You are on page 1of 58

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3105 KAEDAH MENGAJAR


KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN

MUKA SURAT i i ii iv v vii ix

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan Kata Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk 1 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester 1.2 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian 1.3 Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester 1.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian - Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Penulisan Objektif Pembelajaran - Pemilihan Isi Pelajaran - Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Aplikasi Kemahiran Generik - Penerapan Nilai Aktiviti 1 Tajuk 2 Sinopsis Hasil Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

1 1 1 1 2 4 6 11 11 17 18 19 20 22 28 29 29 29

Kerangka Konsep 2.1 Jenis dan Contoh Bahan Bantu Mengajar 2.2 Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2.3 Penggunaan dan Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar 2.4 Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Aktiviti 2 Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Modul

29 30 34 35 36 41 42 43 44

ii

iv

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vi

RBT 3105 Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Pengenalan : Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3105

Kaedah Mengajar Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Ia

meliputi tajuk Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; dan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi. Tajuk ini diambil daripada Pro Forma Kursus RBT3105 iaitu Tajuk 3, dan Tajuk 4.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada dua tajuk berikut;

Tajuk 1:

Perancangan Pengajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; dan

Tajuk 2:

Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi.

SINOPSIS

Tajuk 1:

Menjelaskan perancangan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah rancangan pengajaran tahunan/semester; rancangan

Rendah yang meliputi

pengajaran dan pembelajaran harian; penyediaan rancangan tahunan dan semester; dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Seterusnya,

menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.

Tajuk 2:

Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran

termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu vii

mengajar;

bahan

bantu

mengajar

Kemahiran

Hidup

Sekolah

Rendah;

penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

viii

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil. 1 Tajuk/Topik Teori Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan objektivisme - Konsep pendekatan objektivisme - Objektivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pendekatan konstruktivisme - Konsep pendekatan konstruktivisme - Konstruktivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pendekatan pembelajaran secara kontekstual Pendekatan pembelajaran berasaskan projek Perubahan konsep dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kajian Masa Depan Pembelajaran berasaskan ketrampilan (Competency Based Learning (CBL)) Pembelajaran psikomotor dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Interaksi Bersemuka (jam) 6 Modul (jam) Jum. Jam 6

ix

Bil. 2

Tajuk/Topik Strategi, kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Definisi strategi, kaedah dan teknik Strategi pengajaran dan pembelajaran - Berpusatkan guru - Berpusatkan murid - Berpusatkan bahan/aktiviti Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan murid - Simulasi - Lawatan - Projek - Permainan - Pembelajaran aktif/perbincangan - Pembelajaran secara kooperatif - Pembelajaran Masteri Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru - Syarahan/kuliah - Demonstrasi/tunjuk cara - Bercerita

Interaksi Bersemuka (jam) 12

Modul (jam)

Jum. Jam 12

Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan bahan - Modul - Carta - Slaid - Pita rakaman - Perisian kursus pembelajaran (courseware) - Laman Web/Internet - Peralatan/bahan Kemahiran menyoal dalam pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Teknik-teknik menyoal - Aras-aras soalan

Bil. 3

Tajuk/Topik Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Rancangan pengajaran tahunan/semester Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian Penyediaan rancangan tahunan dan semester Menyediakan rancangan tahunan Menyediakan rancangan semester

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam) 7

Jum. Jam 7

Penyediaan rancangan pengajaran harian Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penulisan objektif pembelajaran Pemilihan isi pelajaran Pemilihan strategi,kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Aplikasi kemahiran generik Penerapan nilai 8 8

Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi Jenis dan contoh bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

xi

Bil. 5

Tajuk/Topik Pengajaran mikro Perlaksanaan kemahirankemahiran mengajar tertentu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah: Kemahiran set induksi Kemahiran menggunakan papan tulis Variasi rangsangan Kemahiran penyoalan Kemahiran pengukuhan Kemahiran menerangkan Kemahiran penggunaan sumber Kemahiran penutup

Interaksi Bersemuka (jam) 6

Modul (jam)

Jum. Jam 6

Pengajaran makro Perlaksanaan semua kemahiran mengajar bermula dari set induksi hingga kepada penutup bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

JUMLAH

30

15

45

xii

TAJUK 1

PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis Menghuraikan penyediaan pengajaran tahunan/semester, rancangan pengajaran dan

pembelajaran harian, penyediaan rancangan tahunan dan semester, dan penyediaan rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Membincangkan bagaimana mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dalam perancangan dan penyediaan rancangan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran: 1. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan; 2. 3. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran. Memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.

Kerangka Konsep

Rancangan pengajaran tahunan/semester Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian Penyediaan rancangan tahunan dan semester Penyediaan rancangan pengajaran harian

1.1

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester

Seseorang guru perlu peka terhadap kehendak kurikulum bagi Matapelajaran Kemahiran hidup. Oleh itu anda sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran untuk memastikan kehendak kurikulum dipenuhi. Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak, perlu membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya.

Bincangkan bersama rakan, perancangan pengajaran yang baik membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran serta mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar, menggunakan pelbagai menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, bahan bantuan mengajar dalam media alam semula jadi, bahan

maujud, media cetak dan media elektronik.

Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran

Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi persekolahan bermula.

Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi :

Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Senarai kemahiran-kemahiran. Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan ini penting untuk:

Panduan guru. Pencegahan pemesongan topik. Memastikan susunan topik-topik teratur. Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas. Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester. Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah.

Proses penyediaan perancangan mengajar adalah sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 1.1

Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Takwim Sekolah

Huraian Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah

Rancangan Tahunan/ Semester

Rancangan Pengajaran Harian

Rajah 1.1

Aliran proses penyediaan rancangan mengajar 3

1.2

Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti

pengajaran-

pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:

Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai Merancang pengajarannya Menentukan strategi P&P Menyediakan bahan bantu pengajaran Menyediakan penilaian

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah

Menentukan objektif pengajaran tercapai. Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn dan bersistem.

Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rancangan Pengajaran Harian

Butiran Am

Set Induksi

Penyampaian

Penutup

Tarikh, masa, darjah, tahun, bilangan murid Topik Objektif P&P Pengetahuan Sedia Ada Sumber P&P KBSB KMD

Langkahlangkah Isi Pelajaran Strategi Penerapan Nilai KBSB Penggunaan Sumber (ABM/BBM)

Jenis-jenis penutupan Rumusan Aktiviti susulan Penilaian Objektif

Rajah 1.2

Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam

1.3

Penyediaan rancangan tahunan dan semester

Contoh

format

rancangan

pengajaran

tahunan/semester

adalah

sepertimana

ditunjukkan dalam Jadual 1.1a dan Jadual 1.1b:

Jadual 1.1a Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

Keselamatan dan Organisasi Bengkel

Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugas. Menyediakan struktur organisasi

tempat kerja. 2 Kreativiti Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk 3 Kreativiti Melakar bentuk asas 4 Kreativiti Membina bentuk asas secara 3D 5 Reka Cipta Menghubungkaitkan 1 bentuk dengan fungsi produk SATU 6 Reka Cipta Memasang model yang lebih 1 1 1 1

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran kompleks berpandukan manual

Masa (jam)

Reka Cipta

Mengenal

pasti 1

jenis dan fungsi pengikat penyantum 8 SATU Pendokumentasian Mengumpul dan 1 dan

merekod maklumat 9 Mempersembahkan Pendokumentasian pendokumentasian 1

10

Reka bentuk dan Penghasilan Projek

Menentukan projek 1 berpandukan kad kerja

11

Reka bentuk dan Penghasilan Projek

Menentukan

jenis 1

bahan dan kuantiti

12

Reka bentuk dan Penghasilan Projek

Mengukur, menanda memotong bahan projek dan

13

Reka bentuk dan Penghasilan Projek

Memasang komponen projek

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

14

Reka bentuk dan Penghasilan Projek

Mereka bentuk dan 1 membuat projek berdasarkan murid minat

15

Pengenalan Elektrik

Mengenal

pasti 1

nama, fungsi dan simbol komponen

16

Pengenalan Elektrik

Membezakan

di 1

antara litar siri dan litar selari

17

Pengenalan Elektronik

Membaca menterjemah lukisan litar

dan 1

18

Pengenalan Elektronik

Memintal mengikat pada

dan 1 wayar

tamatan komponen

Jadual 1.1b Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 (Semester Dua)

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

Baik Pulih dan Penyenggaraan

Mengenal pasti bahan dan agen pembersih

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran

Masa (jam)

Pengenalan Tanaman Hiasan

Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan

Pemilihan Biji Benih

Menyemai biji benih pokok bunga semusim

DUA 4 Penanaman Menyediakan bekas penanaman 2

Penjagaan

Menjaga tanaman hiasan dalam bekas

Barang Jualan

Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan yang dan

mampu

dibeli oleh murid dan guru

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

Sumber Jualan

Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan

Membuat Rancangan Jualan

Mengenal pasti 1 cara mendapatkan modal

Menyediakan barang jualan

Menentukan tujuan membungkus dan melabel barang jualan

10

Mempromosi Jualan

Membungkus barang untuk tujuan promosi barang jualan

11

Mengurus Jualan

Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap

12

Merekod Jualan

Merekod barang jualan

13

Mengira untung dan rugi

Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan

10

Semester

Minggu

Topik

Hasil Pembelajaran

Masa (jam)

14

Minggu Jualan

Menjual barangbarang yang dikenal pasti

1 hari

1.4

Penyediaan rancangan pengajaran harian

a) Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sehubungan itu, contoh format rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Topik/Tajuk Sub Topik Kemahiran

: Kemahiran Hidup : 5 Bestari : 6 Jun 2010 : 9.00 10.00 pagi : 24 orang : Ikan Hiasan : Penyediaan Bekas/ Akuarium : Murid dapat memilih bekas/akuarium dan aksesori yang sesuai dan menyedia serta menghias akuarium. Murid juga dapat mereka letak dan menyusun aksesori untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah melihat jenis-jenis ikan hiasan dan memelihara ikan hiasan.

11

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Menyebut 6 daripada 9 aksesori bekas akuarium dengan betul. 2. Menyatakan 6 daripada 9 langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium dengan betul. 3. Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium. 4. Melakukan amali penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan dangan aksesori yang dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul.

Niali-nilai Murni

Kerjasama, bersih, bertanggungjawab, jimatkan air, menyayangi haiwan peliharaan dan estetika.

Kemahiran Berfikir

Menjana idea, Membuat Inferens, Membuat gambaran mental, Mengingat kembali, Menyusun mengikut keutamaan urutan yang betul.

Bahan Bantu Mengajar

Video, power point, akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik asli dan tiruan, arang diaktifkan, gegelang bio, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis, marker pen, pemadam.

Pendidikan Alam Sekitar

Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku.

Kajian Masa Depan

Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan

12

Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1.2

Jadual 1.2 Contoh rancangan pengajaran harian (RPH)

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Pengenalan kepada topik penyediaan bekas/akuarium

1. Murid melihat rakaman video mengenai situasi dalam sebuah akuarium yang dipenuhi dengan batu karang dan ikan hiasan yang berwarna-warni. 2. Rakaman mengandungi muzik dan dialog antara dua ekor ikan . 3. Ikan-ikan tersebut menceritakan tentang terseselamatnya mereka dari situasi air laut yang tercemar oleh tumpahan minyak. 4. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini:

BBM: Pemain video

Kemahiran Berfikir: Membuat inferens, menjana idea

Nilai-nilai murni: Menyayangi haiwan peliharaan PAS: Tumpahan minyak dan pencemaran yang sering berlaku menakibatkan hidupan air mati

Penyediaan bekas/akuarium

Langkah1 (10 minit)

Memilih aksesori bekas/akuarium 1. Aksesori akuarium asas: i) pam ii) penapis

1. Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah-langkah penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan. 2.Murid melihat tayangan 13

BBM: Power point, tayangan video, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik asli dan tiruan, kayu

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

2. Aksesori tambahan: i) batu ii) pasir iv) tumbuhan akuatik asli dan palsu v) kayu buruk vi) poster vii) model viii) lampu akuarium

video mengenai penyediaan bekas/akuarium yang lengkap dengan aksessori tambahan berserta dengan muzik dan suara latar.

buruk, poster, model, lampu akuarium

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental, mengingat kembali

Langkah 2 (15 minit)

Langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium. i) Letakkan akaurium di lokasi pilihan, pastikan ada pendawaian elektrik dan bekalan air. ii) Membersihkan dan bilas bahan hiasan seperti batu, pasir dan kayu. iii) Letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di dasar akuarium. iv) Masukkan batu, pasir dan kayu buruk.

1.Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akaurium yang akan dipasang di meja kerja mereka . 2. Murid mengikut langkah penyediaan bekas akuarium secara amali dalam kumpulan

BBM: Ikan hiasan, kad nama, bekas akuarium, tumbuhan akuatik.

Kemahiran Berfikir: Menyusun mengikut

setelah di terangkan oleh guru. keutamaan, 3. Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan. Nilai-nilai Murni: Keselamatan, kerjasama, jimatkan air, estetika, bersih, bertanggungjawab. membuat gambaran mental

14

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

v) Tanamkan tumbuhan akuatik vi) Masukkan penapis dalaman dan letakkan pada dinding akaurium. vii) Masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium. viii) Hidupkan penapisan dalaman dan nyalakan lampu ix) Masukkan ikan.

Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis ikan yang hendak dipelihara.

Langkah 3 (15 minit)

Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium i) Letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit. ii) Masukkan sedikit air akuarium ke dalam beg plastik. iii) Biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik.

1.Murid melihat tayangan video dan melaksanakan kerja amali selepas tayangan berkenan. 2. Murid memasukkan ikan ke dalam akuarium dan melabelkannya dengan kad kumpulan.

15

Langkah/ Masa Penilaian (10 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Kuiz Berkumpulan

1.Setiap kumpulan diberi papan tulis, marker pen dan pemadam. 2. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan. 3. Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis. 4. Murid yang menjawab dengan betul akan diberi gulagula. 5. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah pensil.

Nilai-nilai Murni: Kerjasama BBM: Papan tulis, marker pen, pemadam, gulagula, pensil.

Penutup (5 minit)

Rumusan: 1. Penyediaan bekas/akuarium. a) Memilih aksesori yang sesuai untuk bekas /akuarium. b) Langkah-langkah penyediaan bekas/akuarium. c) Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas, akuarium.

1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan. 2. Murid menonton tayangan video ikan hiasan sambil bersoal-jawab dengan guru. Tugasan susulan Murid dikehendaki melakar ajuarium yang canggih untuk tahun 2020.

Kemahiran Berfikir: Membuat rumusan.

Kajian Masa Depan: Komersialkan peliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.

16

b)

Penulisan objektif pembelajaran

Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.

Objektif boleh dalam bentuk:

Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:memahami mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:menyeranaikan menjelaskan memberikan contoh menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Menurut Mager, tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis objektif eksplisit iaitu:

1. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru. 2. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat. 3. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkahlaku yang boleh dinilai.

Pilih satu topik dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Bincangkan objektif pembelajaran yang baik dan senaraikan.

17

c)

Pemilihan isi pelajaran

Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi pelajaran dilakukan oleh pihak guru.

Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru hendaklah menyeranaikan semua topik yang hendak diajar. Kemudian guru harus memikirkan topik dan isi yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan daripada fakta kepada teori. Guru perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan , selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan topik dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. Isi pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan.

Dalam pemilihan isi pelajaran, guru seharusnya pertimbangkan perkara-perkara berikut :

1. Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran. 2. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal. 3. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid. 4. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan 5. Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan. 6. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa

Berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, bincangkan bagaimana anda memilih isi pelajaran.

18

d)

Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P.

Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran, iaitu: dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P. dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid. berpusatkan murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti. berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan. mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis. berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nilai-nilai murni.

Kaedah ialah suatu tindakan guru yang sistematik dan

berurutan

serta bertujuan

mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

Contoh-contoh Kaedah :

1.

Simulasi

Merupakan situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi adalah:

a) sosiodrama b) main peranan

19

2. Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Tunjuk cara merupakan situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara melakukan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih seorang murid yang

berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki.

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Guru hendaklah menggunakan teknik yang dapat menimbulkan minat atau memotivasikan murid-murid dalam P&P. Contohnya dalam kaedah Tunjuk Cara membuat tanggam kayu, guru boleh menggunakan pelbagai teknik seperti menyoal tentang jenis tanggam, teknik mencari pemasangan tanggam yang ada pada bahagian-bahagian perabot dan meneka jenis tanggam yang digunakan pada cantuman bahagian perabot. untuk menjadikan tunjuk caranya menarik dan memotivasikan murid.

Dengan melayari internet atau buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran dan aplikasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah Rendah

e)

Aplikasi kemahiran generik Kemahiran generik adalah kemahiran am, kualiti, pengetahuan dan sikap yang dipunyai

oleh seseorang untuk berjaya dalam pembelajaran dan kerjayanya. Kemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Kecekapan boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna, berkemahiran, kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan pula dijelaskan sebagai kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah. Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran generik dan dapat membimbing murid-muridnya ke arah kecemerlangan dalam pendidikan, kerjajaya dan hidup mereka nanti. 20

Secara umumnya kemahiran generik mempunyai elemen-elemen seperti : a. b. Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan personal. Kemahiran utama penting untuk penglibatan diri dalam dunia pekerjaaan dan organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada alam pekerjaan. keupayaan

menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di c.

Kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia kemahiran generik adalah kemahiran utama yang perlu ada di kalangan pelajar sebagai persediaan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia, kemahiran generik yang dikenal pasti perlu untuk pelajar meneroka ruang-ruang ilmu adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN KOMUNIKASI Bertutur - fasih, perbendaharaan kata luas, intonasi sesuai, bahasa badan, guna pengetahuan, guna istilah sesuai, bahasa tepat dan jelas, kemuka soalan dan menjawab jelas dan tepat. Mendengar - dengar idea dan pandangan, faham idea yang disampaikan, menakkul, menolak atau menerima idea. Menulis - menulis jelas dan tepat, guna tanda baca, buat catatan, buat laporan, intepretasi maklumat, buat rumusan, isitilah tepat, laras bahasa sesuai dan mengalih idea ke bahasa lain. Membaca - menganalisis, bertindakbalas tepat dan berkesan, aplikasi teknik baca, faham dan intepretasi dengan tepat. Bertertib & Sopan - guna bahasa ikut suasana, kata panggilan yang sesuai. Penggunaan Teknologi - mengendali alat teknologi (OHP, komputer, alat siaraya), menyediakan alat (slaid poster, gambarajah), penyampaian dengan bantuan alat.

21

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI Menggunakan alat ikut prosedur dan proses - memahami arahan buku manual, faham cara operasi dan kendali alat, mengenali bahagian dan fungsi, memahami simbol, kendali ikut prosedur. Mengendali, menyelenggara dan baiki alat teknologi - kenal pasti bahagian dan fungsi, selenggara dengan sempurna dan yakin, peka terhadap peralatan baik pulih, baiki kerosakan kecil dan mudah. Menggunakan sumber dengan cekap boleh mengimbang jumlah pengeluaran dengan kos, menghasilkan keluaran menepati masa, menepati jumlah pengeluaran ikut sasaran, mengawal kualiti produk. Memahami isu dan tren dalam teknologi - mengenalpasti teknologi baru, berupaya memilih teknologi mengikut tren semasa, terjemah keperluan berdasarkan teknologi baru, peka terhadap isu semasa. Mereka bentuk dan mencipta teknologi baru - mengubahsuai teknologi sedia ada supaya lebih cekap, meneroka dan menghasilkan teknologi baru.

KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI Kebolehan membuat persediaan dalam merancang aktiviti - mengenalpasti matlamat dan objektif, membuat anggaran kos, menentukan kumpulan sasaran dan bilangannya, membuat jadual tugasan induk. Melaksanakan program/aktiviti - menyediakan senarai tugasan, membuat pelan tindakan, carta tugasan (carta Gantt), merancang alternatif sekiranya berlaku halangan, memilih strategi ikut keutamaan, berpengetahuan mengenai aktiviti dan prosedur, membuat penyesuaian, memisah dan memilih keutamaan. Cekap dalam pengurusan masa - bekerja ikut spesifikasi masa yang ditentukan, bekerja secara sistematik, menyelesaikan masalah dalam jangka masa terhad. Keberkesanan penggunaan sumber - menentukan sumber berkaitan aktiviti, mengurus sumber, berupaya memaksimum output dengan sumber terhad, pengelolaan

22

sistematik, penilaian, membuat refleksi, menggunakan maklumbalas sebagai rujukan aktiviti akan datang dan bertindak positif.

KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DAN DALAM KUMPULAN Berkomunikasi dengan orang lain dan dalam kumpulan - mendengar dengan baik, memberi perhatian, memahami bahasa, gaya dan intonasi pertuturan, menggunakan body language yang sesuai, memahami maksud yang tersurat dan tersirat, menulis arahan dengan baik, memahami persekitaran. Berbincang secara kumpulan - mengetahui peranan dalam kumpulan, mengetahui halangan dalam komunikasi dan cara terbaik mengatasinya, menggunakan bahasa yang sesuai dengan situasi, berpengetahuan mengenai topik yang dibincangkan, membuat persediaan maklumat yang cukup, menggunakan santun bahasa semasa

berkomunikasi. Menerima ahli kumpulan lain - memahami sahsiah setiap ahli kumpulan, bersikap toleransi, menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi, memberi dan menerima teguran dan tunjuk ajar, bersikap terbuka dan menghormati idea ahli. Mempunyai semangat kekitaan - sanggup berkorban, bertanggungjawab atas tindakan/keputusan yang dibuat, bekerja sebagai satu pasukan, menghormati hak orang lain, memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas, mengetahui dan menjalankan peranan, tolong menolong dan muafakat, menghasilkan keputusan yang sepakat. Memahami objektif bekerja secara kumpulan - mentafsir dan mengenalpasti objektif kumpulan, boleh menjelaskan tujuan bekerja secara kumpulan, membuat pertimbangan atas cadangan dan pendapat, memberi pendapat dan cadangan, menyusun prosedur dan jangka masa untuk mencapai objektif.

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH Mengenalpasti masalah - meneroka masalah/menceritakan masalah, menyelidik masalah untuk mendapatkan maklumat lengkap. Menganalisis punca masalah - diri sendiri (sikap, sifat diri, keyakinan, ketabahan, proaktif dan reaktif), keadaan persekitaran (masyarakat, rakan sebaya dan keluarga), Fizikal (ruang, wang, prasarana dan masa), sosio ekonomi (latar belakang, keluarga,

23

keseimbangan pendapatan dengan keperluan, pengurusan sumber) budaya (nilai-nilai masyarakat norma dan amalan hidup tren masyarakat). Memperolehi maklumat - mengenalpasti dan memperoleh sumber maklumat (diri sendiri, rakan sebaya, masyarakat, bahan rujukan, menilai dan memilih maklumat yang relevan (tapis maklumat). Membuat alternatif/pilihan - menyenaraikan tindakan yang boleh menyelesaikan masalah, menilai tindakan melalui kriteria yang telah ditetapkan. Membuat keputusan - mengkaji semula matlamat, memilih dan membuat keputusan, mengkaji keberkesanan keputusan. Membuat penilaian semula - menilai semula keputusan yang telah dibuat, memilih alternatif lain, semua masalah dikaji.

KEMAHIRAN MENGURUS, MEMILIH DAN MENGANALISIS MAKLUMAT Mancari maklumat - mengenalpasti sumber (buku, orang, alam sekitar, internet, iklan), membaca dan mengakses maklumat (memahami wacana, menguasai perbendaharaan kata, membaca, menterjemah, mentafsir, mencatat). Memilih maklumat mengenalpasti kegunaan/keperluan (membuat rujukan,

mencerakin, membuat pengkelasan), mencatat (mencari isi penting, meringkas, merumus, membuat kesimpulan). Menganalisis maklumat - memeriksa maklumat untuk ketepatan dan kesempurnaan, menilai kualiti dan kebolehpercayaan, mengkategorikan maklumat, menyusun

maklumat. Menyusun maklumat/penulisan - merangka format (membuat jadual, graf, carta, laporan bertulis, memo, kertas kerja/cadangan), menyunting laporan. Menyimpan maklumat - kaedah menyimpan maklumat dalam bentuk fail (klasifikasi, katalog, nombor fail, bilangan surat, kaedah menyimpan dalam perisian komputer (disket, hard disk), menyimpan maklumat dalam buku log, diari, kad dan lain-lain. Mengguna dan menyebar maklumat - mengenalpasti pelbagai kaedah sebaran maklumat (poster, memo, buletin, media masa/cetak, multimedia).

24

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA DAN TEKNIK MATEMATIK Mengukur kuantiti dengan menggunakan unit ukuran - melakukan 4 operasi asas, mengenal pasti unit ukuran, tahu teknik mengukur, boleh menukar unit ukuran, menyelesaikan masalah secara congak, membuat anggaran. Menyusun dan menggunakan nombor untuk menghurai kuantiti dan kualiti menyusun nombor ikut urutan, menyatakan perkaitan nombor dengan abjad, menyusun data. Menggunakan unit matematik dalam mengintepretasikan jawapan untuk

menyelesaikan masalah - menggunakan penukaran unit ukuran dan harga, membaca papan tanda (senarai harga barang, pasaran saham dan lain-lain), membaca meter, menggunakan data untuk menyelesaikan masalah. Menggunakan carta dan menterjemah carta, graf - membaca dan memahami maklumat dalam graf/carta, membuat pengiraan, membuat analisis, membuat ramalan merangka strategi. Membuat penilaian menggunakan teknik matematik - menggunakan teknik pengiraan dalam membuat penilaian, membanding dan membezakan untuk membuat pemilihan.

KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA Menghayati nilai murni - memahami nilai asas untuk berinteraksi dengan masyarakat (memperkenalkan diri secara bersopan, bergaul dengan mesra dalam pelbagai situasi dan konteks, penggunaan laras bahasa yang tepat mengikut status dan situasi), menghormati pelanggan, mewujudkan sikap prihatin dan gigih terhadap pekerjaan, mengamal sikap jujur, berterus terang dan amanah. Menghayati dan sentiasa mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan masyarakat - ambil berat terhadap kebajikan orang lain, memberi layanan, menghargai orang lain, memupuk sikap penyayang. Menghayati norma dan tren masyarakat - memahami perbezaan nilai masyarakat merentasi agama dan kaum, menghormati semua lapisan masyarakat, mewujudkan persekitaran yang kondusif.

25

Memahami profil organisasi - mewujudkan rasa setia kawan, mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan, mengalamlkan prinsip/nilai-nilai hidup masyarakat. Mempunyai semangat patriotik - melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang diberi, mengenang jasa, mencintai negara.

Pada umumnya kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti memang sudah terdapat dalam kurikulum persekolahan yang sedia ada. Penekanan dan fokus yang lebih jitu bagi kemahiran-kemahiran ini perlu diberi keutamaan. Ini boleh dilakukan seperti berikut : Proses pengajaran dan pembelajaran mesti berfokuskan kepada penglibatan aktif semua pelajar. Mereka digalakkan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat. Pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja berfokus kepada subjek sebaliknya perlu dikembangkan dan diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran seperti asas komunikasi, interpersonal, membuat keputusan dan etika. Pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan amalan praktis dalam kumpulan dan pembinaan semangat pasukan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kaedah-kaedah seperti penyelidikan dan penemuan. Pelajar perlu dilatih untuk menyelidik dan mengkaji sesuatu masalah sama ada secara individu atau dalam kumpulan. .

26

f) Penerapan Nilai Pengajaran Kemahiran Hidup juga menekankan penerapan nilai-nilai murni yang di tegaskan oleh FPN. Justeru itu, dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu masukkan aspek nilai-nilai murni tersebut. Malah aspek Keselamatan adalah antara kaitan nilai murni kasih sayang yang perlu diperhatian oleh semua guru Kemahiran Hidup terutama sekali dalam waktu pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktivi amali. Keutamaan keselamatan ini merupakan salah satu ciri Bengkel Kemahiran Hidup yang penting supaya bengkel menjadi tempat yang sesuai dan kodusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Satu papan tanda yang mesti dipamerkan di dalam

UTAMAKAN KESELAMATAN

Bengkel Kemahiran Hidup

27

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. 1. Anda telah mempelajari beberapa strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada kaedah tersebut ada diminta menyediakan satu kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan di dalam kelas. Kriteria adalah seperti berikut: a. b. c. d. Kerja dilakukan dalam kumpulan Berdasarkan topik Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Masa 10-15 min Bincangkan kelebihan mengapa anda memilih kaedah tersebut

2.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR, rancangkan: a. Satu rancangan kerja tahunan bagi tahun 4 atau tahun 5 atau 6 berdasarkan takwim sekolah. Rancangan kerja hendaklah merangkumi rancangan semester. Berpandukan rancangan kerja tahunan dan semester yang anda bina, rancangkan satu rancangan pengajaran harian (Pilih tajuk mengikut bidang dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)

b.

28

TAJUK 2

BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI

Sinopsis Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu mengajar; bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar; dan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Hasil Pembelajaran: 4. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan; 5. Menghuraikan pelbagai sumber termasuk sumber berasaskan ICT dan mengintegrasikannya ke dalam pengajaran.

Kerangka Konsep Tajuk

Jenis dan contoh bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

29

2.1

Jenis dan contoh Bahan Bantu Mengajar

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Bahan Bantu Mengajar?

Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. Peralatan mengajar adalah tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar malah turut meliputi sebarang benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua panca indera iaitu melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya.

Atan Long (1982) mengatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan alat yang menyokong penyampaian dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar terdiri daripada bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan kepada layar. Ringkasnya di sini , bahan bantu

mengajar itu boleh juga dikategorikan kepada media elektronik dan media bukan elektronik.

Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh guru, fasilitator atau tutor bagi tujuan berikut: Membantu pelajar memperbaiki kemahiran membaca dan kemahiran-kemahiran lain Ilustrasi atau mengukuhkan kemahiran, fakta atau idea; dan Mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan pelajar.

Berdasarkan beberapa definisi bahan bantu mengajar, cuba anda rumuskan definisi bahan bantu mengajar dari perspektif pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

30

Apakah kaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran?

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran, mari kita fikirkan tentang media pengajaran. Ada dua elemen utama bagi media pengajaran iaitu media dan pengajaran.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi (Heinich, 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah peralatan yang membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan yang

menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej.

Dari segi pengajaran, Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Ringkasnya, media pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Oleh itu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran. Apakah contoh media pengajaran yang akan anda gunakan untuk mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ?

31

a) Pengkelasan jenis bahan bantu mengajar

Pada asasnya, pengkelasan jenis bahan bantu mengajar berdasarkan Rajah 2.1. Nilai bahan bantu mengajar bergantung kepada tahap realisme bahan itu. Semakin tinggi tahap realismenya maka semakin tinggi nilai bahan tersebut. (Hoban dan Zissman, 1937) Oleh itu, para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan tahap realisme. Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale (1946) dan dikenali sebagai Kon Pengalaman Dale.

Rajah 2.1

Kon Pengalaman Dale

Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti itu. Pengalaman konkrit akan semakin berkurangan 32

apabila pelajar menjadi pemerhati. Pengalaman abstrak akan berlaku jika simbol visual dan verbal digunakan untuk mewakili peristiwa. Oleh itu, kon ini menyusun media bermula daripada media yang konkrit di tapak. Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah mediamedia yang abstrak.

Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga jenis pengalaman iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengamalan simbolik. Pengalaman enaktif merupakan pengalaman secara langsung atau pengelaman sebenar. Pengalaman ikonik menggunakan simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. Pengalaman simbolik atau digital menggunakan perkataan semata-mata. Oleh itu, Brunner mencadangkan pengajaran harus bermula daripada pengalaman enaktif. Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jika media yang digunakan tidak sesuai. Jadi, jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrak maka mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep.

Bahan bantu mengajar juga dikelaskan kepada (a) Bahan Maujud; (b) Bahan Separa Maujud; dan (c) Bahan Abstrak. Nyatakan contoh-contoh dan bincangkan perbezaannya!

Jika kita amati kefahaman tentang perkataan bahan bantu mengajar dan media pengajaran, didapati istilah media pengajaran lebih meluas penggunaannya pada masa kini. Mengapa? Bincangkan !

Bincangkan kriteria pemilihan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kkemahiran Hidup Sekolah Rendah.

33

2.2

Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bahan bantu mengajar boleh direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun, bahan bantu mengajar perlulah bersesuaian dengan topik yang diajar. Antara topik yang boleh disokong dengan

bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ialah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 2.1

Jadual 2.1 Bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bidang

Reka Bentuk & Teknologi Keselamatan dan organisasi bengkel Kreativiti dan reka cipta Reka bentuk dan penghasilan projek Elektrik dan elektronik Baik pulih dan penyenggaraan Tanaman Hiasan

Bidang

Perniagaan dan Keusahawanan Barang jualan Merancang dan menyediakan jualan Mempromosi jualan Mengurus jualan Merekod jualan

Fikirkan bahan bantu mengajar bagi bidang dan topik untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

34

2.3

Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar


Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran ialah :

Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran; Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid; Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus; Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru; Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit; Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar; Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru;

Bincangkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar bukanlah berlaku secara automatik. Oleh itu, seseorang guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar mengikut garis panduan penggunaan bahan bantu mengajar. Secara umumnya, panduan penggunaan bahan bantu mengajar adalah sepertimana berikut: Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai; Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja; Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar digunakan; Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara, fakta atau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan; Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang khusus setelah selesai digunakan; dan Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran pelajar dan bukannya menggantikan peranan guru.

35

Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara optimum, ianya perlu diurus dengan baik. Selepas digunakan ianya perlu disimpan di tempat yang sesuai. Kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar ialah sepertimana berikut:

Menggunakan almari khas Bahan 2D dan 3D Menggunakan Fail-fail Khas. Gambar-gambar disimpan dalam album plastic Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak Bahan 2D boleh disimpan dalam Rak Gantungan

Bincangkan tiga kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

2.4

Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya teknologi maklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah berkembang dengan pantas. Dalam dunia industri dan pembuatan, TMK telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi, penggunaan TMK meliputi:

Reka bentuk perisian, 2D dan 3D Lukisan dan seni pembungkusan Perisian grafik Perisian CAD/CAM Pangkalan data Hamparan kerja Pemprosesan perkataan

36

Penerbitan meja Perisian kawalan dan sistem

Melalui

penggunaan

pelbagai

program

dan

aplikasi,

TMK

boleh

membantu

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui : Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan Membantu kreativiti dalam reka bentuk Mempercepatkan aspek proses pembuatan Memperbaiki kualiti kerja Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri

a) Perancangan untuk menggunakan TMK

Perancangan menggunakan TMK adalah bergantung kepada : Bilangan komputer Lokasi komputer dan sumber TMK lain Sambungan komputer kepada peralatan lain Rangkaian komputer

Menurut Owen-Jackson dan Davies (2002), guru perlu memastikan murid telah tahun dan boleh menggunakan TMK sebelum bahan bantu mengajar berasaskan TMK digunakan. Guru perlu mengambilkira tahap perbezaan kemahiran dan kebolehan murid-murid. Walau bagaimanapun, guru harus mencuba merancang bagi meningkatkan kemajuan bagi setiap

pelajar dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah khususnya bidang reka bentuk dan teknologi dan penggunaan TMK.

Penggunaan internet juga boleh dipraktikkan dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Antara kelebihan dan kekurangan penggunaan internet ialah sepertimana jadual 2.1 di bawah:

37

Jadual 2.2 Penggunaan TMK: Kelebihan dan Kekurangan

Kaedah Guru mencari maklumat, mencetak, membuat salinan dan mengedarkan kepada murid.

Kelebihan Guru membuat keputusan tentang apa yang dilihat oleh murid, tidak perlu menunggu di komputer dan kos yang rendah.

Kekurangan Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. Kurang menarik bagi murid-murid. Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. Kurang menarik bagi murid-murid. Murid-murid memiliki capaian yang terbatas dan tidak b oleh menghubungkannya dengan sebarang lamanyang ditunjukkan.

Guru mencari maklumat dan memuat turun bahan ke komputer, menyunting dan mengedarkan kepada murid.

Maklumat berpadanan dengan keperluan kumpulan murid-murid. Boleh menyediakan bahan yang terkini.

Guru memuat turun laman web dan memberikan murid mencapai laman web tersebut.

Murid-murid mula mempelajari sendiri bagaimana mengakses maklumat. Tiada kos dalam talian.

Guru menyediakan senarai laman web memastikan murid hanya mencapai laman web tersebut sahaja. Guru menyediakan senarai laman web yang lebih banyak dan membenarkan murid memilih untuk mengaksesnya. Murid diajar menggunakan enjin carian dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Murid-murid mula mempelajari bagaimana mencari maklumat.

Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja

Murid-murid mempunyai kebebasan mencari maklumat

Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja

Murid-murid boleh mengakses jumlah maklumat yang banyak, boleh membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat dan membuat keputusan.

Perlu mengawasi pelajar supaya fokus kepada kerja mereka (tidak terpesong). Juga melibatkan kos penggunaan internet dalam talian.

38

b) TMK dan Reka bentuk Reka bentuk boleh dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Computer-Aided Design (CAD) dan pakej-pakej lukisan. Kelebihannya ialah reka bentuk boleh diubahsuai tanpa

melukis semula atau melakar semula. Murid-murid juga boleh meneroka dan membuat eksperimen berkaitan idea reka bentuk. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak mempunyai kemahiran melukis. Selain itu, CAD juga menyediakan murid-murid peluang menghasilkan imej, lebih memahami produk dan bagaimana produk itu dihasilkan.

c) TMK dan pemodelan Pemodelan merupakan proses kreatif pada peringkat paling penting reka bentuk dan pembuatan (Davies, 1999). Pemodelan membolehkan murid-murid :

Mencuba idea sama ada ianya berfungsi atau sebaliknya Berfikir tentang cara memperbaiki idea Visualisasi idea Membangunkan idea sebelum membuat keputusan akhir.

Pemodelan menggunakan TMK menyediakan peluang kepada murid-murid peluang menganalisis bahan, prosedur, struktur dan proses dalam usaha mendapatkan kefahaman konseptual yang lebih baik (Owen-Jackson & Davies, 2002).

c) TMK dan pembuatan Secara tradisionalnya, reka bentuk dan teknologi melibatkan murid-murid menghasilkan sesuatu produk secara hand-made dan berbentuk one-off sedikit. dengan jumlah yang

One-off merujuk kepada penghasilan prototip. Dengan adanya TMK, proses

penghasilan produk oleh pelajar boleh dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar. Perisian Computer Aided Drafting (CAD) boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Selain itu, terdapat program atas meja dan grafik yang boleh membantu murid-murid menghasilkan pembungkusan dan promosi bahan untuk produk yang dihasilkan oleh mereka. Manakala penerbitan atas meja dan program pemprosesan perkataan juga boleh digunakan untuk menghasilkan lembaran arahan yang disertakan bersama produk. 39

d) TMK, penilaian dan persembahan Penilaian boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang murid-murid melakukan aktiviti mereka bentuk dan menghasilkan produk. Ianya melibatkan pengujian bahan, pengumpulan data, modifikasi reka bentuk, perancangan atau produk. TMK boleh digunakan dalam proses ini. Sebagai contoh, melaksanakan ujian pada komputer, merekod keputusan ujian, dan menganalisis data. Penggunaan pakej penerbitan meja dan program pemprosesan perkataan membolehkan murid-murid memuatkan rajah, jadual dan gambar dalam laporan mereka. Persembahan merupakan aktiviti yang sukar bagi murid-murid. Kebiasaannya, murid-murid

akan menulis apa yang ingin diperkatakan di atas kertas dan membacanya kepada rakan-rakan dalam kelas. Penggunaan TMK, daripada yang paling mudah iaitu Projektor OHP sehingga kepada alat persembahan multimedia yang canggih seperti Powerpointmembolehkan muridmurid menghasilkan persembahan dengan jadual, rajah, model dan gambar yang boleh menyokong teks.

e) TMK dan pembelajaran murid-murid Penggunaan TMK seharusnya memberikan impak kepada pembelajaran murid-murid. Ini merupakan tugas guru mempastikan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Ini bermakna, guru perlu mempertimbangkan semula cara pengajaran mereka apabila

menggunakan TMK.

Apabila murid-murid menggunakan komputer secara kumpulan atau

berpasangan, guru perlu melihat sumbangan setiap murid dan bagaimana mereka berinteraksi. Kemajuan pembelajaran murid-murid boleh dikenalpasti oleh guru-guru melalui cetakan hasil kerja mereka.

Penggunaan TMK boleh membantu guru membezakan kerja murid-murid. Sebagai contoh, pelajar kemampuan tinggi akan bergerak lebih pantas sepanjang program dan meminta lebih tugasan untuk dilakukan. Komputer boleh membantu ramai murid-murid mengambil bahagian dalam reka bentuk dan aktiviti-aktiviti teknologi. Selain itu, murid-murid boleh dimotivasikan melalui penggunaan TMK yang lebih menarik dan menyeronokkan.

40

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. 1. 2. Terangkan kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar KHSR Nyatakan fungsi bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dengan bantuan grafik, buat perbandingan antara bahan bantu mengajar bercetak dan bahan bantu mengajar tidak bercetak? Berikan garis panduan menggunakan BBM/ABM dalam aktiviti pengajaranpembelajaran KHSR Sebagai guru terangkan ciri-ciri umum yang boleh dijadikan panduan dalam menilai sesuatu sumber dari internet. Berikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

3.

4.

5.

6.

41

Rujukan

Davies, D., & Howe, A. (2003). Teaching science and design and technology in the early years , London: David Fulton Publisher. Grabe, M., & Grabe, C. (2006). Integrating technology for meaningful learning. New York: Houghton Mifflin Co. Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with technology: A constructivist perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 11: The essential guide for teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Owen-Jackson, G., & Davies, L. (2002). ICT in design and technology. In Gwyneth, O J. (ed.). Aspects of teaching secondary design and technology, London: Routledge Falmer. Ritchie, R. (2001). Primary design and technology: A process for learning (2nd Edition), London: David Fulton Publishers. Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2000). Integrating educational technology into teaching (2nd Edition). NJ: Prentice Hall. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur: PTS Professional. Schunk, D. H. (2000). Learning theories: A educational perspective. New Jersey: Prentice-Hall. 42

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH) NAMA
Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KELAYAKAN
Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Hj Rosehan b. Hashim Penolong Pengarah Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. rbh14@hotmail.com.my

Kelulusan: M Ed (Tech. & Voc. Edu.), UTM B.Tech with Educ. Hons (Civil), UTM, Diploma BTEC Civil Engineering (UK), Sijil Perguruan (Binaan Bangunan), MPTKL Pengalaman: Penolong Pengarah, Unit Dasar, BPG. Penolong Pengarah, Unit Kurikulum BPG.

Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. haditun@gmail.com drhadi@ipip.edu.my

Kelulusan: Ph.D (Multimedia Education & IT), USM M.Ed (Curriculum Studies), USM B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun), Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. tanbt@ipip.edu.my

Kelulusan: M.Sc.(IT), USM B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)

43

PANEL PEMURNIAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH) NAMA
Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. haditun@gmail.com drhadi@ipip.edu.my

KELAYAKAN
Kelulusan: Ph.D (Multimedia Education & IT), USM M.Ed (Curriculum Studies), USM B.Tech. with Educ. Hons (Mechanical Engineering), UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh, Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (3 Tahun), Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun)

En. Tan Beng Tiam Pensyarah, Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. tanbt@ipip.edu.my

Kelulusan: M.Sc.(IT), USM B.A. Hons (Geografi/Ekonomi), USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun)

44

You might also like