You are on page 1of 4

Cadangan Pelaksanaan Pertandingan Masakan Rimba Unit Beruniform SMK KAPIT NO.2 1.

0 Pengenalan Seperti yang telah dirancang pada awal tahun oleh Penyelaras Unit Beruniform, maka aktiviti masakan ala rimba akan dijalankan pada hari Sabtu, 28 April 2012 bertujuan untuk memberi kemahiran asas kepada peserta Unit Beruniform yang terlibat serta dapat menunjukkan bakat masing-masing. 2.0 Organisasi Penaung En. Douglas @ Jegelah Ak Jaga (Pengetua)

Penasihat En. Mikal Luat (PK Kokurikulum)

Setiausaha Ko Kurikulum Pn. Siti Rafidah Muhaladdin

Penyelaras Unit Beruniform Cik Catherine Latus (Pandu Puteri) Encik Daryl Peter (Pengakap)

Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform Encik Rafizul Ramli (BSMM) Encik Michael Borro Durieng ( Kadet Bomba) Cik Maannvili (KRS) Encik Antau Sageng( Kadet Polis) 3.0 Objektif pertandingan

a. Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehan memasak tanpa peralatan moden dan survive sekiranya berada dalam hutan untuk mendapat dan memasak makanan. b. Satu aktiviti setiap unit beruniform yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak secara rimba c. Memupuk semangat bekerjasama secara rimba 4.0 Lokasi dan masa pertandingan

Lokasi yang ditetapkan untuk aktiviti ini adalah di tepi padang sekolah, bermula pukul 8 pagi.

5.0

Penyertaan

Pemimpin atau Guru Penasihat yang terlibat adalah seramai 12 orang manakala pelajar seramai 50 orang. 2 orang guru pemimpin setiap Persatuan, 1 kumpulan: 6 orang pelajar ( wakil setiap persatuan masing-masing) 6.0 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Anggaran Perbelanjaan Untuk Aktiviti Masakan Rimba Bahan Daging ayam yang sudah dibersihkan Ikan sardin segar (saiz besar) Hotdog Telur Ajinomoto Garam Kicap (besar) Serbuk kunyit Halia Sos Cili (besar) Beras Buah-buahan: pisang Buluh (utk hakim dan urusetia) Minuman botol Tepung gandum Gula Hamper (Johan) Hamper (Naib johan) Hamper (Ketiga) Hamper (saguhati) JUMLAH Penutup Bilangan Diperlukan 8 ekor 14 ekor 14 paket 2 set 2 bungkus 2 bungkus 1 botol 1 bungkus 1 kilo 2 botol 10 kg 5 kg 4 batang 3 kotak 7kg 2kg 1 set 1 set 1 set 4 set Anggaran Harga (RM) 200.00 100.00 42.00 20.00 12.00 2.50 3.50 2.00 6.00 6.00 30.00 15.00 6.00 72.00 21.00 5.00 50.00 30.00 20.00 40.00 683.00

7.0

Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat memberi manfaat kepada setiap wakil Unit Beruniform yang terlibat. Diharap juga semoga pihak sekolah memberi sokongan kewangan dan sokongan moral terhadap aktiviti kokurikulum yang dirancang dan akan dilaksanakan ini. Sekian Terima Kasih. Disediakan oleh, .. (CATHERINE LATUS) Penyelaras Unit Beruniform SMK Kapit No.2 Tarikh: 26 April 2011 Disahkan oleh, ............................ (ENCIK MIKAL LUAT) Penolong Kanan KoKurikulum SMK Kapit No.2

Syarat-Syarat pertandingan
1.) Masakan rimba yang dihidangkan adalah seperti berikut :Wajib: a) Nasi b) Ayam c) Telur d) Ikan e) Hotdog f) Buah-buahan g)kuih/ masakan dari tepung) Tidak wajib: Sayur, ubi, sambal, umai, dan lain-lain 2.) Semua bahan masakan yang wajib akan disediakan oleh pihak urusetia,manakala yang tidak wajib disediakan oleh peserta sendiri 3.) Para peserta akan diberikan masa 3 jam untuk menyalakan api, memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan masing-masing tetapi masa untuk perlayanan masakan rimba akan bermula sebaik sahaja masa 3 jam itu tamat. 4.) Bahan api mesti terdiri daripada bahan semula jadi. Bahan-bahan seperti kertas, umpan dan minyak tanah tidak dibenarkan. Buluh tidak akan disediakan dan harus disediakan oleh peserta. 5.) 3 batang mancis akan dibekalkan kepada para peserta untuk menyalakan api. Markah akan ditolak bagi setiap batang mancis tambahan. 6.) Masa 20 minit akan diberikan untuk menghidupkan api. Markah menghidupkan api tidak akan diberi selepas 20 minit. 7.) Para peserta hanya dibenarkan menyalakan maksimum 2 nyalaan api sahaja. 8.) Penggunaan perasa dan perisa seperti sos cili, ajinomoto, dan sebagainya adalah dibenarkan dan boleh diminta daripada urusetia. 9.) Masakan yang dimasak mestilah halal. 10.) Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur. 11.) Setiap pasukan mesti menyediakan kad menu dan tag nama dengan menggunakan bahan semula jadi dan markah bonus akan diberikan untuk resipi. 12.) Bahan-bahan hiasan perlu disediakan oleh peserta sendiri dan hanya boleh dibuat semasa pertandingan. Segala bahan-bahan perhiasan mestilah terdiri daripada bahan semula jadi seperti buahbuahan. 13.) Hanya 2 orang peserta dibenarkan memberi penerangan. 14.) Hidangan tambahan akan diberi markah bonus. 15.) Penggunaan alatan moden seperti periuk, kuali, kertas aluminium, pinggan, sudu, garpu dan lainlain untuk persediaan masakan adalah dilarang kecuali dibuat oleh diri sendiri daripada bahan semula jadi seperti buluh. 16.) Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.

17.) Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan pertandingannya. 18.) Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah markah jumlah juga akan ditolak. 19.) Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang melebihi masa. 20.) Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur. 21.) Guru pemimpin diminta menyerahkan nama peserta sebelum seminggu masa pertandingan 22) Peserta diwajibkan menggunakan baju T unit beruniform masing-masing 23.) Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD. 24.) Hadiah akan diberikan selepas pertandingan 25) Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberi menimbulkan keliruan. PERHATIAN : PESERTA-PESERTA HARUS MENDAFTAR DIRI PADA MASA YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN AKAN DIBATALKAN.

You might also like