You are on page 1of 11

Praktikal 4

: system pernafasan ikan, serangga dan mamalia.

Objektif

1. Untuk melatih pelajar membedah ikan, serangga dan mamalia kecil. 2. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan pembedahan. 3. Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam memapar, melukis dan melabel organ pernafasan. 4. Untuk membolehkan pelajar melihat struktur utama yang terlibat dalam pernafasan (paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk dan otot pudendal). 5. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang proses pertukaran gas dalam haiwan.

Teori: 1) Sistem respirasi berfungsi untuk membenarkan pertukaran gas. 2) Organisma besar memerlukan struktur respirasi seperti insang pada ikan dan peparu pada amfibia untuk melakukan pertukaran gas. 3) Ikan mempunyai insang yang berfungsi sebagai struktur resparasi.Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku pada permukaan insang. 4) Ikan bertulang belakang mempunyai 4 pasang insang dilindungi operkulum. 5) Sisir insang berfungsi untuk menapis butir makanan dan pasir supaya tidak mencederakan filament insang. 6) Bagi respirasi serangga pula, pada toraks dan abdomen terdapat liang kecil yang disebut sebagai spirakel. 7) Setiap spirakel mempunyai injap untuk mengawal penutupan dan pembukaan spirakel. 8) Spirakel membolehkan udara masuk ke dalam suatu sistem tiub udara yang disebut trakea.

9) Struktur respirasi mamalia terdiri daripada peparu kiri dan peparu kanan yang terletak di dalam rongga toraks. 10)Peparu dilindungi oleh tulang rusuk dan terpisah daripada rongga abdomen oleh diagfragma. 11)Mekanisme pernafasan melibatkan diafragma, otot interkosta luar dan dalam yang akan mengubah isipadu dan tekanan udara di dalam rongga toraks.

Bahan dan radas Tikus Lipas Ikan bertulang Alatan pembedahan

Papan pembedahan Kanta pembesar Pembaris plastic lutsinar Benang Prosedur :

a) Pembedahan system pernafasan ikan. 1. Bentuk ikan diperhatikan : cekap, kalung, insang dan ekor yang fleksibel. 2. Apakah kelebihan mempunyai bentuk sedemikian? 3. Badan ikan ditutup dengan sisik. Apakah fungsi sisik?

4. Ikan bertulang mempunyai insang di kedua-dua sisi ikan. Operculum pada salah satu sisi ikan dipotong bagi menampakkan insang. Berapa pasangkah insane yang dijumpai pada ikan tersebut? 5. Pertukaran gas berlaku di filament insang. Nyatakan cirri-ciri filament insang yang membolehkan pertukaran gas berlaku. Nyatakan fungsi filament insang.

b) Pembedahan system pernafasan serangga. Bahagian luar. 1. Kipas dibunuh dengan menggunakan klorofom dalam jar pembunuh. 2. Lipas kemudian diambil dan setiap bahagian segmen badannya diidentifikasikan. 3. Ke[pala, thorak, dan abdomen dilukis dan dilabel. Jumlah segmen yang membentuk kepala, thorak dan abdomen dikira. 4. Exoskeleton terdiri daripada lapisan kitin yang keras dan berlilin. Dimanakah kaki lipas tersebut bersambung? 5. Kepak lipas dibuka. Apakah perbezaan antara kedua-dua kepak tersebut dan apakah fungsinya? 6. Ventilator pada setiap segmen diperhatikan. Jumlah ventilator yang dijumpai di thorak dan abdomen dikira. Adakah ventilator dijumpai pada bahagian thorak?

Bahagian dalam. 1. Bahagian kepak dan sayap lipas dipotong. 2. Bahagian punggung anterior sehingga posterior anterior dipotiong secara perlahan. 3. Bahagian dalam dibuka dan diperhatikan di bawah mikroskop pembedahan. Udara akan mengalir melalui ventilator, trakea dan berakhir di trakeol. 4. Sedikit tisu diambil dan diletakkan di atas slid. Setitis air dititiskan dan coverslip diturunkan perlahan-lahan. 5. Tisu tersebut diperhatikan dibawah mikroskop. Salur pernafasan dikikis dan dilabel. (trakea dan trakeol).

c) Pembedahan system pembedahan mamalia. 1. Tikus dipinkan pada papan bedah dengan permukaan perut paling atas. 2. Sayatan dibuat pada pertengahan perut melalui kulit dan potong hingga ke hadapan rahang dan hingga ke belakang anus. 3. Kulit dipegang dengan menggunakan forcep. Tisu penghubung antara kulit dan dinding badan dipotong dan di pinkan pada papan bedah. 4. Dinding thorak dan perut dipotong untuk menunjukkan rongga torak. 5. Semua tisu dan otot leher dipotong untuk menunjukkan kedudukan trakea dan larynx. 6. Jantung, paru-paru, trakea dan osefagus dan larynx dibuang. 7. Struktur tersebut kemudian dilukis dan dilabel.

Keputusan

: :

Lukisan dan pelabelan

Perbincangan

Ikan 1) Sisik ikan berfungsi sebagai pelindung dari serangan penyakit, melindungi ikan dari perubahan cuaca drastik dan mempermudah gerakan ikan didalam air kerana ikan akan selalu bergesekan dengan air ataupun benda disekitarnya. 2) Insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku pada permukaan insang. 3) Terdapat dua pasang insang. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang filamen yang banyak mengandung lamela (lapisan tipis). 4) Ciri- ciri insang terdiri daripada lengkungan insang, dengan dua baris filamen insang, mempunyai banyak lamella insang/kapilari darah. 5) Pada filamen, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah sehingga memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen (O2) dan gas karbon dioksida (CO2). 6) Inspirasi: Oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh kapilari darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.

7) Ekspirasi: Karbon dioksida dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.

Lipas 1) Pada lipas pula, system trakeal terdiri daripada 10 pasang spirakel, yang terletak di bahagian sisi permukaan badan. 2 pasang adala toraks, dan 8 pasang merupakan abdominal. Spirakel dilindungi oleh bulu-bulu halus yang berfungsi untuk melindungi daripada bendasing dan injap yang mengawal buka tutup spirakel.

2) Spirakel terbuka kepada bahagian kecil yang dipanggil atria yang seterusnya bersambung menjadi tiub udara yang dipanggil trakeal. Trakeal merupakan tiub halus yang mempunyai dinding daripada satu lapisan sel epithelial. Sel tersebut merembeskan penebalan kutikular spiral di sepanjang tiub untuk menyokong tiub. Tiub trakeal seterusnya terbahagi kepada trakeol halus yang boleh memasuki ke dalam semua tisu dan adakalanya sel bagi serangga. 3) Tiub trakela utama bercantum untuk membentuk tiga cabang trakela yang utama iaitu- dorsal, ventral dan lateral. Pada sesetengah bahagian, trakea membesar membentuk pundi udara yang berfungsi untuk menyimpan udara. Sayap atas pula lebih tebal dan sayap bawah lebih lebar. Kaki lipas pula terletak pada bahagian toraks.

Mamalia 1) Paru-paru merupakan organ respirasi bagi mamalia seperti tikus. Laluan udara terbentuk dengan wujudnya nostril, farinks, larinks, trakea dan bronkus. Paruparu mengandungi jumlah alveoli yang banyak iaitu tapak untuk respirasi luar berlaku. Sangkar toraks yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang yang dipanggil tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru daripada tercedera. Diafragma dan tulang rusuk memainkan peranan penting dalam mekanisme tarik dan hembus nafas. 2) Pada badan tikus, dinding sangkar tulang rusuk dipotong dengan berhati-hati ke bahagian kiri garisan tengah ventral. Pembedahan ini sepatutnya bersambung dengan pembedahan yang dilakukan terlebih dahulu sebelumnya, yang telah mendedahkan organ dalaman di bahagian abdomen. Ruangan toraks terbuka. Ruangan toraks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ruang kiri pleural, yang mengandungi paru-paru kiri, ruang pleural kanan dan ruang pericardial, yang mengandungi jantung. 3) Paru-paru diperiksa, empat lobus paru-paru kanan dan tiga lobus paru-paru kiri dicatatkan. Bagi mamalia, udara perlu ditarik masuk dan dihembus keluar daripada paru-paru untuk memastikan pertukaran gas yang efisien berlaku di alveoli. Proses keluar masuk udara ini dikenali sebagai ventilasi. Untuk memastikan proses ini berlaku dengan lancer, pengecutan otot interkostal yang terletak antara tulang rusuk menarik tulang rusuk keatas dan keluar. Pada masa yang sama, diafragma mengecut dan ditarik kebawah menyebabkan ruang udara di dalam ruang pleural meningkat menyebabkan tekanan udara menurun. Udara ditolak masuk kedalam paru-paru dari luar mengikut keseimbangan tekanan. Untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru, tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh otot interkostal dan diafragma.

Kesimpulan

Lipas mempunyai 3 segmen badan iait kepala, toraks dan abdomen.

Soalan

1) a.

berapakah pasangan tulang rusuk yang dipunyai haiwan? 13

b.

bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas berlaku dalam haiwan? Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan perlindungan.

2) a.

nyatakan ciri-ciri dan rupa diafragma. Satu lapisan otot yang npis yang berada di bawah paru-paru dan jantung yang memisahkan dada dengan abdomen. Is merupakan satu permukaan yang berstruktur rata.

b.

apakah kepentingan ciri-ciri diafragma kepada pertukaran gas? Diafragma yang terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk penting untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang terpenting bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik. Apabila udara ditolak masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan ditarik keluar dan ke atas menyebabkan diafragma yang melekat pada tulang rusuk akan menjadi rata menyebabkan ruang udara pada ruang toraks bertambah. Ciri-cirinya yang fleksibel dan kuat membantu untuk

memastikan diafragma dapat mengembang dan mengecut dengan baik tanpa terkoyak.

3) Ukur panjang trakea (dari larynx sehingga ke bronkus) 4cm.

You might also like