You are on page 1of 4

P&P bpusatkan guru 3pismp_rbt

DISEDIAKAN OLEH:
1. ZULAIHA BT JAMAL
2. ZULFADLI BIN AHMAD
3. JAZLI BIN JOHARI
4. MUHAMMAD HAZWAN BIN SHAMSUDDIN
5. NOOR ATHALIA BT ABDUL GHAPAR
6. SAHWALUDIN B ALI
7. M.ALHAM BIN M.AMIN

TAJUK TUGASAN :
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU

TARIKH : HARI :
15 JANUARI 2009 KHAMIS

No. Perkara Tempoh masa Jam (waktu)


1 Terima tugasan 10 minit 9.30 pagi
2 Mencari maklumat 60 minit 10.30 – 11.30 pagi
3 Perbincangan 45 minit 11.30 – 12.15 tghari
4 Menjilid tugasan 15 minit 12.15 – 12.30 tghari
5 Print tugasan 05 minit 12.30 – 12.35 tghari
Jumlah tempoh masa 135 minit

PENULISAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


P&P bpusatkan guru 3pismp_rbt

BERPUSATKAN GURU

PENGENALAN

Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru.


Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep suap’,
‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme,
kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung
kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku
teks sahaja.

Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka
pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru
kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam
kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran
bergantung pada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan
menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di
dalam bilik darjah.

Antara prinsip-prinsip strategi pemusatan guru ialah termasuk seperti:

a) Guru sebagai pakar ilmu, guru mengawal proses pembelajaran dan berupaya
mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat.

b) Murid-murid di ibaratkan sebagai bekas ‘kosong’ di mana pembelajaran dilihat


sabagai satu proses penambahan ilmu, kemahiran dan nilai.

c) Pengajaran mengutamakan murid-murid yang serdehana pencapaian akademik

d) Semua murid berkembang pada kadar yang sama.


P&P bpusatkan guru 3pismp_rbt

Kaedah-kaedah yang terangkum dalam strategi pemusatan guru termasuklah:

a) Pembelajaran langsung.

Membantu murid-murid belajar mengenai konsep dan kemahiran melalui


langkah-langkah seperti-

a. Pengalaman

b. Persembahan maklumat baru

c. Amalan terbimbing dan amalan berdikari.

b) Kuliah.

Paling biasa digunakan walaupun sering kali dikritik atas sebab-sebab berikut:

a. Masa perancangan yang terhad.

b. Boleh diaplikasi dalam apa jua kandungan.

c. Mudah dilaksanakan tetapi pelajar akan bersifat pasif sepanjang kuliah


disampaikan.

c) Perbincangan kuliah.

Merupakan gabungan kuliah dan penyoalan oleh guru.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

• Guru memainkan peranan penting


• Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
P&P bpusatkan guru 3pismp_rbt

• Kepimpinan guru secara autokratik


• Pencapaian objektif guru diutamakan
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
• Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk
mengingat/menghafal.
• Interaksi di antara murid adalah pasif.
• Kaedah keseluruhan kelas.
• Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
• Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,
bercerita, keseluruhan kelas.

Kelemahan pemusatan guru.

Dalam kaedah ini, guru semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid-
murid. Ia tidak menggalakkan mereka untuk berfikir atau menyoal apa yang dipelajari.
Sebaliknya, ia hanya memastikan bahawa mereka pelajario apa yang mereka
sepatutnya pelajari. Dalam strategi ini, lama-kelamaan ia akan menjejaskan perhatian
dan motivasi murid untuk belajar. Ini adalah kerana penyampaian ilmu secara langsung
seperti ini menjadi sabahagian daripada rutin harian mereka.

KESIMPULAN

Secara am, strategi ini merangkumi pembelajaran di mana perqanan guru ialah
menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid. Sehubunagn itu, maka
terlebih dahulu, guru akan mengenal pasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
kemudian merancang cara bagaimana hendak melaksanakan isi pembelajaran
tersebut.

You might also like