You are on page 1of 25

BAB 3 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI

3.0

PENGENALAN tentang perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas

Pengetahuan

(Gallahue, 1993). Perkembangan ini penting bagi pergerakan dan interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran setiap individu. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal ini adalah

keseimbangan iaitu stabilityi pergerakan iaitu locomotion, manipulasi iaitu manipulation. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku tersebut. Manakala manipulasi pula adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek dipersekitarannya. Dalam model peralihan, mereka mengaitkan tentang kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman (Wright dan Sugden, 1999). Proses pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan kepada setiap individu tersebut. Kemahiran fizikal seseorang individu yang perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka (Schmidt dan Wrisberg, 2000). Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna individu menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula, bermaksud persekitaran dan situasi bagi seseorang individu menjalankan aktiviti fizikal yang sentiasa berubah-rubah. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran setiap individu.

3.1 Definisi Perkembangan Emosi, Sosial Dan Fizikal

3.1.1 Perkembangan Emosi Emosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari aspek mempunyai

perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih sayang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta

menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad, 1992 . 3.1.2 Perkembangan Sosial Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan berkerjasama.

3.1.3

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, individu akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku individu secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan seseorang individu melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika individu tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Individu yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

3.2 TEORI DAN MODEL 3.2.1 Sosioemosi Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner Kecerdasan Intrapersonal Mudah Ulasan mengakses perasaannya sendiri,

membezakan pelbagai jenis keadaan emosi, dan menggunakan pemahamannya sendiri untuk

memperkaya dan membimbing hidupnya. Mereka suka bermeditasi dan berkontemplasi iaitu

memikirkan sesuatu perkara secara mendalam. Sebaliknya, mereka juga sangat terfokus pada tujuan, dan sangat disiplin. Interpersonal Kemampuan untuk memahami dan bekerjasama dengan orang lain. Kecerdasan ini lebih tertumpu kepada kemampuan untuk memahami suasana hati, perangai, niat, dan hasrat orang lain. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal

mempunyai rasa belas kasihan dan tanggungjawab sosial yang besar serta boleh memanipulasi dan

licik dalam menangani masalah. Namun, mereka ini mempunyai keupayaan untuk memahami orang lain dan melihat dunia dari sudut pandangan yang berbeza. Mereka sangat peka terhadap ekspresi wajah, suara, gerak-isyarat serta kemampuan

membezakan kepelbagaian ekspresi.

3.2.2

Emosi Teori Hierarki Keperluan Maslow

Sempurna Kendiri Estetik

Mengetahu i dan memaha mi

Penghargaan dan Penerimaan

Kasih Sayang dan Kepunyaan

Keselamatan dan Perlindungan

Keperluan fisiologi

Menurut Maslow, manusia digerakkan oleh motivasi untuk memenuhi keperluan mereka. Manusia mempunyai dua keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan. Keperluan asas terdiri daripada keperluan fisiologi, keselamatan menyayangi dan disayangi dan keperluan untuk rasa harga diri serta kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan kepada sempurna kendiri dan perkembangan akan ketara. Manusia akan mencari matlamat hidup dan berusaha ke arah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada pada mereka. Keperluan yang paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang lebih tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi, keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia dari segi jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua factor utama, iaitu factor baka dan factor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Jadual 1 menghuraikan secara ringkas perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan dalam aspek jasmani, mental, emosi dan sosial. Jadual 01 : perbezaan di antara pertumbuhan dengan perkembangan dalam aspek jasmani, mental, emosi dan sosial. Aspek Jasmani Pertumbuhan Perkembangan kemahiran anggota

Tinggi, saiz, berat, bilangan Bertambah gigi bertambah menggunakan

seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat. Mental Berkembangnya keupayaan Berkembangnya kemahiran perkataan pemikiran,

memikirkan tentang banyak menggunakan perkara bahasa, angka,

penaakulan,

pembentukan

konsep dan ingatan. Emosi Tumbuhnya perasaan duka, Berupaya suka, marah, sayang dan perasaan sebagainya. dan menguasai mengawal

perasaan ketika marah atau cemburu

Sosial

Mula

berinteraksi

dengan Menyedari perbezaan antara

ahli-ahli di luar keluarga lelaki dan perempuan serta seperti jiran, rakan sebaya, peranannya, guru dan sebagainya. disiplin pentingnya serta

kumpulan

penyesuaian dengan rakan sebaya.

3.3 Konsep Perkembangan Kendiri Oleh Erik Erickson Seorang ahli psikoanalisis berasal dari Frankfurt, Jerman. Sumbangan beliau dalam bidang psikologi amat banyak dan bernilai. Beliau terkenal kerana mengembangkan kefahaman konsep krisis identiti yang berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh beliau sendiri sejak kecil. Teori Erik Erikson lebih menarik perhatian para ahli psikologi kerana ia membawa aspek-aspek kehidupan sosial dan fungsi budaya yang mempengaruhi identity manusia yang di anggap lebih realistik berbanding dengan teori Freud yang lebih menekankan aspek-aspek ketidaksedaran manusia. Erik Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanakkanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identity tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan.Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi pasif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu. Teori psiko-sosial Erikson mengambil kira impak faktor-faktor luaran seperti ibubapa dan masyarakat terhadap perkembangan personaliti dari tahap kanak-kanak hingga dewasa. Erikson mengemukakan lapan tahap secara berperingkat mengenai perkembangan ego dalam psiko-sosial manusia.

3.3.1 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON Terdapat 8 jenis dalam tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson, iaitu: I. Kepercayaan lawan tidak kepercayaan (0-18 bulan) Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam kehidupan. Oleh kerana

bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada kepercyaan dan kualiti penjaga kepda bayi tersebut. Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya, dia akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu dan rasa terasing yang akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada persekitarannya. Kegagalan mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin bahwa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercyai. II. Autunomi lawan perasaan malu dan keraguan (18 bulan-3 tahun) Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adalah di sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanakkanak tersebut.Sama seperti Freud, Erikson juga percaya latihan ke tandas merupakan bahagian penting dalam proses ini. Namun alasan yang diberikan oleh Erikson adalah berbeza dengan Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permaianan dan pakaian.Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa selamat dan yakin, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan ketidakcukupan dan rasa sangsi. III. Inisiatif lawan perasaan bersalah (3 tahun-6 tahun) Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Namun jika ibu bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti. IV. Ketekunan lawan rasa rendah diri (6 tahun-12 tahun) Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh minat, yakin dan tekun. Tanpa bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru dan

rakan sebaya akan menyukarkan keupayaan, keyakian dan kebolehan kanak-kanak tersebut untuk berjaya. V. Identiti lawan kekeliruan indentiti (12 tahun-18 tahun) Pada tahap ini, remaja sama ada remaja awal atau remaja akhir akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan. VI. Kerapatan lawan pengasingan (18 tahun-35 tahun) Individu mula mencari kenalan atau cinta dan membentuk corak perhubungan. Individu memerlukan perhubungan bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain iaitu membolehkan orang dewasa akan berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan atau kerapatan. Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum berkahwin akan merasa putus asa atau hidup dalam kekecewaan. VII. Generativiti lawan pemusatan kendiri (35 tahun-60 tahun) Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa akan berpuas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku pada individu tersebut. VIII. Kesepaduan lawan putus asa (60 tahun hingga akhir hayat) Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi kendiri. Dia akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.

3.4

SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN Dalam pendidikan dan psikologi, Erikson paling dikenali untuk model peringkat

lapannya kitaran kehidupan manusia, dibangunkan dengan bantuan isterinya, Joan. Modelini mengenal pasti matlamat-matlamat tertentu, cabaran-cabaran , dan mengenai pada setiap tahap hidup. Peringkat-peringkat ini saling bergantung dalam konflik-konflik yanbelum selesai pada satu peringkat perkembangan pengaruh pada tahap-tahap yang akhir,sebagai pembangunan dalam salah satu satu hubungan yang boleh di percayai, di sayangoleh seorang penjaga dalam masa bayi. Erikson memperkenalkan tempoh identiti dankrisis identiti untuk menjelaskan kerumitan psikologikal dan sosial dihadapi oleh orang muda dalam mencari tempat mereka dalam satu bandar khusus, negara , dan masa.Perkembangan remaja, dengan kata lain, ialah soalan kepada jawapan yang

kompleks,"siapakah saya?" dan memerlukan dorongan organisasi masing masing, keupayaan,kepercayaan, dan sejarah ke dalam satu pandangan diri sendiri. Tumpuan ini mencerminkan Erikson sendiri sebagai pengembaraan orang muda sebelum

pencariantempatnya sebagai seorang guru, penganalisis , dan penulis.

3.5 RUMUSAN Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru danjuga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan -kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya. Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh factorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dansebagainya.

3.6 BAGAIMANA TEORI-TEORI INI DAPAT DIGUNAKAN DALAMMELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH DENGAN BERKESAN. Dalam menjadikan suatu pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam sesebuah kelas, seorang pendidik haruslah memahami tingkah laku murid-muridnya. Untuk sesi kelas

yang melibatkan murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun, ianya lebih mencabar bagi seorang pendidik, kerana di sinilah bermulanya perkembangan seorang kanakkanak dalam menempuhi alam kehidupan. Seorang pendidik boleh menggunakan teori

Erikson sebagai alat utama dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan. Di dalam teori identiti Erikson, beliau menitik beratkan perkembangan manusia bermula sejak ia lahir sehinggalah ia mati. Pada toeri lapan peringkat, pada tahap yang ke empat, iaitu dari umur enam tahun hingga sebelas tahun, murid sudah ada pendidikan asas yang cukup dan dari keadaan psiko-sosialnya mereka lebih rajin. Pada tahap ini seorang pendidik haruslah memberi banyak sokongan dan dorongan dalam apa yang dilakukan oleh murid-murid. Jika keadaan sebaliknya yang berlaku murid akan terasa asing dan rendah diri. Di dalam kelas atau bilik darjah, seorang pendidik mestilah memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap murid supaya mereka tidak rasa tersisih,jika tidak ini akan mempengaruhi hidup mereka bila mereka mencecah alam remaja. pendidik

Kesimpulan dari teori ini yang boleh dipraktikkan dalam bilik darjah ialah setiap

mesti dalam erti kata lain wajib dalam memastikan setiap anak muridnya mendapat perhatian secukupnya

3.7 Konsep Perkembangan Moral Oleh Kohlberg Lawrence Kohlberg dilahirkan pada 25 Oktober 1927 di Bronxville, New York, Amerika Serikat dan meninggal 19 Januari 1987 pada umur 59 tahun. Beliau berasal dari sebuah keluarga berada. Beliau belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian terkenal. Beliau mendaftar ke Universiti Chicago pada tahun 1948 dan telah memperoleh gelaran sarjana dalam psikologi dalam waktu hanya satu tahun. Beliau bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya di Lautan Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada masa itu. Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Havard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan daripada Teori Jean Piaget. Menurut Kolhberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan memperaktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.

Teori

perkembangan

Lawrence

Kohlberg

berfokus

kepada

peringkat-peringkat

perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan dan perkembangan moral masing-masing. Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna dia telah melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang menganalisa menginterpretasikan serta membuat keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara keseluruhannya. Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral ialah tahap Pra-Konvensional. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu. Peringkat pertama ialah orientasi kepatuhan dan hukuman. Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada keduadua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg ialah tahap Konvensional. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat keempat ialah akur kepada sisitem sosial dan etika peraturan. Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg ialah Pos-Konvensional. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatifalternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat. Peringkat kelima ialah etik kontrak sosial dan hak individu. Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undangundang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia. Peringkat keenam ialah etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

3.8 Tahap-tahap Perkembangan Oleh Lawrence Kohlberg Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia. Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan, "Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi lelaki tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz, suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang secukupnya untuk membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah daripada jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa dengan lelaki yang membuat ubat itu dan mengatakan bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah sedikit ataupun membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki tersebut mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelaki tersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81) Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya

menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah). Tahap 1: Pra Konvensional (0-9 tahun) Peringkat 1 : Orientasi Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun) Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4 : Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan Tahap 3: Pos Konvensional ( >20 tahun) Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat Jadual 1 : Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu. Peringkat 1: Orientasi hukuman dan kepatuhan Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.

3.9 Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Tahap 2: Konvensional Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial. Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula

memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Tahap 3: Pos - Konvensional Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan

moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat. Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak individu Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undangundang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia. Peringkat 6: Etika prinsip sejagat Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Kelemahan Teori Kohlberg Ramai yang mengkritik teori Kohlberg sebagai bias dari segi budaya dan jantina. Teori Kohlberg telah meletakkan orang-orang daripada budaya bukan Barat yang mempunyai nilainilai konservatif sebagai kurang matang dan golongan wanita dilihat sebagai kurang bermoral. Seperti yang telah disebut sebelum ini, jika kita mengguakan teori Kohlberg 100%, nampaknya ada masyarakat yang tidak akan mencapai penaakulanpost-konvensional (Snarey, 1985). Teori Kohlberg ternyata mencerminkan satu bentuk keadilan dan moral masyarakat Barat yang ideal. Snarey (1985) telah bertanyakan tentang prinsip kebahagiaan kepada individu-individu yang tinggal di Kibbutz, Israel dan mereka memberitahu bahawa kebahagiaan sejati dicapai dengan cara kerjasama dengan masyarakat. Masyarakat Cina di Asia pulamenyerahkan keputusan kepada pihak keluarga untuk menangani masalah agar keharmonian dapat dikekalkan. Dilema moral Kohlberg yang memerlukan pemilihan antara peraturan dan keperluan individu nampaknya tidak membenarkan prinsip-prinsip budaya Asia dan Israel tadi (Dien, 1982). Kohlberg juga mengabaikan konsep menghargai semua

makhluk seperti mana dalam budaya masyarakat Hindu yang menghormati lembu (Shweder, Mahapatra san Miller, 1987). Oleh sebab itu, model Kohlberg tidak dapat diaplikasikan kepada semua budaya. Teori Kohlberg juga ternyata bias terhadap golongan wanita. Giligan (1977, 1982) tidak puas hati dengan cara Kohlberg yang hanya menggunakan responden lelaki dalam usahanya membentuk teori perkembangan moral. Jika diikutkan teori Kohlberg, kebanyakan golongan wanita menaakul di tahap 3, manakala lelaki di tahap 4 (Kohlberg dan Kramer, 1969). Giligan berpendapat sebenarnya golongan wanita memperkembang orientasi tersendiri

terhadap isu-isu moral yang tiada kurang matangnya berbanding dengan orientasiyang digunakan oleh lelaki. Golongan lelaki sering dididik untuk menjadi asertif, berdikari dan berorientasi pencapaian. Mereka melihat dilema moral sebagai konflik-konfli yang tidak dapat dielak antara hak-hak dua pihak dan undang-undang masyarakat dilihat sebagai perlu untuk menyelesaikan konfil-konflik tersebut (satu perspektif yang digambarkan pada tahap 4 teori Kohlberg). Sebaliknya golongan wanita dididik untuk menjadi empatik, bersifat keibuan dan prihatin terhadap kehendak orang lain. Definisi baik, sempurna ialah berdasarkan tahap prihatin merekaterhadap orang lain, pengasih dan intimasi. Giligan mengatakan pengalamanpengalaman inilah yang menyebabkan golongan wanita menganggap dilema moral sebagai konflik antara kepentingan diri dengan kehendak orang lain (satu perspektif yang digambarkan pada tahap 3 teori Kohlberg). Perbezaan-perbezaan inilah yang kemudiannya membawa kepada perbezaan penilaian moral dan prinsip keadilan antara lelaki dan perempuan. Lelaki lebih kepada moral keadilan, manakala perempuan memperkembang moral ambil berat dan tanggungjawab. Selain itu, teori Kohlberg juga dikatakan tidak lengkap kerana ia terlalu menekankan soal penaakulan moral dan mengabaikan komponan afektif dan tingkah laku dalam moral. Ternyata dilema moralyang kita hadapi sehari-hari akan mencetuskn emosi-emosi tertentu. kita prihatin dengan isu-isu moral dan kita mahu berasa senang dengan keputusan-keputusan yang kita pilih. Jika kita berbuat salah, kita sudah tentu akan bersa bersalah. Emosi-emosi ini akan memainkan peranan dalam memotivasikan tingkah laku kita, jadi teori Kohlberg tidak lengkap kerana ia mengabaikaan peranan emosi. Rumusan Teori Perkembangan Kohlberg Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa teori Kohlberg dinilai paling konsisten dengan teori ilmiah, peka membezakan kemampuan dalam membuat pertimbangan

moral, mendukung perkembangan moral dan mendahului pelbagai teori lain yang berdasarkan kepada hasil penelitian empiris. Selain itu, memerhatikan pertimbangan moral kanak-kanak dalam pendidikan memberikan ciri khusus Kohlberg yang membezakannya daripada pendapat-pendapat lain yang lebih menumpukan perhatian pada tingkah laku moral. 3.10 3.11 3.10.1 Pengertian baka Baka bermaksud sifat-sifat keturunan pada benda hidup dan genetik. Secara khususnya baka sering digunakan dalam konteks haiwan, membezakan rupa, sifat dan ciriciri lain antara haiwan yang sama spesies. Baka tumbuhan lebih dikenali sebagai jenis atau kultivar, manakala baka manusia lebih dikenali sebagai kaum atau etnik (Kamus Dewan). Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amram Schienfeld pula mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Menurut J. A. Thomson,baka merujuk kepada perhubungan genetik antara generasi manusia. 3.10.2 Ciri-ciri baka Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. 3.10.3 Faktor-faktor kebakaan Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Unit-unit baka yang diwarisi daripada ibu bapa Baka, Kesan Baka dan Persekitaran ke Atas Perkembangan

dan diturunkan kepada anak-anak terkandung dalam kromosom. Kromosom merupakan butirbutir halus yang terdapat dalam nukleus setiap sel badan manusia. Kebanyakan sel badan mengandungi 46 kromosom.setiap kromosom mengandungi kumin-kumin kecil yang disebut gen. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masingmasing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Badan kita berfungsi dengan baik sekiranya pelbagai kalenjar di dalamnya memainkan peranannya. Antara kalenjar-kalenjar yang penting ialah kalenjar pituitary, kalenjar tiroid, kalenjar pankreas, kalenjar adrenal dan kalenjar jantina. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas dan pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat

pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. 3.10.4 Kesan baka ke atas perkembangan Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: (a) Ciri-ciri fizikal Warna kulit, bentuk mata, jenis darah bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi baka. (b) Ciri-ciri fisiologi Kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetis, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan pengaruh baka. (c) Kecacatan Kecacatan baka merujuk kepada satu keadaan apabila proses perkembangan kromosom tidak berlaku dengan sempurna iaitu berlaku keabnormalan yang akhirnya menyebabkan beberapa jenis penyakit, sindrom dan kecelaruan mental. Rencatan mental adalah disebabkan

oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. (d) Sahsiah

Walaupun sahsiah seseorang individu banyak mempengaruhi persekitaran, baka juga memainkan peranan penting. Contohnya perangai, sifat introvert dan ekstrovert. (e) Kecerdasan

Kecerdasan seseorang sangat dipengaruhi oleh faktor kebakaan. Lebih kurang 50% perbezaan tahap kecerdasan di kalangan dua orang individu daripada kumpulan bangsa, budaya atau agama yang sama adalah disebabkan oleh faktor kebakaan dan selebihnya adalah disebabkan oleh pengalamanpersekitaran seseorang. 3.10.5 Pengertian Persekitaran Dalam bidang psikologi, takrif persekitaran adalah lebih luas. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan factor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. W. Edger Vinacke pula menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

3.10.6 Faktor-faktor persekitaran Terdapat dua kategori faktor persekitaran iaitu faktor pra lahir dan faktor selepas lahir: (a) Faktor pra lahir - Pemakanan, kesihatan ibu, penyalahgunaan dadah, faktor Rh, kesan

x-ray, umur ibu dan emosi ibu. (b) Selepas lahir - Pemakanan, keluarga, rakan sebaya, sekolah, tempat tinggal, sebaran

am, pusat ibadat, dan persekitaran dunia. 3.10.7 Kesan persekitaran ke atas perkembangan Berdasarkan perbincangan tentang pengaruh baka dan persekitaran ke atas perkembangan individu, wujud persoalan berkenaan denagn pernyataan , Kontroversi Baka Lawan Persekitaran, yang manakah penting? Ahli-ahli sosiologi sentiasa menegaskan bahawa

persekitaran adalah lebih penting kerana menurut mereka, kecerdasan seseorang bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor-faktor persekitaran seperti guru yang berkesan, asuhan ibu bapa yang sempurna, makanan seimbang, galakan dan sokongan ibu bapa. Sebaliknya, ahli-ahli psikologi menentang pendapat tersebut kerana bagi mereka kecerdasan diwarisi oleh faktor baka. Contohnya, kecerdasan seseorang boleh ditingkatkan dengan memperkaya persekitarannya tetapi aras peningkatan itu terhad. Sekiranya seseorang individu itu lemah dari segi mental, jadi bahan, tenaga dan masa yang digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad. Ini disebabkan keupayaan mentalnya dihadkan oleh mutu gen yang diwarisi. Yang lebih jelas kepada kita ialah pencapaian seseorang individu sama ada pencapaian dalam bidang akademik atau ko-kurikulum adalah hasil interaksi faktor baka dan persekitaran. Dengan ini, jelaslah faktor baka dan faktor persekitaran memainkan peranan utama dalam menentukan keupayaan mental, jasmani atau sosioemosi seseorang individu. Ringkasnya, terdapat tiga faktor utama yang menentukan perkembangan seseorang individu iaitu potensi yang diwarisi, persekitaran seseorang individu dan tindakan individu terhadap baka dan persekitaran. Implikasinya ialah keupayaan mental serta persekitaran yang baik tidak semestinya menghasilkan seseorang individu yang bijak dan pandai sekiranya tindakan yang wajar tidak diambil untuk merangsangkan perkembangan individu itu.

3.11 Implikasi Perkembangan Dan Pertumbuhan Dalam Aspek Pendidikan Dan Kesannya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Teknik Dan Vokasional Teori perkembangan dan pertumbuhan memberi banyak implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya sensitif dengan perbezaan individu yang wujud dalam kalangan murid-murid. Secara umumnya, guru akan menyediakan objektif, isi pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan murid-murid bagi tujuan menarik minat mereka di samping persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan untuk membantu perkembangan murid. Aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat mambantu tumbesaran dan perkembangan yang berlainan.

Selain itu, penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai dapat membentuk konsep yang tepat serta dapat menarik minat murid-murid. Ini dapat menjana perkembangan kognitif dalam kalangan murid-murid. Mengetahui seseorang murid mengalami sesuatu peringkat tugasan pada zamannya, guru akan memahami kelakuan murid dan membantu membina persekitaran pembelajaran yang akan menolong murid tersebut menguasai ciri-ciri perkembangan dalam peringkat tugasan itu. Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami. Guru akan menyediakan pelajaran bermula daripada senang kepada yang lebih susah, umum kepada khusus dan konkrit kepada abstrak serta memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Implikasi pada sudut perkembangan jasmani membolehkan guru menguruskan pengajaran dan permainan serta kerja amali mengikut perkembangan fizikal murid-murid. Guru akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan kematangan murid-murid. Contohnya, guru menyediakan aktiviti senaman yang sesuai, bermakna dan lebih menyeronokkan. Dari segi perkembangan emosi dan rohani pula, guru dapat memupuk emosi yang sihat sesuai dengan peringkat perkembangan dan keperluan murid. Guru dapat mengawal atau mencegah tingkah laku yang negatif atau emosi yang tidak diingini. Guru akan bersifat lebih penyayang dan membantu murid-murid mengawal emosi dalam situasi-situasi tertentu. Guru yang memahami peringkat perkembangan emosi murid-murid dan membimbing mereka menghadapi atau menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Manakala dari sudut perkembangan sosial, guru akan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menggalakkan interaksi dan sosialisasi. Aktiviti projek, perbincangan, permainan secara kumpulan akan merangsang perkembangan sosial murid-murid. Guru boleh mengaturkan aktiviti berkumpulan supaya murid dapat berkerjasama menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama.

3.12 Kesimpulan Secara semulajadi, seseorang individu mempunyai tiga peringkat perkembangan umum yang berlaku sepanjang kehidupannya iaitu peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri perkembangan psikologikal, emosi, sosial mahupun fizikal yang tersendiri. Tahap-tahap ini bukanlah tahap selanjar tetapi kesinambungan di antara satu sama lain dan setiap peringkat mempunyai hubung kait. Ahli-ahli psikologi

seperti Erickson dan Kohlberg telah mengenalpasti beberapa sifat peringkat-peringkat perkembangan yang boleh membezakan satu tahap dengan tahap yang lain. Pengenalpastian perkembangan di setiap peringkat ini penting supaya perkembangan seseorang individu dapat dipantau terutama sekali dari aspek emosi, sosial dan mental.

You might also like