You are on page 1of 56

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Puisi Tradisional - Pantun Enam Kerat Maksud

2011

Rangkap 1 Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. Rangkap 2 Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. Rangkap 3 Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi. Kekecewaan dalam hidup. Persoalan
1. 2. 3.

Persoalan menyembunyikan hati yang terluka. Persoalan menerima suratan takdir. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama.

Nilai 1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir. 2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri. Pengajaran 1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. 2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. 3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Puisi Tradisional - Pantun Lapan Kerat Maksud Rangkap 1 Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

2011

Rangkap 2 Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah. Rangkap 3 Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan. Persoalan 1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. 2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa. Nilai 1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. 2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita. 3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan. Pengajaran 1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. 3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Puisi Tradisional - Syair Makna Riak Maksud

2011

Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuknunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak. Persoalan 1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan. 2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuknunjuk tentang kelebihan diri. 3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri 4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan amalan tidak diterima oleh Allah. Nilai 1. Nilai kesyukuran Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki. 2. Nilai kesederhanaan Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk. Pengajaran 1. Kita janganlah bersifat riak. 2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita. 3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar. 4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. 5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik. Puisi Tradisional - Syair Pemberontakan Patani Maksud Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan. Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara. Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah. Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan Negara walaupun laksamana terpaksa berkorban. Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya. Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora. Persoalan 1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. 2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. 4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita. Nilai 1. Nilai kesetiaan Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara 2. Nilai amanah Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara. 3. Nilai cinta akan negara Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara. Pengajaran 1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. 2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. 3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. 4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. 5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Puisi Tradisional - Gurindam Tonggak Dua Belas Maksud Rangkap 1 Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 2 Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. Rangkap 3 Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. Rangkap 4 Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana. Rangkap 5 Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan. Rangkap 6 Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan. Rangkap 7 Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Rangkap 8 Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Rangkap 9 Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Rangkap 10 Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. Rangkap 11 Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi. Rangkap 12 Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Persoalan

2011

1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan. 2. Persoalan kepimpinan melalui teladan. 3. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan. 4. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif. Nilai 1. Nilai kegigihan, contohnya kegigihan apabila bekerja. 2. Nilai kebijaksanaan, contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. 3. Nilai kesederhanaan, contohnya kesederhanaan dalam kehidupan. 4. Nilai kesabaran, contohnya kesabaran menghadapi cabaran. Pengajaran 1. 2. 3. 4. 5. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana Kita hendaklah menghargai masa Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik Kita janganlah suka membazir. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan

Puisi Tradisional - Seloka Si Luncai Maksud Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Persoalan 1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian 2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. 3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada. Nilai

2011

1. Nilai bertanggungjawab. Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 2. Nilai kebijaksanaan Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaikbaiknya. 2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. 3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu. Sajak - Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju) Maksud Rangkap 1 Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayusememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Edit oleh K@y.JS

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan. Persoalan 1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini. 2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu. 3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri. 4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting. Nilai 1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi. 2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.

Edit oleh K@y.JS

10

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa. Warisan bangsa perlu dipertahankan. 4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri. 5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama. Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu. 6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan. Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan. Pengajaran 1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa. 2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu . 3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. 4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia. Sajak - Kecek (v) (Abdullah Awang) Maksud Rangkap 1 Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan. Rangkap 2 Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Edit oleh K@y.JS

11

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Rangkap 3 Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit. Rangkap 4 Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan. Persoalan 1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi. 2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah. 3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah. Nilai 1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah. 2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal. Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal. 3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki. 4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada. Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada. 5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan. Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan. Pengajaran 1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas. 2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.

Edit oleh K@y.JS

12

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain. Sajak Bangkitlah (Rejab F.I) Maksud Rangkap 1 Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju. Rangkap 2 Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka. Rangkap 3 Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan. Rangkap 4 Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata. Rangkap 5 Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan. Persoalan 1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan. Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak-anak. 2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka. Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun. 3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan. Hal ini perlu disedari oleh semua orang.

Edit oleh K@y.JS

13

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka. Nilai 1. Nilai kegigihan. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan. 2. Nilai kerjasama. Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada. 3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri. Pengajaran 1. 2. 3. 4. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka. Kita perlulah merebut peluang yang ada. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan.

Sajak Pasar Perasaan (T. Alias Taib) Maksud Rangkap 1 Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi. Rangkap 2 Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran. Rangkap 3 Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal. Rangkap 4

Edit oleh K@y.JS

14

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

2011

Rangkap 5 Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan. Rangkap 6 Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu. Rangkap 7 Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna. Persoalan 1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan. 2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan. 3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis. 4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan. Nilai 1. Nilai rasional. Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat. 2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran 3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat

Edit oleh K@y.JS

15

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Nilai kesabaran. Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup. 5. Nilai keprihatinan. Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan. Pengajaran 1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat. 2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta 3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri 1. sendiri.

Sajak Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin) Maksud Rangkap 1 Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama. Rangkap 2 Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia. Rangkap 3 Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan. Rangkap 4

Edit oleh K@y.JS

16

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam. Persoalan 1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. 2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni. 3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia. 4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai 1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai. 2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian. 3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat. 1. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu. Pengajaran 2. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada. 3. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 4. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadanm waktu dan tempat. 4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya. 5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

Edit oleh K@y.JS

17

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Sajak - Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh) Maksud

2011

Rangkap 1 Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan. Rangkap 2 Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Rangkap 3 Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Rangkap 4 Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas. Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. Persoalan 1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan. 2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. 3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar. 4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.

Edit oleh K@y.JS

18

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Nilai

2011

1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi. 2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota. 3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. 4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan. 5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek. Pengajaran 1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. 2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara. 3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan. 4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota. 5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif. Prosa Tradisional - Hikayat Langlang Buana Sinopsis Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersamasama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung

Edit oleh K@y.JS

19

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. Tema Percintaan anak raja. Persoalan 1. Persoalan keberanian menghadapi cabaran. 2. Persoalan kebijaksanaan mencari peluang. Watak Perwatakan 1. Raja Indera Bumaya Anak raja dari Negeri Lela Gambar. Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Edit oleh K@y.JS

20

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih. Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya . Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi Puteri Raja Bahrum Dewa. Periang. Tuan puteri suka bergurau senda. Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir. Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung bayan. Sangat mencintai kekasihnya. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati. 3. Raja Bahrum Dewa Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya. Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya. Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.

Nilai

Edit oleh K@y.JS

21

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

1. Nilai keberanian. Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa. 2. Kasih sayang. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya. 3. Nilai bekerjasama. Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya. 4. Nilai kebijaksanaan. Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 5. Nilai ketaatan. Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan. Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri. 2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya. 3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri. Prosa Tradisonal - Hikayat Siak Sinopsis Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk .

Edit oleh K@y.JS

22

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telahmembuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Tema

Edit oleh K@y.JS

23

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Pengembaraan anak raja.

2011

Persoalan 1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan. 2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya. Watak Dan Perwatakan Yang Dipertuan Raja Kecik. Keturunan Raja Johor. Nama asalnya Tuan Bujang. Berkahwin dengan Tengku Kamariah. Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Berani. Contoh : Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. Gigih. Contoh : Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. Nilai 1. Nilai kegigihan. Contoh : Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. 2. Nilai keberanian. Contoh : Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. 3. Nilai ketaatan. Contoh : Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja. Pengajaran 1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. 2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal. 3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

Edit oleh K@y.JS

24

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Prosa Tradisional - Dua Geliga Hikmat Sinopsis

2011

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhatihati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri

Edit oleh K@y.JS

25

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. Tema Pengembaraan seorang anak raja Persoalan 1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. 2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. 3. Persoalan berpegang kepada janji. Watak dan Perwatakan 1. Inderaputera Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa. Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi. Paras rupa yang menarik. Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri. Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut. Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran Ayahandanya Maharaja Syah Tokan. Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa. Rupa paras yang amat cantik. Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada seperti yang dijanjikannya.

2. Nilai

1. Nilai keberanian. Contoh : Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.

Edit oleh K@y.JS

26

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

2. Nilai kebijaksanaan. Contoh : Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya. 3. Nilai menepati janji. Contoh : Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut. 2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri. 3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya. Prosa Tradisional - Hikayat Opu Daeng Menambun Sinopsis Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan
Edit oleh K@y.JS 27

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima. Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu

Edit oleh K@y.JS

28

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yanghebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi

Edit oleh K@y.JS

29

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah. Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak. Tema Kepahlawanan. Persoalan 1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan. 2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. 3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan. Watak dan Perwatakan 1. Upu Daeng Menambun anak raja. mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak. berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau. dilantik menjadi raja di Mempawah. 2. Daeng Perani saudara yang tertua antara lima bersaudara. beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan.

Edit oleh K@y.JS

30

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah. 3. Daeng Kemasi beristerikan anak Raja Mempawah. dilantik menjadi raja di Sambas. 4. Daeng Chelak dilantik menjadi raja di Riau. berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman. 5. Daeng Merewah menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung. Nilai 1. Nilai keberanian. Contoh : Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Nilai tolong-menolong. Contoh : Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 3. Nilai menepati janji. Contoh : Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta. 4. Nilai bekerjasama. Contoh : Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun. 3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

Edit oleh K@y.JS

31

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha. Cerpen Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan) Sinopsis Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal inimenyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat. Tema Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. 2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. 3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. 4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. 5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. 6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas.

Edit oleh K@y.JS

32

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Watak Utama

2011

Pak Hussain Berusia 60 tahun Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom) Berpakaian sederhana (keperibadian desa suci murni) Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat. Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau racau. Berjasa kepada orang orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampung. Watak Sampingan 1. Khalid (aku) Anak Pak Hasan Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung. 2. Fatimah Ibu Khalid. Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka. Nilai 1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun.

Edit oleh K@y.JS

33

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun. 3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah. 4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri. 2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. 3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga. 4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas. Cerpen Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed) Sinopsis Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak bolehmenguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia. Tema

Edit oleh K@y.JS

34

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut) Persoalan i. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. 3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. 4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan.

Watak dan Perwatakan 1. Mak Timah Perempuan tua Selalu sakit-sakit Ibu angkat Pungut Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup. Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit. 2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong Berusia 24 tahun. Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor. Anak angkat Mak Timah. Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu). 3. Bibik Nenek Pungut. Berbangsa Cina peranakan. Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Edit oleh K@y.JS

35

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Nilai

2011

1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut. 2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas. 3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. 4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik. 5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka. Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. 3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. 4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat. Cerpen Idola (Zaen Kasturi) Sinopsis Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti

Edit oleh K@y.JS

36

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. Tema Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. Persoalan 1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. 2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. 3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. 4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Watak dan Perwatakan 1. Si Penjaga Panggung Bekerja sebagai penjaga panggung. Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak. Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero. 2. Si Hero Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri. Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero) Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung. antara

Edit oleh K@y.JS

37

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Isteri Penjaga Panggung Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya. Mempunyai 10 orang anak. Nilai 1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. Pengajaran 1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan. 2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. 4. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah. Cerpen Penanggungan (Wijaya Mala) Sinopsis Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah

Edit oleh K@y.JS

38

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah. Tema Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi. Persoalan 1. 2. 3. 4. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah.

Watak dan Perwatakan 1. Kapten Mamat Bekerja sebagai kapten kapal. Seorang pesara. Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.. Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disiasiakan. 2. Masnah Janda Baharum. Mempunyai dua orang anak. Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia. Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

Edit oleh K@y.JS

39

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Isteri Kapten Mamat Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah. Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah. 4. Bahar Anak Baharum Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap Nilai 1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. 2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. 3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut. Pengajaran 1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anakanaknya setelah kematian Baharum. 2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. 3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Edit oleh K@y.JS

40

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Cerpen Hutan Rimba (Sasjira) Sinopsis

2011

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masingmasing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya. Tema Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Persoalan 1. 2. 3. 4. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.

Watak dan Perwatakan 1. Pak Tua Pemandu jentolak jenama Caterpillar. Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya. Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang

Edit oleh K@y.JS

41

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik. Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

2. Mak Tua Isteri Pak Tua. Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara.. Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya. Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka. 3. Ajam Anak sulung Pak Tua Seorang pengusaha pengangkutan bas Antarkota. Pakar dalam dunia perniagaan. Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.. Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan. 4. Bakar Anak kedua Pak Tua. Berkelulusan Sarjana Pertanian. Pengurus ladang estet kelapa sawit. 5. Melati Anak ketiga Pak Tua. Pensyarah IPT. 6. Budi Anak bongsu Pak Tua.

Edit oleh K@y.JS

42

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

2011

Nilai 1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masingmasing. 2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anakanak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. 4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrahmeninggalkan kampung halamannya. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. 2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Hal ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang samasama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan. 3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya. 4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

Edit oleh K@y.JS

43

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim) Sinopsis

2011

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia. Tema Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Persoalan 1. 2. 3. 4. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar.

Watak dan Perwatakan 1. Hawa Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah. Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam. Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya. Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia. Isteri kepada Adam.

Edit oleh K@y.JS

44

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

2. Adam Suami Hawa. Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia. Mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap ke Malaysia. 3. Janin Generasi ke-8 Ahmad Abdullah. Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani member pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia. Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam. Nilai 1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah 2. diwarisi turun-temurun. 3. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi 4. pertentangan pendapat. 5. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di 6. tempat orang. Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. 2. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone. 3. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

Edit oleh K@y.JS

45

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan. Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof) Sinopsis Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anakanaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Edit oleh K@y.JS

46

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Tema

2011

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi. 2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga. 3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. 4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat. 5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. 6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Watak dan Perwatakan 1. Jimah Isteri Jumaat, berusia 55 tahun Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut. Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut. 2. Sani Anak angkat Jimah seorang doktor dan telah beristeri. Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut. 3. Sabri Anak sulung Jimah. Mengetuai ahli keluarga. Penyabar. Sabri mahu semua adik-beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.

Edit oleh K@y.JS

47

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Sabariah Graduan ekonomi bekerja di London. Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan. Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak-dalik tentang soal kematian. Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka. 5. Shahrul Anak ketiga dalam keluarga. Seorang akauntan di Kuala Lumpur. Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai. Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir-menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya. 6. Salmah Seorang pereka fesyen. Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt. Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan. 7. Wan Malin Isteri Sani. Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang. 8. Man Bengap Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa. Cucu angkat Pak Man 9. Pak Man Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.

Edit oleh K@y.JS

48

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga. 10. Mak Jah Isteri Pak Man. Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut. 11. Wahid dan Senin Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpurapura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami. Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut. Nilai 1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan. 2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang. 3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya. 4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya. 5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anakanaknya sehingga ke universiti. 2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

Edit oleh K@y.JS

49

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya. 4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan. 5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga. 6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya. Drama 1400 (Nordin Hassan) Sinopsis Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik

Edit oleh K@y.JS

50

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya. Tema Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Persoalan 1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta. 2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan. 3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit. 4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah. 5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu. Watak dan Perwatakan 1. Dollah Capik, miskin dan dihina masyarakat. Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambilberat tentang solat setelah dia menjadi kaya. Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah. Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak. 2. Intan Siti Rahimah Isteri Dollah. Perempuan yang cantik. Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.

Edit oleh K@y.JS

51

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

3. Abu Lahab Broker tanah. Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung. 4. Pak Sudin Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah. Nilai 1. Nilai kesabaran. Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung. 2. Nilai tolong-menolong. Contoh : Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji. 3. Nilai menghargai barangan tempatan. Contoh : Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali. 4. Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contoh : Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik. 5. Nilai ketaatan. Contoh : Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung. Pengajaran 1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan. 2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin. 3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.

Edit oleh K@y.JS

52

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu. Drama DatoOnn (Othman Hj Zainudin) Sinopsis Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersamasama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

Edit oleh K@y.JS

53

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU Tema

2011

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. 7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. 8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Watak dan Perwatakan 1. Dato Onn b Jaafar. seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung. Menteri Besar. Pengasas kemerdekaan. Seorang yang bertanggungjawab. DatoOnn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau. Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.

2. Halimah isteri Dato Onn. seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato Onn diberhentikan kerja. 3. Cik Kah seri panggung. Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn.

Edit oleh K@y.JS

54

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

4. DJ Campbell Pegawai Inggeris. Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato Onn. 5. Dr Burhanuddin Pemimpin KMM. Pengasas Parti PAS. Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato Onn tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.

Nilai 1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya, lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. 2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. 3. Nilai bersatu padu. Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah. 4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn. 5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air. 6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn telah mengaturkan

Edit oleh K@y.JS

55

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

2011

pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan. Pengajaran 1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. 2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan. 3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. 4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. 5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan. 6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

Edit oleh K@y.JS

56

You might also like