P. 1
PERSAMPELAN RAWAK MUDAH & SISTEMATIK

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH & SISTEMATIK

|Views: 2,495|Likes:
Published by Marinah Yasin

More info:

Published by: Marinah Yasin on Jan 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/22/2014

pdf

text

original

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |1

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang persampelan rawak mudah dan juga persampelan sistematik. Penerangan mengenai persampelan juga diterangkan terlebih dahulu dalam perbincangan ini supaya pembaca dapat memahami persampelan sebelum melihat jenisjenis persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik. Pendedahan tentang definisi kepada kedua-dua jenis persampelan itu dibincangkan juga dengan terperinci bagi memastikan kejelasan tentang perbezaan kedua-dua persampelan tersebut. Perbezaan persampelan tersebut dapat dilihat dari segi cara sampel diambil iaitu proses pemilihan sampel. Kajian ini juga cuba menjelaskan dengan terperinci berserta contoh bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai setiap proses pemilihan sampel bagi kedua-dua persampelan yang dikaji iaitu persampelan rawak mudah dan sistematik. Bagaimana sampel diambil dan keadaanya juga dijelaskan dengan tepat dan betul sebagai rujukan kepada semua. Kemudian kelebihan dan kelemahan setiap persampelan ini terut disertakan bagi penilaian kecekapan dan juga kesesuaian penggunaan persampelan dalam penyelidikan.

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |2

1.0

PERSAMPELAN Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di

manasebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kitamembuat generalisasi mengenai populasi itu. Menurut Syed Arabi Idid (1992), Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi. Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa , ‘The unbiased selection of the test population is called sampling’. Persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh peyelidik tidak kira sains tulen atau sains sosial dalam peyelidikan mereka. (Sent, 2010) Persampelan meluas digunakan di dalam perniagaan untuk memperolehi maklumat yang berguna berkaitan populasi. Data adalah diambil daripada sampel dan kesimpulan adalah dibuat terhadap populasi sebagai bahagian daripada proses pentadbiran statistik. Soal selidik yang dibuat dengan teliti akan digunakan untuk memperolehi data yang dikehendaki. Penyelidik kemudiannya akan menganalisis data yang diperolehi dari jawapan responden yang telah dipilih. Ringkasan dan keputusan kajian akan disediakan berdasarkan keputusan analisis yang diperolehi. Biasanya sampel yang sempurna akan dapat memberikan maklumat yang amat berguna di dalam proses membuat keputusan. (Persampelan) Secara umumnya, sampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada satu populasi. Unsur persampelan merupakan unit analisis yang digunakan dalam kajian. Rangka persampelan pula merupakan senarai semua unsur dalam populasi yang dikaji. Persampelan terbahagi kepada dua kategori iaitu persampelan rawak dan persampelan tidak rawak.

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |3

Persampelan rawak bermakna setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih. Persampelan rawak pula dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu persampelan rawak mudah dan persampelan sistematik. Kerangka persampelan merupakan senarai yang mengandungi semua individu atau unit analisis yang kesemuanya dijadikan populasi berkenaan. Tegasnya, kerangka persampelan merupakan senarai lengkap bagi populasi. Satu sampel yang mengandungi sebilangan individu dalam kerangka persampelan dihasilkan menerusi rangkaian tertentu. Sampel tersebut perlu mewakili dan memperlihatkan semua cirri populasi dengan tepat. Kesempurnaan kerangka persampelan dinilai melalui tiga kriteria iaitu kelengkapan, kebarangkalian dan keberkesanan. Kelengkapan bermaksud kerangka persampelan mesti mempunyai senarai semua individu atau unit analisis yang bakal dikaji. Kebarangkalian pula ialah kemungkinan setiap individu yang dipilih sebagai sampel perlu ditentukan dahulu. Namun, yang penting di sini bukan semua individu dalam rangka persampelan diberi kebarangkalian yang serupa untuk dipilih. Yang diutamakan ialah penentuan kebarangkalian setiap individu untuk dipilih. Hal ini demikian kerana ia berguna apabila menentukan anggaran penganalisisan data kemudian. Keberkesanan pula daripada segi biaya pengendalian persampelan juga diambil kira untuk menilai rangka persampelan. Penyelidik perlu mengusahakan cara yang murah tetapi sampel yang dikutip memadai dan bernilai. (Masri, 2005) Tujuan persampelan dilakukan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masaalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka. Kita juga dapat memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas. Di samping itu, kita dapat mengumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk. Memilih sampel dari satu populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian

dinamakanpensampelan bertujuan. Biasanya, pensampelan ini adalah untuk kajian awalan

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |4

ataupenerokaan dan juga untuk menguji sesuatu teori. Dalam pensampelan bertujuan,penyelidik akan memilih responden mengikut pertimbanganya sendiri iaitu yang palingsesuai dengan tujuan kajianya. Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden dalampensampelan bertujuan mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja bahan yangberkaitan dengan tujuan kajian penyelidik. Sebagai contoh ialah kajian mengenai kegiatanpelacuran dalam kalangan remaja. Setelah menjalankan tinjauan, penyelidik mungkinBerjaya mendapat beberapa kelompok remaja yang pernah menjalankan kegiatanpelacuran. Kelebihan pensampelan ini ialah penyelidik boleh mengunakan kemahiran danpengetahuannya yang lalu dalam memilih subjek kajian dalam kajianya yang akan datang. Persampelan amat penting dalam sesuatu kajian kerana melibatkan kos perbelanjaan yang lebih rendah. Di samping itu, masa pengumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih singkat. Selain itu, membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada sebahagian kecil populasi dan penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas dalam masa yang singkat. (Persampelan)

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |5

2.0

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH Ia merupakan teknik pensampelan yang asas. Ia memerlukan senarai kesemua calon yang

berkemungkinan di pilih. Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan. Masalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak lengkap. Contohnya memilih satu nombor dari nombor-nombor berikut iaitu 2, 3, 1, 7, 6, 9, 45, 32, 56, 22, dan 89. Oleh itu, kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12. Persampelan rawak mudah ialah persampelan di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De Vaus (1985) telah menyenaraikan lima tahap yang perlu seseorang lakukan dalam persampelan rawak mudah iaitu mendapatkan satu rangka persampelan yang lengkap. Kedua, memberikan tiap-tiap ahli satu nombor khas. Ketiga menentukan saiz persampelan. Keempat, memilih ahli-ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak dan memilih ahli daripada angka rawak tersebut. (Persampelan) Selain itu, persampelan rawak mudah ini merupakan asas kepada lain-lain teknik persampelan rawak. Melalui persampelan rawak mudah, setiap unit di dalam kerangka

diletakkan nombor dari 1 hingga N iaitu N adalah saiz populasi. Kemudian, jadual nombor rawak adalah digunakan untuk memilih (n) item ke dalam sampel. Penjana nombor rawak adalah program komputer yang membolehkan komputer untuk mengira output untuk menghasilkan nombor rawak. Persampelan rawak mudah menghendaki setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Persampelan rawak mudah ini juga sesuai digunakan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang seragam.

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |6

2.1 MUDAH

CONTOH

DAN

LANGKAH-LANGKAH

PERSAMPELAN

RAWAK

Sebagai contoh, penyelidikan sebenar yang dilakukan di UTM Skudai, Johor. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor. Pelajar tahun akhir dipilih kerana mereka lebih lama melalui proses pembangunan di UTM. Oleh itu, dengan memilih pelajar tahun akhir, ia dapat memberi gambaran secara keseluruhan keberkesanan usaha UTM dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Secara keseluruhannya, jumlah populasi bagi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan adalah sebanyak 533 orang. Walaubagaimanapun, berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti yang disyorkan oleh Krejcie dan Morgan (1970), jika saiz populasi berjumlah di antara 500 dan 550 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 226 orang. Sebanyak 270 borang soal selidik telah diedarkan bagi menjamin bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dapat dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab dengan lengkap sahaja dijadikan sampel. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir dari semua program kecuali Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik). Ini kerana pelajar dari program ini telah digunakan sebagai sampel untuk kajian rintis. Bagi pemilihan sampel bagi setiap program, pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah. Di dalam persampelan rawak mudah, setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. (Othman) Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut Tuckman (1978), instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Manakala Cates (1983) pula berpendapat,

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |7

pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996). Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yang telah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu responden mudah membaca dan memahami itemitem soal selidik, responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item dalam soal selidik dan responden menjawab soal selidik secara suka rela dan ikhlas. (Othman) Sebelum menjalankan kajian sebenar, satu kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang pelajar tahun akhir dari Fakulti Pendidikan. Pelajar yang dijadikan sampel kajian rintis adalah merupakan pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik). Maka dengan ini, pelajar daripada program tersebut tidak akan digunakan sebagai sampel sebenar. Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik di samping menguji kefahaman pelajar terhadap item-item instrumen sama ada ianya bersesuaian dengan pengalaman pelajar dan dapat memenuhi objektif kajian yang dijalankan. Kajian rintis dapat membantu pengkaji memperoleh pertunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Ianya juga membolehkan pengkaji mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut. (Othman) Kemudian proses menganalisis data dilakukan. Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi pelajar terhadap faktor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam membangunkan aspek sosial. Hasil daripada kajian didapati item ke-53 iaitu “Garis panduan pemakaian yang digariskan HEP dapat membina penampilan yang positif dalam diri

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |8

saya” mendapat nilai min tertinggi sebanyak 3.96 dengan sisihan piawainya 0.841. Sebanyak 21.1% responden sangat setuju, 63.6% setuju, 8.3% kurang setuju, 4.4% tidak setuju dan 2.6% responden menjawab sangat tidak setuju. Pernyataan yang mendapat nilai min ke-2 tertinggi ialah item ke-49 iaitu “Program HEP dapat memupuk semangat kekitaan diantara saya dengan rakan” yang mana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 3.93 dengan sisihan piawai 0.790. Terdapat seramai 20.6% responden sangat setuju, 57.9% setuju, 15.4% kurang setuju manakala 5.7% responden tidak setuju dan 0.4% sangat tidak setuju. Bagi pernyataan item ke-46 iaitu “Program yang dianjurkan HEP membina keyakinan diri saya sewaktu melaksanakan aktiviti” didapati bilangan yang menjawab sangat setuju adalah sebanyak 18.4%, setuju 58.3%, kurang setuju 17.1% manakala tidak setuju 4.8% dan sangat tidak setuju 1.3%. Pernyataan ini merupakan min ke-3 tertinggi dengan nilai 3.88 dan sisihan piawai sebanyak 0.809. Seterusnya, pernyataan yang memperolehi min yang paling rendah ialah “Program HEP dapat melatih saya menjadi pemimpin” iaitu item ke-50 dengan nilai min sebanyak 3.68 dan sisihan piawai 0.884. Responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 14.5%, setuju 52.2%, kurang setuju 21.5%, manakala tidak setuju sebanyak 11% dan sangat tidak setuju 0.9%. Secara puratanya, jumlah min dan sisihan piawai yang diperoleh bagi dimensi ini masing-masing adalah 3.83 dan 0.865. (Othman)

PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK |9

2.2

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PERSAMPELAN RAWAK MUDAH

Persampelan rawak mudah mempunyai kebaikkan dan kelemahan. Antara kebaikan ialah menjadi dasar kepada rekabentuk persampelan yang lain. Hal ini kerana untuk memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau untuk digunakan bagi mewakili populasi. Selain itu, kebaikan persampelan rawak mudah ialah memerlukan pengetahuan minima mengenai populasi yang dikaji, penganggaran ralat, dan pensampelan boleh disukat,mudah untuk menganalisis data. Hal ini kerana tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai populasi yang dikaji.

Kelemahan persampelan rawak mudah ialah akan melibatkan kos yang tinggi. Selain itu, kelemahan kaedah persampelan rawak mudah ialah sukar untuk digunakan apabila melibatkan saiz sampel yang besar dan akan menyebabkan memerlukan kerangka pensampelan bagi menjalankan penyelidikan. Seterusnya, kaedah ini juga tidak sesuai untuk semua keadaan. Hal ini kerana sekiranya saiz populasi tidak seragam akan menyebabkan berlaku kesilapan ketika pemilihan reponden yang dikehendaki. (Kelebihan, kelemahan) Seterusnya, kelemahannya ialah menyebabkan bias. Penyelidik mungkin akan memilih responden yang mereka kenali tanpa menjalankan penyelidikan secara tepat dan betul.

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 10

3.0

PERSAMPELAN RAWAK SISTEMATIK Persampelan rawak sistematik juga merupakan salah satu daripada persampelan rawak.

Persampelan rawak sistematik ini mempunyai cara penggunaan tersendiri. Persampelan rawak sistematik ialah sampel yang diperolehi dengan memilih unsur secara rawak. Persampelan rawak sistematik boleh dilakukan dengan memilih responden berdasarkan selang atau gandaan tertentu. Penyelidik yang menjalankan sesuatu kajian akan menentukan jarak langkau dan jarak jauh sampel. Hal ini kerana penyelidik sahaja yang akan memahami kajian ynag dijalankan dan jumlah yang diperlukan. Persampelan rawak sistematik ini unsur yang dipilih ialah daripada populasi pada selang yang seragam (Azizi Yahya, 2006). Persampelan rawak sistematik ini terdapat cara untuk mendapatkan sampel yang diperlukan. Cara yang digunakan ialah kaedah selang. Selang ialah untuk mengecilkan saiz sampel daripada populasi yang begitu besar. Hal ini kerana saiz sampel yang sangat besar akan mengelirukan penyelidik untuk membuat kajian. Cara mendapatkan saiz selang (k) ialah dengan membahagikan saiz populasi (N) dengan saiz sampel (n). Formula untuk mendapatkan saiz selang ialah seperti di bawah :Menentukan Nilai k k = N n Dimana, n = saiz sampel N = saiz populasi k = saiz selang untuk dipilih

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 11

Apabila saiz selang telah dapat, maka penyelidik perlu memilih secara rawak salah satu nombor dari saiz tersebut. Misalnya, saiz populasi 1000 dan saiz sampel yang diperlukan ialah 100 orang. Maka, 1000/100 ialah 10 saiz selang. Jadi penyelidik perlu memilih satu nombor antara 1 hingga 10. Jika penyelidik memilih secara rawak nombor 8 ini bermakna unsur pertama dipilih ialah inidividu yang ke-8. Untuk mendapatkan unsur seterusnya ialah 8+10=18, 18+10=28, 28+10=38, dan seterusnya. Saiz selang apabila ditambah adalah tetap iaitu 10. Hal ini membuktikan sampel ini teratur dan sistematik. Sampel yang akan diambil ialah nombor 8, 18, 28, 38, ………, sehingga 998 (Sulaiman Masri, 2005). Disini menunjukkan, nombor pertama dipilih ialah individu yang ke-8 dan terakhir ialah individu ke-998 menjadi saiz sampel yang diperlukan iaitu seramai 100 orang yang terlibat dalam penyelidikan ini.

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 12

3.1

CONTOH

DAN

LANGKAH-LANGKAH

PERSAMPELAN

RAWAK

SISTEMATIK

Melalui prosedur persampelan rawak sistematik (Systematic random sampling), seramai 291 orang pelajar daripada 715 orang telah dipilih sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pelajar tahun Dua dan tahun Tiga yang mengikuti pengajian pada semester kedua, sesi pengajian 2009/2010, Fakulti Pengajian Islam. Seramai 141 orang (48.5%) responden adalah pelajar Tahun Dua dan 150 orang (51.5%) responden adalah pelajar Tahun Tiga. Seramai 102 orang (35.1%) adalah responden lelaki dan 189 orang (64.9%) adalah responden perempuan. Mereka mewakili lima jabatan di Fakulti Pengajian Islam iaitu Jabatan Pengajian Syariah, Jabatan Pengajian Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian alQuran dan al-sunnah dan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. (Salasiah Hanin Hamjah, 2012)

Setiap cara persampelan terdapat langkah yang perlu diikuti supaya kaedah digunakan menjadi cepat dan teratur. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk contoh penyelidikan di atas ialah pertama kenal pasti populasi dan berikan definisinya iaitu pelajar tahun Dua dan tahun Tiga. Kedua ialah tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka iaitu seramai 715 orang. Ketiga, berikan nombor kepada setiap pelajar secara berturutan kepada setiap ahli populasi bermula 000 sehingga 290. Keempat, tentukan saiz sampel (291 daripada 715). Kelima, dapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (291/715). Akhir sekali untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 2, 4, 6, 8, ….. sehingga 582 ; yang akhirnya kita akan dapat 291 orang pelajar sampel.

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 13

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Analisis data dilakukan secara statistik deskriptif dan inferensi serta dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan juga analisis statistikal secara ujian t perbandingan (t-test) serta ujian korelasi Pearson. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai 291 orang pelajar mewakili ciri-ciri populasi telah dipilih dalam kajian rintis ini. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan ujian statistik untuk mendapatkan nilai alpha cronbach. (Salasiah Hanin Hamjah, 2012)

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa bentuk amalan kerohanian yang dilakukan oleh responden dalam kajian ini seperti solat hajat, membaca al-Quran, solat sunat rawatib, solat berjemaah dan muhasabah (Jadual 2). Kajian ini mendapati lebih separuh responden iaitu 55.3% (161 orang) melakukan solat hajat atau qiyam al-lail sebanyak satu hingga dua kali seminggu. Diikuti 18.9% (55 orang) responden melakukan tiga hingga empat kali seminggu dan 2.4% (7 orang) responden melakukan solat hajat atau qiyam al-lail lima kali seminggu. Walaupun begitu, didapati 5.5% (16 orang) responden melakukan solat hajat secara kerap dalam seminggu iaitu sebanyak enam kali dan ke atas. Meskipun terdapat responden yang tidak mengerjakan solat hajat atau qiyam al-lail dalam seminggu iaitu 17.9% (52 orang) tetapi majoriti responden dalam kajian ini mengerjakannya antara satu kali hingga enam kali dalam seminggu. Ini menjelaskan bahawa solat hajat atau qiyam al-lail merupakan amalan agama yang biasa dipraktikkan oleh responden Fakulti Pengajian Islam. Kajian ini turut mendapati 73.2% (213 orang) responden membaca al-Quran antara satu hingga dua kali dalam sehari. Diikuti dengan 14.1 % (41 orang) responden membaca al-Quran antara tiga hingga empat kali dalam sehari dan 3.1% (9 orang) responden melakukan secara kerap setiap hari iaitu melebihi enam kali sehari. Ini menunjukkan

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 14

responden dalam kajian ini majoritinya membaca al-Quran walaupun hanya sekali atau dua kali dalam sehari. (Salasiah Hanin Hamjah, 2012)

3.2

KEBAIKAN

DAN

KELEMAHAN

PERSAMPELAN

RAWAK

SISTEMATIK

Kebaikan menggunakan kaedah persampelan sistematik ialah

mudah menentukan

rancangan persampelan. Hal ini kerana sistematik bertaburan seragam disepanjang kerangka persampelan. Selain itu, kebaikan kaedah persampelan mudah dikendalikan kerana setiap unsur yang dipilih telah ditentukan selangnya. Maka sampel dapat dipilih dengan mudah dan teratur (Persampelan dan Taburan Persampelan). Seterusnya, kebaikan kaedah persampelan sistematik lebih tepat daripada kaedah persampelan rawak mudah. Hal ini kerana rawak mudah akan menyebabkan berlaku ulangan yang sama dan mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Perkara sebegini akan melambatkan penyelidik untuk mencari responden.

Kelemahan

menggunakan kaedah persampelan sistematik ialah kitar berkala wujud

dalam semua kerangka persampelan atau senarai populasi. Hal ini akan menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan dalam melakukan kajian (Azizi Yahya, 2006). Misalnya, senarai nama pelajar mengikut abjad daripada A hingga Z. Dalam sebuah kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar seramai 40 orang. Jika penyelidik ingin mengambil 20 orang pelajar sahaja. Di dalam kelas itu terdapat lebih ramai pelajar lelaki daripada perempuan. Maka, hal ini akan menyebabkan penyelidik akan mendapat responden yang terdiri daripada bilangan pelajar lelaki yang lebih banyak daripada pelajar perempuan.

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 15

BIBLIOGRAFI Azizi Yahya, S. H. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, Analisis, Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis. Retrieved Disember 2012, from mybooks.com.my: http://books.google.com.my/books? id=X0SyB_xZ28EC&pg=PA55&dq=pensampelan+rawak+sistematik&hl=en&sa=X&ei=ceO8U Kf9Ec_trQfLkYDADQ&ved=0CDMQ6AEwAQ#v=onepage&q=pensampelan%20rawak %20sistematik&f=false Othman, M. A. (n.d.). Populasi dan Sampel Kajian. Retrieved Disember 2012, from Kesan Persekitaran UTM Dalam Membangunkan Aspek Sosial Pelajar: http://eprints.utm.my/10587/1/Kesan_Persekitaran_UTM_Dalam_Membangunkan_Aspek_Sosia l_Pelajar.pdf Salasiah Hanin Hamjah, E. A. (2012, July). Perkaitan Amalan Spiritual dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Retrieved Disember 2012, from Universiti Kebangsaan Malaysia: http://www.ukm.my/jtlhe/pdf/4%20AJTLHE%2093%20.pdf Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan : Esei, Proposal, Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Persampelan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, from Persampelan dan Taburan Persampelan: www.econ.upm.edu.my/~alias/MGM3162/CHAPTER05.doc Persampelan dan Taburan Persampelan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, from http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:zzgS_72jVMJ:www.econ.upm.edu.my/~alias/MGM3162/CHAPTER05.doc+kaedah+persam pelan+sistematik&hl=en&gl=my Sent, A. (2010, November 13). Apa itu Persampelan? Retrieved Disember 2012, from Scribd: http://id.scribd.com/doc/42279107/laporan-kaedah-persampelan Teknik Persampelan: Kelebihan, Kelemahan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, from www.ftsm.ukm.my/aishah/TeknikPersampelan.ppt

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 16

LAMPIRAN Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pelajar Terhadap Faktor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Dalam Membangunkan Aspek Sosial.

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 17

Jadual 2 : Amalan Kerohanian Pelajar

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->