You are on page 1of 11

Gunakan Strategi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Sumber Manusia merupakan cara pengurusan pekerja yang mula digunakan dalam pengurusan pekerja lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Pengurusan pekerja sebelum itu adalah mengikut cara yang lama. Cara tersebut dinamakan 'Pengurusan Personel'. Apakah pengurusan personel? Pengurusan personel adalah cara pengurusan hal ehwal pekerja mengikut cara tradisional. Ini bermaksud bahawa aktiviti-aktiviti berkaitan dengan personel dijalankan secara pentadbiran. Tidak terdapat tumpuan kepada pencapaian objektif-objektif pekerja sebagai tenaga manusia dengan menggunakan strategi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dibawah pengurusan personel termasuklah:

Pengisian jawatan Kenaikan pangkat Skim perkhidmatan Pentadbiran gaji dan elaun Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan Latihan pekerja Perjalanan rasmi dan penginapan Pentadbiran pelbagai cuti Penilaian prestasi pekerja Kesihatan dan keselamatan pekerja Disiplin Penamatan perkhidmatan Persaraan Penyimpanan rekod dan sebagainya

Cara pengurusan mengikut pengurusan personel selalunya "reactive". Ini bermaksud bahawa tindakan akan diambil jika dan apabila sesuatu kejadian berlaku atau sesuatu masalah timbul. Sebagai pekerja di Jabatan Sumber Manusia, anda mengetahui bahawa pengurusan sumber manusia juga berkaitan dengan tugas-tugas sepertimana yang disenaraikan. Tetapi terdapat perbezaan yang jelas di antara dua cara pengurusan ini.

Objektif Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Dengan Objektif Organisasi Perancangan dilakukan di bawah pengurusan personel tetapi perancangan tidak dilakukan secara sistematik atau menyeluruh. Penggunaan perancangan strategik membandingkan pengurusan sumber manusia daripada pengurusan personel. Pengurusan personel tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pekerja tetapi fokus pengurusan sumber manusia adalah perancangan menyeluruh di mana pencapaian misi dan matlamat organisasi diutamakan. Organisasi-organisasi menjalankan aktiviti-aktiviti setiap hari berasaskan kepada objektifobjektif yang dirancang. Objektif-objektif pengurusan tenaga manusia adalah sejajar dengan objektif keseluruhan organisasi. Ini memberi keberkesanan kepada semua urusan sumber manusia. Ia bertujuan untuk menjayakan perancangan strategik organisasi anda. Perancangan strategik adalah perlu di dalam pengurusan tenaga manusia yang mana ia dikaitkan dengan pencapaian misi dan objektif-objektif organisasi. Organisasi, terutama sekali yang mempunyai matlamat berbentuk komersial, ingin berjaya di dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Ini memerlukan sumber-sumber seperti kewangan, hartanah, alat-alat, teknologi dan sebagainya. Sumber manusia dengan kebolehan dan pengetahuan mereka adalah sumber utama anda yang boleh membantu mencapai kejayaan organisasi anda. Tanpa pekerja, tidak ada organisasi yang mampu melaksanakan apa-apa aktiviti. Kaji sama ada semua urusan pengurusan pekerja anda berkesan. Tanya sama ada setiap aktiviti pengurusan pekerja anda sejajar atau sehaluan dengan matlamat organisasi anda. Sebahagian daripada maklumat yang diperlukan boleh didapati di bawah "Consultancy Services."

Pekerja Anda Adalah Aset Terpenting Segolongan daripada organisasi-organisasi besar di beberapa negara telah pun menerima hakikat bahawa pekerja adalah aset terpenting mereka. Mengikut prinsip ini, tenaga pekerja anda dapat membantu memajukan dan meningkatkan prestasi organisasi.

Teknologi adalah penting. Tetapi ia tidak dapat mengambil alih peranan pekerja anda. Aset-aset lain seperti kewangan, bangunan, alat-alat, teknologi dan sebagainya hanya bernilai jika pekerja menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran mereka dalam pengurusannya. Apakah langkah yang organisasi anda akan ambil mengenai perkara yang sangat penting ini? Organisasi anda tidak mempunyai banyak pilihan jika ia ingin terus bersaing dalam suasana perniagaan yang semakin menjadi rumit dan kompetitif. Pekerja anda akan dapat membantu dalam aspirasi ini. "Version" pengurusan sumber manusia strategik di dalam Bahasa Inggeris (English Language) adalah terdapat di "strategic human resources management."

Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan pekerja berhubung-kait dengan aktiviti-aktiviti lain yang perlu dilaksanakan oleh organisasi. Perkara-perkara seperti pemasaran, pengeluaran, perakaunan, kewangan, kajian dan pembangunan, dan pengurusan sistem maklumat adalah penting. Fungsi pengurusan pekerja adalah untuk membantu meningkatkan keberkesanan aktivitiakitiviti ini. Sebagai contoh strategi pengurusan sumber manusia harus digunakan di dalam pengurusan perniagaan. Sila klik di sini mengenai maklumat bagaimana strategi PSM boleh dikaitkan dengan strategi perniagaan. Adalah jelas bahawa faktor-faktor seperti "peribadi, komitmen, pengetahuan, pengalaman, dan perhubungan" adalah berkaitan dengan kualiti tenaga manusia.

Bagaimana pengurusan tenaga manusia dapat menyumbangkan untuk menjayakan pencapaian objektif-objektif organisasi? Perancangan strategik perlu digunakan dalam pengurusan perkara-perkara seperti berikut: 1. Pengambilan pekerja hendaklah mengikut keperluan semasa oleh organisasi atau dalam jangka pendek atau jangka panjang. o Ia juga berasaskan kepada kemajuan teknologi dan saingan daripada organisasi-organisasi lain. Globalisasi dan kebolehan sumber tenaga pekerja yang berasal dari negara-negara lain perlu diambilkira. o Anda perlu menentukan bilangan dan kualiti, kepakaran, kebolehan dan pengetahuan pekerja yang diperlukan.

2. Kenaikan pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan pekerja atau eksekutif yang sangat sesuai dengan mengambilkira kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan tingkahlakunya. Bagi jawatan eksekutif, kualiti lain seperti kepimpinan adalah berkaitan.

3. Gaji dan kemudahan-kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan, mengekalkan atau meningkatkan motivasi pekerja, dan mempengaruhi mereka untuk kekal dalam perkhidmatan. o Setiap kali ada di antara pekerja anda yang meletakkan jawatan, organisasi anda akan kehilangan kepakaran serta pengetahuan. o Juga tidak ada jaminan bahawa anda akan dapat cari pengganti yang berkebolehan. Aktiviti pengambilan pekerja memakan masa dan melibatkan kos.

4. Latihan dan pembangunan perlu diurus berasaskan kepada keperluan pekerja dan organisasi. o Ia bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pekerja baru agar mereka dapat menjalankan tugas jawatan yang di sandang. o Ia juga bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam, atau meningkatakan kompentensi pekerja dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka. o Latihan juga menyediakan pekerja untuk menjalankan tugas yang lebih bertanggungjawab. Ia dapat memajukan kerjaya pekerja selain daripada memberi motivasi kepada mereka.

5. Pengurusan prestasi pekerja dihubungkaitkan dengan produktiviti pekerja dan juga produktiviti organisasi. Proses pengurusan prestasi perlu disediakan dengan teratur dan dilaksanakan secara sistematik. o Penilaian prestasi adalah salah satu daripada langkah-langkah dalam proses pengurusan prestasi. Ia adalah salah satu daripada perkara-perkara yang terpenting.

6. Perhubungan di antara majikan dan pekerja adalah bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan. Kewujudan suasana demikian memberi keselesaan pekerja untuk melakukan tugas dan tanggungjawab mereka. o Perhubungan pekerja juga dipanggil sebagai 'perhubungan perindustrian' yang menunjukkan peranan kesatuan pekerja dalam hubungan di antara pekerja dan majikan. o Majikan dan pihak kesatuan pekerja, jika ada, mempunyai tujuan yang sama, iaitu, kejayaan dan keuntungan organisasi. Jika organisasi menjadi muflis atau mengalami kerugian, kedua-dua pihak, pekerja dan majikan, akan rugi.

Perkara yang serius seperti disiplin pekerja adalah ditangani dengan tujuan mengekalkan nama baik organisasi sebagai "Employer of Choice." Gunakan cara mengikut proses dan prosidur tertentu dalam penyelesaian isu-isu disiplin. Semua urusan disiplin perlu dikendalikan mengikut prinsip 'Law of Natural Justice' yang boleh difahamkan sebagai princip keadilan semulajadi.

7. Saluran komunikasi yang efektif adalah dilaksanakan secara menyeluruh. Ini dapat membantu dalam pemberian penerangan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan dasar organisasi, hal ehwal pekerja dan segala perancangan organisasi. o Salah satu daripada saluran komunikasi adalah Buku Panduan Pekerja. Panduan tersebut akan menerangkan segala dasar organisasi. Ia juga membantu pengurus-pengurus termaksuk Pengurus Sumber Manusia mempertahankan keputusan mereka.

8. Kemudahan dan keistimewaan lain adalah diberikan dengan tujuan memperkukuhkan nama organisasi sebagai "Employer of Choice". Semua perkara ini adalah terkandung dalam fungsi-fungsi Jabatan Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, semua pengurus dan penyelia barisan hadapan juga mempunyai tugastugas berbentuk pengurusan sumber manusia. Mereka mempunyai pekerja bawahan masing-masing yang harus dijaga dan diurus dengan berkesan. Pengurus barisan hadapan serta penyelia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap perkara berkaitan dengan sumber manusia seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. merancang keperluan tenaga manusia bagi jabatan atau bahagian masing-masing menemuduga calon-calon bagi kekosongan di jabatan atau bahagiannya mengadakan program latihan dan pembangunan bagi pekerja di bawah jagaannya membuat penilaian prestasi pekerja bawahan mengurus perkara lain yang berkaitan dengan sumber manusia bagi jabatan atau bahagiannya

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia anda perlu membantu mereka dengan memberi panduan dan sokongan yang mencukupi.

Cara Terkini Dalam Pengurusan Tenaga Pekerja Cara pengurusan tenaga pekerja mengikut cara lama, iaitu pengurusan personel, sebenarnya telah berlalu. Tetapi banyak lagi bilangan organisasi yang menggunakan cara lama ini. Cara ini adalah seperti "memadam api" di mana tindakan akan diambil apabila masalah timbul atau sesuatu perkara telahpun berlaku.

Cara baru memerlukan penggunaan strategi dalam pengurusan sumber manusia. Di bawah cara ini, tindakan atau keputusan diambil secara "pro-active, iaitu, langkah-langkah diambil sebelum sesuatu perkara atau masalah berlaku. Setiap aktiviti pengurusan tenaga pekerja dikaitkan dengan pencapaian matlamat organisasi. Tenaga manusia telahpun diterima sebagai "partner" dalam menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi. Ulrich menyatakan:
"Semua pakar sumber manusia memainkan peranan rakan strategik (strategic partner) apabila mereka mempunyai kebolehan mewujudkan strategi perniagaan komersial".

Organisasi anda perlu peka ke atas keperluan setiap pekerja di jabatan sumber manusia. Mereka harus memajukan kebolehan atau pengetahuan di dalam perniagaan, berorientasi kepada pelanggan dan dapat mengaitkan strategi perniagaan dengan dasar dan amalan pengurusan sumber manusia. Apakah kedudukan di dalam organisasi anda? Apakah yang harus dilakukan? Organisasi anda mempunyai banyak peluang untuk melaksanakan pengurusan sumber manusia secara strategik. Anda boleh belajar daripada organisasi-organisasi yabg telahpun melaksanakannya dengan jayanya. Sediakan perancangan strategik dan majukan kepada pengurusan tinggi untuk kelulusan.

Cabaran kepada Pengurusan Organisasi Pengurus-pengurus sumber manusia harus menjadikan diri mereka sebagai penyumbang strategik kepada organisasi. Jika anda berkedudukan yang sama, pengetahuan tentang implikasiisu-isu tenaga pekerja harus diperolehi. Peningkatan keuntungan perlu dicapai melalui peningkatan produktiviti pekerja. Tugas-tugas pekerja perlu diurus secara strategik agar ia dapat menyumbangkan kepada kejayaan organisasi. Tenaga pekerja dapat meningkatkan daya saing organisasi anda jika pengurusan strategik digunakan. Penyumbangan anda kepada kejayaan organisasi disekat sekiranya pengurusan kanan tidak bersedia untuk menerima pengurusan sumber manusia sebagai salah satu penyumbang utama kepada sukses dan keuntungan organisasi.

Definasi Untuk menekankan berapa pentingnya pengurusan sumber manusia, semua eksekutif yang bertanggungjawab perlu ingat setiap masa bahawa cara pengurusan tenaga pekerja ini

menggunakan perancangan strategik untuk menjadikan pekerja lebih produktif agar dapat mencapai matlamat komersial organisasi. Di dalam masa yang sama, cara pengurusan ini juga bertujuan dan harus dapat menunaikan keperluan-keperluan pekerja. Strategi adalah difahamkan sebagai pelan tindakan terperinci untuk mencapai sesuatu objektif. Di dalam aspek pengurusan tenaga pekerja, ia mengandungi pelan tindakan di mana setiap aktiviti pengurusan pekerja disalurkan untuk membantu mencapai objektif-objektif tenaga pekerja dan seterusnya menjayakan setiap aktiviti organisasi. Badan-badan sukarela atau organisasi bukan kerajaan perlu mencapai matlamat mereka dengan menggunakan cara yang "cost-effective". Strategi perlu digunakan agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pengguna atau masyarakat. Inilah sebab ia dipanggil "Pengurusan Sumber Manusia Strategik."

Sediakan Kemudahan Persaraan serta Insentif-Insentif Lain Agar Dapat Meningkatkan Komitmen Pekerja dan Memberi Mereka Motivasi Untuk Terus Kekal Dalam Perkhidmatan
Adalah jelas bahawa organisasi anda harus menggunakan strategi bagi setiap perkara berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.

Selain daripada yang telahpun dinyatakan, perkara-perkara lain yang harus diurus termasuklah:
1. membuat perancangan dengan tujuan meningkatakan motivasi pekerja dalam urusan setiap hari 2. mengurus secara sistemaik segala perkara berhubungkait dengan hal ehwal bakal pesara dengan tujuan memperkukuhkan imej "majikan pilihan" 3. memberi kemudahan perubatan yang munasabah untuk menjaga kesihatan pekerja dan tanggungan agar pekerja dapat menumpuhkan tenaga dan masa dalam menjalankan tugas 4. memberi sert mengurus cuti dan kemudahan lain secara berkesan untuk mengelakkannya daripada menjada sumber pertikaian di antara organisasi dan pekerja

Pengurusan sumber manusia menggunakan strategi di dalam perkara tersebut. Pengurusan sumber manusia bermula pada masa pengambilan pekerja, dan seterusnya penyediaan insentif yang memberi motivasi kepada pekerja agar mereka akan lebih komited kepada organisasi dan terus kekal dalam perkhidmatan sehingga bersara.

Realiti Baru Dalam Pengurusan Sumber Manusia Adalah diperakukan oleh sebilangan 'proponents' atau penyokong-penyokong pengurusan sumber manusia, bahawa:

Jabatan Sumber Manusia wujud untuk meningkatkan daya saing tenaga pekerja. Ia bukan untuk membuat pekerja lebih selesa. Aktiviti-aktiviti pengurusan pekerja hanya dapat di jalankan dengan pengetahuan yang mencukupi. Pengurus Sumber Manusia dan "HR professionals" perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Sumbangan daripada amalan-amalan pengurusan pekerja kepada keuntungan hendaklah diukur. Tahap kebolehan pekerja haruslah dipertingkatkan untuk menambah nilai, bukan mengurangkan kos. Amalan pengurusan pekerja wujud untuk membantu setiap pekerja menjadi lebih komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pakar-pakar sumber manusia (HR professionals) harus mencabar serta menyokong pihak pengurusan dalam semua aspek pengurusan. Pengurus-pengurus barisan hadapan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas-tugas berkaitan dengan sumber manusia.

Dasar-Dasar Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Adalah dipertutunkan oleh beberapa penulis bahawa:

Dasar-dasar PSM bertujuan untuk memberi panduan dalam membuat keputusan dengan cepat dan konsisten Ia juga menyokong dengan memberi asas kepada keputusan pengurus-pengurus serta membantu mereka mempertahankan keputusan-keputusan mereka berasaskna kepada dasar yang diluluskan dan diketahui oleh semua pekerja.

Langkah Yang Harus Diambil Seterusnya Sumber manusia adalah satu-satunya aset yang dapat membantu organisasi untuk menjadi lebih kompetitif. Ini adalah kritikal oleh sebabkan kesan globalisasi, kemajuan teknologi yang tidak dapat dijangkakan, dan ekpektasi yang lebih tinggi daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas kejayaan organisasi. Tenaga pekerja adalah aset terpenting untuk menjayakan aktiviti-aktiviti komersial organisasi anda. Keupayaan organisasi anda disekat jika pekerja tidak komited, tidak mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi. Kedudukan yang sama wujud sama ada matlamat organisasi adalah keuntungan atau sebaliknya seperti dalam kes organisasi bukan kerajaan ('NGO').

Dengan menggunakan strategi dalam pengurusan sumber manusia, pekerja anda akan berkemampuan yang lebih tinggi. Mereka akan mengetahui peranan mereka dengan lebih jelas. Dengan kesdearan ini, mereka akan dapat menyalurkan tenaga mereka dengan lebih efektif dalam menjalankan tugas masing-masing. Dengan demikian, objektif strategik organisasi anda dapat dicapai. Organisasi anda berkemampuan untuk berjaya, dan dapat bertahan dan berjaya dalam masa panjang demi untuk kebaikan organisasi dan pekerja. Adakah organisasi anda bersedia mengambil langkah menuju ke pengurusan sumber manusia secara strategik? AMBIL tindakan bijak sekarang!

Jika anda sedang mencari buku-buku berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, klik nama buku yang disenaraikan di bawah: 1. Mengurus Sumber Manusia dan Sistem Gaji 2. Maintaining Relationships with Human Resource

Aktiviti-Aktiviti lain yang dijalankan di bawah Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Pengambilan Pekerja Pengambilan pekerja memainkan peranan penting untuk mencari pekerja yang berkebolehan.

Adalah menjadi tanggungjawab penting Jabatan Sumber Manusia untuk merancang keperluan pekerja mengikut masa dan perancangan organisasi. Pengoditan Fungsi Pengurusan Sumber Manusia Sebagai Pengurus Sumber Manusia anda harus menjalankan odit ke atas fungsi sumber manusia (human resource audit) sekali setahun untuk mengetahui sama ada dasar, proses dan prosedur dapat memenuhi keperluan organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang. Perkara seperti persaraan pekerja, kenaikan pangkat, peletakan jawatan, pemberhentian pekerja, perancangan kemajuan organisasi, dan keadaan persekitaran perlu diambilkira. Keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan organisasi juga perlu diambilkira. Selalunya jika organisasi mengalami masalah kewangan oleh kerana kemelesatan ekonomi dan perlu mengurangkan kos, pekerja akan menjadi sasaran utama. Pekerja akan diberhentikanmengikut keputusan yang mungkin tidak dapat ditukar.

Latihan dan Pembangunan Pekerja Kemahiran dan pengetahuan pekerja harus dipertingkatkan pada setiap masa agar pengurusan sumber manusia dapat memberi perkhidmatan berkesan kepada setiap sektor organisasi. Pekerja yang mahir dan berkebolehan dapat membantu organisasi anda untuk meningkatkan prestasi. Ekoran daripada ini kedudukan pendapatan akan meningkat. Latihan dan pembangunan pekerja perlu diurus secara strategik. Ini bermaksud bahawa ia dirancang dengan tujuan mencapai objektif organisasi dan juga objektif pekerja. Perancangan ini dibuat dengan membuat analisa keperluan latihan semua pekerja serta organisasi. Ini akan dapat mengesan jenis latihan dan pembangunan yang tepat. Bajet latihan tidak akan disia-siakan dan kedudukan bajet pada tahun kemudiannya tidak terjejas. Pengurusan Prestasi Pengurusan prestasi pekerja bertujuan meningkatkan prestasinya serta prestasi organisasi. Perlu diingat bahawa penilaian prestasi 'bukan' pengurusan prestasi tetapi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti di dalam pengurusan prestasi. Perhubungan Majikan-Pekerja Ini juga dirujuk sebagai 'perhubungan perindustrian' jika wujud kesatuan pekerja di dalam organisasi. Terdapat beberapa cara menangani perhubungan dengan kesatuan pekerja iaitu:
1. cara bertentangan ("adversarial approach") 2. cara persefahaman ("unitarist approach") 3. cara marxist

Penggajian dan Kemudahan Untuk mengekalkan imej sebagai majikan pilihan ("Employer of Choice") sistem penggajian dan kemudahan harus disediakan dengan tujuan menarik pekerja-pekerja yang berbakat, meningkatkan motivasi pekerja agar menumpukan perhatian kepada tugas serta tanggungjawab, dan mengekalkan minat mereka untuk terus berkhidmat dengan organisasi anda. Rakan Strategik Perniagaan, dll Terdapat aktiviti lain seperti mencari teknologi yang amat sesuai dalam pengurusan pekerja, melaksanakan saluran perhuhungan yang efektif, dan mencari jalan untuk meningkatkan prestasi jabatan sumber manusia agar dapat menjadi rakan strategik untuk menjayakan perniagaan organisasi.
Maklumat Tambahan Kepada "Pengurusan Sumber Manusia"

Matlamat Pengurusan Strategik Sumber Manusia Berbagai matlamat pengurusan strategik sumber manusia seperti:
1. mencari pekerja yang sangat sesuai bagi jawatan yang perlu diisi 2. mengesan cara efektif untuk meningkatkan produktiviti pekerja

3. mengekalkan pekerja di dalam perkhidmatan 4. dan banyak lagi yang lain yang berkaitan dengan mencapai ketiga-tiga perkara di atas.

Yang penting sekali adalah untuk menghubung-kaitkan setiap matlamat sumber manusia iaitu pekerja anda - kepada objektif-objektif organisasi anda.

Peranan Pengurus Sumber Manusia Terdapat beberapa peranan Pengurus Sumber Manusia termasuklah:
1. Menjaga kedudukan pekerja di dalam perkhidmatan. Ini bermaksud bahawa hak pekerja perlu dihormati dan dijaga mengikut peruntukan undang-undang, dasar dan prosedur 2. Mempastikan perubahan dilaksanakan dengan teratur dan diterima oleh semua pekerja 3. Sebagai rujukan oleh pengurus barisan hadapan oleh kerana kepakarannya 4. Menjadikan dirinya dan setiap pekerja terutama sekali pekerja berjawatan penting sebagai rakan strategik perniagaan organisasi Sila klik di sini bagi matlumat mengenai "Human Resource Manager"

You might also like