You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN YDP UNTUK MAJLIS CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 Yang berusaha pengacara majlis Yang dihormati Guru

Besar Pn. Umi Zakiah Ambari Yang dihormati Ustaz Penceramah AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. KATA ALU-ALUAN Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis Motivasi bersama Ibubapa tahun 6 SRA Sg Sekamat malam ini. Saya amat mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru2 yang mana dapat meluangkan masa untuk hadir demi peningkatan akademik anak2 kita. Saya rasa berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan. Terima kasih. KEYAKINAN DALAMAN PELAJAR HENDAK SELARI TUNTUTAN ALLAH Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Sedangkan mereka ini hidup dalam zaman yang semakin mencabar dengan masalah sosial dan ekonomi. Pada awal tahun ini, kita merasa bangga kerana anak melayu boleh berjaya lebih dari kaum lain, iaitu pelajar cemerlang Nik Nor Madihah. Hampir seluruh Malaysia tertumpu kepada beliau, dan tabiat manusia adalah ingin mengetahui rahsia kejayaannya. Apa yang menarik dalam kisah beliau adalah, bukan sekadar kejayaan tetapi ketabahan beliau mengharungi pembelajaran dalam suasana serba kekurangan, dan lebih menonjol ialah beliau mempunyai keyakinan dalaman yang amat mengkagumkan dimana beliau sering menjadikan kebiasaannya berpuasa Isnin dan Khamis dan lain amalan seperti solat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Apa yang saya ingin sampaikan ialah konsep pembelajaran islam sebenar tidak sama dengan pembelajaran konvensional yang hanya menitik beratkan kejayaan keduniaan, malah lebih baik lagi kerana konsep pembelajaran islam merangkumi dunia dan akhirat yang akan lebih memberi motivasi kepada pelajar. Sebagaimana nabi dan sahabat baginda bermotivasi di dalam mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmanNya, yang bermaksud "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba" (Surah AlMutaffifin :26) HARAPAN AJK PIBG KEPADA IBUBAPA Untuk makluman tuan/puan, AJK PIBG akan terus berusaha ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi

kewangan kita tidak memadai kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Saya mengharapkan sokongan teguh ibubapa kepada PIBG untuk menyumbang idea, kewangan dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita . AJK PIBG telah merangka beberapa program dan aktiviti demi memastikan SRA ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan SRA terbaik di Selangor. PIBG mengsasarkan untuk mendapat peratus kelulusan PSRA 100% dalam jangkamasa 3 tahun bermula 2009. Ini bagi memastikan SRA Sg Sekamat adalah SRA terbaik (No. 1) daerah Hulu Langat. InsyaALLAH. Oleh itu saya, mengharapkan kerjasama dan sokongan tuan/puan di dalam menjayakannya. PROGRAM PIBG TAHUN INI Bagi AJK PIBG 2009/2010, kami telah menyusun program yang melibatkan beberapa kategori seperti: 1) Pendidikan: beberapa program telah dirancang dan akan dilaksanakan, sebagai contoh program malam ini (Motivasi kepada Ibubapa tahun 6), program pemantapan bahasa arab, bengkel menjawab soalan, motivasi berterusan kepada pelajar dan lain2 lagi. Disamping penumpuan kepada pelajar, AJK PIBG tidak lupa untuk meningkat tahap kemahiran guru-guru, oleh itu Biro Inovasi diwujudkan dengan ditugaskan menyediakkan program peningkatan kemahiran dan kecekapan guru-guru. 2) Kebersihan dan kecukupan prasarana: Disamping itu, PIBG juga tidak melupakan aspek kebersihan dan kecukupan prasarana, yang mana, pada tahun ini, Gotong royong akan diadakan 2 kali, bermula pada ahad ini (10 Mei 2009) dan sekali lagi pada bulan Ogos 2009 insyaALLAH. Saya mengharapkan ibubapa semua dapat hadir bagi memastikan suasana pembelajaran anak2 kita adalah dalam keadaan yang lebih kondusif. Langkah pertama yang diambil ialah mengetahui tahap/rating kebersihan dan kecukupan prasarana sekolah ini. PIBG telah memohon pandangan dan idea dari tuan/puan melalui SURVEY, adakah ianya telah dikembalikan kepada pihak sekolah?? 3) Dana PIBG: Untuk makluman dana PIBG sekolah ini, bolehlah diibaratkan kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang, yuran tahunan hanya cukup2 untuk operasi sekolah. InsyaALLAH PIBG juga akan melaksanakan program2 bagi menambahkan dana, yang mana sifat pemurah tuan/puan amatlah ditagih. Program2 ini akan dimaklumkan kepada tuan/puan dari masa ke semasa. 4) Komunikasi 2 Hala: Berikutnya, melalui Biro Perhubungan yang telah dibentuk, kami akan berusaha untuk mengeratkan lagi interaksi ibubapa dengan pihak sekolah, PIBG telah mewujudkan blog PIBG bersama alamat email, yang mana diharapkan tuan/puan dapat melayarinya dan memberi input/komen bernas bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah anak2 kita ini. InsyaALLAH kami juga akan mengeluarkan Buletin PIBG secara suku tahunan bermula daripada bulan ini dan beberapa program lain dari semasa ke semasa akan dimaklumkan melalui anak2 tuan/puan semua. PENUTUP Bagi pihak ibubapa, saya sebagai YDP PIBG ingin mengucapkan selamat hari guru 2009 dan mengucap jutaan terima kasih atas usaha gigih anda semua mendidik anak2 kami tanpa rasa jemu.

Saya percaya di bawah kepimpinan Guru Besar Pn Ummi Zakiah, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan yang sudi bersama-sama pada malam ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita. Wabillahi taufiq walhidayah Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Sekian, Terima kasih.

You might also like