You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM

peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. 1. KELAYAKAN AKADEMIK a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 2. LAIN-LAIN KELAYAKAN a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 22 Apr 2013. b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Berat badan minima 49 kg ketinggian sekurang-kurangnya 1.62 meter Body Mass Index (BMI) di antara 19 26.9. Cara pengiraan: BMI : ( Berat/kg ) (Tinggi/meter / Tinggi/meter) d. Ukuran dada minima 76 sm.

e. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak kabur warna. f. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan ujian fizikal. Kecermerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

A-1

3.

SIJIL DAN DOKUMEN a. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL.
b.

Kad Pengenalan (MY Kad). Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada). Sijil Kelahiran Pemohon. Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM. Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5). Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan. Sijil Akademik lain.

Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport (gambar tidak akan dikembalikan), sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri dan alat tulis lengkap (pen hitam). c. Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai perkhidmatan ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad. 4. PUSAT PEMILIHAN Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai pada jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin. 5. KEISTIMEWAAN LLP TLDM Pakaian seragam percuma. Makan dan tempat tinggal percuma. Rawatan perubatan dan pergigian percuma. Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga. Potongan tambang perjalanan udara. Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan). Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan). Peluang melanjutkan pelajaran di bawah Program Skim Pengajian Tinggi. Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer Kerajaan.

A-2

LOKASI PERMILIHAN DI SELURUH SEMENANJUNG JADUAL PEMILIHAN ZON UTARA SIRI (a) 1. 2. 3. 4. TARIKH (b) 6 Jan 13 8 Jan 13 10 Jan 13 12 Jan 13 HARI (c) Ahad Selasa Khamis Sabtu TEMPAT (d) Arau Perlis PUSAT PEMILIHAN (e) S.M.K Kuala Perlis PEMOHON (f) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Alor Setar Kolej Sultan Abdul Hamid Kedah Butterworth S.M.K. Dato Onn Pulau Pinang Ipoh Perak S.J.K. ( C ) Yuh Hua

JADUAL PEMILIHAN ZON TENGAH SIRI (a) 1. 2. TARIKH (b) 14 Jan 13 15 Jan 13 HARI (c) Isnin Selasa TEMPAT (d) Kuala Selangor Selangor Kuala Lumpur PUSAT PEMILIHAN (e) S.M.K. Sri Tanjung Kuala Selangor S.M.K.Wangsa Maju Sek 2 PEMOHON (f) Lelaki Lelaki

JADUAL PEMILIHAN ZON SELATAN SIRI (a) 1. 2. 3. 4. TARIKH (b) 16 Jan 13 17 Jan 13 19 Jan 13 20 Jan 13 HARI (c) Rabu Khamis Sabtu Ahad TEMPAT (d) Seremban Negeri Sembilan Alor Gajah Melaka Ayer Hitam Johor Johor Bharu Johor PUSAT PEMILIHAN (e) Sek Men Keb King George V S.M.K.Ghaffar Baba S.M.K. Datuk Menteri Ayer Hitam Sek. Ren.Keb Temenggung Abdul Rahman 2 PEMOHON (f) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

A-3

JADUAL PEMILIHAN ZON PANTAI TIMUR SIRI (a) 1. 2. 3. 4. TARIKH (b) 22 Jan 13 24 Jan 13 26 Jan 13 27 Jan 13 HARI (c) Selasa Khamis Sabtu Ahad TEMPAT (d) Temerloh Pahang Kuala Terengganu Terengganu Bachok Kelantan Bachok Kelantan PUSAT PEMILIHAN (e) Sek Men Keb Abu Bakar Sek Men Tengku Bariah S.M.K. Dato Perdana S.M.K. Dato Perdana PEMOHON (f) Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki

Gaji Dan Elaun Anggota Peringkat Rendah Pangkat Peringkat Gaji (RM) Elaun Khidmat (RM) 95.00 115.00 115.00 115.00 115.00 115.00 115.00 115.00 115.00 Elaun Khas Khidmat (RM) 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 Elaun Perumahan (RM) Semenanjung 230.00 275.00 275.00 275.00 275.00 275.00 275.00 300.00 300.00 Sabah 435.00 435.00 435.00 435.00 435.00 435.00 480.00 480.00 Sarawak 330.00 330.00 330.00 330.00 330.00 330.00 360.00 360.00

Perajurit Muda Laskar Muda Laskar Kelas II Laskar Kelas I Laskar Kanan Bintara Muda Bintara Kanan Pegawai Waran II Pegawai Waran I

928.84 1004.80-2671.55 1004.80-2671.55 1328.52-2966.74 1394.95-3416.52 1711.07-3715.18 2104.56-3921.68 2312.44-4073.61 2603.11-4270.01

*Sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan semasa. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Markas Tentera Laut Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia Bantuan Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP) Telefon: 03 2071 3177 / 03 2071 6925

A-4

You might also like