FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJARPELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran 1.0 Pendidikan Matematik

MUKA SURAT i i v viii

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8
2.0

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep Pengertian dan Peranan Matematik Sejarah Matematik Sejarah Ahli Matematik Sifat Matematik Nilai dalam Matematik

1 1 1 2 9 14 19 24

Perkembangan Kurikulum Matematik

2.1
29

Sinopsis

2.2
29

Hasil Pembelajaran

2.3
29

Kerangka Konsep

2.4
29 2.5

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik 35

Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 2.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik iii

1 5.5 5.1 4.0 40 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 3.0 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Falsafah Pendidikan Matematik Falsafah Pendidikan KBSR dan Strategi 5P Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Falsafah Pendidikan Matematik KBSM Lima Strategi matematik KBSM Penutup 64 64 65 65 68 69 70 72 73 Perkembangan Profesinalisme Guru Matematik 5.5 4.6 4.5 4.9 5.7 4.3 4.1 3.2 4.0 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Perkembangan Pengentahuan Perkembangan Potensi Kendiri Perkembangan Komunikasi Penutup 75 75 75 75 77 79 Isu Dalam Pendidikan Matematik iv .3 3.7 6.6 5.0 Penutup Kurikulum Bersapadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 4.2 3.2 5.4 4.Kanak-Kanak 3.3 5.4 5.4 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 53 53 54 54 63 3.8 4.

4 6. sumbersumber pembelajaran. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda.5 6. v . Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.3 6.6.6 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Menggalakkan Inovasi Dalam Bilik Darjah Literasi Numerik Dalam Komuniti Sekolah Penutup 82 82 82 83 85 88 PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan.1 6. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.2 6. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. dan masa anda.

5 5 5½ 15 5 2½ SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit.SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit Tanpa Amali (3+0) Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 70 60 70 62 70 65 10 10 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* 10 8 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula vi .

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda.apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. 3. vii . Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. 1. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. 2.

Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 6. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. 5. viii .4. Teliti maklumat yang diterima.

AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK Kandungan modul ini dibahagi kepada sepuluh (10) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. ix .

Bil. Modul (jam) Jum. 1 Tajuk/Topik Pendidikan Matematik :  Pengertian dan Peranan Matematik  Sejarah dan Peranan Ahli Matematik Pendidikan Matematik :  Sifat Matematik  Nilai dalam Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik  Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia  Pengaruh Negara Luar Ke atas Kurikulum Matematik di Malaysia Perkembangan Kurikulum Matematik  Dasar dan Program untuk Kemajuan Matematik bagi Kanak-kanak. Ia membolehkan para 1 .1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati sejarah dan peranan ahli matematik sejak daripada zaman dahulu. Jam 2 9 9 3 9 9 4 5 6 Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  Lima prinsip dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  KBSR  KBSM Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Wacana Akademik  Badan Akademik Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Peranan Guru Matematik  Pembelajaran Sepanjang Hayat Isu-isu Semasa  PPSMI  Matematik di Sekolah Bestari Isu-isu Semasa  ICT dalam Pendidikan Matematik JUMLAH Tajuk 1 Pendidikan Matematik 9 9 9 9 7 3 8 3 9 9 2 1 45 45 10 1.

” kata ibu Aiman. peranan dan nilai dalam matematik serta peranan guru matematik.30 pagi. Aiman menyapu matanya lantas bertanya “Pukul berapa sekarang.2 • • Hasil Pembelajaran Menerangkan peranan yang dimainkan oleh matematik. Kita akan balik kampung hari ni. 2 . kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan. Lusa dah raya. Mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan matematik.pelajar mendalami makna. Pelajar akan meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia dan juga mengkaji Kurikulum Matematik KBSR dan KBSM. Disamping itu.4 Pengertian dan Peranan Matematik Kita akan meneliti peranan matematik dalam kehidupan seharian melalui satu cerita pendek di bawah : Kanak-kanak Yang Ingin Tahu “Bangun Aiman.3 Kerangka Konsep Pendidikan Matematik Pengertian dan Peranan Matematik Sejarah Matematik dan Peranan Ahli Matematik Sifat dan Nilai dalam Matematik 1. 1. ibu ?” “6. 1. jawab ibunya.”. ahli matematik dan guru matematik.

Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa saudaranya akan pulang bersama-sama . Semasa dalam kereta, Aiman memerhati papan-papan tanda sepanjang jalan.”Apa maknanya itu, ayah ?” maksud Alor Setar 123km ?” “Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ?” “Kenapa kereta perlu ada nombor?”. Apabila mereka menghampiri kampung, Aiman bertanya lagi, “ Ayah, macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?” . 1. Apa sebutan matematik / simbol yang digunakan dalam cerita di atas ? Senaraikan. 2. Apa simbol matematik yang ditemui oleh Aiman ? Senaraikan. 3. Dalam kehidupan seharian, apakah perkataan dan simbol matematik yang anda temui ? Senaraikan. “ Apa kegunaannya ?” “ Apa

Pada fikiran anda, adakah matematik hanya terdiri daripada simbol-simbol dan perkataan sahaja ? Mari kita mengkaji pelbagai makna matematik. Matematik telah dinamakan sebagai ‘permaisuri bagi sains’ oleh Gauss (17771855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Sebagai seorang guru Matematik, anda perlu menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti.

1.4.1

Pengertian Matematik APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :  “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”

3

   

“Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.” “Matematik adalah suatu bahasa” “Matematik adalah suatu kajian seni” “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.”

 

“Matematik adalah satu cara berfikir.” “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.” yang dimaksudkan dengan perkara-perkara di atas? Dengan

Apakah

penerangan terperinci di bawah, diharapkan anda, sebagai guru matematik, dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian Matematik.  Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya. Perhatikan contoh berikut : Contoh 1 : 12 112 1112 =1 = 121 = 12 321

1 1112 = 1 234 321 Tanpa menggunakan kalkulator, apakah nilai bagi 11 1112 ? Contoh 2 : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasildarab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3 3 x 37 = 111

4

6 x 37 = 222 9 x 37 = 333 Berdasarkan pola di atas, berapakah hasildarab 37 dengan 21 ? Cuba selidiki masalah-masalah di bawah dan tentukan corak / pola yang terlibat : (a) Apakah pernyataan Matematik yang seterusnya ? 1x8+1=9 11 x 8 + 11 = 99 111 x 8 + 111 = 999 11 111 x 8 + 11 111 = 99 999

 Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan Contoh : Perhatikan fungsi kuadratik berikut : Jika f ( x) =5 x 2 +3 x −2 berapakah nilai f jika x = 2 ? Apakah hubungan antara x dan f ? Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf. Cuba anda berikan dua contoh lain yang menunjukkan perhubungan antara angkubah-angkubah.

 “Matematik adalah suatu bahasa” Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini. Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta, memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia, menjadikan operasi Matematik lebih ringkas, cepat dan tepat. Di dalam bahasa Matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, 5

kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. juga di kalangan pelajar Matematik. akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. melihat Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan pengiraan.  Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik. Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik. algebra. L = 4π r 2  “Matematik adalah suatu kajian seni” Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni. Sebahagian besar daripada pandangan umum. Antaranya ialah : • • • • Seni muzik Seni bina Seni lukis Seni budaya. kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah. Contoh : Luas sfera. Menerusi Logik. trigonometri. kalkulus dan sebagainya. 6 .  Matematik adalah satu cara berfikir Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep.teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbolsimbolnya.

 Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada. Sebagai contoh. kita mengaktifkan minda kita agar lebih berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan aktiviti ‘hands-on’ kepada para pelajar. Dengan cara sedemikian.Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. samada ianya benar atau sebaliknya. Teori Hipotesis Corak / Pola Pemerhatian Dengan cara penaakulan di atas. Akhirnya. dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori. Dalam penaakulan ini. menetapkan hipotesis yang mungkin. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Teori Hipotesis Pemerhatian Pengesahan Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. 7 . suatu pengesahan terhadap teori asal kita dapat dilaksanakan. kita mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. kita bermula dengan mencari corak atau pola. Kemudian kita mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya.

.4. masa dan sebagainya. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains. kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik. telah memberi impak yang besar. Sewajarnyalah. Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020.. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik.Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik. Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). membaca carta.2 Peranan Matematik Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan. merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. tetapi juga oleh semua orang. Sebagai contoh. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti. kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu. mengukur jarak. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang. bukan sahaja kepada 8 . penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. 1. membeli makanan. Selain itu. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”. Sebagai contoh. mengira diskaun. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. kita menghargai ilmu.

Guru perlu menyoal “ Apa yang dapat dan tidak dapat 9 . Yang paling penting. 2005). http://www. Susunan kerusi-meja yang sesuai dapat membangkitkan semangat perbincangan. Peranan yang baru bagi guru-guru diperlukan bagi merealisasikan kurikulum matematik yang baru. “ Apa bentuk komunikasi yang dapat membantu pelajar mendapatkan kefahaman yang mendalam dalam Matematik ”. Guru seolah-olah memberitahu mereka bahawa pembelajaran adalah penting. Guru perlu memikirkan dan menyediakan tugasan yang membuatkan pelajar-pelajar menggunakan intelektual dan pemikiran yang mencapah untuk memahami atau menjawab sesuatu masalah.learner.3 Peranan Guru Matematik Guru-guru Matematik berhadapan dengan cabaran yang besar dalam melaksanakan huraian sukatan pelajaran Matematik serta cadangan-cadangan baru yang perlu dilaksanakan. juga belajar menghargai pendapat-pendapat orang lain. pemikiran dan eksplorasi yang baik di kalangan pelajar.org/interactives/dailymath/ http://www. (Mok.perkembangan silibus matematik yang baru. tetapi juga terhadap peranan guruguru matematik pada masa hadapan. Guru juga seharusnya mengenalpasti bagaimana para pelajar berhubung antara satu sama lain.com/k-12-education-articles/mathematics-in-daily-life-390556. Anda boleh melayari internet seperti alamat di bawah untuk mendapatkan kefahaman tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. Guru juga perlu menyediakan latihan atau tugasan dengan melibatkan semua pelajar.html 1. Para guru dikehendaki menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. terutama yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Guru sewajarnya membuat analisis tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.articlesbase. dan belajar matematik adalah penting. Soalan-soalan seperti “ Bagaimana guru berinteraksi dengan pelajar semasa aktiviti P&P berjalan “. guru menyediakan suatu medan bagi pelajar-pelajar merasa selamat untuk berkongsi idea. “Apa bentuk soalan untuk membangkitkan pelajar berfikir dengan lebih jauh” . seharusnya ada dalam diri para guru.4.

(ii) Apa peranan anda sebagai guru Matematik yang berkesan? 1. guru disaran supaya mempastikan pelajar merasai perhubungan antara Algebra. matematik di India diterjemahkan kepada bahasa Arab.5. Begitu juga dengan perkaitan antara matematik dan sains. selatan India dan Jepun juga mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji. matematik disebarkan daripada satu budaya ke budaya yang lain. Negara China. pendidikan jasmani dan seni. Matematik dikatakan bermula di Mesir Purba dan Babylonia. Geometri dan Statistik. Kemudian. kemudiannya berkembang ke Greece. Penulisan matematik dalam Greek Purba diterjemahkan kepada bahasa Arab. kebanyakan daripadanya diterjemahkan kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat. Pada masa yang sama. 1.5 Sejarah Matematik Setiap budaya di muka bumi ini mengamalkan matematik. tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia sekarang. Dalam kes-kes tertentu. matematik tersebut berkembang dan digunakan di seluruh dunia.1 Sejarah Perkembangan Matematik 10 . Selepas beberapa ratus tahun. (i) Bincang dengan rakan-rakan sekelas anda tentang pengertian dan peranan Matematik. tetapi guru boleh merancang cara bagaimana menolong pelajar yang berkenaan mendapat semula ilmu yang tertinggal. Dengan peranan-peranan yang dibincangkan di atas. Sukatan. Akhirnya. Guru juga membantu pelajar memahami perkaitan antara matematik dan perkara-perkara di luar persekitaran sekolah.dilaksanakan hari ini ? ” Apa pembetulan yang patut diambil “.Guru tidak perlu membetulkan kesilapan pelajar secara terus atau segera. pengajian sosial. guru-guru sewajarnya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dalam matematik dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dalam dunia sebenar.

4. Setiap darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. 3. 11 . teori set. teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk digunakan dalam bidang sains teknologi. Sistem pernomboran mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60.Sejarah perkembangan Matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat : 1. Peringkat Ketiga ( 1700 TM – 1900 TM ) Peringkat perkembangan matematik tradisi ke peringkat perubahan dan penemuan. punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. kuasa dua. banyak bidang.. Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit. teori nombor. mencatat rekod dan penciptaan kalendar. menjadi satu sistem yang sempurna. Antara bidang matematik yang baru ditemui ialah geometri koordinat. geometri. kalkulus dan rumus-rumus kalkulus. teori dan hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya dari negara-negara barat. Seorang ahli astronomi Greek. Dalam tempoh ini.kini ) Dikenali sebagai peringkat moden. Mereka tidak mempunyai simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada 360 bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree). Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM ) - Bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang hingga tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama. Dalam pada itu. 2. sejarah Matematik juga boleh dilihat dalam 6 peringkat kronologi seperti di bawah : • Babylonian. penaakulan mantik dan logik. algebra dan trigonometri ke tahap yang mantap. Pada tahap ini. Egyptian and Native American Periods (3000 BC . ekonomi dan sosiologi. Peringkat Keempat ( 1900 TM . Di antaranya adalah kebarangkalian. saat dan sukatan darjah yang digunakan sekarang. pengukuran. Peringkat Kedua ( 400 SM – 1700 TM ) Merupakan perkembangan aritmetik.601 BC) Matematik pada masa ini sangat praktikal dan digunakan semasa pembinaan. merupakan peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak.

Salah seorang daripada tiga ahli matematik yang hebat sepanjang zaman adalah Archimedes (287-212 B. 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor. kotak.Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu. Diberitakan bahawa Archimedes berjaya mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas. 3. Mutu kalendar dipertingkatkan dan mereka menetapkan idea- idea tentang tahun lompat setiap empat tahun. dikenali hieroglyphics (tulisan mesir purba kala) dan sistem pernomboran ini berbentuk gambar-gambar. Mereka mengetahui bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai menganggar nilai π. Walaupun kaum Roman menguasai dunia. namun sumbangan mereka terhadap matematik tidak banyak. • Hindu and Arabian Period (AD 500 .) Beliau merekacipta beberapa alat dan senjata ketenteraan. . Unit asas yang digunakan oeh orang-orang Mesir untuk mengukur panjang adalah ‘kubit’. terutamanya π. 12 .. Mereka mengukur menggunakan kaedah yang unik iaitu meregangkan tali. Mereka mengetahui bahawa tahun solar adalah lebih kurang 365 1 hari.Orang-orang Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis.499 AD) Tamadun Greek memberi kesan besar kepada sejarah Matematik. Mereka mempunyai pecahan dan beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ).. 2. 4 • Greek. tetapi menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi bersama tanda kedudukan (positional notation). Mereka mempunyai sistem pernomboran sendiri. Sumbangan mereka hanyalah nombor Roman dan pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12). ada simbol tersendiri.1199) Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200.. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan dan isipadu bagi kubus. Mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam algebra. silinder dan sebagainya. Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclid’s Elements and Apollonius’ Conic Sections. simbol Brahmi iaitu 1.C. di mana jaraknya adalah dari siku seseorang sehingga kepada hujung jari hantu. Pada abad ketiga. Roman and Chinese Periods (600 BC .

dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada masa ini. 13 . Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed ibn Musa al Khwarizmi. Edisi bercetak yang pertama berkenaan “Euclid’s Elements” dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482.  Nombor Perdana (Fermat). Pada awal 1400an ‘the Black Death’ membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah.  Penggunaan titik perpuluhan (Kepler and Napier). Walaubagaimanapun. Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance. telah menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan Matematik.  Penaakulan Deduktif ( Galileo Galilei).  Logik (Gottfried Leibniz). Dalam pada itu. tiada penemuan baru yang signifikan berlaku pada masa ini. Al Khwarizmi berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut.  Huruf-huruf untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes). beliau juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri. Perkembangan terhebat pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus dan Johannes Kepler. Omar Khayyam banyak menggunakan nombor bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek berkenaan nombor. Buku itu berjudul “Al-jabr w’al muqabala”.  Alat Mengira (Johan Napier).  Simbol “ ÷” (John Wallis). • Century of Enlightenment (1600 – 1699) Perkembangan bijak pandai.Salah seorang berbangsa Arab. Antara sumbangan yang hebat adalah seperti  Segitiga Pascal (Blaise Pascal). • Transition Period (1200 – 1599) Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional’ di antara tamadun awal dengan zaman Renaissance.

 Teori Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan  Bahagian / Rentasan Konik (Rene Descartes). komputer elektronik yang pertama 14 . calculus and complex numbers (Abraham de Moivre). Terdapat experimentasi dan formulasi idea berlaku pada masa ini. • General theory of relativity (Einstein). • Algebra (Emmy Noether). • Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan). non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik direkacipta. • • Modern Period (1900 – sekarang ) Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Formal Logic (Bertrand Russel). connection between probability and π (Compte de Buffon). Principia Mathematica (Alfred North Whitehead). Di antara topik-topik yang terlibat adalah : • • • • • • • • Boolean algebra (George Boole). Sejarah menunjukkan bahawa matematik yang kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah dihasilkan pada masa ini. Diantara penemuan matematik adalah • Twenty-Three famous problems (Hilbert). calculus and number theory ( Lagrange). number theory (Leonhard Euler). • Early Modern Period (1700 – 1899) Tempoh ini menandakan permulaan kepada matematik moden. probability. logical proof (Charles Dodgson). • Godel’s Theorem.

dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri. Menurut mereka. Pythagoras ( 569 BC – 475 BC ) Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. dan sebagainya. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’.6 Sejarah Ahli Matematik Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Mereka berambut panjang. 1. muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka.• Game Theory (John von Neumann). Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)! 15 . Thomas Kurtz). tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa. terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. • Continuum Hypothesis (Cohen). • Development of BASIC ( John Kemeny. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. personal computer Apple II. berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik : 1.

Kemudiannya. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan. Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun. terutamanya 'The Elements'. segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid.2. begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Walaubagaimana pun. juga terkandung dalam Euclid's Elements. Volumes 7-9: Number Theory. Volumes 11-13: Solid Geometry The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah. sehingga ke abad 20. ‘The Euclidean algorithm’ yang selalunya dirujuk sebagai ‘Euclid's algorithm’ digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua . The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau. Mesir untuk beberapa ketika. tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Pada asasnya. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja. Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers. 16 . Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Euclid ( 325 BC – 265 BC ) Sehingga ke hari ini. Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens. garisan dan bentuk-bentuk. Hari ini. di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik. Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC.

di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations).3. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang penulis pada zaman itu. lebih kurang 263 AD. astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik. Nama keluarga beliau adalah 17 . 5. algoritma untuk punca kuasa dua. dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani. Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi ( 780 – 850 AD ) Beliau merupakan ahli matematik. soal selidik. Brahmagupta ( 598 – 670 AD) Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’. penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Liu Hui ( 220 – 280 AD ) Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan. "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians). Bhaksara II. yang bermaksud. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik. urusan jual-beli dan urusan cukai. 4. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu.

Dalam hal penemuan." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. Hari ini. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat. Kemudian. yang disebut teorem Pascal. Perancis pada 19 Jun 1623. beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. yang masih digunakan dalam matematik hari ini. teori fizik dan statistik sosial. Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal). di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab.ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction.Khwarizm dan merupakan keturunan Magus. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. paderi Zoroaster. yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi. manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang. 6. jadual Aktuaria. Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. Blaise Pascal ( 1623 – 1662 ) Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian. Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi.Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. 18 .

7.

Johann Friedrich Carl Gauss ( 1777 – 1855 )

Lahir pada 30 April 1777, Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich, seorang pekerja dan peniaga, dengan Dorothea Benze Gauss, seorang pelayan. Seorang yang bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. dan menjumlahkan semua menjadi 5050. Didapati Pythagoras. Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan analisis vektor. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya. formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman

8.

Georg Cantor ( 1845 – 1918 )

Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3 Mac 1845, di St. Petersburg, Russia, merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Semasa masih muda, beliau jelas menunjukkan bakat matematik. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera. Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan, termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti, sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka, David Hilbert, yang mengatakan bahawa, "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us." Selain daripada sebagai pengasas teori set, Cantor juga menyumbang 19

kepada analisis klasik. Dalam pada itu, beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor-nombor nisbah.

Cari sumbangan ahli-ahli matematik yang lain umpamanya : Napier, Fermat, Ramanujan, Ibnu Sina, Bhaskara, Euler, Lagrange dan Descartes.

1.7

Sifat (Nature) Matematik Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri, bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan dengan data, pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains; juga inferensi, deduksi, dan bukti, bersama mode l matematik dari fenomena alam tentang perilaku manusia, dan sistem sosial . Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Domainnya bukan molekul atau sel, tetapi nombor, kebarangkalian, bentuk, algoritma dan perubahan. Sebagai ilmu yang abstrak, matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan,namun menggunakan pemerhatian,simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran.Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaannya pada umum. Penemuanpenemuan Matematik seperti teorem dan teori adalah sangat signifikan dan berguna. Pengalaman berkaitan matematik meninggikan tahap kebolehan matematik-keupayaan untuk membaca secara kritikal, mengenalpasti kesalahan, mencari alternatif dan sebagainya. Matematik membolehkan kita memahami informasi dan persekitaran dunia dengan lebih baik.

Sifat Penyelesaian Masalah George Polya merupakan ahli matematik yang terkemuka yang menulis 3 buah buku berkenaan penyelesaian masalah. Beliau menyenaraikan empat proses untuk menyelesaikan masalah dan membariskan beberapa strategi seperti berikut:

20

Kaedah Menyelesaikan Masalah mengikut Polya 1. Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali) 2. Merancang kaedah / pelan untuk selesaikan masalah. 3. Melaksanakan kaedah / pelan. 4. Menyemak keputusan (mempastikan keputusan adalah munasabah)

Strategi-strategi yang dicadangkan adalah seperti di bawah : 1. Menyelesaikan masalah serupa yang lebih mudah (solve a simpler similar problem) 2. Menjadikan masalah lebih konkrit (make a problem more concrete) 3. Meneka dan meyemak (Guess and check) 4. Memecahkan masalah kepada masalah lebih kecil (Break the problem into smaller problems) 5. Mencari pola /corak (Look for a pattern) 6. Melukis gambar / rajah (Draw a picture or diagram) 7. Menyelesaikan cara terbalik ( Work backwards ) 8. Melakonkan (Act it out/Explain it to someone else ) 9. Menukar cara pemikiran (Change your point of view (Think outside the dots) 10. Menggunakan persamaan / formula (Use an equation or formula ) Penyelesaian masalah adalah tugas yang rumit untuk dikuasai. Walaubagaimana pun, kita seharusnya berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah.

Sifat Penaakulan Logik (Nature of logical reasoning) Penaakulan induktif dan deduktif adalah dua jenis penaakulan yang asas digunakan dalam matematik, sains dan kemanusiaan. 21

Penggunaan tiga titik di akhir senarai di atas menunjukkan bahawa senarai tersebut akan berterusan / tidak berakhir di situ sahaja. 5. . . Ini dikenali sebagai nombor asli. seperti berapa banyak biribiri yang dimiliki oleh seorang penternak. maka kita katakan bahawa penternak itu mempunyai sebanyak ‘sifar’ biri-biri. Contoh penaakulan deduktif: Disebabkan semua segiempat sama adalah merupakan juga segiempat tepat. ‘sifar’ dianggap sebagai nombor." Pada awalnya. 5. Penaakulan deduktif bergerak dari umum ke khusus. 2. selama syaratsyarat yang digunakan adalah benar. Kita katakan senarai nombor asli beserta ‘sifar’ sebagai Nombor Bulat. 3. Penaakulan ded uktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pada peraturan atau fakta. Penaakulan deduktif didasarkan pada peraturan atau prinsip-prinsip am. Orang yang menggunakan penaakulan induktif menemukan pola dalam kumpulan pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum berdasarkan pola itu. atau nombor yang boleh dibilang. 1. 4. 4. sesuatu "nombor" bererti sesuatu yang kita boleh kira/bilang. Orang yang menggunakan penaakulan deduktif mengamalkan prinsip umum untuk membina sebuah contoh khas.  Nombor Bulat Nombor Bulat adalah seperti di bawah : 0. Sebuah hujah deduktif memberi bukti lengkap tentang kesimpulan. . 22 . maka semua segiempat sama mempunyai empat sisi. Kadang-kadang.Penaakulan induktif bergerak dari khusus kepada umum. Jika penternak tidak mempunyai seekor pun biri-biri. 3. . . Ia berdasar kepada pemerhatian. dan segiempat tepat mempunyai empat sisi.  Nombor Asli atau “Nombor yang boleh dibilang” 1. Penaakulan induktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pengalaman dan boleh menentukan bahawa kesimpulan mungkin benar. Sistem nombor nyata berubah dari asa ke masa dengan memperluaskan idea tentang apa yang kita maksud dengan "nombor. 2.

. . –4. kita boleh mengatakan bahawa jumlah biri-biri yang petani miliki adalah negatif 3. Dengan menambahkan idea pecahan kepada set integer. petani berhutang seseorang 3 ekor biri-biri. 1. Kita memerlukan masa yang agak lama untuk menerima idea nombor negatif tetapi akhirnya nombor negatif diterima sebagai nombor. 3. Sebagai nombor perpuluhan. . . kita memperolehi set nombor nisbah (rational numbers).Perkara yang lebih abstrak dari sifar adalah idea nombor negatif. 4. di samping tidak mempunyai seekor pun biri-biri. Dengan penambahan nombor negatif.  Nombor Nisbah (Rational Numbers) Nombor nisbah adalah berbentuk .  Nombor Integer Berikut adalah senarai nombor integer : . –2. . 2. kita gunakan setengah cawan gula. nombor-nombor tersebut tidak berulang atau berakhir. satu perempat sudu teh garam dan sebagainya. Generalisasi seterusnya yang dapat kita hasilkan ialah idea pecahan. di mana a dan b adalah integer (b ≠ sifar). kita mendapat satu set baru iaitu nombor integer. Contoh-contoh : Nombor Nisbah (nombor berakhir) 23 . untuk mengukur / menyukat. –3.  Nombor Bukan Nisbah (Irrational Numbers) • • • Tidak dapat ditulis sebagai nisbah bagi nombor integer. Jika. Contohnya. Kita tidak dapat mengatakan penternak mempunyai bilangan biri-biri dalam bentuk pecahan. Kadangkala kita memanggil nombor nisbah sebagai pecahan. kita menggunakan pecahan. –1. tetapi dalam banyak hal yang lain dalam kehidupan kita. 0.

isipadu atau jarak antara dua titik. seperti berat.8 Nilai Matematik Nilai adalah peraturan untuk kita membuat keputusan tentang benar dan salah. Sebarang nombor yang menunjukkan bilangan atau sukatan. kita mempunyai set nombor nyata yang lengkap. Apabila kita mempunyai nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. Rajah berikut menerangkan tentang hubungan antara set nombor-npmbor yang membentuk Nombor Nyata: 1. Juga semua jarak boleh didapati di atas garis nombor.Nombor Nisbah (nombor berulang) Nombor Nisbah (nombor berulang)  Nombor Nyata • • • Nombor Nisbah + Nombor Bukan Nisbah Semua nombor boleh didapati di atas garis nombor. baik 24 . kita akan sentiasa mendapat nombor nyata. harus dan tidak boleh.

telus dan bersyukur. kreatif. membuat refleksi dan komunikasi. berkeyakinan diri dan lain-lain. nilai-nilai pendidikan matematik dan nilai-nilai matematik. Nilai-nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai ini diterapkan oleh guru-guru di sekolah bertujuan membentuk peribadi seseorang. dan prinsip-prinsip rumus matematik atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan. kerjasama dan berpengetahuan. adil. Nilai-nilai tambahan adalah kewarganegaraan. Nilai-nilai asas seperti setia.dan buruk. Ada tiga kategori dalam pendidikan matematik iaitu Nilainilai pendidikan umum. berdasarkan peringkat hiraki nya : • • • • Nilai asas adalah iman dan takwa. bijaksana. bertanggung jawab. Berikut merupakan empat jenis nilai-nilai umum beserta contoh. di mana tujuan pembelajaran matematik adalah untuk apresiasi. berdedikasi. c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar memahami. menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif. Nilai-nilai Pendidikan Matematik Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam dibangunkan melalui subjek matematik. mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan operasi yang sesuai. belajar matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut: a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran. konstruktif dan 25 . kebenaran. operasi. aplikasi atau teori matematik. e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif. Menurut Nik Aziz Nik Pa. d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar menggunakan peraturan. Nilai juga memberitahu kita yang sesuatu adalah penting atau tidak. b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua.

kebenaran dan penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks yang berbeza. Ia melibatkan teori. Alam Bishop mengenalpasti tiga pasang pelengkap untuk nilai matematik. analisis logik dan penjelasan. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar ¬ mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea ¬ pelajar dan guru membuat simbol. mencari simbol. Hal ini juga menggalakkan materialisme dan kesungguhan. Nilai-nilai Matematik Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan matematik. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan logik ¬ pengajaran tentang bukti dan membuktikan ¬ menggalakkan perbincangan dan perdebatan ¬ pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan ¬ kontra hipotesis alternatif 2 Empiricisme Menilai empirisisme bererti mencari objektif. model. Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi. dan dengan demikian membawa kepada pemikiran universal..aktif. Berikut ini adalah penjelasan nilai-nilai dalam matematik: 1. dan melaksanakan ideaidea dalam matematik dan sains. konkrit. rajah dan lain-lain. penaakulan. Mereka adalah rasionalisme & empirisme. Rationalisme Menilai rasionalisme bererti menekankan hujah. situasi hipotetis dan abstrak. kawalan & kemajuan. 26 . Nilai-nilai ini meliputi ciri-ciri. dan penggunaan data. keterbukaan & misteri. sumber bahan.

prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan.¬ pelajar mengumpul data eksperimen ¬ menguji idea terhadap data 3. dan kemampuan untuk meramal. Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar ¬ mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik ¬ mendorong penjelasan alternatif 5 Keterbukaan Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan. Nilai yang ditunjukkan adalah : ¬ guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin ¬ mengajar tentang ketepatan matematik dan sains ¬ pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur ¬ guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat menjelaskan dan meramalkan kejadian 4 Kemajuan Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains berkembang. bukti dan penjelasan individu. melalui teori alternatif. Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan. melalui demonstrasi. pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea yang ada. • Nilai yang ditunjukkan adalah : ¬ guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan ideaidea mereka ¬ mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan 27 . artikulasi yang jelas dan pemikiran kritis juga signifikan. Kontrol Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan sains melalui penguasaan peraturan. fakta. Pengesahan hipotesis.

Timur Tengah dan India beserta tahun yang terlibat. Senaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh matematik Yunani. 5. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut. Nilai ini ditunjukkan oleh:       guru mengembangkan imaginasi pelajar mengajar tentang sifat pengetahuan objektif merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga meneroka teka-teki matematik Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. daya tarikan. Nyatakan kepentingan matematik kepada (a) anda sebagai individu (b) masyarakat anda (c) negara anda. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan sifat pengetahuan. RUJUKAN Rujukan Utama: 28 . 4.¬ menggalakkan perbincangan dan perdebatan ¬ menggalakkan kebebasan berekspresi ¬ kontra pendapat antara pelajar dan guru ¬ percubaan / eksperimen yang boleh diulangi 6 Misteri Menilai misteri bererti menekankan keajaiban. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. dan mistik dari ideaidea sains dan matematik. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ? 3. Eropah. 2. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.

Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Reys. (2005). 7th ed. (1945).L. et al. Profesional standards for teaching mathematics. Ed ke 2. T. 9th ed..: Fajar Bakti Sdn Bhd.htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.M. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik.E.edu.E. Mind Maps.htm The Nature of Mathematics http://www.& Lindquist. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www. New York: Allyn and Bacon.au/99pap/bis99188. Mathematics for elementary teachers.org/publications/sfaa/online/chap2.aare.. Virginia: Author Buzan. Friedman. New Jersey: Princeton Univ. The nature of mathematics. Reston.Mok. KL: Universiti Malaya. Musser.(1995).project2061. Siew Hua. Selangor D. R. London: HarperCollins Pub.J. Seow. Soon Sang. Smith. The World is Flat New York: Penguin Books Polya. G.Suydam. M. Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991).(2008). 4th ed. G. L. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Tajuk 2 Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia 29 . (1997) .N. (2001). Pengajaran matematik KBSR. K.Matematik KBSR dan strategi pengajaran.Press. (2005).(1995) Helping Children learn mathematics. (2006). NCTM. T. How to Solve it. M.

30 .2 Hasil Pembelajaran 1. 2.2.3 Kerangka Konsep Perkembangan Kurikulum Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Pengaruh Perubahan Kurikulum Matematik Luaran(Negara Luar) terhadap Kurikulum Matematik di Malaysia Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak 2. Memperakui bahawa kurikulum matematik sentiasa berubah dan boleh mengenalpasti isu-isu semasa yang akan mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan. Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan kurikulum-kurikulum di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah.4 Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Cuba anda renungkan soalan berikut : Apakah faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di Malaysia pada tempoh lima dekad kebelakangan ini? Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia 3.1 Sinopsis Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan anda tentang perubahan kurikulum matematik di sekolah. 2. 2.

terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. ◙◙ Program Matematik Moden (1970) Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. ◙◙ Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En. ◙◙ Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Walau bagaimanapun. 31 . Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.Aritmetik. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Walau bagaimanapun. statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set.Abu Hassan Ali. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Yayasan Asia membiayai projek ini. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970.

Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua. Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran.Pada 1972. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Seterusnya. ÷ dan x). Kurikulum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dirombak (1994). topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. -. kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. matriks dan statistik. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsepkonsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Dua buah buku teks. telah disatukan pada 1978. Aras I dan Aras II. telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan. kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. menjadi Bersepadu Sekolah Rendah Senaraikan perubahan yang dilakukan terhadap Sukatan Matematik berkenaan 32 . Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan. sikap. ◙◙ Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). kemahiran. Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima. peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Melaluinya. pemetaan. transformasi geometri.

Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.◙◙ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Perpuluhan dan operasi asas. 3. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan 33embil dan menyumbang kepada pembentukan modal 33embil yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan 33embil. sukatan matematik telah disemak semula. Wang 5. 2. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi. Pecahan dan operasi asas. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Ukuran panjang dan berat. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada 33embilan tajuk utama. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. 4. Bagi setiap tajuk. pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. 33 .Dengan ini. Tajuktajuknya ialah: 1. Nombor bulat dan operasi asas. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993) ◙◙ Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020.

bantuan kewangan dan 34 . Graf. ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra. seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. ◙◙ Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Melalui projek ini. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project).6. perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1. Berikutan itu. Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari. Purata 8. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Pada bulan Januari 2003. Ruang 7. Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan. Peratus 9. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan.sekolah yang kurang berkemampuan. 4 dan enam rendah. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini.kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah.

flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.kemudahan lain. Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan.sekolah untuk diuji. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan.bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah.guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri . Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran –pembelajarannya. ◙◙ Projek Sekolah Bestari di Malaysia Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia.flagship lain. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid. ◙◙ Projek InSPIRE (1977) (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.kemudahan.sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru. Tun Dr Mahathir Mohamad. Di samping itu. dan juga bahan-bahan P&P.elemen sosio-ekonomi dan politik.sekolah rendah di luar bandar. Ini ada kaitannya dengan kurikulum. projek ini telah disokong oleh sumber. pedagogi. Pada bulan Julai 1997. Pelbagai set bahan. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. terarah kendiri dan 35 . pentaksiran.

36 .5 Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu. Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Negaranegara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Selain itu. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998.negara ini dalam bidang pendidikan.ciri penting setiap projek itu dan impaknya terhadap kurikulum 2.negara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Kenalpasti ciri. Matematik dan Sains. Bahasa Inggeris. Bahagian Teknologi Pendidikan.projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP). Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia telah berlaku akibat dari pelaksanaan beberapa projek yang penting. Di antara projek. Akibatnya.mengikut kadar pembelajaran sendiri. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains. Scottish Mathematics Group (SMG). banyak projek yang telah dilancarkan oleh negara. Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara.

Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P.pengaruh seperti yang telah disebut di atas. 37 . Oleh itu.bahan konkrit. dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. ◙◙ Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964) Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah. kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah. objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius: Saya dengar. Dalam projek NMP ini kaedah. saya lupa Saya lihat. satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain.kaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan.sekolah rendah di Britain pada tahun 1964. saya faham. Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation. Selain itu.Selain daripada pengaruh. National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. saya ingat Saya buat. Penemuan kaedah. Mengikut Piaget. pembelajaran yang berkesan bagi pelajarpelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan.

Number Systems. pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Contohnya.◙◙ Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools.buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuk–tajuk baru seperti Sets.tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk.tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. ◙◙ School Mathematics Study Group (SMSG) Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Dalam projek ini. Pendekatan ini membolehkan tajuk. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation . Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain. Inequalities. seperti SMG. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain. Kumpulan ini telah membina dan 38 . Buku. Transformation. ◙◙ School Mathematics Project (SMP) Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia. Linear Programming dan Matrices. Number Bases. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970. tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. Modular Mathematics. Walaupun begitu. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G.

Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah. 39 .000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Pada bulan April 2000. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Tajuk–tajuk dalam Matematik termasuklah geometri.melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977. pakar psikologi and nazir sekolah.idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu. NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik. projek ini juga membekalkan idea. iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K – 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. nombor negatif. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10.guru. teori set . Sebagai tambahan. NCTM ialah satu pertubuhan non. asas nombo dan trigonometri. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. Dalam proses pengajaran. guru. penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga dititikberatkan. kolej dan universiti). Sama seperti SMG and SMP.profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100. sekolah menengah. SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik. ◙◙ National Council of Teachers of Mathematic (NCTM) NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. Pertama. Keempat. P&P. Standardstandard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.isu seperti keadilan. algebra. perkaitan.Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini. prinsipal. NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan. tahunan atau regional. tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru.prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. video kerja pelajar dalam kelas. Prinsipal. ukuran. Selain itu. Ketiga. NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi.prinsipal ini merangkumi isu. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru. kurikulum.guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka.guru K – 12. Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. analisis data dan kebarangkalian. pentaksiran dan teknologi. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. penaakulan dan bukti. standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru. geometri. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. komunikasi dan perwakilan. 40 . Kedua.

6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak Dasar pendidikan matematik kanak-kanak yang digubal perlu menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan yang berjaya. Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang baik terhadap persekitarannya. the NCTM News Bulletin. lebih 200 buah buku pendidikan.ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah .NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter. Selaras dengan itu. Setiap tahun dalam bulan April. sebarang program pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman. Oleh itu. Selain itu. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. the Mathematics Teacher. amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai program latihan guru matematik. and the Journal for Research in Mathematics Education. Oleh itu. Mathematics Teaching in the Middle School. Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka. video dan lainlain bahan. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli. pensyarah universiti dalam bidang pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah. 41 . Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah. program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah. 2. persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah hari ini bagi kelangsungan kehidupan.guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award for Distinguished Service to Mathematics Education. Oleh itu. NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru. MET juga menghargai guru.

Kekuatan fizikal tidak lagi menjadi keutamaan pada pekerja kilang. Kemudahan komputer memudahkan penyimpanan serta 42 . Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup. Mereka telah mula menjadi masyarakat pengguna. Isipadu pengeluaran adalah untuk sara diri petani itu sendiri. Kurun ke 19 itu dikenali sebagai Zaman Industri. Masyarakat pada zaman berkenaan terdiri daripada petani. Pengeluaran barangan secara banyak mula berkembang pada kurun ke 19. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mencetuskan Zaman Maklumat pada kurun ke 20. Banyak kilang telah didirikan bagi tujuan tersebut. Kurun ke 18 memerlukan petani-petani yang kuat bekerja sepanjang hari di bendang bagi penghasilan makanan ruji.1 Kerangka Konsep (a) Menggalakkan Kreativiti Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza (Pink. Ekonomi berskala besar perlu diamalkan bagi memenuhi permintaan yang pelbagai itu. Masyarakat pada kurun berkenaan tidak lagi berupa masyarakat sara diri.2. Seorang pekerja kilang perlu mempunyai daya tahan untuk membuat kerja-kerja rutin dengan bantuan mesin sepanjang lapan jam sehari. Oleh itu. Ekonomi zaman berkenaan rata-rata berskala kecil. Pelbagai jenis permintaan mula menjadi amalan masyarakat berkenaan. Pekerjaan di kilang berbeza sifatnya daripada di bendang. kurun berkenaan dipanggil Zaman Pertanian.6. 2006). Seterusnya.

Oleh itu. 2005) Zaman terus berubah. Menurut Pink (2006). Proses pengajaranpembelajaran dalam bilik darjah masih lagi ingin memenuhi keperluan Zaman Maklumat.pencampaian maklumat. Menurut Pink (2006). Pusat-pusat pengajian tinggi didirikan dengan banyaknya untuk menampung keperluan itu. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan. kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Alat serta teknik pembelajaran yang didedahkan pada pelajar masih lagi dilihat sebagai alat hafalan. (b) Mengamalkan Pembelajaran Holistik Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan. sekuen dan analisis (Buzan. Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. tetapi strategi pengajaran-pembelajaran Zaman Maklumat masih lagi diamalkan dalam kebanyakan bilik darjah. Ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan. Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Fokus proses pengajaran-pembelajaran masih lagi terhadap usaha menambahkan pengetahuan pelajar. Mereka memerlukan nilai tambah yang membezakan diri masing-masing daripada masyarakat kebanyakan. Inovasi 43 . Walaupun zaman telah berubah. Zaman Konseptual memerlukan golongan karyawan yang inovatif dan kreatif. Kos kewangan yang rendah terhadap pemilikan maklumat menggalakan orang ramai berebut-rebut untuk memiliki maklumat sebanyak yang mungkin. Pendidikan Zaman Konseptual perlukan inovasi dan kreativiti sebagai matlamatnya (Pink. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan kehidupan mereka. Pencarian pekerjaan mula menjadi sukar walaupun di kalangan siswazah universiti. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Kurun ke 21 sudah tentunya mempunyai keperluan yang tersendiri Ramai daripada ahli masyarakat telahpun mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. 2006). 2005). nombor. logik. Kurun ke 20 memerlukan tenaga kerja yang mempunyai banyak pengetahuan.

Model pembelajaran yang diguna pakai mesti melibatkan kemahiran generik sezaman. Suatu model pembelajaran yang holistik seharusnya mempunyai nilai-nilai kognitif dan afektif. Pelbagai definisi diberikan terhadap konsep holistik. Selain itu. Model pembelajaran sedemikian ditunjukkan pada rajah berikut. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Selain itu. Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak contoh melalui latihtubi. Oleh itu. model pembelajaran berkenaan harus berpusatkan murid. Amalan empirisme ini perlu bagi kemenjadian seorang murid yang inovatif dan kreatif. Model 3P P1: Proses Big Picture Thinking Pendidikan matematik bererti boleh memahami sebanyak-banyaknya tentang sesuatu idea yang abstrak. Murid akan hanya memperoleh idea ataupun pengalaman matematik yang menjadi pilihan gurunya itu. Oleh itu. model pengajaran-pembelajaran ‘mudah amal’ perlu digunakan. Ianya juga perlu bersesuaian dengan keperluan sezaman. selalunya hanya terdapat satu perspektif ataupun gambaran yang khusus pada contoh yang banyak itu. konsep sebegini membolehkan holistik itu bersifat kontekstual. penggunaan TMK dalam pembelajaran. sebuah model pembelajaran holistik menjadi keperluan yang asasi bagi pendidikan kurun ke 21.dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik. Bagi mencapai matlamat pendidikan. Dari perspektif yang luas. Lebih banyak perspektif ataupun 44 . Konsep sebegini diguna pakai bagi tujuan inovasi ini supaya ianya boleh dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. Walaupun guru memberikan banyak contoh. konsep holistik yang diguna pakai perlu berlaku pada pengajaran-pembelajaran harian dalam bilik darjah. holistik merangkumi kurikulum dan juga ko-kurikulum serta kegiatan di dalam dan di luar bilik darjah. iaitu..

. Pola takrifan selalunya menjadi fokus pada pengajaran-pembelajaran sifir darab. Pola matematik yang mentakrifkan Sifir 9 ialah gandaan 9: 9. 45         1x9= 2x9= 3x9= 4x9= 5x9= 6x9= 7x9= 8x9= . maka lebih banyak peluang untuk murid memahami dan menambah idea serta pengalaman matematik mereka.. Kepelbagaian gambaran boleh diadakan dalam bilik darjah.... Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran yang diperolehi dalam bilik darjah. Perbincangan berikut menunjukkan pelbagai pola matematik pada Sifir 9. Kefahaman terhadap Sifir 9 boleh dikembangkan jika pengajaran-pembelajaran tentang fakta asas ini dikukuhkan dengan kepelbagaian pola seperti pada Contoh 2.. 27. 18.gambaran yang dibincangkan dalam kelas. . Pelbagai gambaran matematik boleh diperhatikan oleh murid melalui pencerapan pola matematik. 36.

Ini ditunjukkan pada Contoh 3. Taksonomi bentuk baru ini tidak bersifat hiraki. kegiatan yang inovatif dan kreatif pada proses Big rendah. Proses ini menggalakkan pembelajaran pada aras tertinggi Taksonomi Bloom yang diubahsuai.Selain daripada empat pola pada Contoh 2. Pembelajaran pada aras tinggi boleh berlaku secara tersendiri. Proses Big Picture Thinking melibatkan keseluruhan pemikiran kognitif murid. Oleh itu. Ini menunjukkan bahawa proses P1 ini mempunyai nilai kognitif yang tinggi. Picture Thinking boleh dirancang dan dilaksanakan pada pendidikan matematik sekolah      1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 tam bah 46 . terdapat juga pola lain yang boleh dicerap oleh murid daripada Sifir 9.

Proses pembelajaran In-forming ini bersifat mendatar. Ia juga bersifat kontekstual. Selain itu. Ini dilaksanakan melalui enjin pencarian seperti Google Search. Kegiatan pembelajaran yang dilaksanakan lebih berfokus terhadap usaha mencanai (synthesizing the big picture) daripada cerakinan (analyzing the details). proses pembelajaran Big Picture Thinking ini boleh menghasilkan Deep SOLO pada rajah berikut.Bloom ( kata Taxonomi Bloom Diubahsuai Proses pembelajaran Big Picture Thinking lebih berfokus kepada kepelbagaian pada satu-satu masa. • Aplikasi 47 • Kefahaman . • Penilaian • Sintesis • Analisis Deep Learning Learning. Big Picture Thinking menggalakkan pembentukan gambaran kesedaran holistik bagi sesuatu konsep matematik yang abstrak pada sesuatu konteks yang benar. Pembelajaran jenis ini dibincangkan seperti berikut menggunakan Taxonomi P2: Proses In-forming Proses pembelajaran ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang.

Kemajuan berlaku jika murid mengemukakan pendapat alternatif serta menyoal pendapat semasa. Rationalisme merangkumi penaakulan. Matematik ethno ialah tindihan antara tiga konsep. Walau bagaimanapun. Matematik Ethno 48 . Amalan sedemikian boleh berbeza-beza. Menurut Bishop (1988). Ini menggalakkan inovasi dan kreativiti peribadi di kalangan murid. proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning. matematik. Matematik ethno ialah matematik amalan setempat. model matematik dan amalan setempat. Superficial Learning boleh menggalakkan Deep Learning. (c) Menghargai Matematik Ethno Empathizing juga boleh dilaksanakan melalui amalan matematik ethno dalam pengajaran-pembelajaran matematik. berbeza kedudukan geografi. Nilai-nilai berkenaan ialah Rationalisme. theory dan theorizing. Oleh itu. Keterbukaan ialah nilai pendemokrasian pengetahuan. Konsep matematik ethno ini ditunjukkan pada rajah berikut. terdapat tiga nilai afektif pada pendidikan matematik. Kemajuan dan Keterbukaan. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil murid.Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. berbeza persekitaran dan juga berbeza status sosio-ekonomi. pemikiran logik dan berhujah. P2 dan P1 saling melengkapi. P3: Proses Emphatizing Nilai afektif diperoleh melalui proses Emphatizing. Kefahaman mendalam tentang maklumat yang dicapai melalui internet itu boleh dilaksanakan melalui proses Big Picture Thinking. Namun begitu.

Ia suatu bukti empirikal tentang berlakunya pemikiran murid yang inovatif dan kreatif. amalan matematik ethno berupaya menimbulkan kepekaan (emphatizing) terhadap matematik di kalangan murid yang berkenaan.Amalan matematik ethno boleh dilihat pada kaedah menulis alternatif (alternative written method ) yang diamalkan di sekolah rendah tertentu sahaja. (d) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Rendah Kaedah Mokhdar bermula pada 1989. Pelaziman terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas dalam matematik. 49 . Ia dikatakan meningkatkan ingatan. Satu contoh kaedah berkenaan ditunjukkan di bawah ini. Kaedah menulis alternatif ini menunjukkan murid mempunyai kaedah penaakulan yang tersendiri. Oleh itu. Asas Kaedah Mokhdar ialah sebutan terhadap nombor-nombor. Cara mengira alternatif sebagai amalan emphatizing 2 1 2 1 + 4 + 3 =? 6 3 4 i) ii) iii) 2 1 2 1 1 2 1 + 4 +3 = 2 + 4 + 3 + + + 6 3 4 6 3 4 2+4+3=9 1 2 1 2 +8 +3 + + = 6 3 4 12 = 1 3 1 2 =1 1 1 2 1 1 2 =1+ iv) 9+1+ 1 1 = 10 1 2 1 2 Kaedah ini menunjukkan kepelbagaian pada proses pemikiran murid. daya berfikir dan kecepatan berfikir.

(e) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Menengah Algebra menguasai pendidikan matematik di sekolah menengah. Penggunaan TMK dalam bilik darjah boleh memberi ruang masa dan kemudahan pelaksanaan strategi ini. juga menggunakan Mokhdar). Oleh itu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tumpuan terhadap bidang ini tidak menggalakkan perkembangan pemikiran matematik yang lebih menyeluruh. Konsep-konsep matematik yang dicerap melalui sesuatu 50 . Keseimbangan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur adalah antara lima strategi KBSM. bagi semua perkara yang berbentuk. Perisian-perisian matematik sebegini mengimbangkan simbol abstrak pada algebra dengan gambaran geometri. Penggunaan perisian matematik seperti Geometrical Sketchpad (GSP) dan GeoGebra memudahkan pelaksanaan strategi berkenaan. Algebra menyebabkan tumpuan terhadap pengetahuan prosedur berlaku pada pendidikan matematik di sekolah menengah. Terdapat antara 20% ke 30% peserta berusia antara enam hingga tujuh tahun. Tall (2009) mengatakan bahawa kefahaman terhadap konsep matematik diperkukuhkan melalui kefahaman terhadap proses yang membawa kepada pentakrifan konsep berkenaan. penguasaan terhadap pengetahuan konseptual diabaikan pada pendidikan tersebut. fakta asas matematik iaitu jadual asas bagi darab dan tambah. Setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari berikutnya. kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 68x62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau lapan tahun menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator.Kaedah ini dikatakan boleh meningkatkan kuasa otak dalam menyimpan. alat tulis. Sebagai contoh. Kesan daripada penggunaan kaedah ini boleh dilihat serta-merta dalam banyak kes. dimantapkan ke dalam minda peserta. Selain memberikan gambaran terhadap konsep-konsep algebra. bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. perisian matematik tersebut juga berupaya untuk menunjukkan proses terhadap konsep secara dinamik. yang dibudayakan dengan Mokhdar advance dalam masa enam hingga tujuh hari (dalam masa tersebut. alat bantuan mengira atau sebagainya. peserta mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and figure di dalam subjek pecahan dan sebagainya. memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum.

proses disebut sebagai procept (Tall. Jelaskan bagaimana penggunaan perisian matematik seperti GSP boleh mempermudahkan pembelajaran terhadap procepts matematik (Tall. 2009). 4. 2. Pembelajaran terhadap procept mudah dilaksana menggunakan perisian matematik seperti GSP dan GeoGebra. 51 . 3. 5. Jelaskan Kaedah Mokhdar daripada perspektif teori pembelajaran berasaskan otak. Jelaskan bagaimana penggunaan perisian komputer seperti GSP dan GeoGebra boleh menggalakkan kreativiti pada Matematik KBSM. Jelaskan bagaimana aktiviti Big Picture Thinking menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah bagi mata pelajaran matematik. Huraikan deep learning pada pendidikan matematik sekolah rendah. 2009). Tugasan Jawab semua soalan berikut 1.

L. Ministry of Education (2004-2006). Mathematics for elementary teachers. London: Taylor & Francis Group Ministry of Education (2002-2006). 7th ed. The Malaysian Smart School: Implementation Plant.(1995).RUJUKAN Rujukan Utama: Gates.L.year 5.J. Siew Hua. Soon Sang. K. (2005). Virginia: Author Buzan. Musser. et al. Mok. Reston. London: HarperCollins Pub. G. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). (1997) . Profesional standards for teaching mathematics. T. Ed ke 2. Integrated curriculum for secondary schools: curriculum specifications mathematics form 1.form 5.E. Issues in mathematics teaching. The World is Flat New York: Penguin Books 52 . The Malaysian Smart School: A Conceptual Blue print. (2001). P. Mind Maps. (2005). KL: Universiti Malaya. T. The nature of mathematics. Seow.. 9th ed. (2006). Selangor D. Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications mathematics year 1. Friedman. Ministry of Education Malaysia (1997).Matemaatik KBSR dan strategi pengajaran.(2008).: Fajar Bakti Sdn Bhd. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Pengajaran matematik KBSR. Ministry of Education Malaysia (1997). USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Smith.(2001). NCTM. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik.

html http://www.go.math.uiuc.ac.math.nctm.html http://www-groups.wichita.net/totalweblite/upload/754/Kaedah%20Mokhdar%20untuk %20semu a. G.htm 4.dcsst-and. Polya. Perkembangan Matematik Malaysia: http://www.au/99pap/bis99188.th/moe.htm http://www. A Whole New Mind.edu.html#hindu-arabic http://www.org/learn/economy/money.edu/history/topics/num-sys. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl. (2006).socialresearchmethods.historyforkids. H.htm/ http://www.nist.org http://www.htm 2 .geom.mintmark.gov sg http://www.edu/projects/2/Wood/frame.historyforkids.geocities. http://secure.kpm.htmn http://www. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.org/learn/greeks/science/math/pythagoras.gov/Genint/Time/time.com/mathfair2002/school/arit/arithm1.moe.nsc.com/moneyhistory.au/PDFWorD/Info/IL/. New York: Riverhead Books.htm http://www.pdf http:physics.net/kb/dedind.my/bahan. Pendidikan Matematik http:/www.html http://www.Pink.aare. New Jersey: Princeton Univ.uk/.uiuc.html Laman Web: 1.gov.edu/~demo5337/Group3/hist.history/Mathematician/Biogindex.localdns. How to Solve it.ppk.htm SELAMAT BELAJAR 53 . D.php http://www. (1945).htm 3.Press.

Oleh itu. peranannya sebagai tonggak yang kelima dan terakhir tidak menunjukkan kepentingannya dalam p&p matematik. pencarian pola nombor adalah kaedah utama yang boleh digunakan bagi pelaksanaan tonggak ini. Oleh itu. perbincangan juga dibuat terhadap amalan komunikasi matematik dalam p&p matematik setempat. TMK juga boleh digunakan sebagai enabler pembelajaran prosep seperti yang dicadangkan oleh Tall (1994). Selain itu.1 Sinopsis Bahagian ini membincangkan tentang sifat am pada sebuah model penyelesaian masalah yang hendak diguna pakai sebagai tonggak pertama bagi pengajaran dan pembelajaran matematik (p&p) semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah enabler utama bagi pendidikan semasa. Penaakulan matematik ialah tonggak yang ketiga. Pendekatan induktif dicadangkan bagi pelaksanaan penaakulan matematik kerana ianya berperingkat dan lebih sesuai dengan peringkat perkembangan biologi murid di sekolah rendah. Perbezaan antara amalan setempat komunikasi matematik dengan konsep komunikasi matematik National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) juga dibincangkan.2 • • • • • Hasil Pembelajaran Menghuraikan penyelesaian masalah matematik sebagai tonggak pertama Mentakrif heuristik algoritma Menghuraikan komunikasi matematik sebagai tonggak kedua Membandingbezakan antara komunikasi matematik menurut fahaman behaviorisme Menghuraikan penaakulan matematik sebagai tonggak ketiga 54 .Tajuk 3 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 3. Komunikasi matematik ialah tonggak kedua bagi p&p matematik. Pola nombor adalah ciri dominan pada idea-idea matematik. Sifat pada model berkenaan juga diperjelaskan dengan membuat banding beza dengan Model Polya yang mula dicadangkan sekitar tahun 1945. 3. Tonggak keempat ialah perkaitan matematik. Ia adalah sifat semula jadi pada idea matematik.

Penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dengan nilainilai afektif. emosi. Ianya bertujuan supaya masyarakat mempunyai sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani.• • • Menghuraikan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat Menghuraikan TMK sebagai tonggak kelima Menghuraikan p&p prosep matematik menggunakan TMK 3. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada Kurun ke 21 ini adalah antara pemangkin utama bagi perubahan persekitaran serta timbulnya keperluan baru. rohani dan intelek (JERI).4 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Kurikulum pendidikan matematik perlu memenuhi keperluan semasa sesebuah masyarakat di mana kurikulum tersebut digubal. Peranan kemanusiaan pada aspek ini telah semakin berkurangan. Walau bagaimanapun. TMK pula telahpun mampu mengumpul dan menyimpan maklumat dengan mudah dan luwes. Kemanusiaan perlukan suatu 55 . persekitaran masyarakat terus berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru.3 Kerangka Konseptual 3. Persikataran Kurun ke 21 ialah perkambungan sejagat.

peranan yang tidak lagi diambil ahli oleh sebuah mesin. Beliau mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan sahaja sebagai suatu pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah tetapi juga sebagai suatu kaedah p&p. Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. Kaedah penyelesaian masalah bertujuan supaya fokus p&p matematik dilanjutkan sehingga Aras Kedua (kefahaman) dan Aras Ketiga (Aplikasi) pada Taksonomi Pengetahuan Bloom.4. 2006). Tugasan matematik dalam bilik darjah perlu lebih mencapah dan mencabar. P&P matematik awalan berlaku pada Aras Ingatan pada Taksonomi Pengetahuan Bloom. sifat inovatif dan kreatif. Selain itu. Ini mementingkan ingatan yang kuat serta banyak. P&P matematik berfokus pada konten matematik tulin.1 Penyelesaian Masalah Matematik sebagai Tonggak Pertama Inovasi bermakna berfikir dengan cara yang berbeza. 3. Fokus tugasan matematik adalah terhadap mencari jawapan. p&p matematik perlu menghasilkan pembelajaran yang mendalam (deep learning). Ini boleh berlaku jika p&p matematik beranjak daripada masalah rutin kepada yang bukan rutin. Kemanusiaan perlukan peranan yang belum lagi terdapat pada suatu aturcara pengkomputeran. Ianya perlukan sifat yang lebih holistik. George Polya (sekitar 1945) adalah antara pelopor penyelesaian masalah matematik. Kurun ke 21 memerlukan sumber manusia yang inovatif dan kreatif (Pink. Cadangan beliau ini akan menggalakkan berlakunya proses pemikiran yang lebih mendalam bagi p&p matematik. Tugasan Matematik Rutin: 1 + 2 = Tugasan Matematik Bukan Rutin: Berapakah bilangan susunan serupa yang boleh dibina? 56 Tugasan Rutin dan Bukan Rutin . Kreativiti ialah hasil daripada pemikiran yang sebegitu. Pengajaran dan pembelajaran matematik (p&p) perlu menjadi lebih holistik supaya unsur inovasi dan kreativiti terdapat pada setiap kegiatan p&p.

6. 3. penggunaan Model Polya secara meluas bagi tempoh setengah abad bagi masalah bercerita juga menggambarkan penyelesaian masalah sebagai suatu pendekatan penyelesaian sesuatu masalah semata-mata. Antara model tersebut ialah Model Lester (1989) dan Model Mayer (1992). 7. 2. 5. Contoh tugasan matematik berikut memperjelaskan peranan ini. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali sahaja. Rumusan ini diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya model-model yang berbeza daripada Model Polya hanya pada bilangan langkah pada proses penyelesaian masalah. 8 dan 9 pada grid berikut supaya jumlah setiap pasangan tiga nombor sentiasa sama. Amalan ini menyebabkan penggunaan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p semakin diabaikan. 4. Letakkan nombor-nombor 1. Analisis Newmann (1996) tentang jenis kesilapan bagi masalah bercerita menunjukkan pandangan yang sedemikian. Oleh itu. Selain itu.Model Polya Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah. penyelesaian masalah sebagai tonggak pertama p&p matematik perlu menggalakkan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p matematik. 57 . Gambaran ini telah mempengaruhi amalan p&p dalam bilik darjah. Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan secara terpisah-pisah pada suatu hirarki.

soalan ini menggalakkan inovasi dan kreativiti di kalangan murid. Konteks sebegini lebih berkaitan dengan konteks matematik. Konteks masalah tersebut adalah situasi sebenar.Tugasan berkenaan menunjukkan konteks soalan selain daripada soalan bercerita. Proses pemikiran yang berlaku padanya bertujuan menghasilkan algoritma heuristik bagi membezakannya daripada penggunaan algoritma-algoritma piawai pada Model Polya dan lain-lain model yang setara dengannya. Soalan mekanis hanya memerlukan kiraan single-step. Hirarki langkah pada Model Polya juga tidak kelihatan secara ketara pada soalan ini. 58 . Halangan sebegini menggalakkan murid berfikir secara kritis. susunan terbaik bagi bagasi berlainan saiz dalam bonet kenderaan dibincangkan pada Packing Problem. Penyelesaian masalah sebegini dikenali sebagai penyelesaian masalah kreatif. Selain itu. Travelling Salesman Problem dan Koniesberg Bridge Problem adalah antara contoh klasik bagi masalah bersifat kontekstual ini. Ianya tidak berkaitan dengan situasi sebenar. Masalah pada model penyelesaian kreatif bersifat kontekstual. Algoritma Heuristik Soalan bercerita selalu diguna pakai pada Model Polya kerana algoritma piawai yang perlu diguna pakai tidak ketara pada peringkat awal proses penyelesaian seperti mana yang berlaku pada soalan mekanis. Tiada algoritma piawai pada kurikulum Matematik KBSR yang boleh diguna pakai bagi mendapatkan jawapan soalan ini. Oleh itu. Setiap murid memikirkan suatu algoritma baru yang boleh digunakan bagi mencari jawapan soalan ini. situasi pada soalan bercerita yang diguna pakai pada Model Polya tidak bersifat kontekstual. penggunaan sebarang model penyelesaian masalah sebagai tonggak p&p matematik perlu bersifat kontekstual. Ini berlaku kerana kiraan multi-steps diperlukan bagi soalan bercerita yang diberikan. Oleh itu.

4. Proses penyelesaian masalah berlaku secara spontan dan bukan langkah demi langkah seperti yang terdapat pada Model Polya dan model lain yang setara. Hirarki ini membuktikan terdapat amalan behaviorisme dalam KSSR. pencapahan pemikiran (brain storming) adalah ciri utama pada penyelesaian masalah kreatif. Teknik ini menggalakkan pencapahan perspektif serta idea. Kebolehan mereka berkomunikasi tentang idea serta pemikiran matematik adalah suatu bukti emphirikal tentang penguasaan pengetahuan matematik murid. 3.Selain itu. Model Pendekatan Induktif Stacey Behavioris atau Kognitivis Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mencadangkan suatu hirarki bagi amalan komunikasi matematik. Cadangan KSSR ini bersifat eksplisit. Ianya memerlukan masalah dilihat secara menyeluruh.2 Komunikasi Matematik Stacey (1993) mencadangkan supaya komunikasi matematik dijadikan sebagai peringkat terakhir pada pendekatan induktif bagi p&p matematik asas. Cadangan Stacey ini menunjukkan kepentingan berkomunikasi tentang idea matematik bagi peningkatan penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran matemtik. 59 . Sesi brain storming menjadikan inovasi dan kreativiti sebahagian daripada p&p matematik. Kaedah penyelesaian masalah sebegini tidak melihat masalah sebagai terpisah-pisah.

mereka perlu menggunakan bahasa matematik untuk pernyataan idea secara jitu pada komunikasi tersebut. Kognitivisme percaya bahawa pengetahuan matematik disimpan dalam bentuk-bentuk simbol.). komunikasi matematik memerlukan kemahiran menganalisis dan menilai pemikiran serta strategi matematik. Oleh itu. Selain itu. Cadangan NCTM tentang komunikasi matematik lebih bersifat kognitif. Kepercayaan sebegini adalah berasaskan pada teori-teori pembelajaran kognitif. murid mesti boleh berkomunikasi secara jelas dan tepat tentang sesuatu idea matematik. NCTM berpendapat bahawa terdapat tiga kemahiran pada komunikasi matematik yang perlu dikuasai oleh murid. Fahaman ini berpendapat bahawa pembelajaran berkesan boleh berlaku tanpa sebarang konteks. Setrusnya. Proses berkenaan perlu memudahkan perkaitan antara simbol. Pertamanya.Hirarki Komunikasi Matematik KSSR Behaviorisme percaya bahawa pembelajaran hanya telah berlaku jika kelihatan perubahan tingkah laku yang jelas. Pembelajaran matematik proses mencari perkaitan yang bermakna dan mudah diingatkan antara simbol-simbol matematik. Antara pelopor teori-teori pembelajaran tingkah laku ialah Pavlov (1849-1936) dan Skinner (1904-1936). Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Piaget (18961980) serta Bruner (1915. Seterusnya. 60 . boleh dirumuskan bahawa pendidik matematik di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada pengamal kognitivisme.

Pemeringkatan proses diperlukan oleh kanak-kanak pada kumpulan umur sedemikian.Proses Kemenjadian Seorang Guru Matematik Rajah di atas menunjukkan proses kemenjadian seorang guru matematik. Selain itu.3 Penaakulan Matematik Penaakulan matematik adalah antara amalan kognitif dalam p&p matematik. pelaksanaan penaakulan matematik di sekolah rendah perlu secara berperingkat. satu model p&p bilik darjah yang boleh menunjukkan penaakulan matematik secara eksplisit diperlukan bagi tujuan penggunaannya sebagai tonggak kelima. Kefahaman murid terhadap konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh didengar dan cuba difahami oleh gurunya. 3. Pendekatan induktif seperti yang dicadangkan oleh Stacey amat sesuai bagi pelaksanaan penaakulan matematik sebagai tonggak kelima jika dibandingkan dengan pendekatan deduktif yang tidak berlaku secara berperingkat. Ini mungkin menimbulkan tanda tanya tentang perkembangan amalan setempat p&p matematik. Ianya menunjukkan ketidak serasian antara amalan komunikasi matematik KSSR dengan proses kemenjadian guru jika dibandingkan dengan cadangan NCTM. aktiviti melukis yang boleh dilaksanakan 61 . Selain itu. Oleh itu. Penilaian saksama terhadap proses ini memerlukan hasilan yang eksplisit dan emphirik. Selain berperingkat. pendekatan induktif cadangan Stacey itu juga boleh meningkatkan kemahiran murid dengan menjadikan komunikasi matematik sebagai peringkat terakhir modelnya.4.

Pola nombor Fibonacci pula terdapat pada pembiakan arnab dan tumbuhtumbuhan.? 4. 29. pencarian pola nombor boleh digunakan sebagai kaedah utama pelaksanaan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat p&p matematik.? 5. 25. Ini menyebabkan ramai yang mentakrifkan matematik sebagai kajian tentang pola nombor. 11. 40. 13. 5. ? 5.? 1 1 + 6 5 1 2 + 6 5 1 3 + 6 5 1 4 + 6 5 11 30 17 = 30 23 = 30 = =? 62 . 15. 17. 24. Oleh itu. 9. 13.sebagai aktiviti komunikasi matematik boleh juga membantu guru mengetahui tentang penaakulan matematik muridnya. 7. Nombor Triple Pitagoras terdapat pada semua segitiga bersudut tepat. 31. 7. Contoh-contoh berikut menunjukkan pencarian pola sebagai kaedah utama pelaksanaan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat p&p matematik. 3.?. 61.? 3. 12. 41. 3. a) • • • • • • b) 999 x 10 = 9990 999 x 11 = 10989 999 x 12 = 11988 999 x 13 = 12987 999 x 14 = 13986 999 x 18 = ????? • • • • • c) 1. Perbincangan ini menunjukkan bahawa proses penaakulan matematik sebagai tonggak p&p boleh dibantu dengan aktiviti lisan dan aktiviti melukis.4 Perkaitan Matematik Pola matematik boleh dicerap pada kebanyakkan konsep matematik dan juga alam semulajadi.4. 60.

TMK boleh melaksanakan p&p yang lebih bermakna sebagai tonggak kelima dan terakhir bagi p&p matematik. proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning.3. Idea ataupun rumusan yang mereka huraiakan itu adalah prosep matematik (Tall. Walau bagaimanapun. Trapizium 63 . Walau bagaimanapun. Ini dilaksanakan melalui injin pencarian seperti Google Search. Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. Namun begitu. 1994). Superficial Learning perlu disokong oleh Deep Learning bagi pembelajaran berkesan. Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan perisian matematik seperti GeoGebra. TMK juga boleh digunakan untuk deep learning. Trapizium pada gambar pertama boleh ditunjukkan secara dinamik bertukar menjadi segiempat selari pada gambar dua. proses pembelajaran bersifat bersifat mendatar. Menurut Tall. trapizium tersebut telah melalui suatu proses matematik dan bertukar bentuk menjadi segiempat selari. Pendapat murid tentang apa-apa idea ataupun konsep matematik yang mereka boleh cerap daripada proses transformasi yang telah mereka perhatikan secara dinamik. Oleh itu.5 Aplikasi TMK sebagai Tonggak Kelima Tonggak ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang.4.

Membuat Perkaitan Matematik adalah satu tongak dalam Pendekatan Bersepadu. Bincangkan bagaimana tongak berkenaan menggalakkan kreativiti dalam Matematik KBSR. Tugasan 1. Jelaskan tongak ini dengan menggunakan satu contoh khusus daripada Matematik KBSR. 2.3. Segiempat Selari 64 .5 Penutup Lima tonggak seperti yang dihuraikan menggalakkan p&p matematik yang lebih berkesan. Ianya berkesan kerana bersifat holistik dan mengamalkan TMK sebagai kemahiran generik. Penyelesaian Masalah ialah satu daripada tongak pendidikan matematik pada Pendekatan Bersepadu.

4. Ia juga menyentuh tentang implikasi fahaman-fahaman berkenaan terhadap pendekatan pengajaran-pembelajaran guru matematik. Galakan ini boleh dirumuskan berdasarkan analisis terhadap lima strategi pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah. emphirisme dan rasionalisme.Tajuk 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 4. KBSR mengamalkan fahaman humanisme melalui pelaksanaan Strategi 5P sebagai model pengajaran-pembelajarannya. Selain itu. perbincangan juga menjelaskan fahaman pada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sebagai titik tengah kontinum fahaman. KBSM menggalakkan pembelajaran kontekstual.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang dua hujung pada kontinum fahaman terhadap perkembangan ilmu. Perbincangan seterusnya adalah tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).2 Hasil Pembelajaran • • • • • • Menghuraikan falsafah pendidikan matematik Menghuraikan falsafah pendidikan Matematik KBSR Menghuraikan Strategi 5P KBSR Menghuraikan Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Menghuraikan falsafah pendidikan Matematik KBSM Menghuraikan lima strategi Matematik KBSM 65 . KBSM adalah lanjutan daripada KBSR.

Beliau telah mengemukakan sebuah 66 . Teorem matematik pertama Greek telah diterokai oleh Thales (624-546 S. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan perkara yang palsu. Soalan sedemikian dikemukakan semasa berhujah. Konstruk kepercayaan matematik disebut sebagai teorem. Kemahiran berhujah yang berkesan adalah aspek utama yang penting pada sesuatu falsafah. Walau bagaimanapun.3 Kerangka Konseptual 4.4. pengamal falsafah perlulah bersifat bijaksana sewaktu berhujah.M). Ianya bertujuan supaya hanya perkara yang benar dan tepat berlaku pada kerangka berkenaan. Kebenaran sesuatu konstruk falsafah mesti diuji melalui soalan-soalan yang kritis.4 Falsafah Pendidikan Matematik Falsafah merujuk pada konstruk-konstruk kepercayaan paling asas pada sesuatu kerangka nilai.

Penghujahan bermula daripada beberapa kegiatan yang berlainan tetapi serupa. sebuah generalisasi murid. Ini menjadikan pendekatan induktif sesuai digunakan sebagai model amalan pengajaran-pembelajaran bagi pendidikan matematik di sekolah rendah. Kegiatan inkuiri yang terlaksana diharapkan menjumpai suatu struktur tegar (pola) yang khusus pada kesemua kegiatan itu. Pendekatan pengajaran induktif sebegini berpusatkan mencadangkan supaya tiga peringkat ini dilengkapi dengan peringkat berkomunikasi bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Akhirnya. Teorem Thales Proses berhujah untuk memperoleh sesuatu teorem boleh dilaksanakan secara induktif. Proses sebegini bersifat bottom-up. 67 .teorem yang sekarang ini dikenali sebagai Teorem Thales: Hanya sudut 90 o sahaja yang boleh terkandung pada lilitan sebuah separa bulatan. ataupun Stacey teorem (1982) dikemukakan jika konjektur itu didapati benar. Penemuan pola itu pula membawa pada suatu kegiatan ikuiri yang khusus serta dipersetujui oleh semua yang terlibat sebagai kegiatan pengesahan terhadap kebenaran teorem. Peringkat ini disebut sebagai peringkat membina sebuah konjektur.

Aristotle adalah antara pengamal fahaman sebegini di kalangan masyarakat Greek purba. Fahaman Emphirisme 68 . Fahaman sebegini memerlukan bukti emphirikal ataupun luaran seperti pada rajah di bawah.Pendekatan Induktif Kepercayaan yang terbentuk secara induktif dikelompokkan sebagai fahaman emphirisme. Kesimpulan tentang maklumat luaran (angka 1) perlu dibuat sebelum perkembangan ilmu berlaku.

Oleh itu. Plato dikatakan mempelopori fahaman sebegini. Fahaman Rasionalisme 69 . Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif dikatakan sebagai amalan rasionalisme. Ianya memerlukan pengetahuan serta pena’kulan yang baik. ianya lebih sesuai bagi pendidikan matematik di pusat pendidikan tinggi. Pendekatan pengajaran sebegini berpusatkan guru. Rajah berikut pula menunjukkan pendekatan deduktif sebagai suatu proses berhujah.Ilmu dikatakan terhasil antara gabungan kepercayaan dengan kebenaran. Kepercayaan yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya secara emphirikal kekal sebagai mitos sesebuah masyarakat. Bukti emphirikal tidak diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Fahaman ini berpegang pada kekuatan pena’kulan minda serta pengetahuan yang mendalam. seperti yang digambarkan oleh rajah berikut.

didapati bahawa pendidikan matematik memenuhi keperluan manusia sejagat. Ia cuba sepadukan perbezaan individu pada proses pengajaran-pembelajaran. 70 . Strategi penilaian mengukur aras penguasaan murid terhadap pengetahuan yang baru dipelajari itu. Oleh itu. Murid akan mengikuti aktiviti pengayaan sementara menunggu rakan sedarjahnya mencapai aras penguasaan 80%. Pengabung jalinan adalah strategi untuk menggunakan kemahiran sedia ada murid untuk menguasai pengetahuan ataupun kemahiran baru. Pemikiran yang cerdas berupaya menentukan kebenaran sesuatu kepercayaan tanpa keperluan terhadap bukti luaran. setiap perubahan pada kurikulum pendidikan matematik asas selalunya berlaku secara sejagat. Oleh itu. Ianya adalah antara amalan humanisme dalam pendidikan. Penyerapan adalah usaha untuk sepadukan pengetahuan baru yang akan dipelajari dengan pengetahuan sedia ada murid. penggambung jalinan kemahiran. 4. Kesepaduan ini diamalkan penyerapan pengayaan. Murid yang aras penguasaannya 80% ke atas boleh memulakan pelajaran yang baru.5 Falsafah Pendidikan KBSR dan Strategi 5P KBSR memilih pendekatan bersepadu. ilmu. Projek Matematik Nuffield di Britain sekitar 60’an menjadi pencetus pada Projek Khas Matematik di Malaysia.6 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Kurikulum pendidikan matematik asas berubah supaya ianya boleh memenuhi kehendak masyarakat setempat. melalui Strategi 5P: pemulihan dan penilaian. 4. Ianya adalah suatu amalan differentiation pada pendidikan. Walau bagaimanapun. sejarah mendapati bahawa fokus kurikulum pendidikan matematik asas mengalami perubahan yang sama di mana-mana seperti pada rajah di bawah. Murid akan mengikuti pelajaran pemulihan jika mereka belum mencapai aras penguasaan berkenaan. Strategi 5P adalah model pengajaran-pembelajaran yang mengambil kira perbezaan individu antara murid.Fahaman rasionalisme percaya bahawa ilmu boleh berkembang melalui pena’kulan.

Usaha yang sedemikian selalunya menghasilkan kerja-kerja mengira yang terlalu rumit tanpa meningkatkan kebolehan berfikir sebenar di kalangan murid. Pembelajaran secara hafalan adalah berasaskan teori-teori pembelajaran behavioristik. Kemajuan sains perubatan hari ini telah memperjelaskan lagi proses-proses asimilasi dan akomondasi Piaget melalui sedemikian menjadi cabaran utama guru matematik pada peringkat perkembangan ini. Soalan bercerita bukan rutin menjadi amalan pada pendidikan matematik. pendekatan ini kurang mendapat sambutan di kalangan 71 . Oleh itu. Teori Pavlov dijeniskan sebagai pelaziman klasik manakala teori Skinner dijeniskan sebagai pelaziman operant. Pelajaran matematik menjadi berpusatkan guru. Teori Piaget menerangkan proses-proses asimilasi dan akomondasi yang berlaku sewaktu pembentukan pengetahuan pada minda murid. Pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada 1957 menyebabkan Amerika Syarikat melaksanakan pendekatan penyelesaian masalah menurut cadangan pakar akademiknya. Setiap perubahan pada kurikulum pendidikan matematik asas dicetuskan oleh sesuatu kejadian di luar bilik darjah. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Piaget (1896-1980). Oleh itu. Pembinaan soalan guru. Antara pelopor teori pembelajaran behavioristik ialah Pavlov (1849-1936) dan Skinner (1904-1990). Penguasaan tersebut diperoleh setelah melalui pembelajaran yang mementingkan hafalan. 1988).Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Matematik mekanis mementingkan penguasaan terhadap pengetahuan faktual seperti sifir dan rumus. Aras tugasan berkenaan selalunya berada pada Aras Pengetahuan Taksonomi Bloom. Tugasan matematik di peringkat ini bersifat rutin. Pendekatan penyelesaian masalah memberi fokus terhadap proses berfikir berbanding ingatan. Antara mereka ialah George Polya (1887-1985). Tugasan matematik rutin sukar untuk mencapai aras-aras yang lebih tinggi pada Taksonomi Bloom. ianya menghasilkan nilai-nilai seperti control dan mystery (Bishop. Teori-teori pembelajaran mula mengemukakan pendapat tentang tatacara proses kognitif yang berkesan.

Fokus KBSM pula ialah terhadap penguasaan konsep-konsep algebra. 1989) diamalkan pada suasana yang sebegitu. setiap konsep matematik dikuasai bersama-sama dengan segala proses yang boleh dikaitkan dengannya. Walau bagaimana pun. Tall (1994) menamakan konsep-konsep berkenaan sebagai conceptual-embodied. 4. Semua makna tersirat yang terdapat pada sesuatu konsep matematik akan kelihatan jika konsep berkenaan melalui pelbagai proses. Menurut Tall. Konsep-konsep matematik pada peringkat pra algebra diitlakkan daripada objek serta situasi konkrit. Setiap murid akan memperolehi pengetahuan matematik yang tidak tercatat pada kurikulum pelajaran berkenaan. 72 . 1997). Prosesproses berkenaan boleh dilakukan terhadap setiap konsep dengan mudah jika TMK digunakan dalam bilik darjah.7 Falsafah Pendidikan Matematik KBSM Fokus KBSR ialah terhadap penguasaan pengetahuan serta kemahiran asas matematik. pembelajaran procept matematik meningkatkan lagi kefahaman terhadap sesuatu konsep matematik. Sebahagian daripada simbol berkenaan mewakili konsep-konsep pra algebra. Oleh sebab itu. Pengetahuan dan kemahiran asas ini kerap diklasifikasikan sebagai matematik pra algebra. Klasifikasi sebegini diguna pakai kerana terdapat konsep Matematik KBSM yang terhasil daripada proses yang dilaksanakan pada sesuatu konsep asas matematik. Keupayaan ini menyebabkan Tall (2009) mencadangkan supaya procept matematik dipelajari. Pendekatan bersepadu geometri-algebra ini memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep abstrak yang sukar pada algebra. Pembelajaran procept menggalakkan kepelbagaian perspektif terhadap sesuatu konsep matematik. Perisian-perisian matematik juga berupaya menjelaskan proses matematik secara dinamik. Nilai matematik seperti openness (Bishop. Murid belajar untuk berfikir secara kreatif. Penjelasan tentang proses mental matematik ini terdapat pada Triple Code Model of Mathematics (Dehaene & Cohen. terdapat juga beberapa konsep algebra baru yang diperkenalkan dalam KBSM.Perkembangan TMK pula telah menggalakkan pendekatan bersepadu. Penggunaan perisian komputer membolehkan konsep abstrak algebra digambarkan oleh geometri. Oleh itu. KBSM kerap disebut-sebut sebagai lanjutan KBSR. Algebra ialah suatu bidang matematik pada mana penggunaan simbol dilaksanakan secara meluas. Amalan fahaman humanisme boleh dilaksanakan pada pendidikan matematik melalui penggunaan TMK.penggunaan mesin pengimbas otak. Terdapat konsep Matematik KBSM yang boleh diklasifikasikan sebagai proceptualsymbolic. .

73 . Tall juga mencadangkan supaya istilah prosep diguna pakai terhadap idea-idea seperti itu. rajah berikut menunjukkan pendidikan matematik lanjutan selepas pendidikan matematik di sekolah rendah dan menengah. Oleh itu. Manakala. T 4. Oleh itu. Pendidikan matematik lanjutan ini melibatkan semata-mata bersifat simbolik. Lebih cabaran perlu diatasi oleh murid bagi menguasai konsep sedemikian. fokus Matematik KBSM adalah terhadap prosep sebagai lanjutan daripada konsep pada Matematik KBSR. Selain itu. Perkaitan antara Matematik KBSR dan Matematik KBSM diperjelaskan lagi pada rajah berikut yang dicadangkan oleh Tall (1994) berikut. boleh juga dirumuskan bahawa fokus Matematik KBSR adalah terhadap konsep. konsep dan proses. strategi-strategi humanistik perlu digubal untuk membantu murid bagi penguasaan itu.Simbol yang diguna pakai terhadap konsep berkenaan harus mewakili dua perspektif yang terdapat pada idea berkenaan.8 Lima Strategi Matematik KBSM Konsep Matematik KBSM bersifat agak abstrak. Asas permulaan pendidikan lanjutan ini ialah analisis terhadap sifat-sifat abstrak nombor bulat. Rajah ini juga memperjelaskan fokus konten Matematik KBSR dan Matematik KBSM.

Kaedahkaedah berpusatkan murid juga menggalakkan kesepaduan antara fahaman dalam pendidikan. Pembelajaran kontekstual dilaksanakan supaya murid mengetahui dan merasai matematik sebagai sebahagian daripada kehidupan sebenar. situasi sebenar juga menggalakkan pelaksanaan kaedah-kaedah berpusatkan murid seperti inkuiri-penemuan. Ia menunjukkan bahawa pengetahuan matematik adalah sebahagian daripada tamadun kemanusiaan.Terdapat lima strategi Matematik KBSM. simulasi dan ujikaji. Selain itu. dan e) mengintegrasikan nilai. b) penggunaan anekdot sejarah matematik. iaitu. Amalan humanisme pada Matematik KBSM juga terdapat pada strategi mengimbangkan penguasaan pengetahuan prosedural dengan penguasaan pengetahuan konseptual. Penggunaan masalah matematik yang terdapat pada situasi sebenar juga digalakkan. Situasi sebenar boleh mempermudahkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap konsep matematik yang abstrak. Guru konstruktivis juga bergembira kerana muridnya membina sendiri kefahaman mereka melalui aktiviti inkuiri-penemuan. Oleh itu. Perubahan tingkah laku murid ketika pelaksanaan ujikaji boleh menunjukkan penguasaan konsep di kalangan mereka menurut seorang guru yang behavioris. 74 . penyelesaian masalah Matematik KBSM juga bersifat kontekstual. c) penggunaan matematik dalam sebenar. Penguasaan terhadap konsep-konsep abstrak seperti persamaan algebra dan matriks boleh dipermudahkan dengan penggunaan perwakilan konkrit bagi konsep berkenaan. Konteks konsep matematik mempunyai kaitan yang signifikan dengan penguasaan terhadap sesuatu konsep matematik yang abstrak. tolok hujan dan papan geometri boleh digunakan pada proses inkuiri-penemuan yang membantu penguasaan terhadap konsep abstrak pada Matematik KBSM. boleh dirumuskan bahawa Matematik KBSM menggalakkan pembelajaran kontekstual. Seterusnya. Kaedah sebegini menyediakan peluang untuk menggunakan bahan manipulatif. a) kemahiran penyelesaian masalah. d) keseimbangan antara pengetahuan konseptual dengan pengetahuan prosedural. Falsafah ini juga terdapat pada strategi integrasi nilai. Kebolehan murid memahami masalah dan boleh menyelesaikannya membuktikan kefahamannya terhadap konsep matematik yang berkenaan bagi seorang guru kognitivis. Alat-alat seperti jangka klino. Ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan anekdot sejarah matematik. Strategi-strategi Matematik KBSM ini digubal supaya memudahkan penguasaan terhadap konsep Matematik KBSM. Amalan-amalan humanisme mempermudahkan penguasaan terhadap konsep-konsep abstrak pada Matematik KBSM.

setiap pengetahuan prosedural perlu dilengkapi dan disokong oleh pengetahuan konseptual konseptual. 4. Jelaskan perbezaan fahaman terhadap pendekatan pengajaran-pembelajaran matematik. Jelaskan secara khusus satu contoh amalan sedemikian daripada lipatan sejarah. Strategi keseimbangan bertujuan supaya terdapat kefahaman tentang prosedur matematik.Pengetahuan prosedural mengajar murid supaya cepat dan tepat pada kiraan mereka. Jelaskan peta-peta minda tentang Matematik KBSR dan Matematik KBSM yang dikepilkan. Walau bagaimanapun.za/nisl 75 . Faghrie Mitchell @ Philosophy of Science //planet. Tugasan 1. Oleh itu.ac. Pendidikan matematik di sekolah memenuhi kehendak masyarakat semasa.9 Penutup Matematik KBSR dan Matematik KBSM digubal sebegitu rupa supaya penguasaan terhadap konsep matematik mudah dilaksanakan dan juga berkesan. Huraikan perkembangan sejagat pendidikan matematik asas. kemanusiaan perlukan kefahaman bagi kepuasaan pengetahuan. boleh dirumuskan bahawa kedua-dua kurikulum ini adalah antara amalan humanisme dalam sistem pendidikan negara-bangsa kita. 4. Amalan humanisme boleh dilihat pada perkembangan sejarah matematik.uwc. 2. 5. Ianya tidak mengutaman kefahaman terhadap algoritma yang diguna pakai dalam membuat kiraan. 3. Oleh itu. Rujukan 1. Ingatan yang baik dan banyak adalah asas bagi penggunaan pengetahuan prosedural. Banding bezakan antara emphirisme dengan rasionalisme.

potensi kendiri serta kemahiran berkomunikasinya.Topik 5 Perkembangan Profesional Guru Matematik 5. Terdapat tiga aspek peribadi yang harus dikembangkan jika seseorang guru itu ingin mengikhtiraf dirinya sebagai seorang profesional.3 Kerangka Konseptual 76 . 5. Boleh menghuraikan proses komunikasi antara kalangan ahli profesional 5.2 Hasil Pembelajaran 1.1 Sinopsis Tajuk ini membincangkan tentang perkembangan profesionalisme seorang guru. pengetahuannya. Boleh menghuraikan potensi kendiri yang diperlukan oleh seorang profesional 3. Boleh menghuraikan suatu proses perkembangan pengetahuan seorang profesional 2.

Selain diamalkan. setiap orang guru yang profesional perlu kerap memindahkan pengetahuannya kepada orang lain. setiap amalan profesionalismenya perlu dikaitkan dengan pengetahuan yang dimilikinya. Oleh itu. latihan profesional dan juga program bimbingan. Ini adalah kerana setiap unsur dalaman (pengetahuan) perlu dikaitkan dengan satu unsur luaran (amalan) supaya unsur dalaman itu menjadi eksplisit. Sesuatu pengetahuan itu dilupakan kerana tidak diamal secara eksplisit. 1967). Walau bagaimanapun.4 Perkembangan Pengetahuan Setiap orang guru memiliki pengetahuan. Proses pemindahan pengetahuan ini boleh berlaku semasa latihan secara formal. Bagi seorang guru. sesuatu pengetahuan itu mudah dilupakan kerana sifat asli ini. Proses pemindahan pengetahuan ini juga berlaku pada perbincangan tak formal antara rakan sekerja.5. Jika Ramalkan ? 77 . pengetahuan itu bersifat dalaman pada asalnya (Polanyi.

pengetahuan yang diperoleh daripada pemerhatian terhadap beberapa contoh khusus bagi sesuatu situasi. diguna pakai pada situasi lain yang serupa. pengetahuan yang berkesan adalah satu proses yang berterusan bagi memperkembangkan potensi kendiri masing-masing. 5. Pembinaan pengetahuan baru ini ditunjukkan seperti berikut. Kedua-dua kemahiran ini menjadikan pengetahuan yang dimiliki oleh seorang guru adalah eksplisit.5 Perkembangan Potensi Kendiri Pengetahuan yang eksplisit adalah hasil daripada amalan pengurusan pengetahuan yang berkesan di kalangan guru profesional. Jika kenyataan “Buah-buahan rasanya sedap” dan “Limau ialah sejenis buah-buahan” adalah benar.Pemindahan pengetahuan boleh dilaksanakan secara induktif. Pemerhatian terhadap tiga contoh ayat awal matematik yang diberi. Premis I Premis II : Buah-buahan rasanya sedap : Limau ialah sejenis buah-buahan Kesimpulan : Limau rasanya sedap Kenyataan pada Premis I dan Premis II membolehkan sesuatu kesimpulan baru dibuat. Bagi setiap guru profesional. suatu pengalaman baru boleh dibina daripada pengetahuan sedia ada secara deduktif. Proses pemindahan pengetahuan bukan sahaja memindahkan pengetahuan sedia ada. Oleh itu. Satu contoh pemindahan pengetahuan secara induktif ditunjukkan di atas. Pemilikan pengetahuan eksplisit adalah ciri profesionalisme seorang guru yang boleh menyumbang pada kecemerlangan institusi pendidikan mereka. Bagi pemindahan sebegini. Oleh itu. maka suatu kesimpulan baru “Limau rasanya sedap” adalah juga benar. 78 . diguna pakai bagi membuat kesimpulan melengkapkan ayat matematik yang keempat. tetapi proses ini boleh juga membina suatu pengetahuan yang baru. Kemahiran sedemikian diperlukan kerana sesuatu pengetahuan itu perlu disusun aturkan supaya mudah difahami dan diterima oleh orang lain. 1967). Membuat perkaitan antara amalan dengan pengetahuan adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang profesional. Pemindahan sesuatu pengetahuan memerlukan proses mental yang berfokus (Polanyi. seorang guru matematik ialah seorang individu profesional yang mempunyai kemahiran mental yang sedemikian. Mereka perlu berkemahiran untuk memindahkan pengetahuan tersebut.

Kesedaran ini menggalakkan setiap guru untuk mengambil inisiatif sendiri untuk belajar tentang sesuatu yang baru walaupun tiada sebarang bantuan luaran. Perkembangan potensi kendiri guru profesional tidak terhenti setelah permolehan ilmu seperti yang dihuraikan itu. 79 .Setiap guru perlu menyedari tentang kepentingan untuk sentiasa belajar bagi mempertingkat dan meneruskan profesionalisme masing-masing. Akhirnya. guru tersebut akan memilih strategi pembelajaran yang sesuai dan seterusnya melaksanakan strategi berkenaan. Proses perkembangan potensi kendiri guru ini bermula apabila mereka mengenalpasti sumber yang diperlukan bagi pembelajaran barunya. guru tersebut akan menilai hasil yang diperoleh daripada pembelajaran baru itu. Proses itu akan diteruskan oleh guru berkenaan seperti pada gambarajah berikut. Kepercayaan guru terhadap kepentingan memperkembangkan potensi kendiri diperlengkapkan oleh kemahiran mereka melaksanakan proses sedemikian. Setelah itu.

. Proses transformasi menjadikan sesuatu ilmu itu bersifat kontekstual. Pemikiran yang sedemikian dilengkapi pula oleh perasaannya yang peka untuk menguasai ilmu itu pada peringkat seterusnya. Pengurusan pengetahuan sebegini perlu dilaksanakan oleh guru pada setiap peranan dan cabaran yang diberikan pada mereka. Peringkat penguasaan ilmu. Kedua-dua unsur kognitif serta afektif diperlukan bagi menjiwai sesuatu ilmu.Seorang guru profesional menggunakan keberkesanan pemikirannya untuk memahami ilmu baru di peringkat pemerolehan ilmu berkenaan. Tindakan sebegini adalah tindakan kendiri seorang yang profesional seperti yang dicadangkan oleh Knowles (1975). Natijah daripada penguasaan ilmu itu ialah memindahkan ilmu berkenaan kepada orang lain setelah ilmu berkenaan dicanai (transformasi) oleh pengalaman peribadi guru itu. Suatu proses seperti pada gambarajah di atas itu meningkatkan 80 lagi profesionalisme guru berkenaan. Begitulah amalan profesional seorang guru bagi memperkembangkan potensi kendirinya. Ilmu yang telah mengalami proses transformasi ini memberikan lebih banyak manfaat daripada amalannya dalam konteks yang secucuk dengannya.

kegiatan kumpulan koloboratif guru menggalakkan perkongsian antara mereka. Perkongsian yang sedemikian menyediakan wacana untuk guru samasama berbincang tentang kepercayaan serta amalan semasa terhadap pendidikan. Unsur saling melengkapi ini mempertingkatkan lagi kecemerlangan institusi guru berkenaan. Setiap guru sedang melaksanakan penilaian kendiri terhadap kepercayaan serta amalan pendidikan masing-masing semasa perkongsian tersebut. Menurut Smylie (1995). Kepelbagaian pendapat menggalakkan pembinaan idea baru di kalangan guru. Pelaksanaan penilaian kendiri menggalakkan pecambahan pendapat baru yang pelbagai. Kegiatan pendidikan setiap kumpulan kecil ini melengkapi kegiatan pendidikan kumpulan kecil yang lain (Johnson & Johnson. 1994). Ini berlaku kerana pengetahuan eksplisit. amalan serta kemahiran mereka. maka perasaan kepunyaan bersama akan wujud terhadap setiap amalan baru pendidikan yang dicadangkan secara koloboratif ini. ahli kumpulan akan sama-sama membangun serta memperkembangkan amalan baru terhadap pendidikan itu. Kemampuan sebegini menambahkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. Komunikasi sebegini berlaku antara individu yang setara. Oleh itu. Kegiatan koloboratif menyediakan peluang bagi guru untuk sama-sama bekerja dan belajar dalam kumpulan kecil. Kegiatan di kalangan guru yang setaraf bersifat koloboratif. pelaksanaan amalan baru pendidikan yang dihasilkan secara koloboratif ini menambah lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. Komunikasi ini berbeza daripada komunikasi menegak antara pentadbir sekolah dengan gurunya. 81 . Seterusnya. Guru profesional mempunyai peranan kepimpinan pada kegiatan koloboratif seperti yang dihuraikan itu.Profesionalisme mereka terselah kerana mereka mampu untuk memindahkan pengetahuan ‘hakiki’ masing-masing kepada orang lain. Oleh kerana setiap ahli kumpulan memberikan sumbangan semasa proses pecambahan idea. Persamaan taraf antara guru menyebabkan komunikasi antara mereka menjadi lebih terbuka.6 Perkembangan Komunikasi Komunikasi antara seorang guru profesional dengan rakan sejawat adalah bersifat mengufuk. Ini berlaku kerana komunikasi antara guru lebih berfokus terhadap perkongsian pengalaman dan maklumat bagi tujuan mencari penyelesaian terhadap sesuatu cabaran pendidikan. 5. Komunikasi menegak menggunakan kuasa sebagai punca kewibawaan.

Keyakinan ini wujud di kalangan mereka kerana setiap guru profesional mempunyai visi tentang pengajaran-pembelajaran cemerlang yang seharusnya berlaku di institusi pendidikan masing-masing. Lantas. Sifat-sifat tersebut menjadikan setiap peribadi itu bersifat dinamik. 2004). Perasaan ini membolehkan guru diikhtiraf sebagai pemimpin asli bagi pengajaran bilik darjah (Johnson & Johnson. terancang dan tersusun). terdapat lima sifat semulajadi pada peribadi yang berkesan. komunikasi sedemikian tidak akan memperkecilkan peranan mereka sebagai pemimpin pengajaran di bilik darjah. Menurut Allport (1937). Huraian di atas menunjukkan bahawa guru profesional berkomunikasi secara setara dengan rakan sejawat mereka. pembinaan amalan pendidikan yang baru seperti pada huraian di atas. Guru profesional juga percaya bahawa komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan melalui teladan. motivasi dan tingkahlakunya pada semua situasi (Rykman. Peranan sedemikian dilaksanakan oleh seorang guru profesional secara ikhlas. komunikasi sedemikian memperkembangkan lagi profesionalisme seseorang guru itu. dan (v) ‘openess to experience’ (terbuka terhadap idea baru dan perubahan suasana). Perkongsian sebegini menambah lagi perasaan kekitaan dan kesamaan antara guru. Role-model profesionalisme perlu ditunjukkan secara eksplisit kepada rakan sejawat.1994). Guru profesional akan mempastikan bahawa setiap aspek tingkahlaku pengajaranpembelajaran masing-masing secucuk dengan visi tersebut. bersahaja dan optimistik). Sifat-sifat tersebut ialah (i) ‘neuroticism’ (tenang. Visi ini dijadikan pegangan bagi setiap amalan harian pengajaran-pembelajaran mereka.7 Penutup Peribadi ialah himpunan sifat semula jadi seseorang itu. Menurut mereka. Ianya sentiasa mempengaruhi akal. berfikir dan bertindak pada pelbagai konteks sosial termasuk pendidikan. guru profesional adalah pemimpin pengaran kerana mereka berani mencabar keadaan semasa (‘status quo’). Malahan. Selain itu. juga meningkatkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. (iii) ‘conscientiousness’ (menurut perintah.Kegiatan koloboratif antara guru menggalakkan perkongsian kuasa dan kewibawaan antara mereka. (iv) ‘extraversion’ (amat peka dan proaktif). Walau bagaimanapun. Keikhlasan itulah yang akan menyentuh sanubari rakan sejawat mereka. rakan sejawatnya akan sama-sama berusaha untuk mencapai visi kecemerlangan profesion perguruan. Himpunan sifat inilah yang menentukan cara seseorang itu melihat. peramah dan pemaaf). 5. (ii) ‘agreeableness’ (mesra. Dia amat peka dan cepat bertindak untuk menangani segala perubahan dan cabaran semasa dalam 82 .

Implications for School Reform (ms.New Paradigms and Practices . Smylie. 4. 92-113). The Tacit Dimension . Penggunaan bahasa kedua sebagai bahasa pengantar bagi pendidikan matematik adalah antara isu semasa di Malaysia.persekitarannya. Kepekaan dan tindakan pantas ini membolehkan institusinya sentiasa berada di hadapan bidang pendidikan. (1975). 3. Rujukan 1. Johnson & Johnson. Ryckman.M. Knowles. New York: Holt. (1994).W. California: Thomson/Wadsworth. Allport. (1967). New York: Cambridge Adult Education.M. Oleh itu. New York: Teachers College Press. 2. Polanyi. 6. Tugasan 1.S. 5. (1995). G. (2004). New York: Prentice Hall. 83 . Bincangkan isu ini dalam konteks perkembangan profesionalisme di kalangan guru matematik di negara ini. Rinehart & Winston. Theories of Personalities . (1937).R.M. Personality: A Psychological Interpretation . Professional Development in Education. New York: Doubleday. Teacher Learning in the Workplace. Self-Directed Learning .A. Coperative School . peribadi yang profesional akan menjadikan institusi pendidikan lebih berkesan.

6. Walau bagaimanapun.1 Sinopsis Banyak isu yang boleh dibincangkan pada topik ini.2 Hasil Pembelajaran 1. iaitu. 2. (i) menggalakkan kreativiti dalam pengajaran-pembelajaran matematik di bilik darjah. Isu-isu ini dipilih supaya guru matematik di sekolah memahami serta boleh menangani isu berkenaan sebagai practising teacher di sesebuah sekolah. topik ini membincangkan dua isu dalam pendidikan matematik. dan (ii) membentuk suatu komuniti sekolah yang mempunyai literasi numerik. Boleh menghuraikan kaedah pengajaran-pembelajaran matematik di dalam bilik dajah jika inovasi dan kreativiti hendak digalakkan Boleh membantu pihak pentadbir supaya komuniti sekolah boleh mengamalkan literasi numerik dalam persekitaran sekolah. 6.Topik 6 Isu Dalam Pendidikan Matematik 6.3 Kerangka Konseptual 84 .

Rancangan pengajaran guru berkenaan kurang berstruktur. Kuehn-Ebert & Devito (1991). 1988). Mereka juga telah menguasai kemahiran seperti mengenalpasti masalah. Dia akan merangsang dan menghargai kreativiti di kalangan muridnya. Penglibatan murid yang aktif digalakkan. Kreativiti digalakkan dalam bilik darjah yang berpusatkan murid. sekolah dalam kurun ke 21 mesti menggalakkan kreativiti. mahir berfikir dan mempunyai kekuatan menerang di kalangan muridnya.6. Guru itu tidak sekali-kali akan mendenda seorang murid yang kreatif kerana perbezaan idea ataupun jawapan. seorang murid yang menggunakan sesuatu isi kandungan pelajaran secara kreatif adalah juga seorang murid yang telahpun menguasai isi kandungan berkenaan dengan baik. Menurut Ogawa. Interaksi guru-murid berlaku pada aras dan kadar yang tinggi. Muridnya didedahkan kepada pelbagai strategi pembelajaran.4 Menggalakkan Inovasi dalam Bilik Darjah Inovasi ialah kebolehan kognitif untuk mengeluarkan idea baru yang menarik (Torrance. membuat petimbangan yang saksama. Mereka diberikan peluang untuk menentukan 85 . Seorang guru di sekolah berkenaan akan menghargai kreativiti di kalangan muridnya dengan menunjukkan bagaimana kreativiti itu dicipta dalam bilik darjah. membuat keputusan dan menentukan penyelesaiannya bagi situasi di dalam dan di luar sekolah. Menurut Starko (1994).

Kecerdasan-kecerdasan menurut Gardner adalah seperti berikut: 6. 86 .sendiri strategi pembelajaran yang sesuai dengan kendiri masing-masing.2 Selain itu.4. mencadangkan teknik penyoalan berikut untuk menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah.1 Himsl and Millar (1993). guru boleh juga mempelbagaikan pendekatan pengajaranpembelajaran berdasarkan teori pelbagai kecerdasan oleh Gardner (1983.3 Inovasi adalah satu unsur penting dalam pendidikan matematik. Murid belajar pengurusan kendiri.4.4. Kepentingan ini ditunjukkan pada rajah berikut. Terdapat tiga peringkat pada teknik penyoalan cadangan mereka itu: • Peringkat Pertama – Mengumpul Maklumat: • • • Soalan Fakta: Apa? Kenapa? Berapa? Soalan Prosedural: Maklumat tentang bagaimana sesuatu itu berlaku. 6. 1999). Peringkat Kedua – Menyusun Maklumat: • Soalan Aras Tinggi: ‘Kenapa berlaku?’ dan ‘Kenapa tidak berlaku’ • Peringkat Ketiga – Menggunakan Maklumat: • • Soalan hipotesis: ‘Apakah yang mungkin berlaku seterusnya?’ Soalan Spekulatif: Membina pengetahuan baru 6.

Adanya rakan kongsi ilmu ini boleh membantu perkembangan serta kemajuan pengetahuan matematik murid. 6. Sudoku. Antaranya ialah Modulo Origami (Sonobe). kurikulum yang dibina secara berpusat jarang mengambil kira kreativiti sebagai asas bagi menggalakkan kreativiti. Persekitaran sekolah banyak menyediakan peluang untuk mengamalkan pemikiran sedemikian pada setiap hari di kalangan komunitinya. Walau bagaimanapun.5 Literasi Numerik dalam Komuniti Sekolah Literasi numerik boleh ditakrifkan sebagai mengamalkan pemikiran kuatitatif dalam kehidupan seharian. Sebab utama memberi galakan pada amalan literasi numerik di kalangan komuniti sekolah ialah supaya ilmu matematik yang dipelajari murid dalam bilik darjah boleh diguna pakai serta dikongsi bersama dengan ahli komuniti yang lain di luar bilik darjah. dan Magic Squares. Manhattan. Ini memberikan mereka peluang untuk mendampingi seseorang yang boleh bersamasama membincangkan idea-idea matematik yang telah dipelajari dalam bilik darjah. terdapat banyak kegiatan dalam masyarakat yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah. Ibu bapa adalah juga sebahagian daripada komuniti sekolah sebagai stake-holders. 87 . Walau bagaimanapun.Terdapat banyak kegiatan yang boleh menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah. Ibu bapa murid boleh dijadikan rakan kongsi ilmu yang utama jika sekolah menggalakkan literasi numerik dalam amalan harian mereka.

Perkongsian antara ibu bapa dan anak dalam pelaksanaan kegiatan adalah kunci bagi mengatasi perasaan sedemikian. Banyak kajian telahpun menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah faktor penting bagi kejayaan setiap kanak-kanak. permainan matematik adalah juga perspektif literasi numerik komuniti yang tidak boleh diabaikan. Mereka tidak akan merasa gelisah serta risau terhadap prestasi matematik masingmasing.2 Seterusnya.5.6. Permainan matematik sememangnya menyeronokkan. Murid-murid akan berasa teruja apabila mereka belajar matematik bersama dengan Ibu bapanya. Murid yang kurang kemampuan dalam pelajaran ini tidak menganggapnya sebagai belajar dalam kelas . Sumbangan ibu bapa paling penting dalam bengkel ialah membantu murid mengatasi perasaan stres sewaktu belajar matematik. Ibu bapa bukan diperlukan untuk mengajar tetapi mereka perlu lebih bersedia untuk mendengar dan berbincang dengan anak masing-masing. 6. Permainan matematik mengalakkan komunikasi di kalangan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Terdapat juga kegiatan matematik yang perlukan perbincangan serta bimbingan daripada orang dewasa. Ianya mengalakkan murid untuk menguasai kemahiran matematik. Komunikasi ini memberikan peluang 88 . Ibu bapalah orang dewasa yang diperlukan itu.1 Ibu bapa boleh dibawa ke sekolah melalui aktiviti seperti bengkel matematik bersama ibu bapa.5.

kemungkinan jawapan dan perkembangan permainan. 2. 89 . Penglibatan sepenuhnya oleh setiap murid perlu dipastikan. 4. 7. Murid-murid perlu tahu tujuan setiap permainan. 3. Walau bagaimanapun. Oleh itu. garis panduan berikut boleh digunakan dalam membangunkan sebuah pusat sumber permainan matematik di sekolah: 1. Setiap orang murid ingin merasai kejayaan. penglibatan aktif serta kesungguhan dalam mempelajari matematik jika diberi peluang. komunikasi sebegini menyokong pembelajaran bilik darjah. Murid-murid perlu diajarkan cara bermain. Peraturan akan menjadi lebih mencabar pada lanjutan program. Mengadakan Bilik Sumber Permainan memerlukan jawapan terhadap setiap soalan berikut: 1. 4. keseronokan dan kepuasan dalam setiap tingkah lakunya. Peraturan mudah digunapakaikan di awal perlaksanaan program. 3. 5. Komunikasi ini memberikan setiap murid masa yang lebih bermakna bersama ibu bapa serta orang dewasa yang lain.kepada murid untuk mengulang-ulang strategi matematik yang telah dipelajari mereka tanpa gangguan daripada tekanan belajar. terdapat beberapa isu pengurusan yang perlu ditangani oleh pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti sedemikan. Permainan yang paling berkesan ialah yang paling mudah dan tidak banyak memerlukan alatan serta pengawasan guru. Amalan literasi numerik dalam komuniti sekolah boleh menyedia serta memenuhi kehendak murid itu. 5. Siapakah yang bertanggung jawab secara keseluruhan terhadap Pusat Sumber Permainan itu? Bagaimana organisasi pusat berkenaan? Siapakah yang akan mengelolakan pusat tersebut? Berapa banyakkah peruntukan kewangan yang boleh dibelanjakan? Siapakah yang akan mencipta permainan-permanan berkenaan? Walau bagaimanapun. 6. Murid-murid harus dibenarkan untuk merangka peraturan baru. 2. Setiap guru perlu bermain setiap permainan untuk mengenalpasti strategi. Mereka ingin juga mempunyai keyakinan diri dalam pelajaran berkenaan. Mereka ingin menunjukkan minat. Kaedah kumpulan kecil digunakan untuk menyediakan peluang bagi berbincangan di kalangan murid. Peluang ini meningkatkan lagi profil pendidikan matematik sekolah dan boleh meningkatkan pencapaian matematik di kalangan murid di sekolah berkenaan.

90 . Tidak terlalu banyak soalan pada satu-satu stesyen. Cabaran jelajah juga boleh melibatkan pungutan maklumat untuk digunakan bagi tugasan lain di kemudian hari. Terdapat juga cabaran yang boleh dilanjutkan ke satu tarikh kemudian sama ada di bilik darjah ataupun di rumah. pencapaian dan hasil pembelajaran. Antaranya ialah: 1. 5. Sediakan peluang dan ruang untuk kerja mengira dan melakar. Permainan terbaik adalah permainan yang boleh diubahsuaikan supaya melibatkan semua peringkat umur. Pelbagai jenis cabaran boleh dilaksanakan pada Jelajah Matematik.5. Terdapat garis panduan bagi pelaksanaan Jelajah Matematik.8. Arahan di setiap stesyen berlainan jenis dan mnggunakan font yang berbeza. Sebahagian daripada cabaran jelajah boleh diselesaikan pada ketika di tempat itu juga. Tidak terlalu lama supaya peserta tidak hilang minat terhadap kegiatan yang dilaksanakan. 3. Sediakan soalan terbuka untuk menggalakkan perbincangan. 2. Kegiatan ini boleh dikongsi antara semua ahli komuniti sekolah termasuk ibu bapa. 4. 6.3 Jelajah Matematik adalah satu lagi kegiatan untuk amalan literasi numerik di kalangan komuniti sekolah.

Siapakah pengelola kegiatan tersebut? Kaki tangan manakah yang akan dilibatkan pada kegiatan itu? Murid-murid manakah yang akan dilibatkan bersama? Bagaimanakah ibu bapa hendak dilibatkan pada kegiatan tersebut? Bilakah kegiatan itu hendak dilaksanakan? Apakah sumber dan kemudahan yang diperlukan bagi pelaksanaan kegiatan tersebut? Penutup Diharapkan perbincangan di atas boleh menggalakkan pembaca untuk melihat kurikulum pendidikan matematik dengan lebih holistik.6. Pelbagai jenis dan aras soalan untuk menarik minat peserta yang muda dan juga yang berumur. 6. Kefahaman yang baru boleh melahirkan idea serta kaedah yang baru dalam pendidikan matematik. Adakah penganjur menyediakan jawapan bagi setiap cabaran? Walau bagaimanapun. 2. Antara isunya ialah: 1. 91 . beberapa isu perlu ditangani bersama bagi pelaksanaan kegiatan ini. 7. 3. 5. 4.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful