Alia Abdullah

No 34-, Taman Cempaka Biru, 49000 Sg. Buloh, Selangor Tel : 017-1231234 email : alia_abdullah@mail.com 20 Julai 2007 Pengurus [nama syarikat] ……. ……. Tuan / Puan Permohonan jawatan : [namakan jawatan dipohon] Berhubung perkara diatas, merujuk keratan akhbar yang telah diiklankan, saya Alia Abdullah ingin memohon kerja di syarikat tuan/puan bagi jawatan ……... Saya merupakan graduan dari ………… dalam jurusan ………………….. Kini saya bekerja di BBB Solution S/B di Melaka sebagai eksekutif ICT/teknikal dengan berpendapatan sebanyak RM 1’300.00 sebulan. Di sini saya bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara sistem komputer dan perkakasan, “On-Site Service”dan memasang atau menyelenggara rangkaian LAN. Selain itu saya juga mempunyai pengalaman dan telah diberi latihan serba sedikit tentang rangkaian semasa saya bekerja di XYZ S/B, yang terkenal dalam bidang pembangunan produk rangkaian. Saya sangat berminat dalam bidang yang telah saya pelajari dan ceburi. Saya juga seorang yang berdedikasi dan jujur dalam setiap pekerjaan yang telah diberi dan akan sentiasa melakukan yang terbaik. Oleh itu, mengikut kelulusan saya, saya memohon gaji sebanyak RM 1’500.00. Berserta surat permohonan ini dilampirkan juga butiran peribadi terperinci (resume) serta lampiran salinan sijil- sijil saya untuk rujukan tuan/puan. Sekian terima kasih saya ucapkan atas perhatian yang tuan/puan telah berikan dan saya menunggu untuk perkhabaran seterusnya. Yang benar,

alia

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful