You are on page 1of 5

Plagiarisme telah menjadi isu kebimbangan di seluruh universiti di Malaysia dan Antarabangsa AKTIVITI plagiat adalah budaya negatif

dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka panjang tanpa kita sedari.

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata-kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak. Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya. Menurut kepada Christopher Rick di British Akademi Lecturet, plagiarisme ialah perbuatan yang dianggap tidak bermoral sejak abad (Goldgar, 2001). Plagiarisme ialah satu pelanggaran hak moral pengarang. Droit moral (hak moral) berasal dari Perancis, mengikut Earl W. Kintner (Kintner & Jack 1975:355) adalah:

"Hak untuk menghalang orang lain untuk mengubah atau mengurangkan kerja, hak untuk melarang orang lain nama menisbahkan bekerja yang tidak dibuat oleh beliau, dan hak untuk melarang orang reputasi lain daripada menggunakan atau nama beliau untuk

membahayakan

kemahiran

kedudukan. "

Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkahlangkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benar-benar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan.

Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian. Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara profesional menyiapkan tesis mereka. Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.Usaha untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif. Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini perlu

didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di dalam IPT. Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri. Amalan copy paste berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan Tidak mempunyai masa yang secukupnya. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan copy paste untuk menyiapkan tugasan mereka. Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam copy paste ini. Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet sematamata. Bagi menangani masalah plagiarisme yang semakin menular, pihak universiti diminta tidak berkompromi dengan pensyarah atau pelajar yang melakukan plagiat atau menciplak tesis kerana ia boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan langkahlangkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan, gejala tersebut akhirnya akan

melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing. Walaupun masalah ciplak atau plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti negara ini masih kecil, namun mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan yang keras. Ini adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti bagi membolehkan seseorang pelajar misalnya benarbenar layak menerima ijazah serta bersedia memasuki alam pekerjaan. Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual ini. Pihak universiti mesti tegas dan mengambil tindakan terhadap penuntut yang menggunakan penulis professional untuk menyiapkan tesis atau kajian akademik mereka, tidak kira sama ada dari universiti awam atau swasta Sebagai sebahagian dari usaha berterusan untuk memastikan amalan penilaian akademik yang berintegriti, kesemua hasil kerja pelajar akan secara beransur-ansur disaring

keasliannya/bebas plagiat dengan menggunakan perisian anti plagiat. Pelajar yang didapati menipu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan akademik UiTM. Universiti telah menyingkirkan seorang pelajar dan menggantung dua orang lagi atas sebab plagiat pada semester lepas ( Dis 2009- Mei 2010 ). Pelajar perlu memainkan peranan masing-masing demi memastikan jenayah akademik ini tidak berleluasa dan dapat dibendung di peringkat awal lagi. Pelajar perlu beretika di dalam melaksanakan semua tugasan akademik dan memastikan bahawa hanya hasil kerja yang asli dikemukakan untuk mengukur pencapaian serta keupayaan sebenar mereka. Sesungguhnya dunia akademik sentiasa menyanjung tinggi pelajar yang berintegriti dan jujur. Tanpa etika murni ini, kelayakan akademik yang diperolehi akan dicurigai. Plagiat membunuh keyakinan diri, membantutkan peluang membina kemahiran berfikir dan menulis; paling malang sekali ia akan mencacatkan sistem penilaian yang selama ini merupakan asas institusi akademik Perlu diingat, kesemua idea, maklumat (kecuali kepunyaan kita sendiri dan maklumat yang tergolong di dalam kategori pengetahuan umum) perlulah dinyatakan sumbernya secara jelas dan tepat. Apabila berlaku kekeliruan atau ketidakpastian, mintalah bantuan pensyarah. Proses pembelajaran dan perkembangan ilmu bermula dari hasil kerja orang lain tetapi ianya perlu diakui.

You might also like