Sistem longkang

Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut : 1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor 2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang. 3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’ 4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang: 1. Bentuk U 2. Separuh bulat 3. Bentuk V

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia: 1. Longkang jenis konkrit. 2. Longkang jenis tembikar 3. Longkang PVC

Longkang jenis konkrit

Longkang jenis tembikar

Longkang PVC Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit: 1. Simen 2. Batu baur. 3. Pasir

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang: 1. Menyediakan bahan dan alatan. 2. Mengorek tanah 3. Meletakkan pasir. 4. Memasang dan memaras. 5. Menyambung ikatan antar longkang

Alatan memasang longkang : 1 1. Cangkul 2 2. Penggali 3 3. Aras spirit - mendapatkan kerataan. 4 4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.

Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang: 1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan tersumbat. 2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Contoh : kenderaan. 3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan 4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang laluan 5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika longkang tersekat 5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan 6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan pada longkang 7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah. 8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. -terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut. -Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata. -Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum. ialah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran.Sistem kumbahan Pengenalan -Dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil. konkrit. -Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Bentuk lurang juga pelbagai. -Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe. Kebiasaanya. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24" . -Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. -Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit)@ silinder (plastik atau fiber). -Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi. bahan gentian (fiberglass) atau plastik. bentuk bulat. antaranya berbentuk segiempat sama. bentuk "T" atau bentuk "L". Lurang Dikenali sebagai lubang periksa.

Jenis-jenis lurang 1. -Drop conection . Lurang Biasa Ciri-ciri: -Kedalaman adalah 1500mm -Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm 3. Sump Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu. Lurang Cetek Ciri-ciri: -Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm. 2. ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair. -Saiz 450mm x 600mm -Biasanya dibina pada kedudukan pertama. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu. pasir dan lain-lain. . sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang -Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan Pembinaan Lurang Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah: -pada setiap kecerunan -pada setiap perubahan saiz paip saliran -pada jarak maksima 1200mm -pada pertemuan paip saluran. sampah. Lurang Dalam Ciri-ciri: -kedalaman melebihi 1500mm 4. Lurang Tirai Belakang Ciri-ciri: -Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran. daun.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. 1. . Jenis-jenis Culvert. Culvert Pengenalan Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya . Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar. besi atau PVC.Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ.Box Culvert Ciri-ciri: -Berbentuk segiempat -diperbuat daripada konkrit Fungsi-fungsi: -Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan. -Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit -Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat. Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang.

Round Culvert Ciri-ciri: -Berbentuk bulat -bahan buatan konkrete.2. -bisanya terletak di tepi jalan -menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit . besi Fungsi-fungsi: -Dibina sebagai terowong saliran air.

maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban. Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.Paip Salir Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna. Paip tanah liat . Jenis-jenis paip salir 1. Oleh sebab di tanam dalam tanah. Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan. terutama jika terdapat kenderaan yang lalu di atasnya.

Paip besi tuang 3.2. Paip gentian 6. Paip PVC 4. Paip uPVC 5. Paip konkrit Paip tanah liat Paip besi tuang .

Paip pvc Paip konkrit .

3.Harganya murah. konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.mudah dipasang. 4. mudah dipotong 6. 2.Paip uPVC Paip yang diperbuat daripada gentian kaca.tahan lasak. Ciri-cirinya: 1. . 5. tahan hakisan. mudah disambung.

Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Selain daripada kedalaman adalah mencukupi bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah. Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir. . Kedap air Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap air. Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna. Najis dan air sisa pula tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran. Prinsip pemasangan paip salir 1. Paip salir hendaklah dipasang oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air. Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu dalam ketika memasang paip. Mutu Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi. Paip yang bermutu akan menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam disebabkan kelajuan kumbahan. Kecerunan Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana proses rawatan berlaku dalam paip salir. Jika kecerunancerun paip terlalu landau. Paip jenis ini lebih kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh. Paip besi tuang sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi. 2. 3. Pepejal yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip. kumbahan akan disalirkan dengan perlahan. Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang. Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang disaran dalam piawai pemasangan.

Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik. Kelurusan Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik kepada satu titik yang lain. 5. proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan. Untuk menghindarkannya. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip salir yang lain.4. Pengalihudaraan ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada . Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan. Pengalihudaraan Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan tertentu sahaja.

3. . Memasang Paip Pembentung . tingkap atau lubang udara bangunan.setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit ditempatkan di atas papan tolok itu menjadi rata. serta jarak 3 m dari mana-mana cucur atap bangunan. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan. 4. Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah masuk ke dalam paip.Kaedah Papan Tolok Langkah kerja. 5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup dengan mortar. 1. 2. Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki. 5.

Cangkul 4. Penggali 3. paip salir tanah liat 2. Kaedah menggunakan papan tolok. 1. Pita ukur 5. 2. Kaedah menggunakan rod aras .Bahan dan alatan 1. Aras spirit Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.

4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 12:37 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Paip salir Thursday. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata. 3) Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air. menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata. Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan 2) Melindungi. 5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor . October 18. Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu. 2012 Melepa Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar.

Pemaras kayu 3.hawk . Pemaras keluli 2.6) Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba 7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding 8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir. Jenis peralatan melepa 1. Pemegang mortar .

Pemaras kayu panjang ( darby float ) . Comb spreader 5.4.

Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete” dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur. . Aras spirit Bahan untuk melepa Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :Simen: Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan. Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.6. Kapur : Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. membuat lepaan atau sebagai perekat jubin.

Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir) ataupun ditambah .Air : Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan. kalsium format. ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang. b) Memudahkan kerja bancuhan c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan. Bila terdapat udara. Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan. sodium aluminat. triethanolamine. Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat. Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen. Bahan Tambahan Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.

rasuk. Untuk dinding bata. tiang. Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Kemasan Biasa ( sand face) Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu.dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor : pasir) Jenis lepaan Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :- 1. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. lepaan dibuat setebal 12mm. kapor dan pasir ialah :- - 1: ½ : 4 ½ 1 : 1 : 5-6 atau atau . manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm. dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin. Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland. tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Setelah lapisan mula mengeras.- 1 : 2 : 8-9 2. campuran simen boleh ditambah dengan kapor. maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. KEMASAN LICIN Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. 5. KEMASAN ‘Textured atau Scraped’ Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati. 3. 4. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja. Untuk menambah kemudahkerjaan. . KEMASAN GRANOLITIK Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 36mm lubang ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik . KEMASAN SHANGHAI Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan.

6. pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama.3 ( batu kerikil 6-13mm). Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa. sementara lapisan kedua nisbahnya adalah 1 : ½ : 1 ½ . Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu. KEMASAN ‘Rough cast atau wetdash’ Campurannya terdiri dari simen. Rough casting machine . Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan.

How to plaster an already plastered wall HOW TO MIX PLASTER . Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½ dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm. KEMASAN “tyrolean atau smooth cast” Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’ Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 20mm. 8. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.7. dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras.

Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan menyalurkan kotoran yang kotor. . Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi) Biasa berbentuk empat segi bujur. Bahannya diperbuat dari porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air. . Pengeluaran air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk. Jenis-jenis alat lekapan 1. . kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan.Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 8:45 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: melepa Sanitari dan alat lekapan Alat lekapan .

Tinggi pemasangan 863 mm – 915 mm. Sink Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain. Bahan membuat sinki adalah keluli. plastik dan fire clay ( tanah liat ). 915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk tujuan membasuh. .2.

Palam lubang luar – digunakan menakung air dalam basin. 3. 2. Manakala 787 mm pemasangan di rumah. Lubang limpah – semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada lubang limpah basin. Jenis basin 1. Paip buangan basin – saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan perangkap jenis botol atau S. Tinggi pemasangan basin ialah di antara 762 mm hingga 812 mm. . Pedestal basin 4. Angle corner basin 2. Dulang pacuran Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan mengalirkan air ke lubang lurang. 1. Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin. Basin Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat.3. Bagi kegunaan dewasa ukuran pemasangan adalah 812 mm. Bahan pemasangan basin.

Mangkuk tandas . Tandas duduk Bahagian tandas duduk .Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan tujuan untuk menakung air.5.Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakkan najis didalamnya. Jenis tandas: a. .

7.70 m panjang. seramik dan plastik. Diperbuat dari tembikar dan seramik. Ia berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya. Tandas cangkung Cara pemasangan tandas. .Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita.Bidet . Diperbuat dari tembikar.38 m lebar dan 0. Ukuran bidet 0. 6.b. Urinal .Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki.40m tinggi 0.

Jenis urinal Urinal jenis kandang .

. Gergaji besi .fungsi memotong paip pvc. 2. 1. galvani dan pvc. Pemotong pvc .pemotong pelbagai jenis paip upvc.Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan.

3. Aras spirit . 5.digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan. 4.memotong paip bergalvani. Pemotong paip beroda .memastikan permukaan rata dan tegak. . Pita ukur .

membuat lubang mengikut saiz yang dikehendaki. 8. 7. Jenis sepana terdiri a.mengetat dan melonggarkan skru. Mesin gerudi . Sepana . Sepana boleh laras. Pemutar skru . .6.digunakan untuk membuka dan mengunci benda yang bersegi seperti bolt dan nat.

mencengkam.b. Playar . menarik dan menekan benda kerja.digunakan untuk memotong. 9. Playar cengkam seribu . memintal. Sepana hujung terbuka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful