You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN KM 22, JLN CHERAS, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

TAJUK KERTAS KERJA PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA MINGGU SEJARAH KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

PADA 10 OKTOBER 2010 ( ISNIN )

ANJURAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN ( BADAR ) SMK SAUJANA IMPIAN KAJANG, SELANGOR

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM SMK SAUJANA IMPIAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA

1.0

PENDAHULUAN Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai pemangkin

kepada negara dan mereka juga merupakan generasi peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam hal ini, bagi memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar mampu menjadi pemimpin negara yang tinggi ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah pembentukan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Bertitik tolak daripada usaha memantapkan sahsiah pelajar, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibah dalam kalangan para pelajar, meningkatkan kemahiran interpersonal dan meningkatkan keyakinan diri, maka kami pihak Persatuan Pendidikan Islam mengambil inisiatif bagi melaksanakan Pertandingan Syarahan Agama peringkat sekolah. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan. 2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat terpendam dan kebolehan yang dimiliki untuk perkembangan jasmani, rohani, intelek dan sosial. 2.3 Mengisi masa senggang para pelajar dengan perkara yang berfaedah 2.4 Membantu pelajar meningkatkan pengetahuan am dan keyakinan diri

untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahu pun sosial.

3.0

ANJURAN Persatuan Pendidikan Islam dan Persatuan Badan Dakwah dan Kerohanian SMK Saujana Impian

4.0

PENYERTAAN 1. Terbuka kepada semua pelajar Islam SMK Saujana Impian 2. Setiap kelas diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil

5.0

TARIKH Pertandingan ini akan diadakan pada 10 Oktober 2010

6.0

TEMPAT Pertandingan ini akan diadakan di Bilik Saujana Harmoni, SMK Saujana Impian

7.0

SASARAN Pertandingan ini mensasarkan semua pelajar Islam SMK Saujana Impian

8.0

PENDAFTARAN a. Tarikh : 10 Oktober 2010 b. Sila mendaftar nama kepada AJK Pertandingan Syarahan Agama yang berikut : i. ii. iii. iv. v. Muhammad Johan Arshad bin Nawawi ( Ting. 4 Brilliant ) Khairul Hakimin bin Jaafar ( Ting. 3 Perfect ) Ahmad Najmie bin Muhammad ( Ting. 2 Smart ) Naqiyan Anis binti Abdul Rahim (Ting. 4 Intelligent ) Husna binti Hamzah (Ting. 3 Thinker )

9.0

SYARAT PERTANDINGAN 1. Peserta merupakan pelajar Islam SMK Saujana Impian 2. Peserta yang layak bertanding merupakan pelajar yang sudah mendaftarkan diri

10.0

PERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Peserta bebas memilih topik atau tajuk yang hendak dijadikan isi syarahan. 10.2 Isi syarahan hendaklah tidak menyentuh isu sensitif kaum dan politik 10.3 Peserta diberi masa selama 15 minit untuk menyampaikan syarahan 10.4 Undian nombor akan dilakukan sebagai penentu giliran peserta untuk menyampaikan syarahan.

11.0

PEMARKAHAN Para peserta akan diadili berdasarkan kriteria-kriteria berikut : i. ii. iii. Isi kandungan Kefasihan dan kelancaran Gaya penyampaian : 40 markah : 30 markah : 30 markah

12.0

PENGHAKIMAN 12.1 Setiap peserta akan dihakimi oleh tiga orang hakim 1. Hakim isi kandungan : Pn. Maisarah binti Mahbob

2. Hakim kefasihan dan kelancaran : Pn. Nafisah binti Yahya 3. Hakim gaya penyampaian : En. Rosyaimi bin Ramli

12.2 Keputusan hakim adalah muktamad 13.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Sila rujuk lampiran A 14.0 ANGGARAN KEWANGAN Sila rujuk lampiran B

15.0

PENUTUP Pihak kami amat mengharapkan agar pertandingan ini mendapat kelulusan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari semua aspek sama adaakademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar beserta hidayah dan pertolongan Allah SWT. Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan untuk menjayakan pertandingan ini. semua warga SMK Saujana Impian dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan ini.

Disediakan oleh,

. ( NOR SHUHAIDA BINTI MUHAMMAD SAIFUL LIZAN ) Setiausaha, Persatuan Pendidikan Islam, SMK Saujana Impian, Kajang, Selangor Darul Ehsan

LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

MAJLIS TERTINGGI Penasihat Pengarah : Pn. Maisarah binti Mahbob : Muhammad Amir Faris bin Muhammad

Timbalan Pengarah : Muhammad Faris bin Osman Setiausaha Bendahari : Nor Shuhaida binti Muhammad Saiful Lizan : Nurul Huda binti Abdul Aziz

Penolong bendahari : Nurul Izzati binti Anuar

PENYELARAS PERTANDINGAN

Unit teknikal dan peralatan : Muhammad Asyarafuddin bin Abdullah Unit jamuan : Aizatil Hanafi bin Ahmad Shahfilza Mustaqim bin Abdul Rahman Siti Maisarah binti Hamzah Unit cenderamata : Maizatul Falah binti Basri Fatimah binti Muhammad Unit publisiti : Nabilah binti Abdul Hamid Muhammad Amir bin Rahman Nur Liyana binti Muhammad Amir

LAMPIRAN B

ANGGARAN PENDAPATAN Sumbangan Badan organisasi Peribadi Jumlah ANGGARAN BELANJAWAN JAMUAN 3 orang hakim X RM 5 10 orang guru X RM 5 Jumlah RM 15 RM 50 RM 65 RM 200 RM 100 RM 300

ANGGARAN PERBELANJAAN CENDERAMATA Hadiah peserta Johan Naib Johan Tempat ketiga Saguhati 3 orang X RM 5 Cenderamata hakim 3 orang X RM 15 Jumlah RM 45 RM 105 RM 15 RM 20 RM 15 RM 10

JUMLAH KESELURUHAN

RM 170

You might also like