isi kandungan kepada pelajar.

Faktor-faktor Kewujudan Pertukaran Kod 1.Latar belakang pendidikan dan latihan perguruan guru 2. Tahap penguasaan bahasa guru

Latar belakang pendidikan dan latihan perguruan guru - Kekurangan guru yang mahir berbahasa Inggeris kerana menerima pendidikan dan latihan perguruan dalam bahasa Melayu - Guru tidak bersedia untuk mengajar dan memerlukan waktu untuk menguasai bahasa Inggeris kerana tidak mempunyai kefasihan berkomunikasi berkenaan isi pelajaran terutamanya tajuk yang sukar.
Tahap penguasaan bahasa guru - Tahap penguasaan yang sederhana dan rendah
-

Latihan jangka pendek tidak mencukupi

Percampuran kod (code mixing)


* Kamus Dewan Edisi Keempat percampuran perihal bercampur atau bercampur aduk kod merujuk kepada tulisan dengan tanda yang mempunyai ciri tertentu

* Nik Safiah Karim (1990) -merujuk pencemaran kepada bahasa yang salah penggunaannya pada peringkat formal *Abdullah Hassan (2007) -merujuk kepada penutur yang menggunakan bahasa bercampur aduk

Percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan (Lee Wei Ying :2010)
Bil
1 2 3 4 5

Kosa Kata Bahasa Atau Dialek


Dialek Kelantan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Dialek Hokkien Bahasa Siam Jumlah

Kekerapan
77 63 60 54 32 286

Peratus %
26.92 22.03 20.98 18.88 11.19 100

Contoh perbualan responden: Jin wan wo mama malah zhufan ta jiao wo qu pasar male mai KFC

Malam ni saya emak malah masak, dia suruh saya pergi pasar male beli KFC Malam ini emak saya malas masak, dia suruh saya pergi beli KFC di pasar malam.

Faktor-faktor Kewujudan Percampuran Kod


1.Tahap penguasaan bahasa Mandarin yang rendah 2. Pengaruh pelbagai bahasa yang berlainan 3. Pengaruh latar belakang kaum Cina di Kelantan Tahap penguasaan bahasa Mandarin yang rendah - Mencampurkan kosa kata bahasa asing dalam interaksi mereka dengan tujuan untuk melicinkan proses pertuturan. Pengaruh pelbagai bahasa yang berlainan - Terdapat pelbagai bahasa yang mempengaruhi bahasa Mandarin iaitu bahasa Melayu, dialek Kelantan, bahasa Siam , dialek Hokkien dan

Pengaruh latar belakang kaum Cina di Kelantan

Di Kelantan, majoriti penduduk terdiri daripada kaum Melayu manakala kaum Cina adalah antara penduduk minoriti yang menetap di Kelantan. Oleh sebab itu, kebanyakan adat istiadat dan kehidupan mereka termasuk penggunaan bahasa banyak dipengaruhi oleh corak hidup orang Melayu.

Kesimpulan
- Kesimpulannya fungsi utama pertukaran kod adalah

untuk membantu dan memastikan kefahaman pelajar akan isi kandungan mata pelajaran yang diajar. (Razimi Zakaria : 2009)
-

Manakala dalam kajian( Lee Wei Ying : 2010) berpendapat, percampuran kod dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan telah menyebabkan berlakunya satu fenomena yang amat membimbangkan, iaitu penutur bahasa Mandarin yang bukan berasal dari Kelantan tidak dapat memahami bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan. Di samping itu, juga wujudnya perselisihan kefahaman sesama penutur bahasa Mandarin. Adakah ini merupakan satu keunikan bahasa? Ataupun merupakan satu pencemaran bahasa? Kaum Cina di Kelantan sendiri juga mempunyai pandangan dan pendapat yang berlainan berkenaan dengan persoalan ini.

- Jadi, bagi mengurangkan penggunaan


percampuran kod yang semakin berleluasa, semua pihak yang terlibat termasuklah pihak ibu bapa, pihak sekolah, pihak masyarakat dan penutur sendiri mesti mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengawal fenomena ini.

SEKIAN. THANK YOU .. SEKIAN. TERIMA KASIH..

You might also like