P. 1
Elak Sekolah Daripada Dakwaan

Elak Sekolah Daripada Dakwaan

|Views: 10|Likes:
Published by zkbisma3567
Pengurusan Keselamatan Sekolah
Pengurusan Keselamatan Sekolah

More info:

Published by: zkbisma3567 on Jan 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2013

pdf

text

original

ELAK SEKOLAH DARIPADA DAKWAAN (1

)
Pengurus (pengetua) sekolah, guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, penyalahgunaan kuasa, kecuaian dan penyelewengan yang mungkin berlaku. Di antara punca-punca dakwaan tersebut, kecuaian merupakan bidang yang amat luas dan pihak sekolah paling berkemungkinan didakwa atas tuduhan ini. Semua sekolah bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pekerja dan anak muridnya. Selain itu, pihak sekolah perlu memberi pendidikan kepada anak murid kita seperti mana dikehendaki oleh undang-undang dan peraturanpertauran yang sedia ada. Kegagalan memenuhi "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, dan kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit). Tindakan-tindakan mahkamah yang diambil terhadap sekolah sudah tentu akan memberi kesan yang serius kepada sekolah dan mesti dielakkan. Misalnya, kajian menunjukan bahawa banyak sekolah telah mengetepikan beberapa program (seperti membatalkan lawatan) untuk mengelakkan berbagai dakwaan (Natt, J.G., 1999) yang mungkin dibawa terhadap mereka. Yang rugi tentunya adalah para pelajar sekolah kita.

Berikut dinyatakan punca-punca yang mungkin memyebabkan pihak sekolah, iaitu, pengurus, guru-guru dan kakitangan lain didakwa. Barangkali kes-kes dakwaan ini tidak dapat dihapuskan sama sekali tetapi ianya boleh dikurangkan ke tahap minimum. Pengurus sekolah perlu proaktif dan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri sendiri serta guru-guru daripada dakwaan (litigation).

Punca-punca utama yang menyebabkan pihak sekolah didakwa ke mahkamah termasuk kecuaian (negligence), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kegagalan menepati kehendak undang-undang (akta dan peraturan-peraturan), penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Punca-punca tersebut di atas akan dihuraikan dengan lebih lanjut di bawah dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengurus untuk mengelakkan dakwaan dibincangkan.

1.1 Kecuaian (Negligence) Kecuaian (negligence) dikaitkan dengan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care). Semua sekolah mempunyai kewajiban berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada pekerja-pekerja dan anak-anak muridnya. Ini bermakna pengurus sekolah atau pengetua perlu melindungi kesihatan dan keselamatan para guru dan muridnya. Ini termasuk mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka (forseeable risks) daripada berlaku.

Perbuatan seseorang (defenden) boleh dikatakan cuai oleh mahkamah apabila ketiga-tiga syarat berikut dipenuhi: (i) (ii) (iii) Defenden mempunyai tanggungjawab "kewajiban berjaga-jaga" {requirement to exercise duty of care) terhadap plaintif, Defenden telah tidak melakukan "kewajiban berjaga-jaga (failure to exercise duty of care) dan, Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajibannya.

Walau bagaimanapun, bukti bahawa defenden telah cuai tidak perlu "beyond reasonable doubt" dalam tuntutan sivil (contoh tuntutan terhadap kecuaian). tetepi mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada “balance of probabilities”.

Setakat manakah tahap berjaga-jaga (standard of care) yang perlu diambil oleh pihak sekolah supaya tidak dianggap sebagai cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya? Mengikut keputusan hakim mahkamah dalam kes Blyth v. Birmingham Waterworks Co. (1856), "tahap berjaga-jaga munasabah" yang akan diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan adalah memadai.

"Negligence is the omission to do something which a reasonable man, guided upon those circumstances, which ordinarily regulate the conduct of human affairs, would do, or doing something which a prudent and reasonable man would not do."

Beberapa faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah untuk menentukan kelakuan yang munasabah termasuk :

pengudaraan. Dalam kes Government of Malaysia & Ors. maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku. iaitu di antaranya. Murid tersebut keluar dari kawasan sekolah dan menyebabkan suatu kemalangan jalanraya terjadi di mana seorang pemandu lori mati. Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti di tebas untuk mengelak segala bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular yang boleh mendatangkan kemudaratan.1. mengikut undang-undang common law. plaintif asal telah tercedera akibat perbuatan nakal kawannya sehingga akhirnnya menjadi buta pada sebelah mata. 1. Lewis [1995].. didapati bahawa guru berkenaan tidak boleh dipersalahkan kerana kecederaan yang dialami oleh murid adalah akibat dan kemalangan yang tidak dapat diduga (not reasonably forseeable) oleh seseorang dalam keadaan yang biasa.2 Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Guru-guru terlatih mengendalikan kelas-kelas amali yang merbahaya Guru. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak guru telah cuai dalam penyeliaannya. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya. spesifikasi keluasan. Contohnya tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. pengurus sekolah mesti memahami konsep kecuaian dan bagaimana beliau boleh dipersalahkan. kerusi lama dan Iain-Iain perlu diperiksa dari masa untuk memastikan keselamatan penggunaannya. Kecuaian untuk memastikan keadaan sekolah selamat telah menyebabkan pihak sekoah didakwa. Tetapi selepas rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan. dan ruang yang mencukupi untuk setiap murid. jika pengetua telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care) yang wajar. 1. sekolah dikehendaki memastikan bilikbilik darjah memenuhi syarat-syarat. Akhirnya. Siling yang setengah terjatuh dan bumbung yang bocor mesti dibaiki dengan kadar segera. Dalam The Registration of Schools Ordinance. Suis dan soket yang rosak mesti diganti.(a) Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)? (b) Adakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)? (c) Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)? (d) Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik (practicality of precautions)? (e) Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa (common practice)? (f) Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi(neccessity to take greater risks)? Untuk meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwa kerana kecuaian. seorang murid berumur empat tahun telah ditinggalkan seketika oleh gurunya.1. v. Dalam kes Carmarthenshire County Council v. wayar elektrik uzur. Selain daripada itu. Schools (General) Regulations. Secara amnya. pihak sekolah dipersalahkan kerana guru tidak mengawasi murid dan sekolah juga dipersalahkan (vicariously liable) kerana gagal mengunci pintu masuk sekolah. cahaya yang cukup terang. 1950. bilangan maksimum murid yang dibenarkan dalam setiap bilik dan Iain-Iain lagi.1 Memastikan Keselamatan Struktur Fizikal Sekolah Undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh semua pihak yang mempunyai hak menggunakannya atau berada di situ. Dalam bilik darjah. peraturan yang sama mengatakan bahawa pengetua bertanggungjawab membenarkan pihak-pihak yang berhak sahaja untuk menggunakan premis sekolah. kipas. dikehendaki membuat penyeliaan yang munasabah (reasonable degree of supervision) ke atas murid-murid di bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan. tingkap. . Jumat Bin Mahmud & Anor. ketinggian siling. Pokok juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya ianya tumbang ditiup angin. Jadi keadaan fizikal sekolah hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik kerana segalah kerosakan dan ketidaksempurnaan yang terdapat pada kemudahan fizikal tidak selamat untuk digunakan oleh semua pihak. Pengetua perlu memastikan peraturan tersebut dipatuhi untuk mengelak dakwaan kerana kecuaian. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan rujukan dan panduan. Pengetua juga perlu mahir mendapat kerjasama dan melibatkan pihak ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah sebelum ianya dibawa ke mahkamah.

dan Iain-Iain) adalah diberi dengan lengkap dan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas No. Pengetua dengan bantuan Guru Kanan Sains harus menapis rancangan kerja guru-guru tersebut bagi kerja amali (Surat Pekeliling Ikhtisas No. Murid-murid hendaklah diajar dengan teliti supaya mereka tahu menggunakan alat-alat dengan betul dan selamat. bertarikh 8 Julai 1974). Kelas-kelas amali atau kelas praktikal hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Guru didapati tidak bersalah kerana beliau memang terlatih mengajar muzik dan telah pun menyelia murid-muridnya dengan munasabah. 1/1974. Dalam kes di mana tiang gol mudah alih terjatuh.1.pula.3 Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Yang Menjalankan Amali Semua makmal dan bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang diedarkan kepada setiap murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal atau bengkel tersebut. 1. mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid. Buku-buku panduan penyelenggaraan makmal (Lampiran A) yang berkaitan juga perlu difahami dan diguna sebagai panduan guru setiap masa. Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada setiap masa. terkena lontaran peluru. 1/1974. terjatuh dalam lubang. (iii) memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan Iain-Iain lagi.4 Memastikan Keselamatan Kemudahan Sukan dan Kegiatan Ko-kurikulum Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan mungkin berlaku. Guru-guru mesti memastikan bahawa padang. guru juga hendaklah (i) mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya. Ini menunjukkan dengan jelasnya atat sukan tersebut tidak selamat digunakan dan mesti diganti dengan segera. Jika terdapat guru sementara. dan alat-alat sukan yang baik dan sempurna sahaja digunakan semasa menjalankan aktiviti. palintif pertama (seorang murid kelas Sains Pertanian) telah pun dicederakan oleh cangkul yang digunakan oleh kawan kelasnya sewaktu mereka sedang menjalankan kelas amali menyediakan batas sayur. Selain daripada itu. paip dan saluran gas.1. Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol. kelengkapan memadam api. guru-guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-muirid sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan dalam mana terdapat kemungkinan punca letupan atau bahaya. lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa mengambil bahagian. gelanggang. 1/1995). seorang murid telah patah tangannya akibat terjatuh sewaktu kelas muzik(amali). latihan kecemasan api. keadaan bilik-bilik makmal. Langkah-langkah keselamatan yang lanjut dalam semua aspek pengurusan makmal (misalnya pengendalian silinder. (iv) Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah dan mesti diiringi oleh guru. Sewaktu kelas amali dijalankan. Beliau juga didapati mengajar seperti yang telah dirancangkan dalam buku rekod mengajar dan bertindak segera dengan sewajarnya apabila kemalangan telah berlaku . nyawa murid terkorban (belum dibicarakan lagi di mahkamah). Louis Marie Neube Rt Ambrose J Ambrose & Anor.. (ii) bertanggungjawab mengeluar. Government of Malaysia & Ors. dan Iain-Iain (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. v. guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid-murid dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ke tahap munasabah di samping membantu menjayakan percubaan mereka. maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama. penyimpanan bahan-bahan berbahaya. Peraturan tersebut perlu diterangkan kepada murid oleh guru dengan jelas sehingga mereka betul-betul faham akannya. Pengetua mesti memastikan semua guru sains mengetahui kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas berkenaan dan mematuhi semua arahan dan panduan yang diberikan demi keselamatan semua pihak. 9/2000. suis. (v) Memastikan keselamatan. Guru kelas tersebut telah didapati bersalah kerana tidak memberi arahan dengan jelas kepada murid dan tidak menyelia perjalanan kerja dengan munasabah. (vii) . (vi) Murid yang cedera.1. Jika ada murid perempuan. Dalam kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Dalam kes Kamarulzaman Mohd AN v. pencegahan kebakaran. alat dan penghubung elektrik. Selain daripada itu. Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan. pengetua mesti memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang 'berbahaya'. Stor sukan mesti diselenggarakan dengan sempurna dan selamat mengikut segala arahan dan peraturan yang ada kerana alat-alat sukan dianggap berbahaya. Ini bermakna beliau telah gagal melaksanakan "kewajiban berjaga-berjaga" yang munasabah terhadap anak-anak muridnya. Peraturan-peraturan tersebut juga perlu dipamerkan pada papan kenyataan setiap makmal atau bengkel dan diingatkan kepada murid dari semasa ke semasa.

(ix) Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera untuk tindakan selanjutnya. kawasan tersebut perlu dipagari dan dijadikan kawasan larangan. pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah Arahan-arahan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. "walkaton". v. Langkah-langkah persediaan menangani keebakaran termasuk memastikan alat-alat pemadam apl dan pencegahan kebakaran dalam keadaan balk dan boleh berfungsi pada setlap masa.. Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan sekolah.5 Memastikan Keselamatan Trafik Di Kawasan Sekolah Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan raya. Dalam kes Silvadurai v. 12/1989 dan Bil. guru serta kakltangan sekolah (Rule 49. pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah. Murid-murid perlu diberitahu tentang bahaya di kawasan tersebut. Hakim mahkamah memutuskan guru dan pihak sekolah tidak bersalah kerana pelajar telah selalu dinasihati tentang bahaya bermain jongkang-jongkit dan kecederaan yang diakibatkan oleh murid berkenaan sebenarnya bukan disebabkan oleh permainan jongkang-jongkit. menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah. khasnya para pelajar. tetapi kita mesti mengambil iktibar dari kes ini dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kawasan berhampiran kemudahan sukan dan permainan adalah bebas dari kemungkinan berlakunya kecederaan kepada murid-murid. 24/1998 berkenaan aktiviti kebudayaan. Bil. membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik. 1950). Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah. kerja-kerja amali di makmal atau bengkel. mengadakan demonstrasl memadam kebakaran dan mangadakan fire drill dengan melibatkan semua murid. 7/2000 hendaklah difahami dan dipatuhi oleh pengetua sekolah. Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke kawasan sekolah. Peraturan-peraturan dan panduan yang diberi dalam Surat Pekeliling 3/1984. Bil. Walaupun guru dan pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan. Keputusan hakim mahkamah menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan bersama (vicariously liable) kerana membenarkan bas tersebut memasuki kawasan sekolah tersebut. (viii) Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang mesti dikawal penggunaannya dengan ketat. Bil. Ini bermakna pengetua perlu mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat untuk semua pihak. dan penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta hendaklah diikuti bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar dijaga dan memastikan persekolahan pelajar-pelajar tidak terjejas. . The Registration of Schols Ordinance. Government of Malaysia seorang murid terjatuh kerana tersandung batu selepas turun dari bermain jongkang-jongkit. Bil 8/1995 dan Bil. kecuaian dan Iain-Iain lagi. 7/1988. Headmaster. Schools (Geneeral) Regulations. Jika kerja pembinaan sedang dijalankan atau terdapat bahan pembinaan yang dilonggokkan. Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Dalam kes Headmistress. penyertaan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah(MSSM). dan memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing. dan. Murid tersebut akhirnya mati akibat kemalangan tersebut. Methodist Girls School & Ors. Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menanganl masalah apabila kes kebakaran berlaku. Anglo-Chinese Primary School & Anor. lanya merupakan satu kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian murid sendiri. mengadakan hari / minggu pencegahan kebakaran. Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari. ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah. perbuatan jenayah (arson). Kebakaran yang berlaku di sekolah boleh mengakibatkan kerugian harta benda sekolah dan kehilangan nyawa. sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam kawasan sekolah yang mana jalan-jalannya adalah sempit. Selain daripada itu.6 Memastikan Keselamatan Kebakaran Sentiasa Dijaga Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litarpintas. 1. 1. 8/1978.1.7/1977. Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah.1.Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.

maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru pengiring perempuan. Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan sekolah. (x) Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalangan yang mungkin berlaku. sama ada di kantin. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guruguru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan diadakan. keceriaan dan kesihatan guru-guru.(viii) Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting (misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatan diadakan. maka kebenaran dari Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan. Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri. (vii) Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akan diadakan. 1957. dan Iain-Iain. murid-murid dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah. (ix) Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan. Bil.] Dipetik dari Azman2020/KKKPP/IAB . Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibu bapa pelajar secara bertulis. 1. Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini. (iv) Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapa hams teliti dan jelas. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan. [Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. kemalangan jalan raya dan mati lemas telah pun terjadi semasa pelajarpelajar mengadakan lawatan. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan. The Registration of Schools Ordinance. Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan. mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak. Dalam kes Chen Soon Lee v. 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek kebersihan. 5/1995. 9/2000. bangunan dan kemudahan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat sepanjang masa lawatan diadakan.8 Memastikan Kebersihan Makanan dan Kesihatan Murid Dijaga Peraturan Schools (General) Regulations.7 Memastikan Keselamatan Sewaktu Membuat Lawatan Lawatan adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan seorang pelajar. (iii) Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. di dapur sekolah atau pun makanan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah.(w) Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktu lawatan diadakan. pelajar-pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledar pada setiap masa. seorang murid sekolah telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air di tepi laut. Banyak kemalangan seperti terjatuh. Jika ada murid perempuan yang menyertai lawatan tersebut. (vi) Pelajarpelajar dibentahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirian yang mencukupi seperti minuman.1. Oleh kerana guru besardan guru-guru yang berada bersama mereka telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable care) pada masa itu. 5/1988 dan 2/1983 adalah berkaitan.1. Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu untuk menjaga kesihatan diri sendiri.1. Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah seperti berikut: (i) Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya diadakan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Malangnya risiko yang terlibat dalam lawatan adalah tinggi juga. alat-alat dan perkakasan makanan. pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools (Tours) Regulations. alat perlindungan dari cahaya matahari. makanan. tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Miri. Selain dari itu. (ii) Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku. Chong Voon Pin.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->