You are on page 1of 17

KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI PPSMI 2008 UNTUK MURID TAHUN 6 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program intervensi PPSMI pada 2005 dan 2007 masing-masing untuk murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 atas permintaan pelbagai pihak. Tujuan untuk membantu memantapkan persediaan murid menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Sekolah juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pencapaian murid. Murid Tahun 6 pada 2008 adalah murid Kohot Pertama PPSMI. Semua pihak yang terlibat perlu memastikan pencapaian murid tidak merosot dan murid menguasai kemahiran asas. KPPM mengarahkan supaya inisiatif diambil bagi membantu guru meningkatkan pencapaian murid Tahun 6. Mesyuarat Urus Setia Jawatankuasa Pemantauan PPSMI pada 19 Julai 2007 memutuskan untuk melaksanakan Program Intervensi PPSMI 2008 bagi membantu murid Tahun 6. PPK selaku Urus Setia PPSMI dipertanggungjawabkan merangka strategi dan menggerakkan program. Cadangan awal Pelan Tindakan Pelaksanaan telah dibincang di peringkat PPK.

1.2 1.3

1.4 1.5

1.6

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 KPM tidak akan merancang melaksanakan program baru bagi mengelakkan pertindihan dan beban. Ini memandangkan di semua negeri sudah ada program-program peningkatan UPSR yang boleh diubah suai untuk dijadikan program intervensi. Beberapa perbincangan telah diadakan dengan bahagian KPM dan pegawai JPN bagi mendapat pandangan awal dan merangka strategi serta aktiviti bagi melaksanakan program intervensi dan menyediakan bahan intervensi yang akan digunakan. Program yang dirancang ini juga mengambilkira program peningkatan pencapaian murid sedia ada yang dikendalikan oleh bahagian KPM/JPN/PPD dan sekolah. Ini bagi mengelakkan wujudnya program baru tetapi memantapkan program yang sedia ada. 1

2.2

2.3

KERTAS KONSEP
2.4 KPM telah menjalankan kajian keperluan : Analisis pencapaian murid Tahun 5 Ujian Diagnostik Tahun 5 Analisis tajuk sukar Tinjauan ke sekolah 2.5 Fokus utama program ini adalah untuk mengatasi isu murid yang lemah, analisis aspek kelemahan murid dan tajuk yang sukar dikuasai murid atau diajar guru.

3.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF 3.1 3.2 Meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam Sains & Matematik. Memastikan pencapaian murid dalam Sains & Matematik UPSR 2008 tidak merosot.

4.0

STRTEGI PELAKSANAAN 4.1 4.2 Sasaran Program : Guru / Murid Tahun 6 Pelaksanaan : 4.2.1 Program ini wajib dilaksanakan oleh semua sekolah tetapi sekolah diberikan kebebasan merancang pelaksanaan program di peringkat sekolah. Jangka masa program ialah dari awal Februari hingga September 2008. Program ini boleh dijalankan di dalam atau di luar jadual waktu formal (bergantung kepada bentuk program yang dirancang dan dilaksanakan) Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.

4.2.2 4.2.3 4.2.4

KERTAS KONSEP
5.0 BAHAN / KANDUNGAN PROGRAM 5.1 Daripada KPM 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2 Kit Ujian Diagnostik (UD) PPSMI Tahun 4 dan Tahun 5 (sedia ada di sekolah) Kupasan Analisis Jawapan (KMJ) Sains & Matematik UPSR 2004 dan 2005 Kit Ujian Diagnostik (UD) PPSMI Tahun 6 (akan dibekalkan pada Mac 2008)

Daripada JPN 5.2.1 Bahan Intervensi Matematik 5.2.2 Sampel P&P Terancang (Bahan Guru) Set Soalan Topikal Mencakupi Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 6 Format Borang Analisis Borang Kawalan & Borang Rumusan Sekolah

Bahan Intervensi Sains Lembaran Kerja Latih tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 Lembaran Kerja Amali / Aktiviti Sains Tahun 4, 5 dan 6 Set Soalan Latih Tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 (Objektif dan Struktur) Glossary Sains Tahun 1 6 Peta Minda Topikal Tahun 4, 5 dan 6

Semua bahan yang dibekalkan boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti intervensi secara terancang seperti dijelaskan dalam Lampiran A (Matematik) dan Lampiran B (Sains) 6.0 PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI 6.1 Aktiviti 1 : Ujian Diagnostik (UD) dan P&P Terancang Berasaskan UD Sasaran : Semua murid Tahun 6 Objektif : Mengenal pasti punca kelemahan murid Sumber : - Kit UD Tahun 4 dan 5 boleh digunakan semula atau diubahsuai. 3

KERTAS KONSEP
Sekolah telah ada analisis UD tahun 4 dan 5 ia boleh dijadikan asas untuk mengenalpasti kelemahan murid Tahun 6 dan seterusnya merancang tindakan pemulihan berdasarkan analisis UD untuk membantu murid yang lemah dalam aspek yang telah dikenalpasti. UD tanpa pemulihan tidak akan bermakna. Kit UD Tahun 6 dijangka sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2008 (3 bulan pertama persekolahan perlu diisi dengan aktiviti tertentu)

o o o

Perkara yang perlu diambil perhatian: Bezakan antara UD dan Ujian Pencapaian UD tanpa pemulihan tidak akan bermakna Tindakan pemulihan (remedial) yang spesifik bagi aspek kelemahan tertentu berdasarkan analisis UD dengan P&P yang terancang dan bukan mengatasi aspek kelemahan murid semata-mata secara drill.

Tindakan Di Peringkat Sekolah: o Merancang pelaksanaan UD di peringkat sekolah. o Membuat analisis untuk mengenal pasti kelemahan murid. o Merancang tindakan pemulihan untuk membantu murid yang lemah dalam aspek yang dikenal pasti melalui UD dengan menggunakan: Cadangan dalam Kit UD Sekolah merancang dan melaksanakan tindakan yang sesuai dengan murid menyediakan modul p&p khusus dengan menggunakan bahan intervensi (Sains/Matematik) yang dibekalkan untuk mengatasi kelemahan murid yang dikenal pasti. 6.2 Aktiviti 2 : Pengajaran dan Pembelajaran Terancang Melaksanakan p&p secara terancang mengikut tema, tajuk sukar atau tajuk mudah menggunakan kaedah yang berkesan. Beberapa contoh p&p dan bahan disediakan untuk panduan guru dalam Bahan Intervensi Sains dan Matematik. 6.2.1 Aktiviti 2 (A) : P&P Terancang bagi Tajuk Sukar Sasaran : Murid Cemerlang Objektif : Meningkatkan kualiti pencapaian Sains / Matematik Sumber : - Kupasan Analisis Mutu Jawapan (KMJ) UPSR 2004 2005) - Bahan Intervensi JPN (perlu memilih aktiviti / program yang sesuai) Cadangan Kaedah Mengenal pasti Kaedah P&P Tajuk Sukar - Bengkel p&p mengajar tajuk sukar 4

KERTAS KONSEP
- Team teaching - Sharing practices across PPD / JPN 6.2.2 Aktiviti 2 (B) : P&P Intensif Tajuk Mudah / Tajuk Asas Sasaran : Murid Lemah Objektif : Membantu murid lemah untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran asas serta lulus. Sumber : - Kupasan Analisis Mutu Jawapan (KMJ) UPSR 2004 - 2005 - Bahan Intervansi JPN (perlu memilih aktiviti / program yang sesuai) Cadangan Kaedah Mengenal pasti Kaedah P&P Tajuk Mudah/Asas - Bengkel p&p mengajar tajuk sukar - Team teaching - Sharing practices across PPD / JPN

7.0

MODUS OPERANDI 7.1 KPM bersama pegawai Matematik / Sains di JPN dan Guru Cemerlang (GC) / Jurulatih Utama (JU) telah merancang bersama membentuk program dan pengisian serta menyediakan bahan berkaitan. Tindakan Pegawai JPN / GC / JU: 7.2.1 7.2.2 Merancang dan menyelaraskan Pelan Tindakan Pelaksanaan Program di peringkat negeri. Mengadakan mesyuarat/bengkel penambahbaikan bahan program bersama GC/JU yang dikenal pasti untuk memantapkan pengisian program. Kompilasi semua bahan intervensi dan menyerahkan satu salinan bahan (dalam CD) untuk diedarkan kepada PPD. Taklimat program kepada PPD Menjalankan pemantauan. Mengemukakan laporan kepada KPM.

7.2

7.2.3 7.2.3 7.2.4 7.2.5

KERTAS KONSEP

7.3

Tindakan Pegawai PPD : 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 Merancang Pelan Tindakan Pelaksanaan di peringkat PPD. Mengadakan Taklimat Program kepada pentadbir sekolah. Mereplikasi bahan program dalam CD untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah di daerah. Menjalankan Pemantauan Mengemukakan laporan kepada JPN.

7.4

Tindakan Pihak Sekolah : 7.4.1 7.4.2 JK PPSMI Sekolah merancang dan menyelaraskan Pelan Tindakan Pelaksanaan di peringkat sekolah. Mencetak kesemua maklumat/bahan dalam CD untuk digunakan (diberi perhatian) dan didokumentasikan dalam fail Intervensi PPSMI Tahun 6. Mengadakan mesyuarat / bengkel in-house penambahbaikan bahan program atau lain-lain aktiviti bersesuaian. Pelaksanaan Program Intervensi Sains & Matematik Tahun 6 (dalam atau di luar jadual waktu formal, bergantung kepada bentuk program yang dirancang dan dilaksanakan) Pemantauan pelaksanaan program oleh Pentadbir Sekolah dan Ketua Panitia. Mengemukakan laporan kepada PPD.

7.4.3 7.4.4

7.4.5 7.4.6

KERTAS KONSEP

8.0

JADUAL TENTATIF PELAKSANAAN PERANCANGAN PROGRAM INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 PERKARA / AKTIVITI Mesyuarat Pembinaaan Bahan Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI oleh PPK Mesyuarat Pemurnian Bahan Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI oleh JPP/KPM TARIKH PELAKSANAAN 19-21 Nov 2007 Math : 4, 10 & 11 Dis 2007 Sains : 13 & 14 Dis 2007 18 Dis 2007 16 18 Jan 2008 Jan 2008 Jan 2008 Feb Sept 2008 Feb Sept 2008 Math : selewat-lewatnya pada 30 September 2008 Sains : Selepas 2 minggu Peperiksaan Math : 6 Oktober 2008 Sains : Selepas 2 minggu laporan sampai ke PPD 13 Oktober 2008

BIL. 1. 2.

3. 4. 5. 6. 7.

Taklimat Program Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI oleh JPN kepada PPD Taklimat Program Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI oleh PPD ke sekolah Pelaksanaan Program Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI di sekolah Pemantauan Program Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI oleh KPM/JPN/PPD/Jemaah Nazir Penghantaran Laporan Analisis Soalan Topikal (Analisis Borang Kawalan & Borang Rumusan Sekolah) dari Sekolah ke PPD (softcopy dan hardcopy) Penghantaran Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan ke PPD Penghantaran Laporan Analisis Soalan Topikal (Borang Rumusan Daerah) dari PPD ke JPN Penghantaran Analisis Peperiksaan Peertengahan Tahun dan Percubaan dari PPD ke JPN Penghantaran Laporan Analisis Soalan Topikal (Borang Rumusan Negeri) dan Laporan keseluruhan Program Intervensi Math & Sains Tahun 6 PPSMI dari JPN ke KPM

8.

9.

KERTAS KONSEP

9.0

PENUTUP Diharapkan dengan terlaksananya Program Intervensi PPSMI 2008 Untuk Murid Tahun 6 akan dapat membantu meningkatkan prestasi murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun 2008. Kerjasama dan komitmen semua pihak di peringkat JPN, PPD dan Sekolah amat diperlukan bagi menjayakan program ini dilaksanakan dengan berkesan dan memberikan impak seperti mana yang diharapkan.

Disediakan: Sektor Pengurusan Akademik 8

KERTAS KONSEP
Jabatan Pelajaran Perak Lampiran A (Matematik) BAHAN INTERVENSI MATEMATIK TAHUN 6 :A) Bahan Guru Sampel P&P Terancang : Contoh-contoh P&P secara terancang Matematik dibentuk daripada subtopik terpilih yang mewakili setiap topik/unit dalam sukatan pelajaran PPSMI Tahun 6. Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) 2004 & 2005 : Kupasan Analisis Matematik UPSR (2004 & 2005) diberikan untuk memberikan gambaran dan penilaian kepada guru dalam merancang aktiviti/program atau P&P terancang yang sesuai dengan keperluan murid. B) Bahan Murid Mengandungi soalan-soalan mengikut aras dalam bentuk topikal yang dipilih daripada setiap topik dalam sukatan pelajaran Matematik PPSMI Tahun 6. Soalan-soalan ini adalah untuk melihat penguasaan murid dalam subtopik/topik tersebut. Soalan-soalan ini perlu diberikan kepada pelajar apabila selesai setiap topik dan direkodkan dalam format Analisis Borang Kawalan. Pencapaian murid dapat dinilai berdasarkan analisis pencapaian soalan-soalan dan ia boleh dijadikan panduan oleh guru untuk merancang aktiviti penambahbaikan kepada kumpulan murid yang memerlukannya. C) Kit Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 6 Kit UD Matematik Tahun 6 sedang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijangka sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2008 (Oleh itu, 3 bulan pertama persekolahan perlu diisi dengan aktiviti tertentu) AKTIVITI-AKTIVITI INTERVENSI :AKTIVITI 1 : P&P Pemulihan Berasaskan Kit Ujian Diagnostik Thn. 4 & 5 : Sekolah telah menerima kit UD Tahun 4 & Tahun 5 dan ia sebenarnya boleh digunakan semula atau diubahsuai.

KERTAS KONSEP
Sekolah telahpun ada analisis UD Tahun 5 (2007) dan ia boleh dijadikan asas untuk mengenalpasti kelemahan murid Tahun 6 (2008) dan seterusnya merancang tindakan pemulihan berdasarkan analisis UD untuk membantu murid yang lemah dalam aspek yang telah dikenalpasti. UD tanpa pemulihan tidak akan bermakna. Tindakan pemulihan haruslah spesifik untuk aspek kelemahan tertentu dan bukannya mengatasi aspek kelemahan murid semata-mata secara drill. AKTIVITI 2 : Pelaksanaan P&P Secara Terancang : Melaksanakan P&P secara terancang mengikut tema, tajuk sukar atau tajuk mudah menggunakan kaedah yang berkesan. (Rujuk contoh/sampel P& P secara terancang dari CD) Pelaksanaan P&P secara terancang ini adalah berdasarkan aspek kelemahan murid yang dikenalpasti oleh guru melalui analisis UD atau berdasarkan bahan Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) Matematik 2004 & 2005 yang dibekalkan dalam CD. Sebagai panduan guru, contoh/sampel P&P secara terancang dibekalkan dalam CD berdasarkan subtopik Matematik terpilih :- Contoh P&P Terancang daripada subtopik tertentu. - Lembaran Kerja berdasarkan subtopik tersebut. - Contoh soalan latih tubi (diambil dari buku MASMATICS) Guru-guru juga amat digalakkan mendedahkan soalan-soalan latih tubi aras rendah, sederhana atau tinggi yang boleh didapati dari sumber Buku MASMATICS 1 & MASMATICS 2 yang telah dialih bahasa/murnikan kepada Bahasa Inggeris. (Buku ini boleh didapati/dipesan/dibeli daripada Setiausaha MGB daerah masingmasing) AKTIVITI 3 : Latihan SoalanSoalan Topikal & Format Analisis Borang Kawalan : Set Soalan Topikal yang dibekalkan mengandungi soalan-soalan mengikut aras dalam bentuk topikal yang dipilih daripada setiap topik dalam sukatan pelajaran PPSMI Tahun 6 (Rujuk CD). Soalan-soalan ini adalah untuk melihat penguasaan murid dalam subtopik/topik tersebut. Soalan-soalan ini perlu diberikan kepada murid apabila selesai setiap topik dan direkodkan dalam Format Analisis Borang Kawalan (rujuk CD) untuk setiap kelas. Analisis Borang Kawalan ini perlu dibuat beberapa salinan sekiranya bilangan kelas di sekolah tersebut 10

KERTAS KONSEP
lebih daripada satu (Satu Borang Analisis Kawalan untuk satu kelas). Catatkan/masukkan skor markah murid berdasarkan peruntukan maksimum markah yang ditetapkan dalam soalan tersebut. Pencapaian murid dapat dinilai berdasarkan analisis tersebut dan ia boleh dijadikan panduan oleh guru untuk merancang aktiviti penambahbaikan kepada kumpulan murid yang memerlukannya. Semua latihan yang diberikan mestilah diperiksa dengan teliti dan dibuat analisa pencapaian murid (menggunakan format Analisis Borang Kawalan), kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid, kekuatan dan kelemahan murid secara menyeluruh. Guru perlu menjalankan aktiviti penambahbaikan setelah setiap siri topik latihan dilaksanakan. Semua latihan murid mesti didokumentasikan (adakan satu fail khas yang mengandungi tarikh-tarikh latihan diberi, set-set soalan latihan yang diberi dan laporan prestasi latihan murid. Murid juga perlu ada rekod latihan yang dibuat (buku latihan khas intervensi). Pihak JPN / PPD akan memantau pelaksanaan program dan latihan ini dari masa ke semasa. Kesemua Analisis Borang Kawalan setiap kelas perlu dirumuskan dalam Borang Rumusan (Overall Analysis) bagi mewakili rumusan keseluruhan penguasaan murid mengikut topik di sekolah tersebut. Kedua-dua bentuk borang tersebut harus diisi lengkap dan diserahkan satu salinan ke PPD selewat-lewatnya pada 30 Sept 2008 dalam bentuk hardcopy. Penolong PPD Sains & Matematik di PPD diminta menggabungkan Borang Rumusan (Overall Analysis) setiap sekolah dalam daerah untuk mendapatkan status Rumusan Daerah bagi daerah masing-masing sebelum diserahkan kepada Pen. Pengarah Matematik SR di JPN Perak pada 6 Okt 2008. Rumusan Negeri pula akan dibuat oleh JPN Perak berdasarkan data daripada Rumusan Daerah setiap PPD dan akan diserahkan kepada PPK, KPM pada 13 Okt 2008. AKTIVITI 4 : Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 6 : Kit UD Matematik Tahun 6 sedang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijangka sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2008. Segala maklumat berkaitan UD Matematik Tahun 6 akan dimaklumkan apabila ia diperolehi daripada LPM kelak.

11

KERTAS KONSEP
Walaubagaimanapun pihak sekolah harus memastikan bahawa setiap UD yang dijalankan mesti ada analisis dan usaha pemulihan ke atas murid. UD tanpa pemulihan tidak memberi apa-apa makna. Tindakan pemulihan yang spesifik untuk aspek kelemahan tertentu, dan bukan mengatasi aspek kelemahan murid semata-mata secara drill. Guru tidak seharusnya merancang pemulihan secara bersendirian.

Lampiran B (Sains) BAHAN INTERVENSI SAINS TAHUN 6 Bahan Guru Sampel P&P Terancang : Contoh-contoh P&P secara terancang Sains dibentuk daripada subtopik terpilih yang daripada HSP Sains Tahun 4, 5 dan 6. Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) UPSR 2004 & 2005 : Kupasan Analisis Mutu Jawapan Sains UPSR (2004 & 2005) diberikan untuk memberikan gambaran dan penilaian kepada guru dalam merancang aktiviti/program atau P&P terancang yang sesuai dengan keperluan murid. Bahan Murid Lembaran Kerja Latih Tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 Lembaran Kerja Amali / Aktiviti Sains Tahun 4, 5 dan 6 Set Soalan Latih Tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 (Objektif dan Struktur) Glossary Sains Tahun 1 6 Peta Minda Topikal Tahun 4, 5 dan 6

Semua bahan boleh digunakan dalam p&p yang terancang bagi tajuk sukar dan tajuk mudah mengikut keperluan murid. P&P yang dijalankan sama ada dalam jadual waktu atau di luar jadual waktu (kelas bimbingan) mengikut kesesuaian topik / sub topik yang perlu dikuasi oleh murid. Bagi topik-topik Tahun 4 dan 5, bahan intervensi boleh digunakan untuk bahan latih tubi, latihan kerja rumah dan p&p yang terancang dalam kelas bimbingan (sebagai bahan mengulangkaji dan memantapkan penguasaan murid bagi tajuk yang sukar atau yang mudah)

12

KERTAS KONSEP
Guru boleh memilih mana-mana bahan yang sesuai mengikut keperluan murid. Kit Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 6 Kit UD Sains Tahun 6 sedang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijangka sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2008 (3 bulan pertama persekolahan diisi dengan aktiviti tertentu). AKTIVITI-AKTIVITI INTERVENSI :AKTIVITI 1 P&P Pemulihan Berasaskan Kit Ujian Diagnostik Thn. 4 & 5 : Sekolah telah menerima kit UD Tahun 4 & Tahun 5 dan ia sebenarnya boleh digunakan semula atau diubahsuai. Sekolah telah pun ada analisis UD Tahun 5 dan ia boleh dijadikan asas untuk mengenalpasti kelemahan murid Tahun 6 dan seterusnya merancang tindakan pemulihan berdasarkan analisis UD untuk membantu murid yang lemah dalam aspek yang telah dikenalpasti. UD tanpa pemulihan tidak akan bermakna. Tindakan pemulihan haruslah spesifik untuk aspek kelemahan tertentu dan bukannya mengatasi aspek kelemahan murid semata-mata secara drill. AKTIVITI 2 : Pelaksanaan P&P Secara Terancang : Melaksanakan P&P secara terancang mengikut tema, tajuk sukar atau tajuk mudah menggunakan kaedah yang berkesan. (Rujuk contoh/sampel P& P secara terancang dari CD) Pelaksanaan P&P secara terancang ini adalah berdasarkan aspek kelemahan murid yang dikenalpasti oleh guru melalui analisis UD atau berdasarkan bahan Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) Sains 2004 & 2005 yang dibekalkan dalam CD. Sebagai panduan guru, contoh/sampel P&P secara terancang dibekalkan dalam CD berdasarkan subtopik Sains terpilih. Guru-guru juga digalakkan menggunakan bahan intervensi yang dibekalkan (Bahan Murid) secara terancang mengikut kesesuaian topik /sub topik sebagai tindakan pemulihan, pengukuhan atau pengayaan: 13

KERTAS KONSEP
1. Lembaran Kerja Latih Tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 (Struktur) - Bahan Topik Tahun 6 digunakan di akhir p&p untuk menilai penguasaan murid atau sebagai latihan dalam kelas semasa p&p. - Bahan Topik Tahun 4 dan 5 digunakan dalam p&p terancang dalam kelas bimbingan atau dalam jadual waktu (mengulang kaji) untuk latihan dalam p&p (bahan pembelajaran murid) 2. Lembaran Kerja Amali / Aktiviti Sains Tahun 4, 5 dan 6 - Bahan Topik Tahun 6 digunakan dalam masa p&p sesuatu kerja amali berdasarkan buku aktiviti murid untuk memantapkan penguasaan kemahiran proses sains. - Bahan Topik Tahun 4 dan 5 digunakan dalam p&p terancang dalam kelas bimbingan atau dalam waktu p&p (mengulang kaji) untuk kerja amali mengikut keperluan murid (tajuk sukar atau tajuk mudah) 3. Glossary Sains - Glossary Topik Tahun 6 digunakan di awal p&p atau akhir p&p sesuatu sub topik diberikan kepada murid. - Setiap terminologi atau istilah yang berkaitan sesuatu sub topik yang di ajar diperkenalkan atau diperjelaskan dan diberikan kepada murid dalam bentuk bercetak atau disalin oleh murid (murid perlu ada buku khas glossary) - Glossary Topik Tahun 1 5 di gunakan dalam p&p terancang dalam kelas bimbingan atau dalam waktu p&p (mengulang kaji) mengikut kesesuaian topik yang diajar. Glossary yang berkaitan perlu dimasukkan ke dalam buku khas glossary murid. (Guru boleh merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk membolehkan murid menguasai terminologi atau istilah dalam glossary yang telah diberikan kepada murid) 4. Peta Minda Topikal Tahun 4, 5 dan 6 - Peta Minda bagi setiap tajuk (theme / learning area) digunakan di akhir p&p sama ada dalam waktu p&p Tahun 6 atau dalam p&p kelas bimbingan. (Guru perlu mengadakan sesi perbincangan dengan murid dalam bentuk soaljawab berdasarkan peta minda yang diberikan kepada murid). - Setiap peta minda yang berkaitan diberikan kepada murid (dalam bentuk bercetak atau murid menyalinnya) untuk membolehkan murid mengetahui perkara-pekara 14

KERTAS KONSEP
yang telah dipelajari dan perlu dikuasai. - Murid perlu memasukkan peta minda bagi setiap topik dalam buku nota sains mereka. AKTIVITI 3 : Latihan SoalanSoalan Topikal Guru perlu merancang aktiviti latihan kepada murid dengan menggunakan bahan intervensi Set Soalan Latih Tubi Topikal Tahun 4, 5 dan 6 (Objektif dan Struktur) Dicadangkan murid diberi beberapa siri latihan yang terancang semasa dalam p&p, di luar p&p (kelas bimbingan) atau sebagai kerja rumah mengikut topik / sub topik yang telah diajar. Guru perlu menetapkan bilangan latihan yang maksimum yang perlu diberikan dan diselesaikan oleh murid dalam seminggu / sebulan. Guru perlu memilih soalan-soalan latihan yang sesuai untuk tujuan mengesan penguasaan murid dalam sesuatu topik / sub topik yang sukar atau mudah mengikut keperluan murid. Semua latihan yang diberikan mestilah diperiksa dengan teliti dan dibuat analisa pencapaian murid dari segi ketetapan jawapan murid (fakta dan bahasa), kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid, kekuatan dan kelemahan murid secsara menyeluruh. Guru perlu menjalankan aktiviti penambahbaikan setelah setiap siri latihan dijalankan. Semua latihan murid mesti didokumenkan (adakan satu fail khas yang mengandungi tarikh-tarikh latihan diberi, bilangan latihan yang diberi, set-set soalan latihan yang diberi dan laporan prestasi latihan murid. Murid juga perlu ada rekod latihan yang dibuat (buku latihan khas intervensi) Latihan Wajib Satu siri latihan yang wajib diberikan dan dibuat oleh murid. Set Latihan Wajib yang disediakan (Rujuk dalam CD- Latihan wajib) perlu dilaksanakan dalam tempoh April Ogos. Pihak JPN / PPD akan memantau pelaksanaan latihan wajib ini dari masa ke semasa. AKTIVITI 4 : Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 6 : Kit UD SainsTahun 6 sedang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dijangka sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada bulan Mac 2008.

15

KERTAS KONSEP
Segala maklumat berkaitan UD Sains Tahun 6 akan dimaklumkan apabila ia diperolehi daripada LPM kelak.

Walau bagaimanapun pihak sekolah harus memastikan bahawa setiap UD yang dijalankan mesti ada analisis dan usaha pemulihan ke atas murid. UD tanpa pemulihan tidak memberi apa-apa makna. Tindakan pemulihan yang spesifik untuk aspek kelemahan tertentu, dan bukan mengatasi aspek kelemahan murid semata-mata secara drill. Guru tidak seharusnya merancang pemulihan secara bersendirian. Semua aktiviti pemulihan mesti dirancang oleh panitia dan dilaksanakan secara betfokus mengikut keperluan murid.

Catatan : Pihak sekolah diberi kebebasan merancang strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti intervensi ini (Sains & Matematik) dan menambah aktiviti-aktiviti lain mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah untuk meningkatkan prestasi murid dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan UPSR 2008.

16

KERTAS KONSEP

Hisham&Karim/Intervensi Y6/2008

17

You might also like