You are on page 1of 19

HUKUM MEMBACA DAN MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS SERTA HUKUM MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH

MENGAJAR AL-QURAN
NURU NADZIRAH YACOB CHE NOORZULAIKHA CHE MAT NASIR SITI KHAIRUNNISA KAMAL

HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS

ORANG YANG BERHADAS KECIL:


Imam As-Thahawi mengatakan. Kami meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mengenai bolehnya berzikir kepada Allah tanpa wuduk dan juga membaca Al-Quran Diriwayatkan daripada Said bin Jabir, ia berkata: Ibn Abbas dan ibn umar pernah membaca AlQuran pada saat keduanya tidak dalam keadaan berwuduk

ORANG YANG BERHADAS BESAR


Jumhur Fuqaha berpandangan bahawa orang yang berjunub tidak diperbolehkan membaca AlQuran.

Imam Syafie berkata: Orang yang berjunub tidak boleh membaca AlQuran walaupun hanya sebahagian ayat sahaja kerana sesungguhnya bacaan tersebut mengurangi kehormatan yang wajib diberikan kepada Al-Quran.

Imam Al-Kosani Al-Hanafi berkata: Orang yang berjunub tidak diperbolehkan untuk membaca satu ayat Al-Quran ataupun kurang daripada itu.
Mazhab Maliki mengatakan: Orang junub diperbolehkan untuk membaca sedikit ayat Al-Quran. = Yang dimaksudkan dengan sedikit ayat Al-Quran iaitu seseorang yang memohon perlindungan dengan membaca Taawwuz/ ayat Kursi.

Mazhab Hanbali mengatakan: Seseorang tidak boleh mebaca Al-Quran kecuali setelah dia bersuci.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang yang junub dan haid tidak diperbolehkan untuk membaca sedikit pun ayat Al-Quran.

HUKUM MENYENTUH ALQURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS

Jumhur Ulama mengatakan bahawa tidak boleh menyentuh Al-Quran semasa berhadas. Mereka berhujah dengan firman Allah yang bermaksud: Pada kitab terpelihara (Luh Mahfuz) tidak menyentuhnya kecuali hamba-hambanya yang disucikan. (surah Al-Waqiah: 78-79)

Menurut mazhab Imam Hanafi: Seseorang tidak diperbolehkan untuk menyentuh Kitab Tafsir Al-Quran kerana sesungguhnya menyentuk Kitab Tafsir adalah sama dengan menyentuh Al-Quran. Menurut mazhab As-Syafie: Orang yang berhadas tidak diharamkan untuk menyentuh buku tafsir jika jumlah tafsirnya lebih banyak daripada ayat Al-Qurannya.

HUKUM MENGAJAR AL-QURAN

Tidak dibolehkan bagi orang yang berjunub untuk mengajar Al-Quran. Hal itu berdasarkan hadits yang berbunyi: : ( ) Rasulullah Salallahualaihi wassalam bersabda: 'Orang yang junub dan wanita yang haid tidak boleh membaca al-Qur`an."

Terdapat juga sebagian ulama membolehkan bagi yang haid untuk membaca al-Qur`an bila ia takut lupa terhadap hapalan yang akan di ujikan dan ia boleh membaca sebagian ayat sebagaimana boleh berzikir dan berdoa dengan ayat-ayat yang disebutkan dalam wirid.

HUKUM MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN

Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya ialah seperti berikut : a) Golongan yang mengajar al-Quran sematamata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan.

o Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' a.s.

b) Golongan

yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya.


Sebahagian ulama mengatakan: tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW:Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].

c) Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah. dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka.

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak. Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.

1. http://bahteraemass.blogspot.com/2012/04/ hukum-mengambil-upah-mengajar-alquran.html 2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=794 9.0 3. Abdul Karim Zaidan (1993). Ensiklopedia Hukum Wanita dan Keluarga. Robbani Press: Jakarta

SEKIAN

You might also like