You are on page 1of 16

KITAB AL-LUMA` FI AL-RADD ALA AHL AL-ZIYAGH WA AL BIDA`

BIODATA PENGARANG

Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Ismail bin Ishak bin Ismail bin Abdullah Ibnu Musa bin Bilal bin Abi Bardah bin Abi Musa al-Asyaari. Beliau adalah seorang yang bermazhab Muktazilah. Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq, pada tahun 160 H. Penduduk Basrah mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 260 H bersamaan 873/874 M dan meninggal dunia pada 330 H bersamaan 941/942 M. Beliau dikebumikan berdekatan Wharf of the Water-Jars. Bandar bin al-Husain adalah hamba kepada Abu Hasan al-Asyaari mengatakan bahawa Abu Hasan al-Asyaari mendapat sumber pendapatan dari ladang warisan datuknya iaitu sebanyak 17 Dirham. Beliau belajar daripada bapa tirinya, yang bernama Ali al-Jubbai yang juga bermazhab Muktazilah. Oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan gurunya tentang perbincangan mereka berhubung dengan masalah

yang bermakna baik

dan lebih baik. Maka beliau terus meninggalkan mazhab Muktazilah dan terus mengajak dan menyeru masyarakat supaya kembali kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Perbuatannya ini seperti yang dilakukan oleh Wasil Bin Ata yang meninggalkan gurunya al-Hasan al-Basri, apabila beliau tidak bersetuju dengan pandangan gurunya berhubung dengan orang Mukmin yang melakukan dosa besar. Akhirnya Wasil mengasaskan satu aliran pemikiran lain, yang dikenali dengan nama mazhab Muktazilah.

KARANGAN AS-SYAARI Ibn Asakir berkata bahawa bilangan buku-buku al-Asyaari ialah 69 buah. Ibnu Asakir mengambil jumlah ini daripada Abu Bakar bin Furak yang berkata:

Inilah buku-buku yang ditulis olehnya sehingga tahun 320H. Jumlah ini tidak termasuk percakapannya yang disalin oleh orang lain lalu dibuat buku dan juga jawapanjawapan tentang berbagai-bagai masalah. Kitab beliau yang paling masyhur adalah dalam bidang aqidah. Beliau banyak menjawab persoalan dalam bidang ilmu kalam. Kitab beliau yang dijadikan rujukan dalam bidang ilmu kalam sehingga hari ini adalah seperti al-Ibanah Min Usul AlDiyanah, al-Syarh wa al-Tafsil fi al-raddi ala Ahl al-Ifqi wa al-Tadzlil dan Maqalat alIslamiyin. Ini adalah antara karangan beliau yang paling masyhur. Beliau juga telah menulis kitab al-Luma sebanyak 3 versi. Kitab yang pertama bertajuk al-Luma' fi alradd 'ala Ahli al-Ziyagh wa al-Bida` yang juga dinamakan kitab kecil bermaksud Catatan Singkat untuk menentang para pengikut aliran sesat dan bid'ah. Kitab yang kedua bertajuk al-Luma al-Kabir iaitu pengenalan kepada kepada karangan beliau yang lain dan kitab yang ketiga bertajuk al-Luma al-Saghir yang mana penulisan kepada pengenalan kitab al-Luma' al-Saghir.

ALIRAN PEMIKIRAN AL-ASYAARI

Pada mulanya beliau adalah seorang yang bermazhab Muktazilah. Abu Hasan alAsyaari walaupun sudah keluar dari mazhab Muktazilah, beliau masih lagi terpengaruh dengannya kerana beliau sudah lama menghayatinya dan berkecimpung dalam aliran pemikiran tersebut. Beliau hidup dalam aliran ini selama 40 tahun. Oleh itu, beliau tidak dapat melepaskan diri dengan sepenuhnya dari pemikiran aliran mazhab Muktazilah. Ini jelas menunjukkan bahawa pemikirannya masih lagi berpegang kuat kepada akal pemikiran di samping nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Buktinya, beliau mengambil jalan tengah di antara fuqaha (ahli Feqh) dan muhaddisin (ahli Hadith) dengan Muktazilah. Umpamanya dalam masalah sifat alKalam yang bermaksud kalam Allah, beliau berkata dengan kalam lafzi bahawa itu adalah makhluk dan baharu. Akan tetapi beliau berkata kalam nafsi adalah qadim, bukan makhluk. Pandangan Asyari ini mendapat sambutan masyarakat umum pada masa itu.

Pada hakikatnya, fahaman Asyairah adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah wa al-Jamaah, tetapi fahaman tradisi ini tidak dapat memberikan kefahaman yang tepat dan menyeluruh tentang Ahli Sunnah wal Jamaah. Fahaman ini juga tidak mampu merentasi generasi Islam yang berada di awal abad Islam yang dikenali sebagai ahli salaf atau generasi sebelum Abu Hasan Asyari. Perkembangan Asyairah ini bukanlah sealiran dengan aliran Salafiyyah kerana Abu Hasan al-Asyaari telah lama berkecimpung dalam mazhab Muktazilah. Manakala salah seorang pengikutnya iaitu Imam al-Ghazali juga telah lama berkecimpung dalam falsafah. Oleh sebab itu golongan ini boleh dianggap sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah al-Khalafiyyah.

METODE PEMIKIRAN AL-ASYAARI Abu Hasan al-Asyaari adalah seorang yang terkenal kewibawaanya dalam membela dan mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah daripada dipermainkan oleh golongan yang menyeleweng. Beliau muncul dalam suasana kemelut dan pertarungan yang berlaku di antara golongan Muktazilah yang sangat yakin dengan kewibawaan akal dalam menangani isu akidah serta golongan Mujassimah (anthropomorphists) dan Karramiah yang terus berpegang kepada pendekatan lafzi atau literal.

Beliau membanteras segala fahaman yang bercanggah dengan al-Quran dan alHadis serta memberi keutamaan terhadap kritikannya kepada Muktazilah supaya sejarah hitam yang berlaku pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal tidak berulang lagi. 1 Kesederhanaan sikap dan pendekatan Asyaari ternyata apabila beliau menolak keduadua golongan di atas yang dianggap keterlaluan. Beliau menerima pendekatan ahli salaf dan pendekatan akal dalam memahami teks (nas-nas) agama tetapi tidak sampai ke tahap peranan dan kewibawaan akal di kalangan Muktazilah. Asyari juga tidak menerima manhaj literal di dalam memahami akidah Islam seperti yang dianuti oleh golongan Mujassmah dan Karramiah.

Ibid.

Pendekatan kesederhanaan ini terkandung dalam dua ungkapan Asyari iaitu yang pertama, manhaj dan dasar agama yang dipegang dengannya ialah al-Quran dan alsunnah dan apa yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabiin dan imam-imam hadith : Kita berpegang dengan apa yang dikatakan oleh Ahmad Bin Hanbal, dan sesiapa yang menentang atau menyalahi pendapatnya maka dia menyalahi prinsip-prinsip di atas. Kedua, beliau menyatakan bahawa sesungguhnya segolongan manusia yang menjadikan kejahilan sebagai asas pegangan, mereka akan lebih cenderung bertaklid, mengkritik sesiapa juga yang menganalisis dasar agama dan menganggap perbuatan itu menyeleweng. Dalam menentukan masalah agama, hendaklah dikembalikan kepada sumbernya yang disampaikan iaitu wahyu. Begitu juga masalah yang berkaitan dengan akal dan deria hendaklah dikembalikan kepada sumbernya. Ia tidak boleh mencampur aduk dengan masalah aqli dengan masalah samiyat begitu juga sebaliknya. Kesimpulannya, kedua-dua ungkapan Asyaari di atas, jelas menunjukkan sikap kesederhanaan beliau. Ungkapan pertama, beliau tidak memberikan kewibawaan secara mutlak kepada akal sekalipun untuk memperkukuhkan agama atau akidah. Oleh itu, beliau lebih menekankan perlunya umat Islam kembali berpegang kepada nas-nas agama tanpa membuat takwil yang jauh. Beliau juga lebih bersifat terbuka dan menentang pemikiran yang jumud dan taklid buta. Di samping, mengajak masyarakat kembali kepada manhaj ahli Salaf, beliau juga mengajak masyarakat memberikan perhatian dan tempat kepada peranan akal dalam mengukuhkan agama dan akidah yang dinyatakan dalam nas-nas agama. Oleh itu dengan adanya panduan dalil aqli dan naqli, adalah lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam tentang akidah sekaligus memudahkan penyebarannya kepada masyarakat yang belum Islam. Walaupun demikian, keterbukaan beliau tetap mengutamakan nas daripada akal. Keduadua manhaj salaf dan khalaf adalah bertepatan dan ianya boleh digunakan. Asyaari juga turut menggunakan kedua-dua manhaj tersebut dalam penulisanya dalam bidang aqidah. Dalam kitabnya yang bertajuk al-Ibanah Min Usul al-Diyanah beliau

menyokong kuat Imam Ahmad Bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiyah yang mendokong fahaman Muktazilah pada zamannya. Manakala kitab alLuma fi al-Radd ala Ahl al-Ziyagh wa al-Bida` pula, beliau telah menggunakan

manhaj khalaf. Kitab ini ditulis untuk menyangkal golongan atheis, Muktazilah, Rafidah, Jahmiyyah, Khawarij.Ini menunjukkan Asyaari bukanlah seorang yang jumud terhadap pemikiranya.

SEJARAH KITAB AL-LUMA Naskhah asal kitab ini terdapat di Perpustakaan Muzium Britain. Kitab ini telah diterbitkan oleh Richard J. McCarthy, S.J. di Beirut pada tahun 1953 M beserta terjemahannya di dalam bahasa Inggeris yang bertajuk The Theology of al-Asyaari. Cetakannya yang kedua pula muncul di Kaherah yang diselia oleh Doktor Hamoudah Gharabah seorang pensyarah di Pusat Kebudayaan Islam di London yang diletakkan di depan risalahnya tentang Asyaari dan mazhabnya pada tahun 1975 M. Sebahagian daripada buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman oleh J. Hell dengan tajuk Von Muhammed bis Ghazali. Kitab al-Luma fi al-Radd Ahl al-Ziyagh wa al-Bida` ditulis untuk menolak segala pandangan ahl Bidah terhadap Ahl Sunnah. Dalam kitab ini Abu Hassan Asyaari telah menjawab dan mengkritik pandangan ahl Bidah. Beliau telah menghuraikan dengan terperinci tentang masalah-masalah berkaitan dengan ketuhanan dan persoalanpersoalan iman dan sebagainya. Sebelum penulisan Al-Luma, Abu Hassan Asyaari berpegang kepada tiga kitab utama yang lain. Iaitu kitab al-Ibanah Min Usul Al-diyanah, al-Syarh wa al-Tafsil fi alraddi ala Ahli al-Ifqi wa al-Tazlil dan Maqalat al-Islamiyin. Dalam kitab Maqalat telah menerangkan dan memberi beberapa maklumat secara ringkas terhadap pemikiran Ahli Hadith dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam kitab ini juga banyak menghuraikan tentang kepercayaan ahl-Sunnah terhadap Rukun Iman. Selain itu turut menerangkan beberapa tafsiran terhadap ayat-ayat mutasyabihat dan sebagainya. Persoalan-persoalan yang terkandung dalam al-Luma banyak terjawab di dalam kitab Maqalat ini. Hampir keseluruhan isi kandungan ini mengandungi jawapan-jawapan di dalam kitab al-Luma. Kitab yang kedua ialah kitab Ibanah. Di dalam kitab ini mendedahkan tentang pemikiran dan pegangan Ahl al-Haq wal-Sunnah. Di dalam kitab ini juga,

kandungannya banyak persamaan dengan Maqalat. Kebanyakannya membincangkan persoalan-persoalan berkenaan dengan iman dan kepercayaan Ahl Sunnah wal-Jamaah.

ISI KANDUNGAN KITAB AL-LUMA Kitab al-Luma fi al-Radd Ahl al-Zaighi wa al-Bida` ini mempunyai sepuluh topik iaitu: 1. Persoalan Tentang Allah & Sifat-sifatNya 2. Persoalan al-Quran & IradahNya 3. Persoalan Tentang Janji Tuhan 4. Persoalan Tentang Penglihatan / Pandangan 5. Persoalan Tentang Qadar ( Ketentuan ) 6. Persoalan Tentang Kemampuan 7. Persoalan Tentang Keadilan & Ketidakadilan Allah 8. Persoalan Tentang Iman 9. Persoalan Tentang Am & Khas ( balasan baik & buruk ) 10. Persoalan Tentang Imamah

7.0

PENJELASAN TOPIK

BAB PERTAMA : PERSOLAN TENTANG ALLAH DAN SIFAT-SIFATNYA Pembuktian setiap kejadian sesuatu makhluk pasti ada penciptanya. Dakwaan bahawa Pencipta tidak sama atau setaraf dengan makhluk. Persoalan tentang kewujudan Tuhan adalah Maha Esa. Pembuktian mengenai kebangkitan semula makhluk Penafian terhadap Tuhan itu berjasad. Persoalan tentang Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu. Persoalan tentang Tuhan Maha Mendengar dan Maha Melihat.

RUMUSAN:

Terdapat pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh golongan ahl zaighi wa al badie di dalam bab pertama. Mereka mengemukakan persoalan tentang bukti setiap kejadian di atas muka bumi ini mempunyai pencipta, dan bukti Pencipta sesuatu makhluk adalah tidak sama atau tidak setaraf dengan ciptaanNya. Mereka juga mempertikaikan tentang kewujudan Tuhan adalah Maha Esa serta meminta penjelasan tentang kebangkitan semula makhluk selepas mati. Selain itu, mereka juga menafikan Tuhan itu berjasad serta meminta dalil-dalil dan pembuktian bahawasanya Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu lagi Maha Mendengar dan Maha Melihat. Segala bantahan dan persoalan-persoalan tersebut telah diterangkan oleh alAsyaari dengan mudah. Sesungguhnya Allah adalah pencipta sekalian alam. Dia adalah Tuhan yang Maha Esa.Berdasarkan dalil Laisa kamislihi syai ann. Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu dan segala ciptaanNya tidak sia-sia kerana pasti ada hikmah dan matlamatnya.

BAHAGIAN KEDUA : MEMBINCANGKAN KEKUASAANNYA Persoalan tentang kata-kata Tuhan dan kalamNya bukanlah makhluk. Persoalan tentang pengertian InsyaAllah. Persoalan tentang kekusaan Tuhan mengubah segala sesuatu rancangan manusia. Kenapa kamu menafikan kalam Allah yang berbunyi Jika Dia mengkehendaki sesuatu hanya berkata padaNya Jadilah maka terjadilah iadengan penafian bahawa semua penciptaanNya bukan lah hakikat sesuatu. Mempertikaikan kekuasaan Allah bahawasanya Dia mampu merubah sesuatu yang dirancang manusia. Persoalan tentang konsep keabadian Allah SWT. TENTANG KALAM AL-QURAN DAN

RUMUSAN :

Pertanyaan-pertanyaan sebegini banyak dirungkaikan dengan ayat-ayat Al-Quran. Abu Hassan Asyaari menjelaskan dengan begitu terperinci berdasarkan kalam Allah. Segala contoh-contoh yang digunakan begitu mudah dan senang difahami. Bagi Asyaari, beliau cuba menjawab semua pertanyaan golongan ahl zaighi wa al badie dengan jawapan yang ringkas dan padat. Jika Al-Quran adalah makhluk, maka Tuhan tidak akan mengatakan Jadilah!. Tetapi, ayat-ayat Al-Quran mengatakan bahawa, mustahil ia mengatakan dengan sendirinya. Pasti ada yang menciptanya iaitu Allah. Hal ini kerana ayat-ayat al-Quran tidak boleh difahami dengan melihat satu ayat sahaja, ia perlu diperincikan dengan ayat-ayat seterusnya. Maka, barulah pemahaman sesuatu itu kan lebih difahami.

Segala dalil-dalil atau bukti yang dijelaskan menunjukkan bahawa, kalam Allah adalah Qadim dan ianya membuktikan juga, kekuasaan Nya Qadim. Kerana sekiranya ia baharu, ia mungkin dijadikan oleh Allah, atau selain daripada Allah ataupun sebagai untuk kepentinganNya sendiri. Manusia mampu atau boleh merubah nasib yang ditakdirkan keatas dirinya dengan berusaha serta berdoa kepada Allah dan sentiasa melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kalam Allah telah tertulis dan ianya datang daripada Allah sendiri. Segala kalamNya adalah yang paling benar belaka. Oleh itu setiap yang dijanjikan didalam Al-Quran pasti akan berlaku dan manusia wajib beramal dan mempercayai Kalam Allah.

}28{
Sesungguhnya perintahNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya Jadilah!, maka terjadilah ia Surah Yaasin (36): 82

BAHAGIAN KETIGA :

MEMBINCANGKAN TENTANG JANJI TUHAN Persoalan tentang janji Tuhan kepada manusia. Mengatakan kelemahan Tuhan terhadap manusia. Penafian terhadap kehendak Tuhan dan HubunganNya.

RUMUSAN :

Dalam perbincangan ini, Abu Hassan menegaskan bahawa setiap apa yang dijanjikan oleh Allah pasti akan berlaku. Malah, Dia juga mampu merubah sesuatu mengikut kehendakNya. Sesuatu yang Tuhan tidak lakukan bukanlah beerti Tuhan lemah atau tidak mampu, malah ia sebenarnya bergantung kepada kehendak Tuhan serta hubungan makhluk dengan Tuhan samada ia benar-benar mahukan sesuatu itu secara ikhlas mahupun tidak. Kadang-kadang Tuhan sengaja mahu menguji hambaNya sekiranya tidak memenuhi permintaan mereka. Samada manusia ini mampu bersabar ataupun tidak mampu. Sesuatu benda atau kejadian yang terjadi bukan daripada arahan atau kehendakNya adalah mustahil, dan Dia pastilah yang melakukannya. Dan bukanlah kelemahan mengatasi Nya. Kita mempercayainya kerana janji Tuhan merupakan salah satu

kelebihan dan kebesaran Tuhan. Sebagaimana yang kita telah dibuktikan bahawa ianya mesti meliputi segala kebenaran. Berkaitan dengan ilmu ketuhanan. Tiadalah sebarang dusta.

Tambahan pula Tuhan adalah pencipta segala yang wujud. Dan Dia tidak akan mencipta apa yang Dia tidak mahu. Sebagaiman firmanNya yang bermaksud :

Maha kuasa berbuat apa yang dikehendakiNya Surah Al-Buruj (85): 16 Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu mengkehendaki yang lain. Sesungguhnya Tuhanmu Maha pelaksan terhadap apa yang dikehendaki Nya. Surah Huud (11): 107

BAHAGIAN KEEMPAT :

MEMBINCANGKAN TENTANG PENGLIHATAN

Sebagaimana yang diketahui, pandangan Tuhan bukanlah sepertimana pandangan makhluk. Ianya berbeza sama sekali. Manusia melihat melalui pancaindera iaitu mata. Tetapi Allah tidak melihat sebagaimana manusia lihat. Asyari menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan penglihatan Tuhan.Antara soalan yang dikemukankan ialah : mengatakan pandangan Tuhan dengan sebahagian daripada bahagianbahagian Qias. Kemudian, maksud ayat Dan tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah yang maha Halus lagi maha Mengetahui(Al-Anam :103) ? Mereka menafikan ayat melihat ke arah Tuhan mereka dengan mengatakan melihat ke arah ganjaran Tuhan.

RUMUSAN : Abu Hassan Asyaari telah mengemukakan pandangan beliau yang bernas sebagai menjawab persoalan yang oleh golongan tersebut. Beliau telah mengeluarkan hujah-hujah yang mudah difahami.

Berdasarkan keterangan ayat tersebut, bukanlah digambarkan mereka (orang-orang mukmin memandang ke arah Allah, malah sebenarnya bermaksud, mereka melihat kepada ganjaran yang akan dikurniakna oleh Allah. Iaitu allah menjanjikan sesuatu yang setimpal dengan apa yang mereka(orang-orang mukmin) lakukan. Secara keseluruhannya Abu Hassan Asyaari ingin menjelaskan bahawa, Allah melihat makhluk Nya dengan pandanganNya, dan kita tidak akan mampu untuk mengetahui bagaimana penglihatan Tuhan terhadap makhluk. Menurut Asyaari, Hal ini kerana kita tidak mampu mengetahui bagaimana Tuhan melihat. Semuanya digambarkan dengan Qias Al-Basar. Bahawa, Tuhan melihat dengan pandangan Nya tersendiri.

Firman Allah swt yang bermaksud : Wajah-wajah orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri. Dan mereka melihat Kepada Tuakan mereka Surah al-Qiyamah (75) : 22-23

BAB KELIMA: PERSOALAN TENTANG QADAR Pendakwaan bahawa usaha makhluk adalah dari Tuhan. Persoalan terhadap penyembahan berhala ciptaan sendiri. Perbezaan diantara ciptaan manusia dan ciptaan Tuhan. Persoalan tentang perbuatan buruk manusia dicipta oleh Tuhan. Persoalan diantara kebaikan dan orang berterusan melakukan kebaikan. Persoalan diantara kejahatan dan orang yan melakukan kejahatan. Persoalan menamakan Qadariyyah.

RUMUSAN:

Tuhan yang menjadikan perbuatan buruk dan baik bagi setiap individu tetapi mereka perlu berusaha mengelakkan diri dari melakukan dosa. Tuhan berhak menciptakan syurga dan neraka sebagai balasan terhadap perbuatan manusia semasa di dunia. Usaha manusia adalah diciptakan oleh Tuhan dan manusia perlu memilih untuk melakukan usaha berasaskan kepada wahyu dan juga akal. Dalam bab ini dijelaskan juga tentang fahaman Qadariyah. Megikut fahaman Qadariyyah sekiranya manusia melakukan amalan baik, maka dia akan diberi pahala oelh Tuhan kerana dia telah menggunakan qudrat yang diberi oleh Tuhan dengan cara yang baik. Sebaliknya jika manusia itu melakukan perbuatan jahat, maka dia akan dihukum kerana menggunakan qudrat pemberian Tuhan itu pada bukan tempatnya.

BAB KEENAM: PERSOALAN TENTANG KEMAMPUAN Penjelasan tentang kemampuan manusia berdasarkan kebolehannya. Persoalan tentang kemampuan mendahului perbuatan. Pendakwaan terhadap qudrat (power) tidak kekal. Persoalan orang kafir supaya beriman dengan Allah. Persoalan tentang bayaran fidyah. Persoalan tentang tuntutan haji. Persoalan tentang jin dan manusia.

RUMUSAN: Perbuatan dan kemampuan manusia merupakan sesuatu yang real dan nyata. Maksudnya, secara langsung manusia merasakan dan membuktikan

bahawa perbuatan manusia itu pada kenyataannya berasal dari kemampuan manusia itu sendiri. Namun perbuatan manusia adalah dengan menyandarkan segala perbuatan kepada kekuatan lain iaitu Tuhan yang memberikan kemampuan tersebut. Kemampuan manusia dalam konteks perubahan dan pemberlakuan segala sesuatu sesuai dengan aturan adalah ditetapkan oleh Tuhan. Manusia tidak mampu menciptakan dirinya dan juga alam ini, namun mampu menggunakan, mengubah dan mengolah segala sesuatu yang disediakan Tuhan di alam ini dan tidak perlu terlalu banyak melibatkan campur tangan Tuhan secara langsung. Ini adalah penjelasan Asyaari terhadap dakwaan ahl al-zaighi terhadap dakwaan mereka kemampuan seseorang adalah daripada diri individu tersebut.

BAB KETUJUH: PERSOALAN TENTANG KEADILAN DAN KETIDAKADILAN ALLAH Persoalan tentang pemberian (nikmat, rezeki) Allah terhadap orang kafir. Persoalan tentang azab Allah terhadap kanak-kanak. Pembuktian bahawa kekuasaan Tuhan dengan Iradahnya sendiri. Penjelasan tentang pendustaan adalah suatu kejahatan. Persoalah tentang Bolehkah Tuhan berdusta? Persoalan tentang gerakan dalam solat.

RUMUSAN: Bab Kalam tentang Keadilan Allah dan tohmahan ahl zaighi terhadap ketidakadilan Allah. Antaranya persoalan tentang keadilan Tuhan dalam memberi nikmat dan bantuan kepada golongan yang tidak beriman denganNya serta orang Kafir. Jawapannya, Tuhan adalah Maha adil dan Dia berhak berbuat apa sahaja keatas ciptaanNya sama ada orang-orang kafir atau pun orang-orang beriman yang dikehendakinya. Mereka juga

menimbulkan persoalan tentang pembalasan Allah terhadap kanak-kanak iaitu adakah mereka juga diazab. Selain itu persoalan terhadap kekuasaan Tuhan dengan Iradahnya juga ditimbulkan. Semestinya kita mempercayai bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Tuhan. Disamping itu, golongan ahl zaighi dan ahl badie juga menunjukkan bantahan mereka tentang persoalan penipuan dan kejahatan. Dimana penipuan adalah salah satu dari kejahatan, oleh itu sekiranya Allah membenarkan penipuan, maka samalah seperti Tuhan memerintahkan kita untuk berdusta. Sebenarnya tidaklah setiap apa yang diharuskan dan diperintahkan oleh Allah itu Diibaratkatkan juga samalah Allah menyuruh kita bersolat dan beribadah kepadanya tetapi Dia tidak menunaikannya. Ini bukanlah bermakna Allah tidak mampu melakukannya seperti bersolat untuk dirinya atau kemampuannya untuk berdusta tetapi mustahil bagi Allah dengan bersifat sedemikian. Allah mengurniakan rezeki (nikmat) kepada semua manusia yang dikehendakiNya. Dia mencipta dan mentadbir alam dan ciptaanNya dengan bijaksana. Kita haruslah patuh dan taat pada perintah Allah tanpa mempertikaikan tentang keadilanNya. Ini kerana Tuhan Maha Adil dan tidak akan pernah menzalimi atau menganiayai hambanya.

BAB KELAPAN: PERSOALAN TENTANG IMAN Persoalan tentang keimanan disisi Tuhan. Persoalan tentang keimanan orang fasik.

RUMUSAN: Terdapat dua persoalan yang ditimbulkan oleh ahl badie dan ahl zaighi, iaitu apakah maksud beriman kepada Allah serta adakah orang fasik dari kalangan ahl kiblah itu mukmin. Jawapannya beriman ialah membenarkan iaitu tasdiq, serta kepercayaan dan keyakinan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya

orang-orang yang beriman kepada Allah adalah dari kalangan mereka yang benar. Bagi persoalan kedua, Muktazilah mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu beriman dengan tauhid sebelum kefasikannya, dan kemudian melakukan dosa. Maka tidaklah terbatal nama keimanan yang telah berpisah dengannya. Bagi golongan Khawarij pula, orang fasik yang melakukan dosa besar adalah kafir dan kekal di dalam neraka. Adapun di sisi al-Asyari iaitu yang berpegang dengan ahli sunnah wal jamaah, mengatakan bahawa orang fasik yang beriman dengan keislamannya akan dihukum atas kesalahannya dan akhirnya dimasukkan ke dalam neraka selepas menerima pembalasan dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga seperti orang mukmin lain.

BAB KESEMBILAN:

PERSOALAN TENTANG AM & KHAS (BALASAN BAIK & BALASAN BURUK) Penjelasan tentang sesuatu nas yang bersifat umum dan khusus. Penyelewengan dalam mengkhususkan nas yang asalnya berbentuk umum.

RUMUSAN : Setiap nas al-Quran & as-Sunnah yang sahih adalah sempurna dalam bentuknya yang asal sebagai kesempurnaan yang berasal daripada Allah. Seandainya Allah menghendaki sesuatu, Dia akan menetapkannya dengan nas yang berbentuk khusus lagi tepat.

BAB KESEPULUH:

PERSOALAN TENTANG IMAMAH Persoalan tentang bukti kepimpinan (imamah) Abu Bakar al-Siddiq. RUMUSAN : Pembuktian kepimpinan (imamah) Abu Bakar adalah berdasarkan dalil surah an-Nur 24:55 , ayat ini memperincikan sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh seorang khalifah Allah iaitu. Allah meninggikan darjat mereka, Allah menjadikan mereka khalifah, Menguatkan agama mereka, Menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dan terus beribadah tanpa menyekutukan Allah. Fakta sejarah mencatatkan bahawa Abu Bakar

mengerakkan pelbagai ekspedisi jihad yang berjaya menumpaskan kerajaan2 yang kuat khasnya kerajaan Rom yang berpusat di Syam . Fakta sejarah

mencatatkan bahawa Abu Bakar mengerakkan pelbagai ekspedisi jihad yang berjaya menumpaskan kerajaan2 yang kuat khasnya kerajaan Rom yang

berpusat di Syam. Kesimpulannya, seandainya Abu Bakar bukan merupakan khalifah Allah yang hak sebagaimana dakwaan golongan yang menyeleweng, pastilah dia tidak akan menepati ciri-ciri yang digariskan dalam ayat-ayat tersebut. Sebaliknya akan menjadi pemimpin yang tidak beriman lagi membuat banyak kerosakan. Islam pada zaman mereka lemah manakala umat dizalimi musuh.

You might also like