You are on page 1of 39

Semantik

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut a, makna denotasi dan dan makna konotasi b. Makna dalam kont eks c. Hubungan makna dengan kebudayaan d. Perubahan makna e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat. Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.

Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini . Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata. Lihat contoh ayat berikut. Ayah saya pemandu

Kata

Ciri (i) manusia (ii) lelaki

ayah

(iii) dewasa (iv) bapa kepada anak Ciri (i) ganti nama

Kata

saya

(ii) manusia (iii) orang yang berkata ciri-ciri (i) manusia

Kata

(ii) membawa pemandu kenderaan (iii mempunyai lesen Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat

Orang itu abang saya

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi denotasi ialah makna tersurat

Makna dalam konteks Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

Hubungan makna dengan kebudayaan Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contoh: Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).

Perubahan makna Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat. Contoh: rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf. Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contoh: sang suria = matahari hangat = panas Antonim merujuk kepada

Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, Contoh: makna konseptual dan 1. Awak betulmakna ideasional betul hati batu ( hati membawa Contoh: maksud degil, tetap pendirian) Ayam tambatan: Ayam yang 2. Sedap betul ditambat atau makan hati diikat dengan tali dengan nasi atau lain-lain alat beriyani. (Hati pengikat. membawa maksud organ haiwan yang Konotasi pula menjadi hidangan ialah makna tambahan, atau yang menyelerakan) makna tersirat. Contoh:

Tuanku: 3. Berhati-hati di Digunakan oleh jalan raya. (Hati orang biasa untuk merendah diri Ayam tambatan: bermaksud

Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan. Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif Terdapat katakata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza. Contoh: Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokohtokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).

apabila berhubung dengan golongan raja.

perkataanperkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Contoh: Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam.

Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna. Contoh: kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang) Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan) Meronim Meronim ialah perkataanperkataan yang menunjukkan sebahagian daripada. Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.

Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak. Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut: Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan) Tidak masak betul (barang yang dimasak) Tidak atau belum dimasak (barang makanan) Belum diproses (bahan galian dan sebagainya) Belum matang pemikiran. Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza. Contoh: pasang I - jodoh atau kelamin pasang II - naik atau bertambah

(air laut) pasang III tembak (meriam) pasang IV berhias (badan) Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i. homofon kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. contoh: massa denan masa ii. homograf kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu etaling atau epepet. Contoh: semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula). bela-memelihara bela-menuntut bela/balas pelekat-kain

sarung pelekat-gam Homonim mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa. contoh: daki I - kotoran daki II - panjat

Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Peluasan makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

Penyempitan makna

Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

Pemindahan makna Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan. Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

Peribahasa i. Simpulan bahasa ii. Perumpaan iii. Bidalan iv. Pepatah atau perbilangan

Bukan Peribahasa i. Kiasan (Metafora atau Personafikasi) ii. Kata hikmat

(kembali ke laman sukatan pelajaran STPM) Ini adalan versi html bagi fail http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/Semantik.doc. G o o g l e secara otomatik menjana versi html semasa kita melayari laman web.

Semantik. Perubahan Makna. 1) Pendahuluan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah

pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi makna.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan Bahasa dan internet. Matlamat utama kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)

Semantik Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos

yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa

Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)

Perkataan dan Makna Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang

mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata dua, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, jumlah satu campur satu atau 1 + 1. Manakala, kata beras, misalnya, ada bentuk be ras dan maknanya padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

4)

Konteks dan Makna Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,

Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga

Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Dalam kedua dua situasi tadi, kata cantik memang tidaklah sama. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

5)

Perubahan Makna Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam

bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji

bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan.

Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu

seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satu satu budaya masyarakat bahasa. Faktor factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep konsep baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkaaan diperlukan.

6)

Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh contoh yang berikut: 1) 2) 3) 4) Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. Pekerja pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

5) 6) 7)

Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ayat tersebut. Umpamanya, mereka mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak

diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan.

Demikinalah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya.

Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji

Bibliografi

Majalah S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28

Internet Semantik, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai. Hal ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik seperti kebudayaan, konteks di mana perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek psikologi penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk

memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.

Definisi Makna

-Makna ialah erti atau maksud. Makna juga diertikan sebagai idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada pemikiran penutur kepada pemikiran pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau bahasa lain. Makna dalam linguistik merupakan keadaan apabila penutur mengujar dan gerak balas yang dijangkakan pada pendengar seolah-olah terhubung erat.

KEADAAN PENUTUR ===> PERTUTURAN ====> GERAK BALAS PENDENGAR

Keperihalan keadaan penggunaan merupakan faktor penting dalam menentukan makna sesuatu perkataan, frasa, klausa, atau ayat. Dengan kata lain, makna sesuatu ayat atau ujaran tidak semata-mata ditentukan oleh makna setiap perkataan atau pertalian strukturan antara perkaraperkara yang membina sesebuah ayat tetapi faktor-faktor lain seperti intonasi, pengucapan, keadaan penutur, tujuan sesuatu ayat yang diujarkan juga penting.

TEORI BEHAVIORISME PRINSIP PRINSIP TEORI BEHAVIORISME 1. Obyek psikologi adalah tingkah laku 2. semua bentuk tingkah laku di kembalikan pada reflek 3. mementingkan pembentukan kebiasaan ADA DUA ALIRAN BESAR DALAM TEORI BEHAVIORISME 1. reflek bersarat dari rusia di antaranya PAVLOV dkk 2. behaviorisme dari amerika di antaranya THORNDIKE dkk A .Teori Belajar Behaviouristik Pengertian Adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia. Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberirespon terhadap lingkungan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka.

Kerangka Berfikir Teori Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan,mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan. Pada teori belajar ini sering disebut S-R psikologis artinya bahwa tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran atau reward dan penguatan atau reinforcement dari lingkungan. Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi behavioural dengan stimulusnya. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahllaku adalah hasil belajar.

Tokoh-tokoh Edward Lee Thorndike (1874-(((1874-1949) Menurut Thorndike belajar merupakan peristiwa terbentuknya asosiasi-asosiasi anatara peristiwa yang disebut stimulus dan respon. Teori belajar ini disebut teori connectionism. Eksperimen yang dilakukan adalah dengan kucing yang dimasukkan pada sangkar tertutup yang apabila pintunya dapat dibuka secara otomatis bila knop di dalam sangkar disentuh. Percobaan tersebut menghasilkan teori Trial dan Error. Ciri-ciri belajar dengan Trial dan Error Yaitu : adanya aktivitas, ada berbagai respon terhadap berbagai situasi, adal eliminasai terhadap berbagai respon yang salah, ada kemajuan reaksi-reaksi mencapai tujuan. Thorndike menemukan hukum-

hukum. 1 Hukum kesiapan (Law of Readiness) Jika suatu organisme didukung oleh kesiapan yang kuat untuk memperoleh stimulus maka pelaksanaan tingkah laku akan menimbulkan kepuasan individu sehingga asosaiasi cenderung diperkuat. 2 Hukum latihan Semakin sering suatu tingkah laku dilatih atau digunakan maka asosiasi tersebut semakin kuat. 3 Hukum akibat Hubungan stimulus dan respon cenderung diperkuat bila akibat menyenangkan dan cenderung diperlemah jika akibanya tidak memuaskan.

Ivan Petrovich Pavlo (1849-1936) dan Watson Pavlo mengadakan percobaan laboratories terhadap anjing. Dalam percobaan ini anjing di beri stimulus bersarat sehingga terjadi reaksi bersarat pada anjing. Contoh situasi percobaan tersebut pada manusia adalah bunyi bel di kelas untuk penanda waktu tanpa disadari menyebabkan proses penandaan sesuatu terhadap bunyi-bunyian yang berbeda dari pedagang makan, bel masuk, dan antri di bank. Dari contoh tersebut diterapkan strategi Pavlo ternyata individu dapat dikendalikan melalui cara mengganti stimulus alami dengan stimulus yang tepat untuk mendapatkan pengulangan respon yang diinginkan. Sementara individu tidak sadar dikendalikan oleh stimulus dari luar. Belajar menurut teori ini adalah suatu proses perubahan yang terjadi karena adanya syarat-syarat yang menimbulkan reaksi.Yang terpenting dalam belajar menurut teori ini adalah adanya latihan dan pengulangan. Kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara otomatis keaktifan dan penentuan pribadi dihiraukan.

Carlk L. Hull Reinforcement adalah faktor penting dalam belajar yang harus ada. Namun fungsi reinforcement bagi Hull lebih sebagai drive reduction daripada satisfied factor. Dalam mempelajari hubungan S-R yang diperlu dikaji adalah peranan dari intervening variable (atau yang juga dikenal sebagai unsur O (organisma). Faktor O adalah kondisi internal dan sesuatu yang disimpulkan (inferred), efeknya dapat dilihat pada faktor R yang berupa output.

Skinner (1904-1990) Skinner menganggap reward dan rierforcement merupakan factor penting dalan belajar. Skinner berpendapat bahwa tujuan psikologi adalah meramal mengontrol tingkah laku. Pda teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga anak akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning.

Operant conditing menjamin respon terhadap stimuli.Bila tidak menunjukkan stimuli maka guru tidak dapat membimbing siswa untuk mengarahkan tingkah lakunya. Guru memiliki peran dalam mengontrol dan mengarahkan siswa dalam proses belajar sehingga tercapai tujuan yang diinginkan Skinner membagi menjadi 2 jenis respon. 1. Responden Respon yang terjadi karena stimulus khusus misalnya Pavlo. 2. Operans Respon yang terjadi karena situasi random. Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai keinginan. Prinsip belajar Skinners adalah : 1. Hasil belajar harus segera diberitahukan pada siswa jika salah dibetulkan jika benar diberi penguat. 2. Proses belajar harus mengikuti irama dari yang belajar. Materi pelajaran digunakan sebagai sistem modul. 3. Dalam proses pembelajaran lebih dipentingkan aktivitas sendiri, tidak digunakan hukuman. Untuk itu lingkungan perlu diubah untuk menghindari hukuman. 4. Tingkah laku yang diinginkan pendidik diberi hadiah dan sebaiknya hadiah diberikan dengan digunakannya jadwal variable ratio reinforcer. 5. dalam pembelajaran digunakan shapping

Robert Gagne (1916-2002) Teori gagne banyak dipakai untuk mendisain Software instructional (Program berupa Drill Tutorial). Kontribusi terbesar dari teori instructional Gagne adalah 9 kondisi instructional: 1. Gaining attention = mendapatkan perhatian 2. intorm learner of objectives = menginformasikan siswa mengenai tujuan yang akan dicapai 3. stimulate recall of prerequisite learning = stimulasi kemampuan dasar siswa untuk persiapan belajar. 4. Present new material = penyajian materi baru 5. Provide guidance = menyediakan pembimbingan 6. Elicit performance = memunculkan tindakan 7. Provide feedback about correctness = siap memberi umpan balik langsung terhadap hasil yang baik 8. Assess performance = Menilai hasil belajar yang ditunjukkan 9. Enhance retention and recall = meningkatkan proses penyimpanan memori dan mengingat. Gagne disebut sebagai modern noebehaviouristik mendorong guru untuk merencanakan pembelajaran agar suasana dan gaya belajar dapat dimodifikasi.

Albert Bandura (1925-sekarang) Teori belajar Bandura adalah teori belajar social atau kognitif social serta efikasi diri yang menunjukkan pentingnya proses mengamati dan meniru perilaku, sikap dan emosi orang lain. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi tingkah laku timbale balik yang berkesinambungan antara kognitine perilaku dan pengaruh lingkungan. Factor-faktor yang berproses dalam observasi adalah perhatian, mengingat, produksi motorik, motivasi. Aplikasi teori behaviouristik terhadap pembelajaran siswa Guru yang menggunakan paradigma behaviourisme akan menyusun bahan pelajaran yang sudah siap sehingga tujuan npembelajaran yang dikuasai siswa disampaikan secara utuh oleh guru. Guru tidak hanya memberi ceramah tetapi juga contoh-contoh. Bahan pelajaran disusun hierarki dari yang sederhana sampai yang kompleks. Hasil dari pembelajaran dapat diukur dan diamati, kesalahan dapat diperbaiki. Hasil yang diharapkan adalah terbentuknya suatu perilaku yang diinginkan Kekurangan dan kelebihan Metode ini sangat cocok untuk pemerolehan kemampuan yang membutuhkan praktek dan pembiasaan yang mengandung unsure kecepatan spontanitas kelenturan daya tahan dsb. Teori ini juga cocok diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan peran orang tua. Kekurangan metode ini adalah pembelajaran siswa yang berpusat pada guru bersifat mekanistis dan hanya berorientasi pada hasil. Murid dipandang pasif, murid hanya mendengarkan, menghafal penjelasan guru sehingga guru sebagai sentral dan bersifat otoriter

A BU BA KAR69.BL O GSPO T. C O M
REAL X BABE......COPY N PASTE JAK X HAL.....

Blog Ini

Dipautkan Dari Sini

Senarai Blog Saya

Web

Jumaat, 2010 Januari 22


Semantik - Faktor Perubahan Makna 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantic, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian besarnya ( atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

1.2 Objektif kajian Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan beberapa faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam perkataan. 1.3 Kaedah Kajian Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan. Sumber rujukan utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan dalam menyiapkan tugasan ini. 1.4 Batasan Kajian Untuk mengelakkan kertas kerja ini lari daripada tajuk penulis telah membataskan kajian dengan mengutarakan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sesuatu makna dalam bahasa Melayu sahaja.

1.5 Definisi Konsep Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam manamana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktorfaktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna. Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku

dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi. Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi 2.0 Faktor-faktor Perubahan Makna. Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh; 2.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri 2.2 Faktor tanggapan penutur 2.3 Faktor peluasan maksud 2.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud 2.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri. Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar

tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri. Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan sahaya itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara yang halus. Tetapi kini, saya ( daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri pertama. Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa. 2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara

lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya. Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri. 2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar. Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup.

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi. Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang ( Kamus Dewan, 1994). Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat. 2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah

kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

3.0 Kesimpulan

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam manamana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktorfaktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna. Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu daripada contoh contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah dibincangkan diatas.

Bibliografi

Ahmad Mahmood Musanif (Ph. D) (2005). Modul Pembelajaran : BBM3206 Semantik, Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D) (1992). Mengenali Bahasa Melayu, Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai. Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti, Kuala Lumpur Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana. S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
DICATAT OLEH ABUBAKAR DI 08:31

0 ULASAN: CATAT ULASAN Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Lencana Facebook
AreVu Buckcar Buckcar

Reka Lencana Anda

Lencana Facebook
AreVu Buckcar Buckcar

Reka Lencana Anda


Cari Blog Ini
Search

powered by

Jom Ngumpat Airplanes Arkib Blog

2010 (25)
o

Mei (2)

HBHE1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN MGR2213Pengurusan Pejabat TITAS -Teori tentang kedatangan Islam ke Alam Mela... BBM 3101 : SEJARAH RUMPUN DAN BAHASA MELAYU ... Bahasa Melayu Tinggi - Untuk mengkaji dan memberi ... Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah Maksud Komunikasi, Teori Dan Teori Komunikasi Media massa memainkan peranan penting dalam ... Komujikasi Makna Ayat - Semantik Semantik - Faktor Perubahan Makna

Januari (23)

10 Bahasa Arab 1 - ayat pendek mengandungi gan... 10 ayat pendek mengandungi Fiil Madhi Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa zaman pe... Alat Artikulasi Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu fonetik Artikulasi TITAS : Nilai Dalam Tamadun Islam KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN Stalistik Dalam Kesusasteraan Yuna Dan Sebenarnya Cm Bb 2x Cm Oh bulan Bb enggan...

2009 (29)
o

Oktober (4)

KOB3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA Soalan Ulangkaji 4 Final Kom Perseorangan SPA_ Soalan Akhir Ramalan Buat persediaan akhir X am - Komunikasi Antara Per... ASMA UL HUSNA Jawapanya KOm Perseorangan Real Xxx Air Kosong Penawar segala Penyakit STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Medan MAkna Kaedah Penyelidikan Bahasa Kemahiran Membaca Media Massa 1 komunikasi antara perseorangan (latihan perteng... Nota K toyol MJ Syahid ? 6 perkara yang Allah SWT sembunyikan

September (1)

Ogos (5)

Julai (9)

Jun (1)

MagMyPic Kod Etika Perhubungan Awam Gaya Stalistik Dalam Sastera......... The Peoples Champion Sistem Nilai Dalam Tamadun Islam ( TITAS ) Soalan KOM Perseorangan

Mei (9)

Renungkanlah KebesaranNya

Bar Video

powered by

Senarai Blog Saya

Jomss Layansss!!

Lan Kristal & Sheila Dapat Anak Perempuan, Nur Amna Qaleesya
6 beberapa jam yang lalu

sarikei

Mengundi masa dolok marek di Sarikei...


7 beberapa jam yang lalu

http://chedet.co.cc/favicon.ico

Che Det

GENOCIDE - THE DESTRUCTION OF AN IDENTITY


2 beberapa hari yang lalu

Aina & Nani

Nisfu Syaaban
1 minggu yang lalu

den2020

Anak tempatan calon PRK Hulu Selangor - Muhyiddin


3 beberapa blan yang lalu

Akademi Fantasia Musim Ke-7

Tiara Terbit Konsert Untuk Top 3 AF7


6 beberapa blan yang lalu

Hari Guru 2009

Jackson's Private Viewing


1 tahun yang lalu

Buat Renungan

Untuk k c dak minat ngan ttbhs...kajian teks


1 tahun yang lalu

Pengikut

YouTube Videos
i'm done watching this

You might also like