KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
1.

TAHUN 2011

Tahukah anda apa itu KSSR?

TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

2.

Mengapa Transformasi?

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

Muka Surat 1

KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2011

3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:  Komunikasi  Manusia dan alam sekeliling  Perkembangan diri individu KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:  Komunikasi  Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika  Sains dan teknologi  Keterampilan diri

Bahan kurikulum:  Sukatan Pelajaran

Bahan kurikulum:  Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:  Linear

Reka bentuk kurikulum:  Modular Organisasi kurikulum:

Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras dan Elektif

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit

Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira)

Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

Muka Surat 2

bahasa Inggeris dan matematik  Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3 . TAHUN 2011 Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran. Seni Muzik)  Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  Pendidikan Jasmani. Menulis. Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pengurusan Tingkah Laku. Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran. Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia. kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri. Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Kemahiran Manipulatif)  Asas 3M (Membaca.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 4. Sementara bagi Masalah Pembelajaran. B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai.

Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. menyeronokkan dan bermakna. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. modul teras to dan modul elektif. kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. TAHUN 2011 Kurikulum terbaik sekolah rendah. kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 5. Bagi tahap satu. kemahiran dan nilai. Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas         Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Gina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4 . Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian. kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif      Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Manakala bagi tahap dua. Sikap dan Nilai  Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5 . Teras Tema  TAHUN 2011 Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual. Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2 Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi         Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Modul Sains dan Teknologi Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika .Pendidikan Jasmani   Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik . Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk muridmurid tahun empat.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Modul.

Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Secara umumnya. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. 10 tahun kemudian. p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d ya n g d i t e t a p k a n . Tiga Kemahiran baru merentas subjek. A k t i v i t i p e m u l i h a n.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Modul Kemanusiaan  TAHUN 2011 Sejarah Mata Pelajaran Elektif Modul Komunikasi Elektif     Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun 6. Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni. 7. kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6 .

kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Justeru. Namur. adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020. kandungan. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. peruntukan masa. Cabaran Abad ke-21. tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik. kaedah pentaksiran. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. keusahawanan. berpengetahuan. Realitinya. organisasi. kritis dan berinovasi. pedagogi. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Justeru. berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Mulai 2011. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain. peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk. berfikiran kreatif. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7 . namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

kini. S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut. Jika sebelum ini. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Menyedari hal tersebut. setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa. Seperti elemen nilai tambah yang lain. Sehubungan itu. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan. persaingan global. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8 . dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan.

Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif. sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 8. bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan. kemahiran dan nilai. 2. satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9 . kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. bahasa perpaduan. 1. TAHUN 2011 Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik. bahasa rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu.

Kepelbagaian teknik pengajaran ii. memperkaya kosa kata. Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah r e n d a h yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi). ii. i. Kemahiran berfikir ii.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 3. Penggunaan tatabahasa. Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan p e m b e l a j a r a n u n t u k dijadikan panduan kepada para pendidik. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 10 . Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Modul Dengar Tutur Modul Membaca Modul Menulis Modul Seni Bahasa Modul Tatabahasa 4. i. iii. meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. yangtepat iv. Memperkayakan bahan bacaan Asp e k K em ahi r an bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran. Antaranya ialah. Kepelbagaian sumber bahan iii. B a g i m e m a s t i k a n objektif tersebut tercapai. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan. v. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur Berbentuk serampang dua mata: i. namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berpusatkan murid i. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. iv. Pendekatan modular TAHUN 2011 Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu: i.

Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca. beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya. Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 11 . Kecerdasan pelbagai vi. iii. kemahiran serentak. Pembelajaran kontekstual viii. Contohnya. Selain aspek kurikulum yang dinyatakan. ii. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa i. Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Kemahiran belajar cara belajar iv. pengayaan.   Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH iii. Kajian masa depan v. Pembelajaran konstruktivisma vii. penyerapan. pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembel ajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.  Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum. Keusahawanan Sementara itu. Kreativiti dan inovasi TAHUN 2011 ix. konsep 5P iaitu pengabung jalinan. 1. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum  Baca perkataan demi p e r k a t a a n d a l a m setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat. Kem ahi ran m en dengar dan bertutur dengan kemahiran menulis. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis.

strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. kaedah. Aspek kawalan kelas. seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. 4. 3. Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan.  Berlakunya pemulihan dan penggayaan.   Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan. Aktiviti pengajaran yang sesuai  Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran. kritis dan inovatif ke a r a h m e l a h i r k a n murid kreatif' dan inovatif. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 12 . Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan.  Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran ya n g d i p i l i h b e r sesuaian dengan masa pengajaran.  Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja r a n p e m belajaran tersebut.  Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan k e m a h i r a n ya n g dipilih. dan  Langkah kelima: Fikirkan pendekatan. Aspek komunikasi. Peringkat perancangan pengajaran  TAHUN 2011 Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar.  Menggalakkan murid berfikir secara kreatif. Peringkat penyampaian pengajaran  Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid     Bahan bantu mengajar yang sesuai.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2.

9. memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat. vokal berganding. Aktiviti mudah dilaksanakan. iv. Mendengar.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 5. mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( & ) P P. mengecam. digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. memahami. Kemahiran mendengar dan bertutur. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Peringkat Selepas Pengajaran   A d a n y a p r o s e s refleksi. Antara objektif tersebut adalah. Mendengar. Penyampaian berkesan     TAHUN 2011 Mestilah mudah difahami oleh murid. Dapat menarik tumpuan murid. menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul. ii. iii. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 13 . 6. Jika tidak tercapai mengapa?     Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan k e m a h i r a n ya n g dipihh tidak sesuai? Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya. Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini. Mendengar. Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid. i. diftong. Mendengar.

jelas. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan motivasi. 10. iv. v. TAHUN 2011 Mendengar. dan viii. membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa. ix. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat. tepat dan. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain. jeda dan tatabahasa. dan pertanyaan dengan betul. vi. kata panggilan. vi. Terdapat 10 prinsip kemahiran mendengar Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. x. ii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. viii. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 14 . iii. i.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan. vii. memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan arahan. pesanan. Bertutur dengan bahasa yang mudah. vii. kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan penguasaan kemahiran. Setiap aktiviti dan kemahiran. intonasi.

Peringkat Awal Mengecam. Menjalankan perintah dan permintaan. dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kah apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat. iii. iv. selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. TAHUN 2011 Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti. ii. iv. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 15 . makna perkataan. Peringkat Pertengahan Mengecam. dan mengingat fakta. v. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap. Melakukan sesuatu yang disuruh. rangkai kata dan ayat-ayat. v. Mengenal maklumat khusus. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar. Mengesan urutan maklumat. Mengenal sebab dan akibat. ii. memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. vi. Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. mengajuk memilih bunyi. i. Bertindak terhadap soalansoalan mudah. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 11. vi. i. Mendengar dan mengecam. iaitu 1. 2. iii.

keupayaan bercakap akan berlaku. Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. pendapat. Peringkat Awal i. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang merupakan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Melafazkan. menyampaikan maklumat. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Penekanan juga diberi epada penggunaan tatabahasa yang betul. vi.dan menulis. jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran bertutur Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Begitu juga apabila mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain. vii. mengajuk. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Apabila mempunyai keinginan mempelajari sesuatu bahasa. iv. keupayaan bertutur akan terjadi. Oleh itu. v. Mentafsir maksud orang yang bercakap. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 16 . perkataan dan ayat yang yang didengar. iii. perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. iaitu 1. Mengenal isi-isi penting. TAHUN 2011 12. ii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 3. Peringkat Maju i.

v. iv. Memberi ulasan. Mendeklamasi puisi. Mengambil bahagian dalam perbincangan. pendapat atau pandangan mudah. iii. v. vii. iv. Mendeskripsi sesuatu peristiwa. vi. ii. TAHUN 2011 Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ii. pengalaman. iv. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman. Memberi ucapan pendek. laporan atau ulasan. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. 3. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar. iii. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 17 . Peringkat Pertengahan. Perbualan mudah. Menyampaikan komen. kejadian.objek dan lain-lain. Menyoal dan menjawab soalan. Bertindak terhadap soalan mullah. vi. perbualan atau dialog. ii. 2. iii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Memberi komen mudah. i. Peringkat Maju i.

kecerdasan murid-murid tersebut. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Penekanan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. pembelajaran secara kontekstual. ibu bapa dan pihak berkepentingan. Teaming seperti inkuiri penemuan. Selain itu. Aktiviti pemulihan. pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 18 . Pengajaran dan Pembelajaran menarik. pembelajaran kepada hands-on projek. pengurus kurikulum. pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana. KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 13. pentaksiran holistik KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. berasaskan pembelajaran secara konstruktivisme. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka.

Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua sekolah di seluruh negara supaya is dapat digunakan persekolahan tahun 2011. Senarai buku teks KSSR kegunaan tahun satu mulai 2011 Ciri-ciri buku teks KSSR pada hari pertama sesi         Terdapat dalam dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti Mengandungi nota guru untuk membantu cikgu menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan. la melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul buku tahun satu. Manakala bagi Sarawak. menyurih dan mewarna Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi memudahkan guru membuat rujukan Setiap kemahiran barn yang diperkenalkan akan diikuti den gan penilaian mudah untuk menaakul atau membuka kepada perbincangan Penulisan berbentuk modular di mans persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi subjek yang berkaitan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 19 . TAHUN 2011 Bekalan buku teks selesai Disember 2010. pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting. Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya diselesaikan. Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu kedua Disember ini. PEMBEKALAN buku teks Kurikulum S t andard S ekol ah R endah (KSSR ) 2011 ke sekolah-sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di Semenanjung Malaysia. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. menampal.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 14.

Matematik. Menurut kementerian. KSSR telah melalui proses transformasi dan surat pekeliling mengenainya telah diedarkan. Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian. Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Dalam KSSR. Bahasa Inggeris. Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab. kurikulum disusun dalam bentuk Modul Teras Asas. Bahasa Cina.380 minit seminggu TAHUN 2011 KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini. beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR itu. Bahasa Tamil. KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar sekolah tahun satu. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK). Dunia Seni Visual. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru. Modul Teras Asas merangkumi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia. Dunia Muzik. Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum KSSR. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK).380 minit seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit. Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1. Dunia Sains dan Teknologi. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 20 . Mulai 2011. menyeronokkan dan bermakna. Pendidikan Jasmani. permintaan daripada murid dan prasarana sekolah. Sehubungan itu. Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan KSSR.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 15. Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh dan ditambah baik. Pada tahap satu. Terdapat 1.

Arab/BCSK/BTSK/B. lban/B. Peruntukan masa KSSR TAHUN 2011 BIL MODUL MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK 360 300 180 180 60 30 180 60 30 60 90 30 1380 SJKC 300 150 360 120 120 60 30 180 60 30 60 30 1380 SJKT 300 150 360 120 120 60 30 180 60 30 60 30 1380 MODUL TERUS ASAS 1 Bahasa Malaysia 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 Pendidikan Islam 5 Pendidikan Moral 6 Pendidikan Jasmani 7 Pendidikan Kesihatan 8 Matematik MODUL TERUS TEMA 9 Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi B.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 16. Kadazandusun Perhimpunan Jumlah 10 Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 21 .

alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara. kandungan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca. pengurangan bilangan mata pelajaran. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan. peruntukan masa. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan.21. kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. dibekalkan dengan pengetahuan. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu. KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah. dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). pedagogi. beretika. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 22 . mempunyai keyakinan dm. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi. bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. menulis dan mengira. bersikap patriotik. TAHUN 2011 Soal jawab mengenai KSSR Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak cukup baik? Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. kaedah pentaksiran. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk. keusahawanan. Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 17. serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. organisasi.

KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR menurut fahaman masing-masing? KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam kalangan murid. menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif  kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi. ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari jawapan yang bukan konvensional   kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai Tatar belakang berbeza. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 23 . Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah seperti berikut:  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu. idea kreatif dan pemikiran kreatif    kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen. Dalam konteks ini. kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan kandungan kurikulum.

pengitlakan dan kesimpulan serta. menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif      kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. idea kreatif dan pemikiran kreatif kebolehan untuk menghasilkan idea. analisis. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi. bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar melalui P&P? Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:       Inkuiri penemuan Penyelesaian. kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah seperti.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Dalam KSSR. yang tulen.  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu. penilaian. masalah Konstruktivisme Kontekstual Pengajaran Berasaskan Masa Depan Pembelajaran Berasaskan Projek Pendekatan pengajaran. Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar? Antara. sintesis. ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 24 .

6 Tunjang Gambarajah Reka Bentuk KSSR Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 25 .KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada melalui kurikulum mahupun kokurikulum? Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

Kursus Orientasi KSSR kepada:   Jurulatih Utama . RTM. taklimat     Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR. Kursus Pendedahan KSSR    Guru Besar dan pentadbir sekolah Jabatan Pelajaran Negeri. TV3 Penerbitan bahan: brosur. Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum. majalah. BPSH. JNJK. iklan Media Elektronik: ASTRO. ibu bapa. BBT C. Penyebaran Umum kepada. cd Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 26 . masyarakat. Hari temu Pelanggan.semua mata pelajaran Guru mata pelajaran B. buku penerangan. pameran. IAB. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:- A. ialah:  Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru. PPD Bahagian KPM — IPGM. Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia. NGO & Warga Pendidik.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru yang terbabit dilatih? KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan sebagaimana dihasratkan. LPM. laman web BPK Media Cetak: akhbar. BPG. Program Jom Heboh TV3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful