You are on page 1of 19

MENJAYAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH: SATU CABARAN.

1.0 PENGENALAN.

Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem peperiksaan berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbuka mulai tahun 1992 telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh guru di sekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian tempatan sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian menengah rendah (PMR) mulai tahun 2014 juga bakal menyaksikan pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh.

2.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 PENGENALAN. Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektik dan psikomotor selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

PBS boleh dilaksanakan secara dua kaedah iaitu secara formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P dan secara sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang perkara yang dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrument pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada

guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

2.2 PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.

2.2.1

PENTAKSIRAN SEKOLAH. Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

2.2.1.1

Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
2.2.1.2

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit

pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 2.2.2 PENTAKSIRAN PUSAT. Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

2.2.3

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM. Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

2.2.4

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK. Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH.

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: 2.3.1 JADUAL PENGOPERASIAN PBS. Jadual 2.3.1: Jadual Pengoperasian PBS BIL. 1. 2. PERKARA Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat TEMPOH Disember Disember TINDAKAN LP JPN

Arahan Pelaksanaan PBS 3. ke PPD dan Sekolah Mesyuarat Jawatankuasa PBS 4. 5. 6. Pendaftaran SPPBS Tempoh pelaksanaan PBS Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelerasan 7. 8. dan Pengesanan. Pengumpulan skor murid dalam SPPBS Pelaporan skor murid Sepanjang tahun Mengikut keperluan Januari, April, Ogos dan Disember Januari-Februari Sepanjang sesi persekolahan Sepanjang tahun JPN/ PPD/ Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah/ PPD/ JPN/ LP/ Bahagian KPM Sekolah Sekolah

2.3.2

JAWATANKUASA PBS NEGERI. 2.3.2.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Pengarah Pelajaran Negeri : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri : Ketua Sektor SPP, JPN : Semua Ketua Sektor JPN : Pengarah IPGM : Ketua Nazir JNJK (Negeri) : Ketua Penolong Pengarah, BTPN : Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN : Semua Pegawai Pelajaran Daerah

: YDP Majlis Pengetua : YDP Majlis Guru Besar : YDP Majlis Guru Cemerlang 2.3.2.2 Senarai Tugas
i.

Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;

ii. iii.

iv.

Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

2.3.3

JAWATANKUASA PBS DAERAH. 2.3.3.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : YDP Majlis Pengetua Daerah : YDP Majlis Guru Besar Daerah : Semua Penolong PPD : Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru 2.3.3.2 Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; : Pegawai Pelajaran Daerah : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)

ii.

Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah; Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;

iii.

iv.

Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri.

2.3.4

JAWATANKUASA PBS SEKOLAH. 2.3.4.1 Senarai jawatankuasa. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP) : Guru Cemerlang : Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) : Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) : Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran) : Guru Besar : Semua Guru Penolong Kanan : Setiausaha Peperiksaan

2.3.4.2 Senarai Tugas


i.

Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

ii.
iii.

Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun: Mesyuarat Kali Pertama menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya.

iv. v. vi. vii.

Mesyuarat Kali Kedua Kajian Suku Tahun Pertama. Mesyuarat Kali Ketiga Kajian Suku Tahun Kedua. Mesyuarat Kali Keempat Post Mortem Pelaksanaan. Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah.

2.4 PENTAKSIRAN SEKOLAH.

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

2.4.1

PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkaraperkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

2.4.2

STANDARD PRESTASI. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ;

Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan Negara lain.

Jadual 4.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS.

BAND 6 5 4 3 2 1

STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

Jadual 4.1: Kerangka Standard Prestasi Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik. Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 2.4.3 SISTEM PELAPORAN. 2.4.3.1 Formatif Penyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. 2.4.3.2 Sumatif Penyataan descriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid.
2.4.4 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN

PENTAKSIRAN SEKOLAH. Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa. 2.4.4.1 Pentadbiran sekolah

i.

Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS

ii. iii. iv. v.

Menyediakan peralatan, bahan dan jadual Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod Menjalankan pemantauan dan penyelarasan

2.4.4.2 Guru i. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaranpembelajaran-pentaksiran


ii.

Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran

iii. iv.
v.

Menyediakan instrumen pentaksiran Memberi maklum balas tentang pencapaian murid Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh

vi.

Mengumpul rekod dan data pencapaian murid

2.4.4.3 Murid i. ii. Mengetahui dan memahami standard prestasi Mengetahui perkara yang perlu dikuasai

iii.

Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai

iv.

Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

2.4.4.4 Ibubapa i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran ii. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
iii.

Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)

iv.

Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan

3.0 CABARAN PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera.

Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan. Pelaksanaan PBS memerlukan kerjasama antara pelbagai pihak untuk dijayakan secara menyeluruh. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu semua pihak atasi. Antara pihak yang terlibat ialah Pentadbir Sekolah, Guru, Murid dan Ibubapa.

Pada peringkat Pentadbir Sekolah, program pembangunan staf antara perkara yang perlu dijalankan. Program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksaan ini perlu namun kos dalam memastikan kesemua staf yang terlibat mendapat objektif perancangan PBS ini adalah terlalu mahal. Malahan, untuk memastikan kejayaan memberi pemahaman yang tepat kepada semua staf terlibat amat sukar kerana PBS ini baru sahaja dijalankan di Malaysia. Staf baru memerlukan masa yang agak lama untuk mengenali kaedah ini secara menyeluruh. Kegagalan pemahaman sebenar PBS dikalangan staf boleh merosakkan objektif pelaksanaan PBS. Selain itu, kos dari segi penyediaan peralatan, bahan dan jadual turut akan dikeluarkan untuk penyelarasan modul pembelajaran yang digunakan. Tambahan pula tidak semua sekolah yang telah mempunyai kemudahan untuk pelaksanaan PBS yang sedia ada. Pentadbir juga perlu menyediakan ruang dan kaedah yang tepat serta inovatif dalam penyimpanan rekod pelajar. Rekod yang disimpan hasil daripada pelaksanaan PBS ini terutamanya keputusan pelajar adalh sentiasa bertambah. Pengurusan rekod mestilah teratur dan tepat. Segala kesediaan yang dilakukan oleh Pentadbir

Sekolah memerlukan pemantauan dan penyelarasan. Adalah lebih baik sekiranya orang yang bertanggungjawa dalam pemantauan dan penyelarasan adalah dari pihak lain selain pihak Pentadbir Sekolah itu sendiri.

Guru dilatih untuk memberikan semuanya kepada pelajar bagi memastikan pelajar untuk memahami sukatan pelajar. Walau bagaimanapun, PBS telah menjadikan guru hanya sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran. Perkara ini sememangnya akan memudahkan proses P&P seorang guru. Tetapi sebenarnya ia sukar unutk dilaksanakan bagi guru-guru yang telah terbiasa dengan teknik pengajaran sedia ada. Adalah sukar unutk hanya menjadi pemudah cara sedangkan guru hari ini kebanyakan akan memberikan segalasegalanya dalam memastikan pelajar faham perkara yang diajar. Bahan pengajaran pula adalah terhad, sukar untuk mencapai objektif sebenar hanya sebagai pemudah cara. Guru perlu membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku dalam pembelajaran selaras dengan komponen penilaian standard prestasi yang juga melibatkan nilai dalam diri seorang pelajar. Guru juga perlu menyediakan instrumen pentaksiran yang jauh berbeza dengan instrument sedia ada sebagai guru kepada pemudah cara. Guru juga perlu memberi tindak balas terhadap setiap pelajar yang berada di bawah pengawasan. Sukar untuk seorang guru untuk menilai setiap murid, berbanding sistem sedia ada yang menilai pelajar secara kelompok. Disamping itu juga, guru perlu membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. Masa pembelajaran sedia ada adalah tidak cukup bagi seorang guru dalam memastikan semua pelajar mendapat input yang sama dan adil. Tambahan pula, guru sendiri yang perlu mengumpul rekod dan data pencapaian murid. Tugas seorang guru akan menjadi semakin berat. Guru perlu memantapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih berdaya saing dalam memastikan pelaksanaan PBS ini berjaya.

Bagi seorang murid pula, dalam mengetahui dan memahami standard prestasi adalah merupakan satu perkara yang perlu untuk memastikan pencapaian diri sentiasa berada pada tahap yang dinginkan. Murid perlu mengetahui perkara yang perlu dikuasai. Murid juga perlu

mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai disamping memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak memberi cabaran yang begitu besar terhadap ibu bapa selain daripada untuk memahami konsep PBS yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ibu bapa perlu jelas bahawa PBS turut mentafsir bidang bukan akademik dan tidak bidang akademik semata-mata seperti sistem pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan seperti UPSR, PMR, dan SPM. Mungkin bagi segelintir parents yang mempunyai kadar intelektual yang rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang baru. Mereka sudah terbiasa dengan sistem lama dan menjadikan peperiksaan seperti UPSR sebagai kayu ukur pencapaian akademik anak mereka.

4.0 PENUTUP

Keseluruhannya, semua pihak perlu menyesuaikan diri dengan PBS. Pelaksanaan PBS memerlukan jangka masa yang lama untuk memastikan kejayaan sistem baru ini. PBS perlu dijalankan secara berperingkat. Dalam sistem PBS ini, sekolah diberi kuasa yang maksimum dalam menentukan gred pentaksiran calon. Oleh itu, pentadbir sekolah dan guru perlulah memainkan peranan yang sangat penting unutk menjayakan program ini demi kecermelangan pendidikan negara.

PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab

yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Perkara yang boleh dilihat, sistem PBS ini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Berjaya atau gagal sistem ini bergantung kepada integirti, sikap dan komitmen pelaksana.

You might also like