You are on page 1of 2

KHASIAT BAWANG PUITH (Allium Sativum ) By: ayahkia siregar Bawang putih atau nama ilmiahnya Allium Sativum

sangat terkenal dalam dunia pengobatan non medis/ herbal, kerana mengandungi berbagai khasiat. Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebutgarlic. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama garlic itu berasal daripada perkataan Anglosaxon gar-leac bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang garlic yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci). Daun bawang putih ini bekembang dengan umbi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu bulb yang diselaputi oleh kulit yang tipis seolah-olah semacam kulit ari. Pada hari ini bawang putih dijual umum pada apotik dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit akibat bakteria, dan virus. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus daripada antibiotik walau efek tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih bisa dimakan dalam bentuk kapsul untuk mencegah bau mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, diare, penyalit kulit dan susah kencing. Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang bisa melawan bakteria, kuman dan virus. Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi namaAllicin. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini

hanya keluar apabila bawang putih dikupas atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide. Oleh itu, baik sekali bagi kita makan bawang putih sebagai bahan tambahan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran. Bawang putih atau Alium sativum sudah menjadi bahan dapur wajib ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah penambah rasa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesehatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan stroke Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, diare dan menahan rasa sakit akabat benturan benda keras. Ia juga dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem imunitas tubuh secara serta membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah), bengkak kerongkong
Pembersih kuku alami. Coba periksa kuku anda.. Kuku kusam atau hitam yang dapat mengurangi kepercayaan diri penampilan anda. Jari jemari anda walaupun cantik tetapi kuku kusam pun tak guna juga.. Justru, untuk mendapatkan kuku yang berkilat, potong dua ulas bawang putih. Gosokkan ia pada kuku beberapa menit yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah penggosokan kuku anda sampai berpuas hati dengan hasilnya. Setelah itui, anda bolehl bangga dengan kuku kilat anda..

You might also like